Followers

Friday, April 30, 2010

Kod Panduan Makanan dan Minuman Di Restoran

Kandungan bahan bahan dalam makanan atau minuman bagi sesuatu produk pengilangan itu selalunya ditulis pada kotak atau bungkusannya. Samaada bahan tersebut dinyatakan dengan jelas kandungannya atau pun dalam bentuk kod - kod yang tertentu. Sebagai contoh kod E110, E120 menunjukkan ianya mengandungi lemak babi (disini). Oleh itu kita sedikit sebanyak perlulah tahu membaca kod kod seumpama ini dalam minuman dan makanan sehari hari.

Di kebanyakan restoran dan gerai gerai minum juga ada menggunakan kod kod tertentu untuk minuman dan makanannya. Sebagai panduan, berikut adalah contoh contoh kod makanan dan minuman yang selalu digunakan oleh pelayan pelayan restoran menulis order dari pelanggan :-

TT - Teh Tarik ( Bukan Tukar Tiub)
NT - Nescafe Tarik ( Bukan No Transaction )
ABC - Air batu campur
CP - Cendol Pulut ( Bukan Che Pit )
KOK - Kopi O kaw
TTKM - Teh Tarik kurang manis
TOA - Teh O ais
BS - Barli suam
RB - Roti banjir
RT - Roti Telur
RTBB - Roti telor banyak bawang
NLS - Nasi Lemak Sotong
MGB - Milo Gelas Besar
AK - Ais Kosong
TOL - Teh O Limau
SB - Sirap Bandung
NGC - Nasi Goring Cina
NGK - Nasi Goring Kampung
KIM - Kailan Ikan Masin
JM - Jeruk maman

* Bagi Tongkat Ali, Radix, Kopi Janggut tiada kod kod tertentu yang digunakan.

Bagaimana pun terpulanglah kepada restoran -restoran tersebut untuk menggunakan kod kod ini atau menggunakan kod kod yang lain.

Thursday, April 29, 2010

Kod Panduan dalam Makanan dan Minuman

Umat Islam kenalah berhati hati dengan kandungan bahan-bahan dalam makanan dan minuman yang dikeluarkan oleh pengilang, agar ianya betul betul halal untuk dimakan. Kandungan bahan bahan tersebut biasanya ditulis dan boleh disemak pada kotak atau bungkusan produk tersebut. Produk produk dari Malaysia biasanya tidak ada banyak masalah, kerana kita boleh menyemak pada logo halal yang dikeluarkan oleh pihak JAKIM dan kandungan bahan bahan yang digunakan dinyatakan dengan jelas.

Bagi produk produk yang diimpot luar negara pula juga dinyatakan bahan-bahan yang digunakan berserta dengan kod kod yang mendetailkan bahan tersebut. Kod ini telah digunakan di kebanyakan negara didunia.

Berikut adalah kod bagi lemak babi.

E100, E110,E120,E140,E141, E153,E210, E213,E214,E216,E234,E252,E270,E280,E325,E326, E327, E334, E335, E336, E337, E422, E430, E431, E432, E433, E434, E435, E436, E440, E470, E471, E 472, E473, E474, E475, E476, E477, E478, E481, E482, E483, E491, E492, E493, E494, E495, E542, E570, E572, E631, E635, E904.


Wednesday, April 21, 2010

Mertabak Mengkasar

Lama tak menulis . Banyak sangat masalah negara.
Kali ini cerita pasal makan lagi. Memang cerita makan ini tak habis habis sampai bila bila.

Orang-orang Pekan, suka makan, gemar makan, kreatif , inovatif dan pandai dalam menyediakan makanan. Sebab itu beranika jenis makanan dihasilkan oleh orang orang pekan turun temurun, seperti puding raja, laksa pahang, opor, dan mertabak Pekan.

