Followers

Monday, August 31, 2009

31 Ogos 2009 - 10 Ramadhan 1430


Sambutan kemerdekaan 52 di Stadium Sukpa, Indera Mahkota, Kuantan. Tak ada kawad. Tak ada air kotak dan tak ada kuih kek. Tutup hidung, tutup mulut jangan nampak apa yang di kulum. Merdeka !

Merdeka

Selamat menyambut Hari Merdeka yang ke 52

Tahun ini, tahun 2009 kita menyambut hari kemerdekaan yang ke 52 tahun dengan tema 1 Malaysia. Mungkin jika panjang umur tahun depan, tahun 2010 kita berpeluang menyambut hari kemerdekaan yang ke 53 dengan tema 2 Malaysia pulak. Begitu jugak dengan tahun 2011, pada hari kemerdekaan yang ke 54 , merdeka akan disambut dengan tema 3 Malaysia. .. Begitulah seterusnya. Dan pada pada 2010 , setelah 63 tahun merdeka, tema hari kemerdekaan ialah 12 Malaysia..

Merdeka !!!

Thursday, August 27, 2009

Sesaknya Bandar Kita

Bukannya nak menyalahkan sesapa, lebih lebih lagi dalam bulan pose ini , tapi cuma nak bercerita ke halnya saja. Memang biasa-biasanya dalam bulan puasa ini kebanyakan bandar bandar menjadi sesak. Bukannya sesak duit. Pusingan duit dikala ini mungkin lebih daripada sekala. Orong-orang ramai berdedai kehulu kehilir dengan tujuan memasing. Ada yang berjual, ada yang bekerja, ada yang membeli dan ada yang saja-saja datang meramaikan orang.

Acu tengok dalam kedai kain, penuh dengan orang. Tengok pulok dalam pasaraya, sesak juga dengan orang. Di kedai runcit, pejabat pos, bank, workshop dan kedai menjual kereta pun ramai orang berbanding daripada hari-hari sekala. Di pasar ramadhan pulok , taksah cakaplah, dah memang jadi tumpuan sejak lepas zohor lagi. Bak kata pepatah kita, banyak orang dari buah melaka, nak beli buah melaka berkuak orang.

Di lebuh dan jalan pulok, penuh dengan kenderaan. Macam-macam kereta, bas, lori, lori balak dan trailer yang bergerak perlahan dan menyesakkan lalu lintas. Terhenjut henjut, terkaih-kaih, mengalahkan budak kecik yang baru merangkak. Fenomena ini bukanlah berlaku di Kuantan sahaja, tapi bandar bandar lain seperti Raub, Bentong, Pekan, Temerloh, Jerantut dan kawasan kawasan yang sewaktu dengannya juga mengalami keadaan yang sama. Malahan ianya juga berlaku di pekan pekan kecik seperti Padang Tengku, Mela dan Dong. Mungkinlah di tempat seperti Jeram Landak, Ulu Atok dan Pasir Panjang tidak terasa sangat.

"Kalau dah jem macam tu bawaklah roti" kata godong-godong. " Nak bawak roti macam mana ?.. nanti dituduh tak pose pulak". Kadang kala nak tunggu kereta depan jalan , pun letih. Sekejap jalan, sekejap berenti. Tapi yang dah pasti banyak berhenti dari bergerak Kereta ada air cond, tak lah panas sangat. Ada pulak muzik, tak lah bosan sangat. Hari pun baru pukul 3.00 petang, tak perlu gulut gulut kejor bazar ramadhan.

Bila dah ralit dengor lagu hari raya Siti Noraliza, mata mulalah terlelap. Ngantuk weh. Sedar tak sedar dah azan maghrib.. Tertidur rupanya. Jalan pun dah tak sesak lagi. Hanya tinggal kereta kita sebuah sahaja disitu. Pasar ramadhan pun belum pergi lagi.

