Followers

Thursday, July 30, 2009

Melayan Tetamu

Kisah ini telah diceritakan oleh seorang penghulu di Raub semasa rombongan pejabat koi melawat ke satu kampung di mukimnya di sana . Sekarang tok penghulu tersebut telah pun pencen.

Ceritanya begini:-

Ia berlaku sekitar awal tahun 90 an dimana satu rombongan, seramai 4 orang ketua -ketua masyarakat dari wilayah jawa timur indonesia melawat kampung tersebut. Pihak D.O. telah mengarahkan penghulu, tok empat serta orang orang kampung membuat persediaan untuk menyambut tetamu istimewa ini. Rombongan dijangka tiba jam 10 pagi dan akan melawat beberapa projek serta makan tengahari dikampung ini sebelum bertolak ke Kuantan.

Satu mesyuarat peringkat JKK kampung A ( bukan nama sebenar ) telah diadakan bagi membincangkan perkara ini. Habis jugalah sekole kupi o dan sepiring goring pisang pada mesyuarat yang dipengerusikan oleh tok penghulu. " Ingat, kita semua mesti buat yang terbaik supaya dema tu puas hati semasa berada di kampung kita. Jaga nama baik tempat kita" kata tok penghulu dalam ucapan penangguhannya.

Pada hari yang dijanjikan, awal awal lagi penduduk kampung telah bersedia menunggu tetamu istimewa itu. Mana2 yang menoreh tak pergi menoreh, mana mana yang kekebun tak pergi kekebun. Tok penghulu bagi cuti. Mereka kelihatan ceria sekali. Tok empat dengan bush jaketnya. Cu Samat memakai baju batik yang baru dibeli dari pekan sari Raub. Begitu juga dengan orang perempuan, Ngah Temah, Mak Cik Gayah dan Selamah juga siap berpakaian yang lawa2. Masing masing ada tugas masing masing.

Dua buah Land Rover Pejabat Daerah yang membawa tuan D.O dan rombongan tiba di simpang masuk kekampung A jam 10.05 pagi. Rombongan dibawa terus ke kolam ikan keli Pak ndak Berahim di hujung kampung dan diberi penerangan oleh Pegawai perikanan. Projek yang dilawati seterusnya adalah projek tanaman tebu. Projek seluas 4 ekar di tepi kubur ini diusahakan oleh persatuan belia yang diketuai oleh Zali Jepun.

Rombongan berhenti untuk jamuan makan tengahari di Balai raya pada pukul 1.30 tengahari. Mak Teh Kiah sebagai ketua tukang masak telah menyediakan menu khas untuk tetamu pada hari ini. Mak Teh Kiah masih ingat pesan tok penghulu pada mesyuarat minggu lepas " Oak, Kiah masak sedap2, masaklah masakan biasa tempat kita, biar dema makan 2, 3 pinggan".

Tuan D.O. , Tok Penghulu dan 2 orang ahli rombongan, satu hidang. Tok empat Keria, Cu Samat dan 2 orang tetamu lagi, hidang yang lain. Manakala orang kampung dan pegawai pegawai kerajaan yang lain dengan hidang masing2. 4 orang satu hidang. Setelah doa makan dibacakan oleh imam tua, masing-masing pun mula menjamu selera. Maklum saja lah hari dah tengahari dan perut pun dah mengelodak.

Di hidang tok empat keria, Cu Samat mula membuboh nasik kedalam pinggan tetamu dan di ikuti dengan lauk lauk. " Ini ikan baung masak asam... biasa makan ke? " tanya Cu Samat kepada tetamu 2 orang itu. " Bisa pak" kata salah seorang dari tetamu tadi. " ooo bisa, kalau bisa takyah makanlah nanti sakit susah pulok.. aok nak balik jauh" gelor Cu samat lagi sambil menyerah pinggan lauk ikan baung masak asam tersebut kepada tok empat.

" Ini rebung masak lemak .. boleh makan ke? " tanya lagi Cu Samat . " Bisa " jawab tetamu indonesia yang seorang lagi. " oooo... bisa lagi " kata tok empat pulak. " Agaknya dema ada gaut" kata Cu Samat kepada Tok Empat Keria. Begitulah dengan lauk lauk lain yang ada , telur itik,dan sayur jantung pisang masak lemak pun bisa juga jawapannya apabila diunjuk kepada tetamu tersebut. " Acu aok unjuk sambai tu" kata tok empat kepada Cu Samat. Cu Samat pun mengambil piring sambal belacan lada kecik dan bertanya kepada tetamu. " Yang ini". Serentak kedua dua tetamu itu menjawab. " Ngak Bisa".. " ooo.. yang ini boleh makan.. tak bisa" kata tok empat keria. Maka dibubohlah Cu Samat sambal belacan cili kecik kedalam pinggan kedua dua tetamu itu. Makanlah tetamu dua orang itu nasi berlaukkan sambal belacan cili kecik. Berpeluh peluh menahan pedas.

Begitulah kisahnya yang diceritakan oleh tok penghulu.

Itu kisah lama tahun 90an. Sekarang dah tahun 2009 , Bahasa indonesia bukanlagi asing kepada orang orang di Pahang. Orang orang yang bercakap bahasa indonesia bersepah di ladang sawit di Tersang dan Sungai Koyan serta di tapak tapak binaan. Stesyen stesyen tv jugak ada menyiarkan 'sinetron' dari seberang dan diminati oleh ramai orang termasuklah Cu Samat dan Tok Empat Keria. Kita bukan saja boleh faham perkataan " bisa" malah banyak lagi perkataan lain seperti beress, mas, dan kantor. Anak-anak kita lagi reti perkataan "capek banget" berbanding dengan " kohot amat "

Kisah diatas adalah rekaan semata mata, tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau yang mati.

