Followers

Friday, January 29, 2010

Main Kutu

Esok 30 haribulan. Kalau tak ada apa aral melintang esok dapatlah gaji. Bila dapat gaji kenalah kira kira apa nak bayar pulak. Bayar sewa rumah, bayar ansuran kereta, bayar kad kredit, bayar bil api, bil air, bil astro, bil wimax, bayar bil cort mammout, yuran kesatuan, duit taska dan fardu ain dan macam macam lagi senarai hingga berjela-jela. Tapi jangan lupa pulak bayar duit kutu.

Ramai rodong yang main kutu untuk "menyimpan" duit atau mendapatkan duit banyak sekali gus. Dapat duit sederap senang untuk buat perancangan berbelanja. Misalnya anak nak masuk belajar, nak bayar yuran out campus, nak beli tv screen leper, nak beli barang hantaran dan macam macam lagi boleh dibuat apabila dapat duit kutu ini.


Biasa nya orang perempuan suka main kutu ini. Nak mulakan main kutu kena berpakat-pakat dengan rodong rodong. Carilah ahli kutu antara 8 hingga 15 orang. Kalau sikit sangat tak banyak lah duit terkumpul. Tapi kalau banyak sangat hingga 5o orang , tentulah ambik masa lama iaitu 50 bulan baru habis satu pusingan main kutu ini. Kena lantik seorang ketua kutu yang akan membuat pengurusan mengenai kutu ini untuk tempoh masanya. Ketua inilah yang akan menyelaras dan mengutip duit kutu dari ahli ahli.

Kalau boleh ahli ahli kutu terdiri dari orang orang yang tak liat dan membayar dengan cepat. Biasanya caruman bagi setiap ahli sebanyak RM 100.00 setiap bulan. Kalau ada sepuluh orang maknanya duit terkumpul setiap bulan sebanyak RM 1,000.00. Duit yang terkumpul setiap bulan ini akan diserahkan kepada salah seorang dari ahli kutu ini. Untuk menentukan sapa yang mendapat dulu atau giliran seterusnya akan diadakan undi. Kadangkala kompromi juga diperlukan dalam menentukan giliran ini, bergantung kepada kepentinggan penggunaan duit ini dari kalangan ahli ahli.

Tak de hutang hutangnya dalam membayar duit kutu, nanti nyanya rodong rodong.

Tuesday, January 26, 2010

Malay Town

Malay Town, Kuantan tidaklah se gah China Town di Petaling Street, Kuala Lumpur. Ianya merupakan satu lorong di dalam sebuah bangunan dicelah antara dua deretan kedai . Disebelah kiri kanannya terdapat kedai kedai besar yang dipunyai oleh berbagai kaum. Malay Town terletak dalam kawasan perdagangan Putra Square MSC Kuantan dimana ianya menempatkan sebuah komplek perniagaan yang terbesar di Kuantan, iaitu East Cost Mall, beberapa buah bangunan kedai dan pejabat. Manakala dua buah hotel dan juga sebuah dewan konvensyen sedang dalam pembinaan. Selain dari Malay Town terdapat juga ruang perniagaan untuk China Town dan Indian Town di sini.

Tempat ini dulunya dikenali dengan sebagai Transit Quarters yang mana menempatkan kuaters pegawai dan anggota kerajaan yang bertugas di Kuantan. Terletak bersebelahan dengan Stadium Darul Makmur , melalui jalan menghala ke Kampung Bukit Sekilau." Kome pernah jugak duduk di sini, satu ketika dulu"

Di sepanjang lorong Malay Town ini terdapat kira kira 80 kiosk disediakan untuk orang Melayu menjual produk produk tempatan. Antara barangan yang dijual di sini seperti biasalah, minyak urat, minyak angin , produk herba, buku-buku, pakaian wanita, tudung dan barang barang kraf.

Malay Town telah dibuka dengan rasminya pertengahan tahun lepas. Sehingga kini masih terdapat ruang ruang kosong yang belum dipenuhi. Banyak juga gerai gerai yang ditinggalkan begitu saja setelah beberapa bulan berniaga kerana menghadapi masalah tidak dijeru oleh pengunjung. Orang ramai yang berkunjung ke Pusat Perdagangan Putra Square akan "hilang " dalam East Cost Mall. Apabila keluar dari pusat membeli belah ini mereka berhasrat akan ke Malay Town pulak pada kunjungan yang akan datang.