Pesan koi .. jangan tertidur semasa memandu weh.. nanti lambat berbuka

Tuesday, August 25, 2009

Cari Mertabak Pekan Ori

Berbagai maknika jenis lauk pauh, kuih muih, bubur, pengat dan minuman ada dijual di pasar ramadhan. Sejak dibuka seawal jam 3.00 petang, pengunjung pasar ramadhan berderun-derun datang untuk membeli keperluan untuk berbuka sebelah petangnya. Ada yang membeli ayam percik, ada yang teringin kepala keli, ada yang menawar lompat tikam, ada yang memborong bubur lambuk dan ada yang membeli air nira.

Bagi godong-godong yang bekerja, tidaklah perlu bergulut-gulut balik cepat untuk menyediakan juadah berbuka. Sebut sahaja apa yang terlintas dikepala, nak tepung gomak, atau ikan patin masak asam tempoyang, semuanya boleh didapati di pasar ramadhan ini. Hatta nakkan "puteri mandi" pun boleh dapat. Janji sediakan lah duit belanjanya saja. Bagi yang bujang pulak, bolehlah beli nasi ayam, nasi beriani, nasi tomato, nasi campur atau nasi bukhari. Beli dua bungkus. Satu makan berbuka dan satu makan sahur.

Dalam banyak banyak gerai yang ada di pasar pasar ramadhan tersebut, terdapat beberapa gerai yang menjual mertabak. Bermacam macam jenama atau "trade name" mertabak tersebut. Ada mertabak Beserah, ada mertabak Pak Brahim, ada mertabak Jordan, ada mertabak Jefridin dan bermacam macam lagi. Reganya pun sekitar RM 1.50 hingga RM 6.50 sekeping.

Di Bandar Diraja Pekan terdapat dua jenama mertabak yang paling disukai ramai. Mertabak Pekan dan Mertabak Merkasar. Mertabak Pekan telah dipopularkan oleh Restoran Mawar dengan campuran berbagai ramuan serta awas-awas dan rempah ratus, termasuklah jintan putih , jintan hitam dan alba. Manakala Mertabak Merkasar pula dijual di restoran Kg. Merkasar yang terletak di sebelah hilir Sekolah Sains ( SHAH). Ramuannya juga tidak kurang hebatnya.

Rega bagi kedua dua mertabak ini kalau tak silap sekitar RM 4.50 bagi yang biasa dan RM 6.50 bagi yang spesial. Sedap tu memang sedap. Tak cukup sekeping ditambah sekeping lagi. Semasa bulan puasa ini kalau nak beli mertabak tersebut di kenalah tempah dulu. Poh paleh ramainya orang. Sebab itu kena ambil nombor giliran , macam kat Bank CIMB tu. Kalau nombor dipanggil barulah boleh dapat.

Tapi bagi peminat peminat Mertabak Pekan atau Mertabak Merkasar di Kuantan, dan kawasan kawasan sewaktu dengannya ianya boleh didapati di beberapa gerai mertabak di Pasar Pasar Ramadhan yang ada seperti di depan padang MPK 1, di Stadium, Taman Tas dan Tunas manja Sg. Isap. Ada francaisnya disitu. Tapi awas ada mertabak Pekan tiruan.

Satu petua nak tahu mertabak pekan yang ori ialah dengan bertanya kepada penjual atau tukang tebarnya.

Yang tiruan dialognya begini:

soalan kita: Ini Mertabak Pekan ?
penjual mertabak: Ya .. Hang nak berapa kepin ?.
( ini bukan mertabak pekan , tapi mertabak Taiping, Perak)

Yang ori dialognya begini:

soalan kita: Ini Mertabak Pekan?
penjual mertabak: ye ! Aok nak bape Kepieng ? ( leweh je bunyinya )
( Sah , itu lah mertabak Pekan Ori.. bolehlah beli untuk berbuka nanti..)



Sunday, August 23, 2009

Gema Mercun semasa Terawih

Solat terawih adalah satu amalan sunat yang dituntut di bulan Ramadhan yang mulia ini. Di merata-rata tempat, masjid dan surau penuh sesak dengan orang yang datang untuk menjalankan ibadah tersebut disepanjang bulan puasa ini. Tidak kira, kecik besar, tua muda, lelaki perempuan, semuanya dengan satu tujuan untuk mendapat keredhaan Allah jua.