Tuesday, July 28, 2009

Walit


Gambar ini bukanlah gambar pembinaan sekolah atau asrama murid. Ianya bukan juga bangunan kedai atau flat kuarter kerajaan. Sebetul benarnya inilah bangunan yang disediakan untuk burung2 walit membuat sarang. Bangunan seumpama ini banyak dibina dimerata2 tempat di negeri pahang seperti di belah Kuantan, Pekan , Nenasi dan Gambang. Di tempat tempat lain ada juga nampaknya seperti di tepi jalan dari Bentong menghala ke Raub.

Perusahan sarang burung walit telah menarik minat ramai. Ini disebabkan sarang burung walit mahal regenya dan dipasarkan diperingkat antarabangsa. Pada tahun 2008 nilai eksport sarang burung walit mencecah RM 10 billion. Baru2 ini Dato' Najit ( panggilan orang pekan) telah mencadangkan supaya perusahaan ini dijadikan sebagai projek berimpak tinggi.

Bagi menarik burung walit membuat sarang didalam bangunan ini, beberapa perkara patut di sediakan. Pengusaha perlu menyediakan tempat yang sesuai untuk haiwan ini membuat sarang. Disamping itu pengusaha perlu juga memainkan bunyi burung melalui pembesar suara yang dibuboh didalam bangunan itu. Kalau kena gayanya dalam tempoh 2 bulan adalah burung masuk dan membuat sarang. Tapi ada jugak yang lambat masuk, mungkin tak sesuai. Kalau dalam tempoh 3 tahun tak de juga burung yang masuk buat sarang, bangunan tersebut bolehlah dibuat sekolah.

Kadang kala ada pengusaha yang memasang alat pembesar suara dengan kuat menyebabkan bingit bunyinya. Siang dan malam. Ini akan menganggu ketenteraman awam. Pasang alat pembesar suara memanggil burung boleh, tetapi janganlah menganggu orang lain.

Pernah juga koi terdengar kisah sepasang suami isteri yang tinggal berhampiran dengan bangunan kedai yang mengusahakan burung walit. Kedua-duanya bekerja , keluar pagi petang baru balik. Apabila mereka mendapat anak, anak tersebut dijaga oleh orang gaji dirumah tersebut. Anak ini membesar sebagaimana kanak kanak lain. Dari menerap, merangkak dan berjalan jatuh. Tapi bila nak bercakap suaranya macam burung walit.

Koi tak pasti sama ada cerita ini betul atau tidak.

Sunday, July 26, 2009

Tiada Hari Tanpa Pekan Sari

Taknyer ade catatan dalam mana mana buku sejarah mengenai tarikh mula wujudnya pekan sari di negeri Pahang. Diantara pekan sari yang tertua di negeri ini adalah Pekan Sari Benta dan pekan sari Temerloh. Bermula dengan beberapa buah sahaja, bilangan pekan sari semakin bertambah setiap tahun. Le ni terdapat lebih 250 buah pekan sari dan pasar malam yang beroperasi seminggu sekali dibeberapa lokasi di seluruh negeri.

Banyak pekan sari yang beroperasi setiap hari Ahad seawal jam 7.00 pagi sehinggalah 1.00 tengahari. Diantaranya ialah pekan sari Temerloh, Benta, Raub, Bentong dan Maran. Ada juga pekan sari yang beroperasi pada waktu yang sama, tetapi pada hari sabtu seperti pekan sari Pekan. Hari Isnin pekan sari Batu Talam. Di Kuantan pula banyak pekan sari mula menjalankan perniagaan pada petang iaitu mulai pukul 4.00 sehingga jam 10.00 malam. Ahad pekan sari Simpang Bukit Goh dan Pantai selamat, Hari Isnin, pekan sari Beserah, Selasa Pekan sari Taman Tas, Rabu pekan sari Cenderawasih dan pekan sari Bukit Rangin, Hari Khamis pekan sari Inderapura jalan pekan, manakala hari jumaat pekan sari inderamahkota dan hari sabtu pekan sari sungai isap. Begitu jugalah dengan daerah-daerah lain, setiap hari ada je pekan sari.

Pengunjung pengunjung pekan sari juga ramai. Mereka adalah dari penduduk tempatan dan juga datang dari kawasan sekitar yang berhampiran. Barangan yang dijual di pekan2 sari pun banyak. Boleh kata semuanya ada. Ikan sungai, ikan air batu, ayam , daging lembu dan sayuran seperti kangkong, bayam, pucuk paku dan labu. Kalau musim buah, buah buah seperti manggis, rambai, durian dan rambutan dijual disini. Begitu juga dengan kuih seperti lompat tikam, apam balik dan mertabak. Ada juga barangan yang lain seperti pakaian bundle dan mainan kanak kanak seperti belon dsbnya.

Peniaga peniaga pekan sari juga , tidak boleh relaks kerana tiada hari tanpa pekan sari.




Thursday, July 23, 2009

Tanaman Laman

Salah satu fungsi lanskap adalah mengwujudkan suasana harmoni dan nyaman. Elemen elamen lanskap lembut seperti tumbuhan dan air perlu digandingkan dengan lanskap kejur seperti arca, pintu gerbang dan sebagainya. Pemilihan jenis tanaman serta susunatur yang dirancang mengikut kesesuaian muka buminya juga menjadikan kawasan tersebut menarik.

Selain dari mengindahkan kawasan , tumbuhan juga mempunyai fungsi yang lain seperti meneduhkan, meghalang tiupan angin serta mengeluarkan buah untuk makanan manusia.

Di Kuantan pihak MPK telah berusaha menjadikan lanskap Kuantan menarik. Pemilihan pokok pokok palma seperti Royal palm, King palm, Mac arthur's palm, manila palm dan macam macam lagi adalah untuk memberi identiti kepada Kuantan sebagai sebuah bandar palma. Cuma pokok palma seperti kelapa sawit, pinang dan nibung tidak diberi ruang.

