Followers

Sunday, June 28, 2009

Musim Buah

Musim buah tiba lagi. Separuh separuh tempat buah duyan dah setat gugur. Banyak pondok yang menjual derian di sepanjang lebuh. Godong godong yang ada dusun sedaplah. Kalau buah menjadi, boleh lah mula menebas pangkal-pangkal pokok dan betul-betulkan pondok tunggu derian tu. Siap-siapkan lah lampu picit dan belilah ubat lampu lebih sikit. Mana mana pokok yang boleh dijangkiti tupai , salutkan batangnya dengan zing, biar tak lepas tupai naik keatas.

Dengar cerita kat Beserah, Sungai Lembing dan Kg.Pejing Chenor menjadi kali ini. Tapi kat Ulu Sungai, Batu Talam dan Ulu Atok tak tahulah. Dah lama tak kesana. Kebanyakan derian yang jual kat tepi jalan depan Taman Sepakat tu katanya dari Segamat.

Derian kampong sedap. Takat dua tiga bijik tu sekali hadap, tak pada aje. Kalau ada yang dah merekah dan lama sikit bolehlah buat asam. Kupey kulit ambik isi derian buboh dalam molo besar dan boleh simpan lama. Tempoyak sedap buat masak asam dengan timun tahun atau buat sambal garam lada. Godong godong kat Ulu Ceka dan Damak suka buat asam tempoyak, bermolo-molo.

Selain dari derian, mutan, langsat, duku dan dokong juga berbuah. Tapi tak masak lagi. Tak lama lagi lah tu. Di Maran, dekat Kg. Luit buah bidara nampoknya menjadi sangat tahun ni. Tapi buah ini suka sangat dik kelasah. Silap gaya kalau tak pagar dengan jaring habeh sepokok tak dan masak kerja dek dia.

Kome tak de dusun.. Kalau ada boleh juga ajak godong-godong.

Tuesday, June 23, 2009

Makan Angin

Ada rezeki lebih sikit bolehlah pergi makan angin. Kalau tebal .. cuba-cuba tengok iklan Air Asia. Kot-kot cukup untuk dua tiga hari di Jakarta atau Langkawi. Tapi kalau tak makan cekak cuba tengok dalam negeri Pahang je. Banyak amat tempat yang boleh pergi bercuti makan angin " Cuti-cuti Pahang lah katakan". Kadang kala tempat belakang rumoh je tak pernah lantas tapi tempat yang jauh berangan nak pergi.

Kalau nak makan angin tepi laut, banyak tempat yang ander di pahang ni.
  1. Pulau Tioman: Pergi pagi sikit ke jeti tanjong gemok.. ambik tiket feri, 3 jam sampailah. Rasa pun sama macam pergi langkawi. Banyak celet di tekek, salang dan juara. Kalau tak pun jumpa jelah tok penghulu Mat Nor tumpang tido rumah dia.
  2. Cerating: Pun kira ok jugak. Boleh mandi sama macam mat saleh.
Tanah tinggi pulak:
  1. Cameron Highlands: Kalau nak mabuk lalu ikut Tapah, jalan berpusing pusing. Tapi sekarang kalau berani boleh lalu ikut Kuala Medang.. lagi cepat.
  2. Genting Highlands: Nak kuar isi perut cuba naik roller coster.
Hutan belantara:
  1. Rimba Kenong: Koi pun tak pernah lantas, macam mana nak cerita.
  2. Taman Negara: Sekarang dah boleh pegi dengan kereta sampai ke Kuala tahan ikut Kota Gelanggi. Tapi kalau naik bot ikut Kuala Tembeling lagi sedap.
Nak lawat tempat sejarah:
  1. Sungai Lembing: Boleh melawat Muzium Bijeh, Kesan peninggalan lombong bijeh. Carilah juru pandu macam Din Lipat, dia boleh tunjukan
  2. Kuala Lipis : Banyak kesan sejarah di sana.
Tasik ?:
  1. Tasik Bera , Tasik Cini.
Dua tiga hari ni koi nak gi makan angin... tak update lah blog koi ni.