Solat terawih di dirikan selepas solat fardu isyak. Di seseparuh masjid dan surau, solat terawih di lakukan 20 rakaat dan diikuti dengan witir. Ada juga masjid dan surau yang melaksanakan solat terawih 8 rakaat. Selepas habis 4 rakaat, berhenti sebentar untuk tazkirah ramadhan selama lebih kurang 15 minit dan kemudian diteruskan semula dengan 4 rakaat dan disudahi dengan witir. Beberapa penceramah jemputan telah diminta menyampaikan tazkirah ini. Setiap malam seorang ustaz.

Semasa solat, tok imam akan membaca ayat ayat dari surah surah tertentu. Ada kalanya pendik dan banyak kali surah yang dibaca panjang-panjang. Makmum pula khusuk mendengar bacaan imam pada setiap rakaat. Selain dari suara lunak tok imam yang mengalunkan bacaannya, kedengaran juga bunyi kipas angin yang berpusing ligat. Sesekali terdengar juga nafas makmum dibelakang. Sama ada nafas atau dengkuran tidaklah dipastikan.

Dalam suasana hening begitu, tiba tiba terdengar bunyi letupan " BANG !!!" dan dikuti dengan suara dibelakang .." op..bom meletup! " Tok imam pun tercaca seketika, tidak dapat meneruskan bacaan. Rupanya ada seorang dari makmum yang berpenyakit latah. Kesihan dia . Budak budak yang main mercun pulak, satu hal. Tak adakah tempat lain nak bakar mercun.

Kadangkala kita rasa macam bersembahyang terawih di Palestin pulak, dentum sana , dentum sini. Bukan bunyi senapang, mortar atau bom.. tetapi bunyi mercun..

Thursday, August 20, 2009

Bila Nak Behenti Merokok ?

Sempena dengan bulan Ramadhan yang mulia ini, ramai yang bertekad dan berazam untuk membuat ibadat dan kebaikan. Ada yang berazam nak habiskan puasa sebulan. Azam tersebut mungkinlah azam budak tadika atau budak budak darjah dua sahaja. Ada juga yang berazam untuk tamatkan mengaji 30 juz. Alhamdulillah. Ada jugak godong godong yang berazam nak penuhkan sembahyang terawih di surau sepanjang bulan puasa ini. Memang, itulah sepatutnya azam kita. Ada jugak yang berazam untuk menderma atau bersedekah. Itu pun dituntut dan digalakkan .

Tapi bagi godong godong yang makan (hisap) rokok, dan bercadang nak berhenti merokok eloklah tanamkan tekad dan azam tersebut pada bulan puasa ini. Walaupun ia bukanlah satu tuntutan, tapi ianya amat sesuai dilaksanakan pada bulan puasa. Apa taknya, masa untuk makan dan minum telah pun singkat. Hanya tinggal beberapa jam sahaja jika di tolak waktu tidor dan waktu sembahyang, dan sembahyang terawih. Dalam masa yang sesingkat itu mampukah kita menghabiskan sekotak rokok ?.

Kalau boleh hisap pun selepas berbuka 2 batang, lepas terawih 2 batang dan lepas sahur sebatang. Itu pun dah kira banyak. Kalau boleh kontrol mungkin 2 batang sahaja se hari. satu batang lepas berbuka dan satu batang lepas sahur. Atau pun pada hari pertama hisap 5 batang, hari kedua 4 batang, hari ketiga 3 batang, hari keempat 2 batang dan hari kelima sebatang. Mulai hari keenam dah boleh berhenti terus.

Ikut manapun, semuanya bergantung kepada kita, niat, azam dan tekad kita. Jika bersungguh sungguh Insyaallah , boleh punya.

Janganlah pulak bila hari raya stat memerun semula, lepas sebatang, sebatang bersalin puntung.

Wednesday, August 19, 2009

Tuesday, August 18, 2009

Resipi

Kalau kita pergi jangah ke kedai buku sekarang ni berlambak lambak buku mengenai resepi lauk pauk, kueh mueh dan berbagai bagai jenis masakan. Selain dari itu, majalah 2 bulanan yang biasa memuatkan resipi masakan sebagai salah satu isi kandunganya, telah menambah muka surat bagi membolehkan berbagai bagai resipi ditulis di majalah berkenaan.