Koi amat setuju pihak MPK menanam pokok nyor dibeberapa tempat di kawasan dibandar kuantan seperti di depan sepital, jalan penjara dan depan dataran kemunting. Pokok nyor adalah pokok asal di kuantan seperti di tanah putih,kg.jawa dan darat makbar seharusnyalah diberi tempat berbanding dengan pokok lain seperti cycras dan fish tail palm. Cara menanamnya pun menarik . Puntang panting ada tinggi ada rendah, ada panjang ada pandak. Barulah nampak seninya.

Di sini tak ada tupai nak memunah putik nyor. Kala ada pun takdan lepas nak jangkit kesini dah kena lenggek dek lori atau kereta. Kalau ada pelepah, manggar, seludang dan kelongkong nyor yang jatuh, boleh kutip dan buang saja ataupun kompoi boleh buat unggun api kat pangkai pokok nanti cepat berbuah.

Bila dah berbuah lagi bagus. Kat Sepital pulok, kalau ada yang demam campak kait jelah buahnya ambik air, minum. Dan tiga kali minum dah kebah. Kalu buah dah banyak bawak berok turunkan buah atau upah je sidi manjat. Bila nak raya boleh ambik pucuk buat ketupat dan kalau sesak sesak tak dak lauk kenduri kahwin bolehlah ambik umbut, buat acar atau kerabu.

Tapi kalau berjalan dibawah pokok jaga-jaga sikit nanti hempap dek pelepah nyanyer.

Tuesday, July 21, 2009

Kopitiam

Entah apalah gamoknya dema tu suka sangat melepak kat kopitiam. Godong godong dari Pekan, Sg. Lembing dan Kg. Awah sanggup datang ke Kuantan semata mata untuk minum kopi dan makan roti bakar berkaya di Kopitiam. Tak mengira waktu sama ada pagi, petang, maghrib atau pun dinihari, kopitiam sentiasa penuh dengan peminat-peminat setianya.

Di Kuantan perniagaan kopitiam amat mesohor. Pernah juga terbaca dalam surat khabar artikel mengenai kopitiam kuantan. Kononnya orang orang dari kolompo pun acap turun ke Kuantan kerana nak pekena kopi di kopitiam. Kopitiam banyak di kawasan Sri Dagangan berdepan dengan Mega Mall dan Jalan Beserah. Ianya mula beroperasi dari pukul 9.00 pagi hinggalah ke lewat malam sehingga jam 3.00 pagi. Set up nya seakan akan kedai kopi zaman dulu-dulu dengan meja dan bangku bulat sahaja.

Kalau ada lima , nam orang sedaplah berborak di kopitiam. Barulah goge sikit. Biasa nya tajuk tajuk yang menjadi perbualan hangat ialah politik semasa, bisnis juta juta dan cerita cerita yang mengarut-mengarut. Bagi yang datang seorang diri bolehlah bukak lap top dan chatting dengan gf kerana disini dilengkapi dengan wifi.

Koi bukanlah nak kempen kopitiam, tapi dulu pernah pihak JAIP mempertikaikan status makanan di kopitiam. Tapi senyap je hingga sekarang. Atau pun koi tak de maklumat terkini.

Sunday, July 19, 2009

Gotong Royong

Gotong Royong adalah satu cara berpakat bagi membuat kerja beramai ramai secara sukarela. Bak kata pepatah wonder pet " apa yang penting... kerja sama". Kerja gotong royong telah diamalkan oleh orang dulu dulu. Samaada kerja untuk kepentingan masyarakat di tempat itu seperti membuat taliair , jalan dan surau atau pun kerja2 penduduk seperti membuat paya, sawah padi atau kerja kerja kampung yang lain. Hari senin gotong rotong royong menajak paya Mail midun, Rabu gotong royong menebas tapak rumah baru Tok empat Keria, minggu depan pulak gotong royong membuat surau. Begitulah kepentingan gotong royong kepada orang dulu dulu.

Hari ini gotong royong masih lagi diamalkan dikebanyakan tempat. Kampung kampung, tradisional, tanah tanah rancangan serta taman taman perumahan sering kali juga mengadakan gotong royong. Beberapa tahun dulu, pernah juga terdengar gotong royong peringkat negara dijalankan tapi sekarang ni etah lah tak dengar pulak. Di sekolah juga ada dijalankan gotong royong sama ada diperingkat murid2 atau pun melibatkan PIBG dan Ibu bapa.

Di kampung dan rancangan felda , gotong royong diadakan bagi kerja kerja seperti membersih masjid, membersih kubur dan menebas jalan. Gotong royong dibuat apabila keadaan mendesak seperti bila menteri atau YB nak datang melawat, atau pun bila nak menyambut bulan puasa. Pada hari yang ditetapkan untuk gotong royong ini, ramailah penduduk kampung akan keluar membawa peralatan seperti, parang, cangkul, sabit dan lain2 untuk melaksanakan aktiviti tersebut.

Manakala di taman perumahan gotong royong dijalankan bagi membersih kawasan seperti longkang, membuang sampah sarap dan menebas sekitar taman. Apabila pejabat kesihatan mengantung banner berbunyi " Kawasan Kita Di Serang Denggi" maka sibuklah pengerusi2 KRT, Tok empat dan ketua lorong memanggil mesyuarat tergempar. Agenda utama mesyuarat kali ini ialah Gotong Royong.

Selama 2 jam bermesyuarat, banyaklah perkara yang dibincangkan seperti, bila nak jalankan program ini, bagaimana hebahan nak dibuat? gantung banner dan keluarkan surat perkeliling, peruntukan bagi makan minum, menu - menu apa? bubur kacang atau mi hon ke? dan lain lain. Kadang kala ada juga dibincangkan siapa yang nak rasmi gotong royong ini. Ada cadangan supaya YB dijemput untuk merasmikan program gotong royong ini. Kalau YB sanggup datang tentulah dapat peruntukan lebih sikit dari pejabat daerah. Kalau YB datang, kita juga perlu menjemput media. Kalau tak TV pun , surat khabar perlu dijemput untuk kover berita, sekurang kurangnya Sinar. Tak padan dengan orang orang tempatan, kita kena panggil bomba, JKR dan Majlis Perbandaran untuk turut serta dalam gotong royong ini. Dema tu boleh bantu dari segi peralatan. Kita kat taman perumahan ini mana ada sabit, parang pun tumpul, tak lut nak takik pokok kayu. Yang ada cuma pisau kupas bawang je di rumah.