Monday, June 22, 2009

Ubat Lampu , Lampu Picit

Pernah sekali koi soroh anak koi, Syukri yang berumur 10 tahun. " Adik gi kedai depan beli 3 biji ubat lampu" . Dia ternganga " ubat lampu?" katanya. " Ya.. ubat lampu picit" gelar koi padanya. "Tak paham" katanya lagi. Lalu koi ambik lampu picit dan keluarkan ubatnya dan koi tunjukkan kepadanya. " ooo... katalah bateri lampu suluh ".

Lampu suluh atau lampu picit masih digunakan lagi hari ini terutamanya di kampong-kampong. Di separuh separuh tempat ia digelar lampu selait. Paling koman yang menggunakan ubat 2 bagi kegunaan biasa. Ada yang menggunakan ubat 4 bagi tujuan menyuluh binatang ketika berburu. Ayah dan Aki di kampong menggunakan lampu picit untuk balik dari surau. Orang tua sangat cermat menjaga lampu picitnya. Kalau ada anak cucu yang berkara kepada lampu picit nya itu cepat-cepat dia menegurnya " Jangan dikosek wok lampu aki teh .. nanti abih obat..malap dia "

Kadang kala lampu picit penting untuk menyuluh musang atau ular yang masuk dalam reban ayam. Apabila black out lampu picit amat penting. Kalau takdok lampu mulalah teraba-raba dalam gelap. Silap raba terraba benda lain. Tapi sekarang hand phone boleh mengantikan peranan lampu picit.

Koi sebulan sekali pegang lampu picit semasa meronda SRS Rukun Tetangga. Masa tulah nak suluh sana nak suluh sini.

Saturday, June 20, 2009

Balik Kampong

Bagi yang merantau, le ni bukanlah perentannya nak balik kampong. Selalunya balik kampong dikaitkan dengan Hari Raya. Ketnya ada masa yang lain juga kita kena balik kampong. Tak kiralah dimana kita berada, di kolompo ke, di sungai koyan ke, dan lebih lebih lagi di tempat yang jauh, bila nak balik kampong, rasa amat seronok sekali. Bila dah lama tak balik kampong mulalah mengelising. Ada je tak kena. Kalau ada orang bertanya " Tak balik kampong ke ?" Malas je nak jawab. " Tak "

Ada beberapa kategori "Balik kampong" .
  • Balik kampong hari raya: Dua tiga hari sebelum bulan puasa dah berkira-kira. Bila nak balik ?. Bila nak beli tiket ?. Nak balik rumah sapa dulu?. Rumah mak kita ke atau rumah mak dia?. Kadang kala bebalah juga bila nak buat keputusan mana satu. Balik kampong hari raya memang penting kerna masa inilah kita dapat bermaafan dengan mak ayah serta adik beradik dan saudara mara.
  • Balik kampong musim perayaan lain: Bila ada cuti panjang pada masa masa perayaan yang lain seperti Tahun Baru Cina, sesuai sangatlah nak balik kampong. Masa ini bolehlah buat perancangan dengan adik beradik yang lain yang sama sama balik. Nak menjala, nak mengail atau nak menyuluh.
  • Balik kampong musim buah: Sekarang ni musim buah dah nak tiba. Duyan dah nampak mula di jual kat tepi tepi jalan. Duyan kat kampong tak taulah berbuah ke tidak. Kalau ada rezeki adalah orang kampong beritahu supaya balik.
  • Balik kampong cuti sekolah: Cuti sekolah dah lepas, tapi tak dapat balik juga sebab along ada tuisyen, angah ada kem motivasi jadi tunggu cuti sekolah bulan dua belas pulak kot.
  • Bilik Kampong dalam pantang: Adalah lebih baik kalau dapat balik kampong bila pantang bersalin anak pertama. Senang mak jaga. Kalau nak bersalai atau bertungku.
  • Balik kampong bila ada kecemasan: Bila ada kematian, sakit pening dari keluarga dan saudara terdekat wajarlah kita balik kampong. Begitu juga bila sesedara yang kenduri menikah anak juga eloklah balik.
  • Balik kampong bila pencen: Ramai orang bercadang nak terus tinggal dikampong bila pencen kelak. Nak usahakan tanah peninggalan arwah ayah. Nak usahakan tanaman buah naga atas tanah 5 ekar itu.
Jadi hari ni hari sabtu.. esok ahad , 2 hari boleh juga balik kampong. Bolehlah juga merepeh-repeh di kebun.