TV juga telah menwarwarkan program masakan yang akan keudara tidak lama lagi. Banyaklah Chef yang dijemput untuk menjadi host kepada program berkenaan. Godong godong dipejabat pun mula "search" laman web yang terdapat resipi resipi yang bagus-bagus dan menjadikan ianya sebagai " favorites" .

Di rumah pulak, buku resipi yang lama nampaknya telah mula keluar dari kotak, rak buku dan almari. Buku ini mula di belek belek dan mana yang ngam akan diasingkan dan diletak diatas peti ais di dapur.

Macam macam masakan yang ingin dicuba. Bubor lambok, ikan kerapu tiga rasa, gulai asarom, gulai tempoyak masak petai, ikan tenggiri singang dan macam macam lagi. Bagi yang minat kueh mueh banyak resipi yang telah disediakan seperti, pengat pisang, pulut panggang, tepung pelita, lepat ubi, lepat pisang, puteri mandi, puding raja dan apam bardat.

Tapi jangan lupa , carik jugalah " buku resipi yang mengandungi 30 juzuk" untuk kita "tengok - tengok" dalam bulan puasa ini.

Friday, August 14, 2009

Usahawan Bermusim

Masih belum terlewat untuk menjadi "usahawan bermusim" . Tak perlu kelayakan sangat, tak perlu kelulusan apa apa dan tak kira umur samaada tua atau muda semuanya layak. Yang penting semangat dan keazaman yang tinggi.

Dengar ceritanya ramai juga godong-godong yang berkira kira nak menjadi usahawan di bulan puasa ini. Katanya banyak peluang meniaga tak kira dimana , sama ada di kampung, bandar dan kawasan rancangan felda tidak lama lagi. Bagi yang berminat, siap siaplah perancangan serta modal. Modal tak perlu besar sangat.

Prinsip penting dalam perniagaan adalah 4P.

P yang pertama ialah Product atau Barangan.

Apa yang nak jual?.
1. makanan dan minuman untuk berbuka;
Bagi yang tak boleh menyediakan juadah untuk berbuka boleh saja membeli makanan dan minuman seperti martabak, nasi minyak, kue keria, karipap, nasi tomato, nasi briani, air tebu, air soya, air mata air dan sebagainya.
2. Kueh Raya
Belum pun puasa, sampel kueh kueh raya telah diedarkan untuk diorder oleh pelanggan2. Amat porpular adalah kueh tat, putu, bangkit, batang buruk, cornflake, kek dan tah apa2 lagi tak kenal koi, tapi makan bolehlah.
3. Korma
Korma pun laku dijual pada bulan puasa. Sunat berbuka mula makan tamar.
4. Perkhidmatan menjahit baju dan langsir.
Upah jahit baju melayu sepasang RM 80.00 dan baju kurung perempuan RM 40.00. Tapi kalau lambat hantar tak merasalah pakai baju melayu atau baju kurung tahun ini.
5. Mercun dan Bunga Api.
Kalau berani boleh lah jual mercun. Tapi kalau kena tangkap dek poleh koi tak nak jamin.

P yang kedua ialah Place atau tempat.

Tempat juga satu faktor penting dalam perniagaan. Banyak bazar bazar ramadhan didirikan dimerata tempat sekarang. Bandar, taman perumahan serta di kampung telah banyak gerai sementara bagi tujuan ini. Untuk menjual kueh berbuka boleh lah.

P yang ketiga ialah Price atau harga.

Harga barang yang kita jual hendaklah murah dan berpatutan , barulah laku dan ramai orang beli. Kalau jual kueh apam 5 hinggit sebuku , sapa nak beli. Sekarang ni karipap pun 3 biji sehinggit.

P yang keempat ialah Promosi.

Promosi kena ada, buat lah banner ke " Air Tebu Madu" besar-besar di simpang masuk ke bazar ramadhan tempat kita. Atau buat promosi beli kueh tepung pelita satu, percuma dua. Tapi harga seringgit satu.

Banyak lagi idea perniagaan dibulan puasa.

Tapi yang dah tentu untung dan mendapat ganjaran adalah menjadi usahawan malam di masjid dan surau.