Pada pagi hari gotong royong tersebut ramai jugalah orang datang. MC sibuk test mic, " one..two ..three.. cubaan pembesar suara.. test.. 1, 2,3 ". AJK lain sibuk mengemas meja makan .. mengatur atur gelas untuk YB dan yang lainnya berborak - borak biasa. YB tiba tepat jam 8 disambut oleh Pengerusi KRT dan dibawak terus ke bawah kanopi. Aturcara program Gotong Royong pun bermula dengan ucapan aluan Pengerusi KRT dan seterusnya ucapan perasmian oleh YB. Dalam ucapan perasmian, YB menyarankan supaya amal gotong royong seumpama ini diamalkan dikawasan kawasan perumahan, ianya bukan sahaja membersihkan kawasan dari ancaman penyakit berjangkit seperti denggi dan cikungunya tetapi yang pentingnya penduduk taman dapat beramah mesra sesama mereka ditaman ini.

Selesai sahaja ucapan perasmian, YB dibawa untuk melakukan gimmic perasmian dengan menanam pokok didepan dewan serbaguna. Orang -orang surat khabar pun sibuk mengambil gambar YB , Pengerusi KRT dan AJK memegang cangkul mengembur tanah semasa menanam pokok. Setelah itu YB dijemput untuk minum pagi dan sidang akhbar dijalankan. Semantara itu penduduk taman mula menjalankan gotong royong. Mereka mula membersih longkang, membuang ranting2 pokok dan memerun sampah2 yang dikumpulkan. Ada jugak yang menjadi mandor kepada pihak bomba dan JKR.

Setelah 10 minit bergotong royong, asap api perunan sampah semakin menebal begitu juga asap pemerun pemerun rokok juga tidak kurang hebat kepulannya, mula lah terasa penat. Air minirel dalam kotak pun dibuka dan dibagi bagi kepada orang ramai. Ada dah yang tersandar ditepi longkang. Ramai yang mula mengelising . "Eh .. Kawan ada janjilah hari ni." ramai yang mula memberi alasan untuk beredar cepat. " Koi nak main golf" . "Kawan nak beri makan kambing - kang kawan datang balik semula ". " Kawas nak hantar anak gi tuisyen dulu "

Nak menyampaikan pukul 10 pagi tinggallah lima enam orang bergotong royong dengan mee, nasi lemak , karipap dan sirap bandung.


Friday, July 17, 2009

Hari Keluarga - Rumpun Keluarga

Secara amnya keluarga terdiri dari tiga komponen iaitu ibu, bapa dan anak. Keluarga merupakan unit terkecil yang akan membentuk dan mewujudkan sebuah masyarakat dan seterusnya berperanan dalam pembangunan sesabuah negara. Intitiusi kekeluargaan merupakan asas kepada pembinaan masyarakat yang bahagia dan pembangunan sebuah negara yang maju dan bertamadun dan dihormati.

Dalam persekitaran dunia hari ini peranan institiusi kekeluargaan dilihat semakin mencabar. Persaingan dalam mengejar penghidupan yang selesa telah menjadi agenda penting semua orang masakini. Ibu bapa terus menerus mengejar mencari wang untuk membesar dan mendidik anak-anak manakala anak anak pula sibuk mencari ilmu untuk bekalan masa depan. Keperluan luang masa untuk berinteraksi dalam keluarga tersebut semakin sempit. Dalam pada itu institiusi ini terpaksa berdepan dengan berbagai ancaman seperti penularan budaya asing, gejala yang tidak sihat dan lain lain anasir yang negatif yang boleh menggugat pegangan agama, moral dan nilai nilai masyarakat kita. Maka tanggungjawab membentuk keluarga dan masyarakat yang harmoni dan berakhlak akan menjadi semakin komplek.

Mahu tidak mahu kita terpaksa menghadapi situasi ini dengan bijaksana dan dengan penuh hati hati. Kita perlulah mencari formula yang sesuai supaya pegangan , nilai, moral serta budaya kita selama ini dapat bergerak selari dengan peredaran masa dan zaman. Kita perlu melakukan sesuatu agar generasi kita akan datang kukuh, teguh dengan pegangan kita selama ini.

Rata rata masyarakat kita hari ini kurang bertemu muka, berkomunikasi dan beriteraksi diantara satu sama lain dalam sesabuah keluarga. Salah satu faktor menyebabkan keadaan ini berlaku adalah kedudukan tempat tinggal yang berbeza akibat penghijrahan dikalangan anggota keluarga. Perpindahan meninggalkan orang tua dan kampung halaman adalah fenomena biasa sejak zaman berzaman. Ianya bertujuan bekerja mencari nafkah, menuntut ilmu dan mengikut suami bagi anak perempuan yang telah berkahwin. Ada juga anggota keluarga tersebut terus menetap dan berkampung ditempat baru itu.

Pertemuan dalam sebuah keluarga seperti anak berjumpa dan menziarahi orang tua, adik menziarahi kakak, semakin jarang berlaku, mungkin sebulan sekali ataupun kadang kala setahun sekali. Itu pun cuma pada hari raya atau jika ada sakit pening serta kematian dan kenduri kendara sahaja. Amalan balik kampung telah menjadi trend bermusim. Manakala pertemuan serentak bagi seluruh anggota keluarga boleh dikatakan tidak pernah terjadi. Kesan dari keadaan ini akan terdapat situasi di mana adik jarang berjumpa abang, sepupu tak kenal sepupu dan cucu segan bermanja dengan datuk nenek.