Wednesday, June 17, 2009

Tenggelam ekor


Satu pagi, kira 2 minggu lepas, koi lalu dekat Benteng, sungai Kuantan, koi tengok hala ke tulisan besar KUANTAN seberang sana. Jadi nampaklah sebuah bot nelayan yang tenggelam ekornya. Karamlah tu. Masa itu orang tak ramai lagi dikawasan Benteng . Apa lagi dengan tidak berlengah lengah terus ambik gambar.

Tengah dok cari angle, bahu koi ditepuk dari belakang. Paling je kebelakang terjengui seorang manusia. Nak kata kenai, rasa rasa macam tak kenai. Dia senyum... koi pun senyum. Mungkin dia pegawai dari Jabatan Perikanan atau Jabatan Laut. Terlintas juga dalam hati " Salah ke ambik gambar." Buat dok aje. Tiba-tiba dia bersuara " Bila tenggelam?" Koi jawab " tak tahu". Pas tu dia tanya lagi" Nampak?". Koi jawab jugak " nampak" . Lama kendian dia tanya pulak" Nombor berapa ?" Koi jawab " tak tau lah. " Walau pun koi boleh zoomkannya. Koi pulak tanya dia " Nak buat apa? "dia jawab sambil senyum " adalah".
" Tenggelam ekor" jugak lah gamoknya.

Sunday, June 14, 2009

Buah Tangan

Kalau pergi melawat keluar negara, ada je buah tangan yang dibawa balik untuk anak isteri. Tak kiralah kemana, Kalau ke Medan atau Surabaya paling koman pun, kain batik jawa. Kalau pergi ke Sarawak, dah tentu ikan terubuk masin. Beli lah lebih sikit untuk mak dan mak mertua. Atau pun belilah kek lapis untuk kawan-kawan dan jiran. Bila ada mesyuarat di Langkawi dah tentu ada lah buah tangan untuk orang yang menunggu di rumah.

Tetapi di Pahang hanya ada beberapa tempat yang kita teringatkan buah tangan untuk dibawa balik. Kalau ke Cameron Highlands dah tentu cari jugalah buah strawbery atau kobis. Tak pun teh cameron. Kalau pergi balik hari ke Lepih, buat buat lupalah nak beli buah tangan tu. Tapi kalau dah masuk tiga empat hari kerja disana, elok lah beli buah tangan. Cari je gula kabung di pasar Lepih atau Pekan Sari Benta. Gula Kabung banyak diusahakan oleh orang Peruang, Tulang Padang dan Budu. Regenya sekitar RM 6.00 sebuku.

Di Jerantut ada perusahaan membuat daging salai di kampong Koi, Damak. Daging salai sedap di buat masak lemak. Beli lah dua tiga bungkus untuk dirasa oleh anak-anak.

Kalau tak de benda sangat singgahlah di gerai gerai tepi jalan sekitar Karak dan Lanchang, boleh juga beli jambu air sesekilo dua. Taklah sampai RM 20.00 pun.

Ikan patin dan ikan talapia juga boleh dijadikan buah tangan. Siang, buang perut dan bungkus elok elok kalau nak bawak jalan jauh. Kalau nak, boleh. Dari Temerloh pergilah ke jalan nak pergi Bera dekat kg. Buntut Pulau atau kg. Pangsenam. Tepi tepi sungai tu banyak amat orang yang jual ikan sungai.