Begitu lah agaknya.

Friday, January 22, 2010

Meriahnya hari Jumaat


Hari ini hari Jumaat. Hari Jumaat penghulu segala hari. Selain dari dapat bersembahyang Jumaat dan mendengar kuthbah, kita juga boleh mendapatkan ganjaran pahala-pahala sunat yang lain yang diberi pada hari Jumaat.

Kelihatan di laman Masjid Sultan Ahmad 1, Kuantan, begitu goge sekali dengan orang orang yang berjual beli pada pagi jumaat ini. Aktiviti sebegini hanya kelihatan pada setiap hari jumaat sahaja bermula jam 9.00 hingga 3.00 petang . Banyak barangan yang didagangkan disini pada masa ini seperti minyak urat, minyak angin, ubat sakit mata, buah tunjuk langit, kurma madu , kitab dan buku ugama dan juga minuman seperti susu dan dadih.


Gerai yang menjadi tumpuan ramai ialah gerai yang menjual kopiah. Rodong-rodong yang terlupa membawak songkok atau kopiah bolehlah mendapatkannya disini dengan rega serendah RM 4.00.

Di satu sudut pulak kelihatan van "Cendol Hameed " atau beca mamak yang menjual cendol, abc dan cendol pulut dikerumun oleh orang ramai yang haus dahaga.

Apabila laungan azan berkumandang dari serombong speaker Masjid Sultan Ahmad satu , menandakan masuknya waktu zohor bagi kawasan Kuantan , Pekan dan kawasan kawasan yang sewaktu dengannya , suasana di sini mulai tenang. Orang Islam yang ada disekitar kawasan ini akan masuk kedalam masjid untuk menunaikan kewajipannya pada hari jumaat ini.

Tempat ini akan menjadi goge semula bila habis sahaja doa dibacakan oleh imam masjid sehinggalah kepetang.

Wednesday, January 20, 2010

Penyerahan Bayi di Pagi Hari.

Satu dari masalah besar yang dihadapi oleh pasangan yang bekerja , ialah menjaga anak anak semasa mereka keluar berkerja. Anak anak yang baru lepas hari hinggalah menjangkau umur sekurang-kurang sepuluh tahun perlu pengawasan orang tua setiap masa. Oleh itu pasangan yang kerja pejabat pejabat, mengajar , berkerja di hospital , kilang dan syarikat swasta mahupun bekerja sendiri, perlu menangani masalah ini dengan apa cara sekali pun.

Biasanya budak budak kecik ini akan dihantar ke pusat pusat jagaan kanak atau ke rumah orang yang mengasuhnya setiap kali pasangan ini keluar bekerja. Setiap pagi belum pun celik mata, budak budak ini telah diusung oleh ayahnya masuk kedalam kereta untuk dihantar ke TASKA atau rumah " Mak asuh". Ibu akan menyediakan bekalan didalam raga yang akan ikut sama kemana sahaja budak ini pergi. Satu check list keperluan semasa diperantauan perlu disediakan.Barang barang penting yang tidak seharusnya dilupakan ialah botol susu, susu tepung, puting, lampin pakai buang ( tak kira apa jenamanya), minyak burung, tuala, bedak, losen dan beberapa helai pakaian.

Tanpa disedari budak budak ini telah berpindah dari rumah sendiri ke rumah yang lain. Semasa penyerahan di pagi buta ini, ada yang menangis, ada yang meraung, melolong dan ada yang buat tak reti saja. Tak tahulah apa yang ditangisinya, sama ada sejuk atau tak nak berpisah dengan ibu. Walau macam mana esak dan tangisnya, transaksi ini tetap akan berlaku. Ibu bapa perlu menyerahkan bayi seberapa cepat yang boleh, kerana bimbangkan punch card di pejabat.