Orang orang Pekan juga kraetif membuat resipi mertabak. Ada mertabak Pekan, ada Mertabak Pelangkah dan ada mertabak Mengkasar. Ketiga tiga mertabak ini amat mesohor sama ada di Pekan atau di tempat tempat lain. Mertabak Pekan bermula dari resipi Restoran Mawar , mertabak pelangkah , dah tentu dari kg. pelangkah, manakala Mertabak Mengkasar dari Kg. Mengkasar. Kalau bulan puasa dah tentu mertabak merupakan satu menu kemestian orang orang Pekan ( semak disini)
Salah satu mertabak yang mesehor dan diminati ramai ialah Mertabak Mengkasar. Mertabak Mengkasar boleh didapati di sebuah gerai di sebelah hilir Sekolah Sains Sultan Ahmad Shah, ( SHAH ), Pekan yang juga bersebelahan dengan Surau Kg. Mengkasar. Kalau dari Kuantan selepas simpang batu balik , di seberang jalan sebelum sampai ke bandar Pekan. Mertabak Mengkasar mempunyai cawangan iaitu di Simpang Bukit Sekilau, Kuantan. Orang orang Kuantan bolehlah merasa Mertabak Mengkasar di cawangan Bukit Sekilau ini.

Mertabak Mengkasar di jual setiap hari pada belah petang. Nak beli mertabak ini kena bertempah dulu. Kena ambik nombor ( giliran) macam nak kat bank CIMB. Bila nombor kita dipanggil baru lah boleh dapat barang. Jarang sangat orang yang "walk in " dapat dengan cepat.

Pada masa ini harga mertabak mengkasar ialah RM 5.00 bagi yang biasa dan RM 7.00 bagi yang spesial. Mertabak ini memang sedap. Mungkin banyak rempah ratus seperti jintan putih, jintan hitam, kas kas, halia, lengkuas dan sebagainya di buboh dalam awas awasnya.


Friday, April 16, 2010

Puding Raja


gambar ikhsan google.

Salah satu produk Satu Daerah Satu Industri (SDSI) bagi Daerah Pekan ialah Puding Raja. Ianya di hasilkan oleh seorang pengusaha , puan Anizah Ghazali dari Kg. Parit Tengah, Pekan. Di Pekan bukanlah puan Anizah seorang sahaja yang pandai membuat puding raja ini, malahan berpuluh lagi orang Pekan yang pandai membuat makanan ini.

Puding raja adalah satu makanan yang jarang dapat kita berjumpa. Katanya ia merupakan makanan raja raja , sebab itulah namanya puding raja. Tidak ada di jual di tempat sebarangan, samaada di pekan pekan sari, pasar tani atau pasar malam. Di hotel hotel tiga empat bintang pun jarang juga nampak puding raja di hidangkan, kalau ada pun atas permintaan pihak pihak tertentu. Ada juga majlis majlis perkahwinan yang menyediakan menu puding raja ini. Di Kuantan adalah dua tiga buah restoran atau foodcourt yang menjual puding raja ini. Itu pun ada hari hari nya. Kalau tak silap rega bagi satu mangkuk diantara RM 6.00 hingga RM 7.00.

Banyak bahan yang digunakan untuk membuat puding raja ini seperti telur, susu, pisang lemak manis, buah prun, buah badam, jala mas, buah ceri dan lain lain. Mungkin juga ada benda benda lain yang menambahkan sedapnya puding raja ini.

Orang orang pekan bercadang untuk mengkomersilkan puding raja ini, tetapi payah sangat nak mendapat pisang lemak manis.

Wednesday, April 14, 2010

Mee Calong

gambar ikhsan google

Kebesaran bagi orang orang belah Beserah ialah Mee Calong. Di tempat tempat lain mungkin payah nak mendapat makanan yang bernama mee calong ini. Kalau ada pun mungkin dibeberapa gerai dan restoran sekitar bandar Kuantan, seperti di Tanah Putih Feri dan gerai Tg. Api. Itu pun mungkin penjualnya berasal atau mendapat resipi dari Beserah. Manakala di bandar bandar lain seperti Lepih, Jerantut dan Raub perkataan Mee Calong pun jarang atau tak pernah didengar.