Wednesday, August 12, 2009

Bulan Kemerdekaan

Semua orang tahu bila tarikh kemerdekaan. Usah ke orang tua, budak budak sekolah tadika pun tahu. Tapi jika ada mana mana orang yang mengatakan bulan Januari sebagai bulan kemerdekaan, maka tok sah layan sangat lah. Tak berapa betul gamoknya orang itu.

Telah 51 kali kemerdekaan disambut pada bulan ogos. Dari sejak merdeka hinggalah tahun lepas. Rasa-rasanya pada kali ke 52 ini pun, merdeka disambut pada bulan lapan jugak. Pada kebiasaannya apabila masuk je bulan ogos, banyaklah bendera malaysia dijual di kedai dan pasaraya. Mydin dan Eng Hong dipenuhi dengan bendera kecik besar, tua muda semuanya ada. Beli satu besar dan satu kecik. Yang besar ikat pada buluh, dan dirikan didepan rumah. Atau kalau malas sangat ikat je pada tiang api depan laman. Yang kecik pulok cacak je pada kereta. Tapi ada jugak orang yang bentang bendera besar atas bonet kereta. Boleh jugak. Itu lagi patriotik.

Di pejabat pulak bos sibuk mencari staf yang boleh berkawad. Satu kontingen sekurang-kurangnya 40 orang perlu, untuk membentuk satu pasukan bagi acara perbarisan. Ada yang sukarela dan ada juga yang paksa rela. Ada jugak yang tak boleh berkawad dengan berbagai sebab. Alasan yang biasa digunakan adalah penyakit gaut.

Bila nama telah ada, perlu juga dilantik ketua kontingen dan jurulatih kawat. Jurulatih mestilah orang yang kuat menjerit dan memekak dan pernah berkhidmat dalam pasukan beruniform, seperti Jaafar Sidik dan Sudin Atan. Deruahnya boleh dengar hingga 1 km. Jadual latihan kawad juga disediakan supaya kontigen kita dapat berbaris dengan lawa. Biasanya latihan diadakan disebelah pagi. Kalau nak buat tengahari pun bagus juga. Biar dema tu berjemur sikit.

Hari latihan yang ditetapkan, Juru latih lepas subuh dah tunggu depan pejabat. Lepas sorang, sorang anggota kontingen masuk barisan. Jurulatih akan memulakan tugas dengan mengatur anggota kontigen dalam empat barisan. Yang pendik di depan dan yang tinggi dibelakang. Arahan oleh juru latih " Baris !!... Baris Sediap". " prapp " bunyi kasut.

Arahan seterusnya ialah " Baris !! Baris akan menghadap ke kanan ... Kekanan pusingg!!!". Gamaknya ada lagi yang tak tahu kanan dan kiri.. Banyak lagi arahan-arahan yang diberikan pada masa latihan kawad ini seperti " Dari kiri ..cepat jalan" " padang kanann " dan sebagainya. Lepas latihan pertama jurulatih cepat cepat pergi beli " Dequadin".

Sehari sebelum Hari Merdeka ketua kontigen bawak banyak bungkusan. Ramai yang berkerumun nak tahu apa dia. Rupa rupa nya pakaian bagi kontingen kita. Pakaian tesebut di agihkan kepada anggota seramai 40 orang. " Hari esok dema semua kena pakai baju ni" kata ketua kontigen. Cantik juga bila dipakai ramai ramai pakaian itu.

Di Kuantan perbarisan menyambut kemerdekaan biasanya bermula dari padang MPK 1 ke Dataran Kemunting melalui hadapan komplek Teruntum, Hospital Tengku Ampuan Afzan dan Pejabat MPK. Jauh juga tu . Mahu dekat dekat 3 km. Kohot jugak lah.

Tidak sebagaimana kebiasaan, pada tahun ini Hari Merdeka akan disambut pada bulan puasa. Kome tak tahu lagi apa acara sambutan kali ini. Mungkin tak ada perbarisan. Kalau ada pun mungkin dibuat selepas berbuka..