Bagi mereka yang banyak anak belanja untuk penjagaan budak budak ini kasar jugak. Kadang kala ia boleh menyamai separuh dari pendapatan bulanan ibu ibu yang bekerja. Itu belum lagi belanja lain seperti membeli pampers, susu dan belanja ke klinik jika ada batuk, selsema dan demam.

Selepas punch kad pada belah petang , cepat cepat berkejar ke TASKA atau rumah pengasuh untuk mengambil budak budak ini. Tapi kalau ibu yang akan berkursus atau kerja out station budak budak itu akan ditinggalkan untuk beberapa hari dirumah pengasuh.


Monday, January 18, 2010

Bawah Pokok - Kawasan Perdagangan yang hampir dilupakan.


Ramai orang luar mahu pun orang Kuantan sendiri tidak tahu bahawa kawasan sekangkang kera ini adalah merupakan satu kawasan perdagangan yang tertua di Kuantan. Ianya telah lama wujud, mungkin lebih dari 50 tahun dahulu atau lebih lama lagi. Terletak di satu bidang tanah berbentuk tiga segi ( bukan tiga segi emas) di tengah tengah bandar Kuantan. Keluasan nya hanya kira kira 2 rantai bukak dan panjang lebih kurang 2 rantai, yang hanya mampu untuk beberapa lot lot ruang perniagaan.

Kawasan yang dikenali dengan nama Taman Kerang atau lebih dikenali dengan nama komersilnya " Bawah Pokok"ini, menempatkan kira kira dua puluh orang usahawan Melayu dalam berbagai jenis perniagaan. Banyak urusniaga berlaku disini, terutamanya ubat ubat tradisional melayu, seperti lemah tenaga batin, kencing manis, darah tinggi , gaut dan sebagainya. Ada juga jualan buku buku dan majallah lama dan barang barang antik disini.

Jika berminat dengan batu cincin , disinilah tempat yang sesuai untuk mencarinya. Mengikut penjual batu batu permata itu, barangan tersebut datangnya dari serata dunia. Kadang kala kita dapat berjumpa dengan Tuan Haji Osman Limat , Tuan Wil dan Encik Mat Nor melepak dikawasan ini menjual hasil karya seninya. Dan terbaru perubatan secara urut refeksiologi yang menawarkan perkhidmatan mengurut selama 30 minit dengan bayaran minima RM 16.00.

Perniagaan dikawasan ini bermula seawal jam 8.00 pagi dan di tutup sebelum sembahyang zohor. Pelanggan yang berkunjung kesini, datangnya dari berbagai peringkat terutamanya dari kalangan orang orang yang pencen.

Pembangunan pesat Kuantan, tidak menjanjikan apa apa untuk peniaga peniaga yang rata ratanya orang melayu dikawasan ini. Mereka boleh terus bercakap besar sebagaimana perniagaannya sehingga entah bila.

Wednesday, January 13, 2010

Misteri Seorang Penulis Blog

Dah lama dia tidak menulis dalam blognya. Rasa rasanya dah hampir sebulan. Dia juga tidak mengunjungi blog rodong-rodong mayanya. Begitu juga dengan blog maya karin. Tidak ada komen komen yang diberikan selama tempuh tersebut. Dia tahu, kalau ia berkerja di syarikat penerbitan dah lama dia diberi surat notis berhenti atau paling tidak pun surat tunjuk sebab.

Malam itu dia kelihatan mengelising sekali. Buat itu tak kena, buat ini tak kena. Dia rindukan dunia mayanya. Dia rindukan maya karinnya. Dia ingin kembali kedunia mayanya semula. Dengan penuh semangat ia mengadap semula laptop nya yang selama beberapa minggu ini cuma untuk bermain solitare sahaja.

Suasana dalam rumahnya telah senyap sepi. Siaran tv dari ruang rehat rumahnya telah tidak kedengaran lagi. Anak dan isterinya telah pun nyenyak tidur dan dibuai mimpi. Diluar rumah hujan turun renyai-renyai. Kesunyian dan kedinginan malam itu membuatkan dia merasa selesa mendapat idea untuk entri pertama di tahun baru ini. Dia melihat kembali entri entrinya yang terdahulu. Sejak April 2009 , dia telah menulis lebih dari 100 tajuk.

