Followers

Tuesday, August 31, 2010

Merdeka

Merdeka, merdeka , merdeka..
selamat menyambut Hari Kebangsaan yang ke 53

Friday, August 27, 2010

Salam Nuzul Quran

Hari ini 17 Ramadan 1431 , cuti umum bagi Negeri Pahang sempena dengan Nuzul Quran. Maknanya telah 1431 tahun Al Quran di turunkan untuk panduan manusia melalui Nabi Mohammad SAW. Semoga kitab Al Quran ini menjadi manual kepada kita dalam menempuh hidup di dunia ini.

Selamat menyambut Nuzul Quran.

Wednesday, August 25, 2010

Buffet Ramadan

Pada bulan puasa tahun ini banyak promosi untuk berbuka puasa dan bersahur di buat oleh hotel hotel. Mereka berlumba lumba memberi pakej dengan kadar harga yang menarik dan murah murah. Mungkin juga kerana banyak perbahasan mengenai makanan halal dihotel menyebabkan mereka terpaksa membuat promosi yang gila gila.

Di Kuantan beberapa hotel menawarkan pakej berbuka buffet ramadan dari serendah RM 28.00 hinggalah ke RM 70.00 dapat dilihat melalui kain kain rentang yang berselayut pada bil board dan pokok pokok. Mereka juga mengedarkan kertas kertas iklan yang di lekatkan pada wiper kereta ketika orang orang pergi sembahyang jumaat atau sembahyang zohor. Ada juga iklan iklan pemberitahuan ini dihantar ke pejabat pejabat untuk makluman ketua ketua pejabat, pegawai , kerani dan tukang sapu.

Ada juga rodong rodong yang beria ria ajak berbuka hotel. Hantar sms tiga empat kali. " Jemput berbuka di Hotel Vistana hari ini , sila cofm balik" . Kalau tak de apa apa program petang tu jawab je " k " Sian juga rodong yang mengajak .

Petang tu pergi awal sikit. Rupanya pukul 6.30 dah penuh dekat ballroom . Tah dari mana datangnya orang orang ramai. Memasing dah penuh dalam pinggan dengan segala maknika makanan yang diambik dari meja buffet. Dah tentu ada nasi dengan lauk pauk gulai kawah, opor, sop, sotong goreng, kerabu mangga, sambal belacan hingga mengumbu pinggan. Ambil lagi kueh , lompat tikam, kole kacang, bingka ubi. Ambik juga mee kari, mee calung, air cendul atau air sirap biji selasih. Tambah lagi dengan puding raja atau puding rakyat biasa. Ambik juga Teh tarik. Kalau rajin beratur ambik sate atau bbq kambing jamnapari. Bawak ke meja yang telah di tempah.

Sambil menunggu waktu berbuka 7.18 boleh dengar life dari group Nordin dan gang diatas pentas. Nordin pun pandai jugak , bawak lagu lagu padang pasir.

Bila dengar bunyi bang , masing masing pun start mula . " kentung kentang .. kentung kentang" hingga dekat pukul 8.00 baru carik bilik sembahyang. Nak sembahyang maghrib pun kena Q jugak. Lepas sembahyang boleh sambung balik.

Tapi bila pulak nak terawih ?....


Monday, August 23, 2010

Ayam Panggang Tempayan

Walau pun rega ayam masih belum stabil, keperluan ayam untuk bulan Ramadan ini sangat signifikan. Orang ramai tak boleh tak dapat ayam untuk berbuka dan bersahur pada bulan puasa ini. Kalau tak dapat ayam moh mengamuk sakan dema te. Bagi peniaga peniaga di bazar Ramadan, bermacam ragam resepi dan masakan dari ayam ada disediakan. Ada ayam pusing atau ayam putar, ada ayam panggang madu, ada ayam golek, ada lauk pauk seperti kurmak, kari , sup dan ayam goreng. Pendik kata macam macam lagi lah.