Satu cadangan supaya diadakan Hari Keluarga bagi sesuatu rumpun keluarga untuk mengurangkan kesan tersebut. Pembabitan semua ahli dalam keluarga besar ini amat penting bagi mengiratkan lagi silatulrahim atas hubungan kekeluarga yang sediaada dan terjalin secara semula jadi itu. Bak kata pepatah melayu "air dicincang tak kan putus". Kita tidak boleh mengharapkan hari raya sahaja untuk berkumpul kerana pada hari raya mungkin ada diantara ahli kelurga akan balik ke keluarga sebelah lagi ( iaitu belah suami atau belah isteri ).

Format dan pelaksanaannya serta pengisiannya hari keluarga ini bolehlah difikirkan sendiri, tapi yang pentingnya objektif mengadakan hari keluarga tersebut.

Thursday, July 16, 2009

Hari Keluarga

Saban tahun banyak hari untuk disambut. Selain dari hari raya puasa dan hari raya haji, ada hari2 lain seperti hari ibu,hari bapa,hari pengguna, hari pekerja dan hari guru. Tan Sri Jins Shamsuddin telah membawa cadangan supaya satu tarikh dijadikan hari seniman. Semua hari hari tersebut mempunyai tarikhnya yang tersendiri. Hari pekerja jatuh pada 1 mei setiap tahun, manakala 16 mei pula merupakan sambutan bagi hari guru.

Namun ada juga hari yang tidak mempunyai tarikh tertentu pada setiap tahun. Tarikh tarikhnya akan berubah - rubah mengikut kesesuaian dan keadaan. Kekadang tidak ada langsung pada tahun itu. Itulah keistimewaan hari tersebut iaitu hari keluarga.

Biasanya hari keluarga akan diadakan oleh organisasi seperti agensi2 kerajaan, majlis majlis daerah, kilang kilang dan juga syarikat2 swasta. Kilang membuat mi kuning pun boleh menjalankan hari keluarga ini. Tujuan utamanya adalah untuk mengiratkan silaturrahim diantara kakitangan kakitangan serta keluarga masing masing dalam organisasi tersebut. Kelab kebajikan dan sukan agensi tersebut akan mengurus dan mengendalikan hari keluarga agensinya.

Pada hari keluarga semua kakitangan dan keluarga masing akan berhimpun ditempat yang ditentukan bagi menjalankan berbagai aktiviti. Pemilihan tempat banyak bergantung kepada keadaan kewangan kelab kebajikannya. Kalau kewangan kukuh bolehlah buat hari keluarga di PD, Cameron Highlands atau Tioman. Atau pun boleh buat di Pantai Sepat atau Pusat Rekriasi Air Balok. Tapi kalau bajet kurang buat je di padang depan pejabat atau tok sah buat langsung.

Pengisian hari kelurga juga bermacam macam. Yang biasanya ceramah motivasi, treasure hunt, sukaneka dewasa, remaja dan kanak2, jamuan makan malam, cabutan bertuah dan macam2 lagi mengikut kreativiti penganjur. Pada masa inilah kakitangan atau ahli keluarganya boleh menunjukan skil memasing dalam beberapa hal. Jika banyak menang dan banyak dapat hadiah serta cabutan bertuah terasa amat seronok.

Sekarang ini telah ada hari keluarga taman -taman perumahan, flat-flat, blok blok rancangan Felda dan kampung kampung tradisional. Penduduk serta keluarga dikawasan tersebut akan membuat aktiviti hari keluarga di kawasan masing2. Antara sukaneka yang amat digemari pada hari keluarga ini ialah mengayam ketupat, kukur nyor, lari dalam guni, terompah gergasi dan rebut kerusi atau bola beracun. Kadangkala ada juga boling buah nyor komeng. Dulunya aktiviti sukaneka seumpama ini diadakan semasa sukan sekolah2 iaitu bagi acara ibu bapa atau terbuka, tetapi sekarang dah tak de.

Satu lagi hari keluarga yang patut diadakan iaitu hari keluarga rumpun keluarga itu sendiri. Hari keluarga semacam ini amat kurang dijalankan dalam masyarakat kita di Pahang. Ada tu , adalah ketnya taklah banyak lagi. Hujah kuat untuk mengadakan hari keluarga rumpun keluarga ini amat banyak.

Nantilah koi akan sambung pada entri akan datang.


Tuesday, July 14, 2009

Tok Empat

Pedoah sangatlah kalau tak kenal tok empat. Orang yang selalu sibuk2 dan acap kali buat sibuk itulah tok empat. Tok empat ada dimana-mana . Di Tanjung Gahai ander tok empat, di Merchong ada tok empat, di Tanjung Medang juga ada tok empat malahan di Sg. Isap pun ada tok empat. Terdapat lebih dari 500 tok empat yang ada di negeri Pahang. Ada Tok empat Mat Lazim, ada tok empat Seleman, ada tok empat Manap, tok empat Chong dan macam2 lagi. Tapi tak pernah lagi dengar tok empat nama David Becham atau tok empat Ronaldo di Malaysia ini. Di Negera lain tak tahulah pulok.

Peranan tok empat amat penting dan mustahak kepada masyarakat kita dimerata rata tempat di Negeri Pahang. Maju mundurnya sesuatu kampung atau tanah rancangan itu banyak bergantung kepada usaha, kreativiti dan inovasi tok empat kampung tersebut. Tok empat adalah merupakan wakil penduduk kampung untuk berurusan dengan pihak kerajaan. Begitu jugalah sebaliknya jika Pegawai kerajaan yang hendak berurusan dengan penduduk akan melalui tok empat. Apabila ada projek2 kerajaan yang hendak diadakan dikampung tersebut, tok empat jugaklah yang diajak berbincang dan menentukan lokasi projek, peserta projek dan pelaksanaan projek. Habis jugak lah sesepuloh hinggit duit tok empat bekwah pegawai2 kerajaan tersebut.