Di Beserah, gerai yang menjual mee calong, memang banyak. Dari angka yang tidak resmi adalah dianggarkan lebih dari 20 restoran dan gerai yang ada menyediakan menu mee calung , seperti di gerai stelit, kg masjid dan beberapa tempat lagi.

Selain dari mee atau bihun , bahan utama untuk membuat mee calong ialah ikan yang dibuat bebola. Bebola ikan ini dibuat sendiri oleh penjual dengan kandungannya 100 % ikan. Dan bukannya bebola ikan yang dibeli dari pasaran. Selain dari ramuan tadi, dibubuh juga tauhu dan perencah lain.

Resepi yang sebetulnya taklah koi tahu sangat, tapi kalau nak makan tu bolehlah ajak koi.

Monday, April 12, 2010

SDSI - Pahang

Dalam Direktori SDSI ( Satu Daerah Satu Industri ) Negeri Pahang telah dinyatakan produk produk yang dikeluarkan oleh daerah daerah berikut:-

BERA: Produk Daging Puyuh. Salah satu pengusaha produk ini ialah Koperasi (F) Mayam , Bera.

TEMERLOH: Tiga produk yang dihasilkan oleh daerah Temerloh iaitu, Ikan Patin, Ukiran Kayu dan Gasing.

LIPIS: Lipis akan mengeluarkan dua produk makanan iaitu Gula Kabung dari sekitar Kg. Budu dan Jus Salak dari KPW Kuala Medang.

RAUB: Raub pulak berpotensi mengeluarkan produk herba. Pada masa ini produk tersebut diusahakan oleh seorang pengusaha di Ulu Sungai.

CAMERON HIGHLANDS: Produk dari Strawberi.

MARAN: Produk dari Maran ialah Cip , Halwa dan Jem Nangka.

JERANTUT: Empat produk telah dicatat sebagai produk Industri Daerah Jerantut . Produk produk tersebut ialah Sarung Senjata Perusahaan Besi dan Ukiran, Kraftangan cenderahati seramik, Seramik dan Daging dan Ikan Salai.

KUANTAN: Tenunan Pahang dan Anyaman Mengkuang.

BENTONG: Batik dari Jambu Rias dan Barangan Kulit.

ROMPIN: Kraftangan

PEKAN: Tenunan Pahang dan Puding Raja.


Friday, April 9, 2010

Pesanan Penaja

Seperti biasa setiap hari Jumaat , umat Islam pergi ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat. Ada yang datang berjalan kaki, bermotosikal, berbasikal dan ramai yang datang dengan berkereta. Maka banyaklah kereta diletak diperkarangan masjid atau dikawasan yang berhampiran.

Apabila selesai sembahyang jumaat , orang ramai akan terus kekereta masing untuk balik kerumah, kekedai makan atau ke tempat kerja. Pada masa inilah mereka akan dapat bermacam macam pesanan dari penaja yang diletakkan pada wiper kereta.

Hari ini koi menerima 8 pesanan
1. Pesanan dari syarikat keselamatan yang menawarkan sistem keselamatan rumah.
2. Kelas belajar piano
3. Jemputan ke sebuah hotel untuk mendengar taklimat satu produk baru
4. Perkhidmatan SPA yang baru dibuka dengan tawaran yang istewewa
5. Jus yang boleh mengubat penyakit gaut.
6. Tution untuk bahasa Inggeris, Arab, Mandrin dan Tamil
7. PC Fair yang akan diadakan tak lama lagi
8. Peluang Perniagaan untuk pendapatan RM 4,000 seminggu

Nasib baik tak de pesanan dari MPK untuk membayar kompaun RM 5.00 kerana koi lupa nak gores kupon letak kereta.

Terjemahan BI - BM

Ramai orang orang Pahang tahu mengenai kisah ini.