" Oh.. apa yang hendak aku tulis kali ini". Dia berfikir. " Tak de idea ..?" Dia melengung panjang. "Betul betul dia tak de idea kali ini."

Dia pergi ke blog rodong mayanya. Rancak dan meriah sekali. Bermacam macam isu yang dibincangkan. Dia telah ketinggalan jauh. Relevan dan Yassin dengan wajah barunya. Begitu juga dengan blog Cik gu Haji Jang, Echam , Pak Hashim , hai , lipis lady, fadh, mazru dan lain lain telah banyak entri baru.

Sedang dia membaca entri blog blog rodongnya , tiba tiba kedengaran bunyi tiupan wisel. " Wisel apa pulak malam malam buta begini? ... Nak kata budak budak main bola, tak mungkin., rumah nya jauh dari Stadium ..Mungkin petugas petugas malam SRS, taman perumahannya meniup wisel itu. .. mungkin ada pencuri atau orang orang asing berhampiran dengan rumahnya".

Dia meneliti dari arah mana datangnya bunyi wisel tersebut. Dia pasti bunyi tersebut datangnya dari bahagian dapur rumahnya. Dia mulai gugup dan berdebar debar. Perlahan lahan dia melangkah kearah ruang dapur rumahnya untuk mengendap apakah yang sedang berlaku di luar sana. Dia menjenguk ke dapur.

"Ooooooh".....dia menarik nafas lega..Bunyi yang disangka tiupan wisel petugas SRS itu , rupa rupanya datang dari cerek air yang sedang mengelegak diatas dapur gas di rumahnya. Baru lah dia ingat , sebelum dia membuka laptop tadi dia telah menjerang air. Memang dia bercadang untuk membuat air milo bagi menghilangkan rasa mengantuk.

Dia kembali semula mengadap laptopnya bersama sama secangkir besar air milo. Dia memulakan dengan sign in dan klik pada new post. Title apa? ... tak de idea lagi..Dia menghirup air milo yang masih panas, mana tahu kot kot datang idea.. Tiba tiba kedengaran seperti bunyi orang bercakap.

" Mustahil ada orang lain dirumahnya, ..anak dan isterinya telah lama tidur. " Suara tersebut kedengaran dari arah biliknya. Dia cepat cepat pergi kebiliknya. Kelihatan isterinya sedang tidur.
Dia membuka suis lampu..Isterinya sedang bercakap seorang..entah apa yang dicakapnya..Dia mengerak isterinya.." Bangun..bangun" . Isterinya bangun .. terbelingas terbelingas. "Aok mengigaulah tadi ."katanya kepada isterinya.

Matanya mula rasa mengantuk. Tajuk entri kali ini pun belum dapat. Mengapa susah benar pulak kali ini?. Dia menguap. Menghirup air milo yang telah tinggal separuh cangkir.

Malam semakin larut. Di luar hujan masih renyai. Dia mula terasa sejuk. Sekali lagi dia dikejutkan oleh satu suara. Kali ini dia betul betul gelabah dan panik . Dia mendengar suara tangisan bayi. " Anak siapa pulak menangis malam malam begini.?. ". Di rumahnya , tak ada budak kecik . Anak nya dah darjah lima , tak kan menangis lagi. Mungkin anak jiran nya..tapi jirannya .. masih tak ada anak lagi. Kot kot ada orang yang buang bayi depan rumahnya?..atau ada hantu yang hendak menyakatnya.. Bulu romanya mula meremang.

Dia pergi semula kebilik tidur untuk mengejut isterinya. Perlahan lahan ia mengejut isterinya. " Bangun .. bangun .. aok ada dengar tak bunyi budak kecik menangis?"

" Eh .. aok ni.. kan tu bunyi ringtone masej hanphone saya?" kata isterinya. " Saya dah tukar ringtone bunyi budak menangis.. sedap sikit, sebab kita pun dah lama tak dengar bunyi budak kecik menangis" kata isterinya tanpa di minta memberi penjelasan.

Tawar hatinya untuk menulis malam itu. "Tak pelah... malam esoklah aku menulis semula". Banyak sangat godaan menjadi penulis blog ini rupanya.

Dia terus menutup lap topnya untuk tidur.