Tok empat akan membuat lis nama anak anak buahnya yang ampuh bah. Lis tersebut kendiannya akan dihantar kepada pegawai di pejabat welfare untuk tindakan orang atas. Kalau ander rezeki adalah bantuan beras ke, sardin ke atau pun duit ringgit. Tok empat juga boleh menyokong permohonan untuk mendapatkan lembu pawah kerajaan. Sain je pada borang dimana tempat yang dikhaskan untuk sokongan, melintang sainnya, cop dan hantarlah kepejabat veterina. Dapat tak dapat bukan kuasa dia, itu kuasa orang atas.

Tok empat juga merupakan sumber rujukan kampongnya. Semua maklumat dan data mengenai kampungnya ada dalam memori hard disk kepala tok empat. Tok empat akan tahu berapa orang ibu tunggal dikampungnya, berapa ekor kambing yang dipelihara oleh Pak latip, Berapa luas sawit Encik Osman dan banyak lagilah.

Tok empat hendaklah ada ciri ciri pemimpin yang dinamik. Tok empat kena menjadi pengerusi mesyuarat JKKK atau JKKR. Bercakap kena pandai , kelentong pun kena pandai jugaklah sikit sikit. Sekali sekala tok empat akan jadi MC untuk majlis majlis atau dailog yang diadakan di kampungnya. Kalau ada majlis kenduri kahwin, tok empat selalu dijemput untuk menitik inai. Kalau tok imam tak datang ke kenduri arwah, selesailah tok empat disuroh menjadi imam dan membawak tahlil. Ada juga penduduk kampung yang manja dan selalu mengharapkan tok empat menolongnya. Kambing lekat beranak pun jumpa tok empat, Itik serati hilang pun lapur pada tok empat dan kalau sesak duit, pinjam dengan tok empat.

Tok empat jugak akan bertanggung jawab kepada keselamatan kawasan jajahannya. Kampungnya mestilah sentiasa aman dan damai. Tak ada kes kes kecurian, kes ragut atau kes orang minyak. Tok empat sentiasa ada senarai orang luar yang menyewa dikampungnya. Berapa orang Bangla, berapa orang Indon dan berapa orang vietnam. Senarai tersebut kalau terdesak akan diserah kepada poleh. Dan tok empat akan menjadi saksi penting bagi kes2 tangkap khalwat.

Pejabat tok empat adalah dirumahnya sendiri atau kadangkala di balai raya. PA tok empat adalah anaknya sendiri. Atan lah yang selalu jadi mangsa di suroh oleh abah menaip surat 2 panggilan mesyuarat. Tak ada komputer yang dibekalkan oleh kerajaan untuk tok empat. Untuk mendapat maklumat melalui internet terpaksalah tok empat pergi ke CC yang berhampiran. Tidak dinafikan bahawa ada sesetengah kampong telah maju dari segi IT. Tok empat yang kreatif menyediakan website kampongnya sendiri. Ada blog sendiri dan email sendiri. Kerajaan patut membekalkan laptop dan broadband kepada tok empat yang macam ini.

Kadang kala ada jugalah suara suara sumbang yang tidak mahu mengakui kredibiliti tok empat. Tok empat berat sebelah, tok empat tak adil, tok empat ada kronilah, tok empat dah tualah , tok empat tak hensemlah dan bermacam macam lagi. Tok empat pulak janganlah bengkeng sangat. Pantang dicabar. Biarlah dema tu. Kalau kita benar dan ikhlas adalah pahala dikendian hari.

Koi tabek pada tok empat. Bertugas lah dengan ikhlas.

Monday, July 13, 2009

Mandi Laut

Dah lama tak mandi laut. Sebut saja nak mandi laut bersorak. Kekanak suka sangat mandi laut. Di sepanjang pantai Laut Cina selatan di negeri Pahang bermula dari pantai Chendor hinggalah ke Tanjung Gemok banyak tempat tempat yang sesuai untuk berkelah dan mandi laut. Kalau rajin boleh jugak pergi hingga sampai kepulau Tioman. Antara pantai laut yang biasa dikunjungi oleh orang ramai untuk berkelah dan mandi manda ialah Pantai Cherating, Balok, Batu Hitam, teluk Cempedak, Pantai sepat, Air Leleh, Pantai Lagenda, Sg. Miang dan Leban Chondong.

Banyak pendapat mengatakan bahawa mandi laut boleh mengubat penyakit kulit. Kalau ada panau ruam , kurap boleh lah cuba2 mandi laut. Sama ada betul atau tidak taklah koi pastikan sahihnya. Yang pasti kalau lama sangat mandi kulit akan mengelupas.

Mandi laut ada juga bahayanya. Kalau musim pejor dan ombak kuat jangan tebing, nanti hanyut dek air atau pun lemas. Kalau pergi ke tengah sangat takut takut ada ikan jaws. Ynag bagusnya mandi je di tepi pantai.

Thursday, July 9, 2009

Mandi Sungai

Kepentingan sungai kepada kehidupan manusia tidak boleh dinafikan lagi. Sungai menjadi punca sumber air untuk minuman bagi benda hidup seperti manusia, haiwan dan tumbuhan. Pada masa dulu, sungai dijadikan laluan bagi menghubungkan dari satu tempat kesatu tempat. Orang-orang dari Kg. Ganchong akan hilir ke Bandar Pekan membawa hasil tanaman seperti pisang, getah dan jagung dengan perahu atau motorbot melalui Sungai Pahang. Begitu jugalah godong-godong di Kampung Bantal akan menghilir dengan bot sangkut melalui Sungai Tembeling ke Kuala Tahan dan seterusnya ke Kuala Tembeling untuk ke Jerantut. Satu lagi kepentingan sungai pada ketika itu ialah tempat untuk mencuci pakaian, kekotoran dan mandi manda.