Monday, August 10, 2009

Selamat Datang Ramadhan

Tak lama lagi kita akan berpuasa. Selamat Datang Ramadhan. Sifirnya mudah aje. Mula mula Rejab, kendian Sakban lepas tu Ramadhan. Atau nak mudah lagi mula Israk mijrat, kemudian nisfu sakban dan lepas tu berpuasalah.

Itu formula aki, wan dan atuk. Tapi bagi kome di Pahang ni tanda-tanda kehadiran bulan puasa adalah seperti berikut:-

1. Bila hotel-hotel lima bintang bermurah hati mengajak berbuka puasa melalui banner yang digantung dimerata2 simpang dan billboard ,
" Istimewa Buffet Ramadhan - RM 50.00 / seorang, siap dengan gesekan biola oleh Pak Mahat "

2. Bila pihak MPK mula memasang kanopi di tepi padang depan masjid besar Kuantan dan dekat stadium untuk tujuan meniaga bazar ramadhan. Majlis bandaran yang lain juga sama memasang kanopi ditempat yang sekala sekala.

3. Bila buah korma banyak berlambak lambak diletak depan kaunter Gaint, Tunas manja dan TF Value Mart.

4. Bila "orang rumah" mula berpuasa ganti..

5. Bila ada gotong royong membersih dan menebas kawasan parking dekat masjid serta menganti mana-mana gelegar dan rasuk surau yang nak patah.

6. Bila ramai orang pergi ke klinik bukan untuk pemeriksaan H1N1 tetapi untuk kompom gastrik.

7. Bila gula kabung di Pekan Sari Benta cepat laku dari hari biasa.

8. Bila gula mula tiada dalam pasaran dan harga ayam, ikan tenggiri, kembung mula naik dari sekala.

9. Bila jualan kopiah dibazar-bazar mula meningkat.

dan..

10. Bila pemegang mohor raja raja melayu mengistiharkan tarikh mula berpuasa bagi negeri2 di Malaysia pada 22 ogos 2009 . Insyaalah.



Friday, August 7, 2009

Jerubu datang lagi..

Bukak tingkap pagi ni, gelap semacam je. Tak nampok apa apa, berkabo aje. Mata rasa pedih dan tekak rasa kering. Kadang kadang rasa macam sesak nafas. Rupa rupa jerebu dah melanda kita. Mengikut IPU pada hari ini beberapa kawasan di Malaysia telah mencapai tahap tidak sihat. Bacaan di tiga kawasan di Pahang pada jam 11.00 pagi ini ialah di Balok Baru - 96, di Indera Mahkota - 70 dan di Jerantut - 53. Tapi taklah seteruk pantai barat.

Jerubu selalu dikaitkan dengan pembakaran terbuka. Pada musim panas seperti sekarang ini kenalah berambi sikit kalau nak membakar atau memerun. Kalau ada nak bukak tanah baru lepas tebas tebang, kumpul jelah dahan dan ranting pangkal tunggul dulu. Jangan bakar lagi, tunggu jerubu reda dulu.

Ada orang yang hobinya suka membakar. Pantang nampok pancis ada je menda yang nak dibakar. Pantang nampak daun daun kering garing terus nak cucoh api. Bukannya apa katanya, bila dah tanah dah terang , boleh juga tugal jagung kalau tak pun tanam labu ataupun boleh tabur maman. Tapi kalau api dah melarat tentu jadi kebakaran besar. Ada juga yang hisap rokok, puntung dibuang merata. Silap campak terbakar jugak. Jenuhlah bomba memadam api.

Selain dari sakit tekak dan sakit mata, jarak penglihatan akan menjadi dekat. Kalau bawak kereta kena jaga2 sikit takut sedar sedar dah lutu kereta di depan bila tak dan brek. Eksiden lah pulak. Kadang kadang melibatkan lima, enam buah kenderaan.

Yang pastinya jerubu datang membawa masalah.

Thursday, August 6, 2009

Gurau

Semasa minum pagi tadi di Restoran U turn bersama dengan Bakar Ayam, Sidi dan Man masuk satu sms dari godong.

"Org Mysia x tkut H1N1 tapi tkut B1N1 "

Lalu koi unjuk sms tu ke Sidi.