Salah satu makanan berasaskan ayam yang dijual di bazar Ramadan pada tahun ini ialah Ayam Panggang Tempayan. Macam buat roti tempayan atau roti nan, seperti di Restoran mamak dekat Mega Mall tu lah. Ayam yang di perap dengan rempah ratus akan dipanggang dalam tempayan selama 30 hingga 40 minit . Satu tempayan boleh memuatkan 10 ekor ayam untuk sekali panggang.
Di sekitar Kuantan , terdapat tiga bazar Ramadan yang menjual ayam panggang tempayan, iaitu di Bazar Ramadan Mahkota Parade, Bazar Ramadan dekat Gaint dan Bazar Ramadan Taman Tas.
Kalau berkunjung ke gerai ayam panggang ini kena duduk jauh sikit, kerana suhu sekitar tempayan ini panas. Jangan cuba cubalah nak pegang tempayan ini nanti melepoh tangan , susah pulak cari minyak urat atau minyak gamat nak lumo tangan yang kena tempayan hangat itu.

Seekor ayam yang siap di panggang dijual dengan harga RM 18.00. Ianya juga dibekalkan dengan sos dan air asam yang cukup rasa , masam masin, manis dan pedas. Jualan nya laku banyak jugak kadang kadang tak cukup.

Saturday, August 21, 2010

Upah Puasa

Di sebuah sekolah tadika ,pada hari pertama puasa ,tiga sahabat berbincang mengenai puasa.

Adam: " Mak koi dah janji , kalau koi dapat habis berpuasa sehari , dia bagi upah seringgit."

Shafik: " Koi pun nak mintak upah singgit dengan mak koi getek..!!"

Adam : " Aok pulak macam mana .. Haikal ?"

Haikal: " Nantilah koi tanya aboh koi.."

Setelah 12 hari berpuasa, tiga sahabat tadi berbincang semula mengenai puasa.

Adam: " Koi dah dapat sepuloh ringgit.."

Shafik : " Koi baru dapat enam ringgit .. "

Adam: " Aok pulak dapat berapa ringgit... Haikal ?"

Haikal: " Koi dapat seratus ringgit.."

Shafik: "Aok biar betu!!!l... berapa hari aok puasa?"

Haikal: " Koi tak puasa pun... Aboh koi beri seratus ringgit. Dia kata.. jangan bagi tahu mak, aboh tak puasa "

Moral: Biar ikhlas suruh anak puasa, jangan upah-upah. Kalau tak puasa tu jangan juga rasuah nanti bertambah banyak dosa..

Thursday, August 19, 2010

Kisah Pemancing

Sedap juga membaca cerita yang dikisahkan oleh Echam dalam siri disakat Makhluk tua. Meremang bulu roma. Pagi tadi koi bukak kotak e mail ada juga hamba allah yang menghantar cerita tentang pemancing. Jadi koi paste disini:-


Ajis memang kaki pancing, mana saja lubuk & sungai semua dia pergi, kalau
ada yg cakap kat sungai tu ada ikan, ajis mesti pi try mancing kat situ.

Satu hari masa minum kat kedai kopi Pak Ngah Jiman, Ajis terdengar rakan2
sekampungnya bercerita tentang satu lubuk baru yg banyak ikan ditemui kat
sungai di kampung seberang, kampung tu agak jauh & pedalaman sungai tu
lebih kurang 5 km dr kampung tu, dekat tepi pinggir hutan.

Tengahari tu, Ajis dah bersiap nak pegi memancing kat lubuk yg diceritakan,
siap pakai helmet, Ajis masukkan bekalan minum petang dan pancingnya dlm
raga motor. Sepanjang perjalanan Ajis bernyanyi riang, jauh jugak nak
kekampung seberang tu, dah hampir masuk waktu Asar baru Ajis sampai,
teringat pulak dia tak sempat solat Zohor tadi & dia terpikir, karang kalau
terus pi sungai tu, tak sempat plak solat Asar.

tak lama kemudian Ajis nampak sebuah surau yg agak uzur kat tepi jalan
sunyi kampung tu. bergegas dia berhenti, ditengoknya keliling tak ada
orang, sunyi saja surau tu.

Ajis segera mengambil wuduk dgn tergesa2 sbb waktu Zohor dah hampir nak habis.


Masa Ajis di rakaat yg kedua, Ajis tiba-tiba terdengar bunyi suara orang
ketawa. Bulu romanya tiba2 meremang, "Hish, sapa pulak yg gelak2 tu?" bisik
hati Ajis, setiap kali Ajis sujud, Ajis terasa kepala & tengkuknya berat dr
biasa, Ajis tak sedap hati, ni surau tinggal ker, sbb dah uzur sangat dan
alahai, sapa pulak duduk kat tengkuk dia ni.

Sedaya-upaya Ajis tenangkan hati, selesaikan solat dgn segera, dia nak
tinggalkan cepat surau tu. Bulu romanya semakin meremang-remang sbb suara
org ketawa semakin ramai, ada yg sampai terbatuk-batuk.