Pelancung pelancung yang menaiki bas pelancungan akan disinggah di kedai ikan masin Batu 3, Kuantan untuk beli ikan masin untuk dijadikan buah tangan apabila balik ke tempat masing-masing. Tapi kita bolehlah pergi Peramu atau Tanjung Lumpur untuk beli keropok, otak-otak atau sata untuk dijadikan buah tangan apabila berkunjung ke Kuantan.

Tapi jangan lah bergurau bawak balik buah kelapa sawit pulak sebagai buah tangan apabila berkunjung ke Felda Kota Gelanggi nanti tak pasai-pasai kena baling dek buah kelapa sawit.

Wednesday, June 10, 2009

Cerita Orang Pahang

Kisah ini telah diceritakan oleh godong koi, Azahar namanya. Koi pernah jugak terbaca cerita ini dalam forum dan blog di internet. Ket nya koi taklah nak memanjangkannya, cumanya ada satu kemuskilan dikepala koi. Jadi koi cuba ceritakannya ... tapi taklah sehebat godong koi itu menceritakannya.

Kisahnya begini:

Sekitar awal tahun lapan puluhan, negeri Pahang merupakan negeri yang kaya dan makmur, Hasil utamanya ialah kayu balak. Hutannya masih banyak. Ini termasuklah hutan dara dan KSK dan kayu balaknya besar-besar. Bermacam macam jenis kayu ada seperti cengal, meranti, kempas dan resak. Oleh kerana kayu yang besar dan dari jenis yang baik-baik, makanya regenya pun bagus lah. Dek kerana itu ramailah orang orang pahang yang menjadi usahawan kayu balak di negeri Pahang.

Salah seorang usahawan balak yang berjaya ketika itu adalah seorang anak muda. Beliau mempunyai perwatakan yang baik, tegap dan menarik. Mempunyai rumah dan kereta yang besar. Bagi menguruskan perniagaanya beliau selalu berulang alik ke Kolompo . Semasa bersama sama pelanggan dan kenalannya di Kuala Lumpur anak muda ini sering bermegah dengan kehebatan pahang, kerana pahang negeri yang besar, sungai pahang sungai yang panjang dan besar serta kayu kayu balak besar-besar belaka. Bila ada orang memujinya dengan cepat dia menjawab " maklumlah kan i ni orang pahang".

Dengan memiliki apa yang ada pada anak muda ini senanglah beliau mengorat gadis gadis di Ibu kota. Dalam ramai- ramai perempuan yang dioratnya, beliau tertarik dengan seorang gadis anak kepada seorang pegawai poleh yang bertugas di Bukit Aman. Maka berkenalanlah kedua-duanya dengan lebih dekat lagi. Bila gadis tersebut bertanya keretanya " Besar kereta abang ni" dia pun menjawab " Kan I ni orang Pahang". " Besarnya rumah abang" ... " ooo..kan I orang Pahang".

Setelah beberapa bulan berkenalan maka mereka bersetuju untuk berkahwin. Majlis dan kenduri kahwin diadakan di rumah sewa bapak pengantin perempuan di Gombak. Sedara mara dan sahabat handai ramai yang datang. Setelah berkahwin barulah anak muda itu tahu.. rupa rupanya isterinya Orang Pahang jugak. " eh.. oak orang pahang jugak ke?" . Isterinya hanya tersenyum.

Begitulah kisahnya..

Hari ini pahang tidak boleh lagi bermegah megah dengan kayu balaknya yang besar-besar. Hasil khazanah alam semula jadi itu telah hampir pupus. Hutan- hutannya tidak lagi dara. Dek kerana berebut balak .. hingga sanggup saman menyaman. Tekih jugak Dato' Nan menyelesaikan masalah balak ini.