" Jawab-jawab " gelor Sidi.

" Nak jawab apa?"

" Kome bukannya takut Bini tapi Bini yang tak takut kome." gelor Sidi lagi

Biar padan muka dema tu !

Tuesday, August 4, 2009

Moh Kita ke festa !

Banyak juga pesta yang diadakan di Negeri Pahang. Ada yang menjadi acara tahunan dan ada juga yang datang sekali sekala. Rompin Fest, Pekan Fest dan Karnival Lipis adalah diantara pesta yang menjadi acara tahunan di daerah yang berkenaan. Manakala pesta yang datang sesekali sekala seperti Jom Heboh, Sambutan Hari Pengguna, Hari Peladang, penternak dan nelayan dan lain-lain. Ada juga pesta pesta kecik seperti funfair dan PC fair.

Pengisian kebanyakan pesta ini adalah sama saja seperti jualan , promosi, sukan, sukaneka , sukanrakyat dan hiburan. Berderun derun orang tempatan datang ke pesta yang diadakan sama ada untuk membeli belah dan meramaikan orang. Bagi peniaga peniaga yang meniaga di tapak festa , inilah masanya untuk mendapat duit lebih sikit.

Banyak lagi pesta yang akan diadakan sebelum datangnya bulan puasa seperti Golden Fiesta Sungai Lembing pada 7-9 ogos dan Pekan Fest yang akan berlangsung pada minggu ini. Tapi Karnival KIPSAS dibatalkan pulok.

Musim musim H1N1 ni tok sahlah cari penyakit.

Sunday, August 2, 2009

Mari Berjoging

Hari minggu janganlah nak mereloh sehingga meninggi hari. Selepas solat subuh eloklah buat riadah supaya badan segar. Tak lah perut memboroi tak tentu hala. Bersenam ke atau lagi baik berjoging. Berjoging amat baik kepada kesihatan. Katanya bila selalu berjoging, aliran darah dan jantung akan berfungsi dengan baik.

Nak berjoging ke mana?. Pergi je lah ke taman taman rekriasi di bandar bandar. Macam di Kuantan ni, ramai orang berjoging di Taman Teruntum dan Taman Bandar di Inderamahkota. Awal awal pagi dah menderu orang tiba di Taman Teruntum untuk mula berlari. Agak nya ada yang tak sembahyang subuh. Ada lelaki dan ada orang perempuan tak kira apa peringkat umur pun. Dari sekecik kecik baru berjalan jatuh hinggalah kepada orang tua bertongkat dan berpapah. Dema tu bergaya sungguh siap lengkap berpakaian sukan dan berkasut. Taknye aderlah orang yang datang berjoging itu berkain pelekat atau berkain batik dan berkaki ayam.

Mana mana yang masih segar tu, berlari laju. Mana mana yang tak rot berjalan je lah. Tapi ramai juga orang yang banyak berjalan dari berlari, saja suka tengok orang. Bila dah dua round pusing trek, peluh pun dah banyak keluar, bolehlah rehat tepi tasik. Badan dah panas , rasa nak terjun je dalam tasik, mandi, tapi malu pulok ke orang ramai disitu.

Dalam ramai ramai yang datang ada jugak kelompok yang buat senam robik. Ada Ci kGu memberi arahan didepan. " Gerak kaki kiri kedepan dan tangan kanan kebelakang.. kita mula .. satu , dan dua, dan tiga ,dan empat . .. empat lagi..satu, dan dua , dan tiga dan empat... tukar". Ramai pengikutnya mengayakan apa yang cik gu buat di depan. Siap dengan muzik dan lagunya.
Kalau nak mudah, ikut je lah kumpulan ini.

Bagi yang tak boleh datang ke taman rekriasi, boleh juga berjoging dikawasan sekitar taman perumahan. Atau pergi je ke padang bola, lari lah dua tiga kali pusing. Mana mana yang tinggal di kampung tradisional boleh juga berjoging keliling kampung. Ajak lah tok empat, Pak uda Rafar dan Long Bedah berjoging sekali, tentu seronok. Tapi kalau ada cadangan nak gi menoreh.. baiklah pergi menoreh daripada berjoging.