Sekarang ini orang tidak lagi menggunakan sungai untuk tujuan tersebut kerana di kebanyakan tempat telah ada jalan raya.Kampung2 dan desa2 juga telah ada kemudahan air paip JBA. Walau pun kadangkala air selalu tak keluar dari kepala paip orang-orang pahang telah pun melupakan peranan sungai. Tapi kalau dah dua tiga hari tak mandi barulah teringatkan nak cari sungai. Ada juga godong-godong yang memang menjadi hobi mandi sungai. Bila nampak je sungai mula nak terjun. Mungkin juga tak de kemudahan kolam renang ditempatnya.

Mandi sungai , seronok. Airnya sejuk hendak pulak dikawasan kawasan hulu, jeram dan dikawasan air terjun. Sungai -sungai yang besar seperti Sg.Pahang, Sg. Semantan, Sg. Tembeling dan Sg. Kuantan bolehlah menjadi pilihan untuk mandi. Tapi awas, mungkin sungai ini dalam. Beberapa tahun yang lepas 3 orang budak sekolah telah mati lemas di Sungai Pahang semasa mandi manda. Mereka telah pergi ke olak liring. Kadang kala ada jugak pasir jerlus yang amat merbahaya kepada orang orang yang tidak biasa dengan sungai. Kalau nak lebih selamat pergi ke Jeram Besu, Sungai Salan, Jerantut dan di Pulau Cekas, Dong. Walaupun airnya nampak deras tetapi toho dan selamat untuk membawa budak budak kecik.

Oleh kerana terlalu gairah untuk mandi sungai, janganlah pulak pergi ke sungai kecil. Mungkin sungai tersebut telah tercemar disebelah hulunya. Kang nanti mengerutu badan buat deknya.

Tuesday, July 7, 2009

Haiwan Kesayangan

Hubungan manusia dengan manusia dan hubungan manusia dengan Allah telah dinyatakan dalam Al Quran. Namun sebagai hamba, kita juga tidak lepas lari dari mempunyai hubungan dengan ciptaan-ciptaan Nya yang lain di alam ini seperti bumi, bukit bukau, tumbuhan dan haiwan. Hubungan manusia dengan haiwan telah bermula sejak zaman dahulu lagi. Samaada sebagai sumber makanan, minuman atau juga pengangkutan, kepentingan haiwan kepada manusia tidak dapat dinafikan dan ianya juga telah dinyatakan juga dalam Al Quran.

Memiliki haiwan kesayangan atau "Pet" juga merupakan hubungan manusia dengan ciptaan Tuhan. Binatang seperti kucing, ikan, arnab, ayam serama dan burung adalah merupakan haiwan kesayangan bagi orang-orang Melayu. Bagi orang bukan Islam, selain dari binatang tersebut, anjing juga merupakan haiwan kesayangan buat mereka. Ada juga haiwan lain seperti hamster, iguana ( binatang seperti mengkarung), tikus , monyet dan kongkang dijadikan haiwan kesayangan.

Ada gogong-godong yang sanggup berabeh duit beribu-ribu ringgit cuma untuk haiwan kesayangan. Ikan kelisa, kucing parsi , ayam serama dan iguana adalah diantara haiwan yang mahai reganya. Kadang kala peralatan dan penyenggaraan haiwan sebegini memerlukan kos yang tinggi. Sama ada kita berbelanja lebih ataupun tidak, yang pentingnya kita memberi keselesaan kepada haiwan itu dan kita menyayanginya.

Bagi peminat peminat ikan hiasan, mereka terpegun dengan telatah ikan kelisanya. Setiap kali balik kerja akan terus ke depan akuarium mengadap ikan tersebut samaada memberi makan atau mengira sisiknya. Ada pendapat yang mengatakan jika kepala kita berkecamuk kita akan menjadi tenang jika kita melihat ikan sedang berenang.

Pemilik pemilik burung pula akan mengagah burung terkukur atau burung merbok peliharaannya. Bunyi haiwan tersebut merupakan satu hiburan buat mereka. Burung tiong mas dikatakan boleh meniru suara manusia jika diajar bercakap. Ayam serama pula dilihat dari gaya dan kecantekannya. Beberapa tahun dulu sering di adakan pertandingan ayam serama tetapi sekarang ini tak de lagi.

Kucing pulak amat popular dimiliki bagi kebanyakan orang. Budak2 sangat sukakan kucing. Macam macam nama diberi. Dodo, bobo, ciki, coreng dan putih adalah contoh nama-nama kucing. Memelihara haiwan seperti kucing dikatakan boleh menjadi terapi bagi merawat berbagai jenis penyakit manusia. Bagi aki dan wan di kampung, kucinglah yang sangat disayangi oleh mereka. Selain dari cekas menangkap tikus, ia sentiasa menemani mereka siang dan malam. Jika anak cucu balik kampung, kucing ini akan memeper lari menyembunyikan diri.

Pernah satu ketika Pak Long koi membawa balik kucing dari Kolompo, tapi bila tiba di Pekan ia nya berbunyi lain. Bukan kucing tetapi kucieng.

Sunday, July 5, 2009

Binatang Berkelayar

Binatang ternakan seperti lembu, kerba dan kambing yang didapati berkelayar di setengah setengah tempat bukanlah perkara baru di negeri Pahang. Fenomena ini telah wujud sejak zaman tak kala Adam dulu. Sama ada binatang tersebut ada tuan atau pun tidak bukanlah soalnya tetapi ianya banyak menimbulkan masalah kepada orang ramai dan masyarakat setempat. Kadang kala tuannya tahu kambingnya makan pokok bunga orang tapi dia buat tak cakne aje.

Di kampung-kampung tradisional, tanah tanah rancangan dan juga pekan pekan kecil seperti Mela, Lami ( Lamir sebutan orang belah Pekan) dan Beserah memang selalu terdapat binatang yang berkelayar. Tapi sehingga kini tak de lagi koi dengar ada binatang berkelayar di tengah bandar Kuantan, Temerloh mahu pun Bentong. Di tempat tempat peranginan yang selalu menjadi tumpuan orang ramai berkelah seperti Pantai Sepat, Pantai Sungai Ular dan Air leleh juga tidak ketinggalan dikunjungi oleh binatang binatang ini.