Walaupun sumber balak telah hampir habis, orang orang pahang tidak perlu berputus asa. Rezeki Tuhan memang banyak dan datangnya dari berbagai sumber. Sumber terbaru adalah dari khazanah alam juga iaitu dari haiwan berterbangan. Perusahaan burung walit telah mendapat sambutan yang menggalakan di negeri Pahang. Burung walit seakan akan burung layang-layang dan membuat sarang digua-gua dan bangunan-bangunan. Rega sarang burung walit mahal dan dipasarkan diperingkat antarabangsa. Maka banyaklah bangunan bangunan kedai diubah suai untuk dijadikan tempat burung walit membuat sarang. Malahan ada juga pengusaha sekitar kuantan , pekan, nenasi dan merchong yang membina bangunan khusus untuk burung walit ini.

Kemuskilan koi: Agak agaknya lah .. mampu gamaknya godong koi, Azahar menceritakan kehebatan Orang Pahang masa ini.. kerana burung walit adalah burung yang kecil.. lebih kecil dari burung punai atau burung terkukur.

Moral: Jangan megah dengan apa yang kita ada.. bersyukurlah..

Tuesday, June 9, 2009

Siapakah Kita.

Dalam sesabuah keluarga, terdapat nama-nama panggilan mengikut hairaki seperti yang sulong dipanggil Along, yang nombor 2 dipanggil Anggah dan seterusnya yang lain-lain seperti Da atau Uda, Alang, Andak dan Acu ( Busu). Jika besar keluarga itu banyak lagilah panggilan ini yang patut ditambah seperti Cik dan lain-lain.

Perasan tak kita, ada lagi nama panggilan yang lain selain dari yang diatas tadi. Nama nama ini diberikan oleh orang tua kita atas spesialnya kita. Dek spesialnya, itu adik beradik yang lain tidak mendapat anugerah ini. Nama itu juga melambangkan sifat, perwatakan dan harapan ibu bapa kepada kita. Walaupun nama tersebut di anugerahkan kepada kita semasa kita kecik lagi namun ianya kadangkala berkekalan hingga ke besar.

Bagi lelaki anugerah yang biasa diberi:
  1. Awang - anak lelaki harapan ayah dan emak
  2. Atan kadangkala dipanggil Tan atau Jantan - boleh diharap tetapi manja skit
  3. Boy anak kesayangan ayah
  4. Boboy
Bagi perempuan pulak
  1. Buntat - selalunya diberi pada anak yang sulung
  2. Wok
  3. Tine atau nine
  4. Kecik
  5. Alus
  6. Tik
  7. Manja - dah tentu mengikut nama
  8. Lebar - ada kot
  9. Girl
Mungkin banyak lagi?..

Saturday, June 6, 2009

Bunga Manggar


Bunga manggar biasanya digunakan dalam sesuatu majlis. Ianya dibawak oleh gadis-gadis cantik untuk mengiringi tetamu utama sama ada orang besar, YB, menteri atau raja. Bunga manggar juga di bawa untuk mengiringi pengantin lelaki yang akan naik pelamin pada hari perkahwinan. Bunga manggar mendapat nama kerana ianya seakan-akan manggar yang keluar dari seludang nyior. Ia dibuat dari beberapa batang lidi yang dibalut dengan kertas mengelip dan seterusnya dicucuk-cucukkan pada buah betik muda. Kendian carilah kayu yang lesoh lesoh agak-agak panjang sedepa dan cucukkan kepada buah betik tadi untuk dijadikan pemengang atau batangnya.

Selain dari mengiringi tetamu dan pengantin bunga manggar juga berfungsi sebagai tanda atau penunjuk arah bagi majlis kenduri kahwin. Ianya dicacak dimerata-rata simpang dimana jalan masuk kerumah kenduri kahwin tersebut. Kadangkala ianya dilekatkan pada tiang lampu isyarat atau sign board JKR. Pada setiap bunga manggar ini dilekatkan nama pengantin dan tarikh nikahnya, supaya senang tetamu percam dimana arah rumahnya. Sekarang ni banyak majlis kenduri kahwin ini menggunakan banting yang ada gambar pengantin lelaki dan perempuan serta maklumat majlis supaya lebih mudah dan jelas lagi.