Satu hari Mat di minta oleh Cik gu nya memberi erti perkataan dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu.

Perkataan perkataannya ialah:

Cat ( BI) =

Main ( BM) =

Anjing ( BM )=

Jawab ( BM )=

Puas juga Mat menghafal erti erti perkataan tersebut dan akhirnya dengan bantuan ayahnya Mat telah dapat mengingat makna makna perkataan tersebut dengan mudah.

Agak agak macam manalah cara yang disyorkan oleh ayah Mat.

Monday, April 5, 2010

Mana Nak Parking

Kita seringkali membawa kereta sendiri apabila berurusan di bandar bandar seperti Kuantan , Temerloh dan Mentakab. Malangnya kita selalu menghadapi masalah apabila hendak meletak kenderaan kita itu. Memang payah sangat untuk mendapat tempat yang sesuai bagi tujuan itu.

Walau pun pihak Majlis Perbandaran Kuantan atau Temerloh ada menyediakan tempat tempat parking , namun oleh kerana banyaknya kenderaan yang memasuki bandar menyebabkan tempat tempat tersebut tidak cukup dan sentiasa penuh.
Di Kuantan pihak MPK mengenakan caj meletak kenderaan dikawasan yang telah diwartakan pada setiap hari, kecuali hari Ahad dan hari kelepasan am bermula pukul 8.00 pagi hingga 5.00 ptg. Caj yang dikenakan itu ialah sebanyak RM 0.45 sen bagi tempoh sejam. Caj tersebut boleh dibayar dengan membeli kupon gores yang dijual di pondok - podok jualan yang disediakan atau melalui ejen ejen jualan yang telah dilantik.

Penggunaan kupon gores ini mudah sahaja. Ambik duit sekeleng ( siling ) lima sen goreskan pada tempat perlu seperti, tahun, bulan, haribulan , jam dan minit dan kemudian pamerkan diatas dashboard kereta kita itu.

Ibarat kita mengores kad top up apabila ingin membuat panggilan, tetapi tiada liputan, Begitu jagaklah dengan mengores kupon letak kereta tetapi tiada tempat untuk meletak kereta.

Mungkin hati kita akan terubat sedikit jika bila digores kupon tersebut, keluar gambar TV screen leper atau motosikal modenass kriss.

Thursday, April 1, 2010

Stesyen Bas Pokok Buluh


Kalau kita ingat jaman sekolah dulu, disinilah tempat kita selalu tunggu bas nak balik ke SMART, nak balik ke Sekolah Teknik Alor Akar atau nak balik ke SABS. Kita tunggu bas Kuantan Town Service, Bas Sihat atau city liner di Stesyen Bas Pokok Buluh. Semasa belajar di POLISAS jugak kita masih lagi tunggu bas warna hijau di stesyen bas pokok buluh ini.

Pada masa itu, meriah sungguh disini, macam macam ragam anak muda yang jaras -jaras baya baya kita me dengan macam macam ragam dan kerenah. Tiba je bas, tak kiralah sama ada penuh atau kosong, terus kejar untuk dapatkan tempat duduk. Kadangkala berdiri, bergayut.

Tapi sekarang , tidak ada lagi bas hijau, bas kaler merah singgah berlama disini. Cuma kelihatan beberapa buah teksi yang jadi penunggu setianya . Teksi Pak Din dari Jaya gading, Teksi Hussin Mamat dari Pematang Badak dan Teksi Salleh Rimau yang sesekali berehat di bawah pokok buluh ini.

Namun begitu beberapa perdu pokok buluh yang ada masih kekal disini. Orang orang yang lalu lalang dikawasan ini tidak berminat langsung nak mengambil buluh-buluh ini bagi tujuan membuat lemang semasa dekat nak raya. Atau mengambiknya bagi tujuan membuat galah untuk mengait buah mempelam.

Rasa-rasanya, biarlah dia kekal disitu.