Bintang berkelayar ini akan memburukan imej sesuatu tempat. Tempat tempat awam seperti masjid, stesen bas, surau, sekolah dan padang permainan akan kelihatan tercemar jika ada nya binatang berkelayar ini. Ianya bukan sahaja mengotorkan kawasan tersebut dengan tahinya malahan kadangkala memakan tanaman hiasan, pokok bunga dan menyelongkar tong-tong sampah. Lembu dan kerba yang tidak dijaga ini boleh juga memusnahkan anak- anak getah, anak sawit godong-godong sekampung yang kadangkala menimbulkan perselisihan sehinggakan hendak berparang- parang.

Di lebuh-lebuh dan jalan jalan raya jangan biarkan ada lembu , kerba dan kambing berkeliaran. Ini amat berbahaya. Ianya boleh mengundang kemalangan atau eksiden. Kereta dan moto yang mencuat laju tak sempat brek jika lembu melintas. Banyak yang telah menjadi arwah akibat terlanggar lembu. Bila malam, hendak pulak baru lepas hujan kerba selalu tido di tepi lebuh bagi mendapat hawa hangat jalan. Jika mengantuk dan mata tengah kemamar tak nampak kerba yang hitam bermesyuarat lima nam ekor, jika terlanggar rabak jugalah tiga empat ribu membela kereta.

Sepatutnya kerba, lembu dan kambing duduk dalam pagar, biarlah rumah di luar pagar sebab kerba, lembu dan kambing boleh bergerak tapi rumah tak bergerak.

Friday, July 3, 2009

Lain Hulu Lain Parang

Parang amat signifikan kepada masyarakat melayu. Dulu dulu parang digunakan sebagai senjata. Parang adalah alat yang mustahak dalam kehidupan seharian. Terdapat beberapa jenis parang.

Parang Lading: Biasanya parang ini digunakan untuk menebas dikebun, laman atau menebang anak-anak kayu dan pokok pisang yang masak. Panjang parang lading kira-kira 3 kaki dan perlu diasah selalu. Gunakan batu asah kalau nak tajam. Kalau tak tajam jugak menandakan besinya dah lemah. Ia dinamakan majai.

Parang Puting: Parang yang tak de ulu dinamakan parang puting. Parang puting selalunya tumpul dan digunakan untuk tujuan yang bukan bukan seperti menggali tanah, mengupas nyor dan menakek tulang kerbau.

Parang Bangkung: Parang yang kecik selalu digunakan oleh orang dirumah untuk mengopek derian dan mencincang apa-apa yang patut.

Parang Sarung: Parang jenis ini merupakan parang yang disayangi oleh pemiliknya. Parang yang bagus matanya dibuat dari besi sepering kereta atau papan chainsaw. Manakala hulu dan sarungnya dibuat dari kayu terpilih. Kayu kayu seperti teras nangka, ciku , kemuning dan petai belalang. Godong koi, Bakri di Bukit Setongkol pandai buat sarung parang. Kalau pergi berjalan ikat parang sarung dipinggang barulah nampak segak dan tegak. Parang sarung berguna untuk menyembelih binatang seperti lembu, kerba dan kambing. Kadangkala kita gunakan untuk melapah daging semasa menolong sedara yang menyembelih lembu menikah anak.

Lain lain kegunaan parang ialah untuk merancung buluh, bertukang kayu dan dalam persembahan silat semasa pengantin tiba. Tapi kalau marah pun janganlah sebut" Oak jangan main dengan kawas, kang kawas parang oak". Godong koi, Kama di Jerangsang sebut " Ambik paraeng, tebaeng bataeng pisaeng"

Thursday, July 2, 2009

Cenderahati

Kalau Bos nak tukar, kenalah beri cenderahati. Kalau bos baik kenalah beli cenderahati yang mahal sikit, tapi kalau bos macam singa betina beli jelah cenderahati kat kedai dua hinggit pun tak pe. Begitu jugak lah kalau ada pembesar-pembesar yang datang merasmikan mesyuarat, seminar atau apa-apa lagi kenalah cari peruntukan nak beli cenderahati. Bos yang nak pencen pun kena juga beri cenderahati bagi mengenangkan jasanya.

Di tempat kita, Pahang, ada jugak barang yang boleh dibuat cenderahati untuk tujuan ini.Yang paling porpular ialah kain tenun Pahang. Kain tenun boleh didapati di Pulau Keladi Pekan atau Pusat Pembangunan tenunan Pahang Kampong Soi, Kuantan. Kain tenun Pahang mamang lawar dan ekslusif tapi regenya jugak lawa iaitu diantara RM 180 hingga RM 800.00 Rega tersebut mengikut ragi dan coraknya. Macam macam corak ada seperti anak lebah, batang pinang dan lain lain. Kain tenun Pahang sesuai untuk di buat kain samping bagi orang lelaki untuk dipakai dengan baju melayu pada Hari Raya atau bagi yang nak kawin lagi.

Selain dari itu ada jugalah menda lain seperti Kraf Temin. Pasu pasu atau tembikar temin ini dibuat dikampong Temin jerantut. Macam macam bentuk ada dan kita boleh juga membuat tempahan mengikut kehendak kita. Ada juga kraf yang berasaskan kayu. Kayu kayu yang diukir mengikut bentuk ini boleh didapati dibengkel kraftangan di Songsang temerloh.

Kalau ada menda lain seperti batik canting , lukisan dan parang sarung sesuai jugak dibuat cenderahati.

Tapi kalau susah susah sangat beli je barang barang dikedai menjuai cenderahati, bungkus molek-molek , buboh reben dan bolehlah diberi sebagai cenderahati.