Pada musim cuti kali ini banyak kenduri kahwin dimerata kampung dan taman-taman perumahan. Jadi banyaklah bunga manggar yang dipancang merata simpang dan muka jalan. Dek terlalu banyak bunga manggar mulalah tetamu ca ca ( confius ) mana satu tala rumah yang menjemput. Yang menjemputnya ayah pengantin tetapi nama pada bunga manggar nama pengantin. Nak pulak kad jemput lupa bawok. Tak ke raban dibuatnya?.

Oleh kerana dah sampai , teruskanlah jugak niat tu. Mulalah tanya sana, tanya sini. Yang kena tanya pun tak tahu juga. " Entah" katanya. Dia pun macam kita juga.. dari jauh. Jadi apa macam?.. redah jugaklah. Nampak kanopi dan ramai orang bederun-derun tala kesitu. Ini lah agaknya?. Parking kereta dan ambik hadiah untuk pengantin dan sama-sama dengan orang ramai ke khemah jamuan. Intai intai jugak kot kot ada bapak pengantin. Tak nampok pun?. Penyambut tetamu sibuk suruh makan " jemput makan .. sila sila " sambil ambil hadiah yang kita bawak.

Bila nak balik jumpa semula penyambut tetamu tadi , bersalam dan kata kepadanya " kirim salam jelah kat Pak Derih ". Dia pun jawab " Insyallah ". Bila nak keluar , payah nak berpaling balik kerana dah sesak dengan kereta yang datang, jadi teruslah keluar ikut lorong satu lagi. Nampak lagi kanopi kenduri kahwin jugak. Dari jauh dah nampak Pak Deris dengan baju melayu birunya melayan tetamu yang datang dan yang nak balik. Lah..dah salah rumah lah tadi.

Kalau dah macam itu .. nak salahkan sapa?. Tak kan nak salahkan bunga manggar pulak.


Wednesday, June 3, 2009

Laksa Pahang

Kalau pergi ke pekan sari atau mana-mana pasar malam, kita akan selalu jumpa laksa penang. Jarang benar kita terjerempak dengan orang yang menjual laksa pahang. Sedangkan kita di negeri Pahang , laksa pahang payah nak jumpa, tapi laksa penang dimerata ceruk ada. Dimana agak silapnya. Atau memang takdak resipi laksa yang diberi nama laksa pahang.

Sebenarnya Laksa Pahang memang ada, kalau tak silap koi KDYTM Tengku Puan Pahang ada jugak mempromosikan Laksa Pahang. Laksa pahang ini hanya boleh jumpa bila ada jamuan dan kenduri-kenduri dikawasan -kawasan Pekan dan Kuantan.

Pakage laksa pahang terdiri dari laksa, kuah, ulam dan sambal. Laksa dibuat menggunakan tepung yang di uli dan dimasukan kedalam gebuk ( acu dia lah) untuk dikeluarkan laksanya dan terus direbus . Satu gebuk boleh dapat 4 hingga 5 cap laksa . Cap adalah ukuran laksa yang sesuai dimakan. Biasanya sekali makan 1 atau dua cap. Tapi ada juga godong yang makan lebih pada 5 cap.

Kuah laksa pahang bukan lah macam kuah laksa penang. Kuah laksa penang cair dan dibuboh bunga kantan. Kuah laksa pahang juga bukan macam kuah laksang atau laksa trengganu yang kuahnya kuah lemak putih. Kuah laksa pahang pekat, lemak dan berwarna kekuningan. Bahan-bahannya terdiri dari ikan tenggiri, santan, kerisek dan lain-lain. Ulamnya dibuat dari daun-daun seperti daun kaduk, daun selasih, mentimun dan taugeh. Sambal lada dan sedikit belacan. Bagi yang berminat bolehlah buat sendiri kerana nak beli susah sikitlah nak jumpa. Resipinya bolehlah didapati dari site:http://www.mdpekan.gov.my/web/guest/111

Agak-agaklah, laksa pahang ni kurang sambutan atau kurang promosi.