Syukur, Ajis dah berada di tahiyat terakhir, selesai memberi salam ke kanan
dan ke kiri, Ajis meraup mukanya dgn tangan dr atas ubun2 kepala sampai ke
dagu, then tiba-tiba Ajis tersedar.

hehehe...rupa-rupanya dia terlupa nak tanggalkan helmet masa nak sembahyang
tadi, sbb terlampau nak cepat, bila dia toleh belakang, patutlah dengar
orang ketawa, rupa-rupanya tok imam, bilal dan orang2 kampung yg dtg nak
sembahyang Asar duk gelakkan dia sebab Ajis sembahyang pakai helmet, patut
ler kepala dia rasa berat semacam.

Terus Ajis blah macam tu ajer, tak jadi pi memancing, dia pusing balik,
sembahyang Asar kat rumah sendiri sajalah jawabnya..

Wednesday, August 11, 2010

Ayam pusing


Hari ini merupakan hari pertama berpuasa bagi tahun 2010 atau tahun hijrah nya 1431. Di Kuantan , banyak bazar Ramadhan di wujudkan bagi kemudahan orang orang Kuantan membeli juadah kuih kuih dan lauk pauk untuk berbuka atau untuk bersahur. Mungkin hari pertama ni tak berapa meriah lagi. Koi tak sempat lagi nak servey mana mana bazar Ramadhan yang ada sekitar Kuantan untuk melihat kelaku orang ramai serta jualan bagi tahun ini. Hanya yang koi sempat tengok ayam pusing. Ralit nengok dia berpusing. Tos juga air lior menengoknya. Reganya pun tak servey lagi. Agak agaknya RM 15.00 keatas seekor kot.Add Image

Tawaran Istimewa

Tuesday, August 10, 2010

Esok Puasa ?

Insyaalah, esok berpuasa. Petang ini orang pergi tengok anak bulan. Di Pahang ni, ada tiga tempat yang di istiharkan sebagai tempat menengok anak bulan iaitu di Gunung Brinchang, Cameron Highlands, Bukit Pelindung , Kuantan dan Bukit Tanjung Batu, Nenasi.

Pada malam ini pemegang mohor raja raja akan mengistiharkan tarikh mula umat islam akan berpuasa. Kata dek orang pahang memegang puasa. Dan malam karang bermulalah bangun sahur untuk makan sahur.

Kepada rodong rodong diucapkan selamat bersahur dan selamat berpuasa.

Wednesday, August 4, 2010

Telefon Awam

gambar sumber google
Sejak kebelakangan ini telefon awam semacam tidak diperlukan lagi. Maklumlah orang orang dah ada telefon bimbit. Ada telefon bimbit senang, mudah dibawak kemana-mana, lebih banyak kegunaan lain. Selain dari bercakap , boleh sms, boleh mms, boleh ambik gambar, boleh tangkap vedio dan berbagai bagai guna lagi. Bukan setakat orang tua sahaja ada telefon bimbit, budak sekolah rendah , budak sekolah tadika pun dah ada telefon ini. Kalau cik gu garang ambik je vedio dengan telefon bimbit , kemudian upload dalam you tube.

Namun begitu masih adalagi orang yang memerlukan telefon awam. Orang orang musafir , orang orang yang telefon bimbitnya tak cukup kredit, orang orang yang kehabisan beteri telefonnya masih mencari cari telefon awam.Selain dari menggunakan telefonnya, ianya juga boleh digunakan bagi tujuan yang lain. Antaranya kalau hujan turun dengan lebat , cepat cepat lari cari pondok telefon . Boleh juga berlindung. Kadang kala kalau terjerempak dengan orang yang tak hendak kita jumpa pada masa itu , cepat cepat cari telefon awam kita boleh menyorok dalam pondok telefon. Kalau tidak pun kita boleh tepek poster bersais A4 yang menyatakan aktiviti perniagaan kita , seperti tukang paip, menjual kambing aqikah , membeli emas dan surat pajak gadai dan lain lain pada dinding pondok telefon ini. Iklan di pondok telefon tak kena apa bayaran. Lain lah kalau buat iklan di bil board yang besar dilebuh lebuh raya.

Tapi sekarang syarikat yang mengendalikan telefon awam dah pandai meniaga jugak .

Award dari Aku Anak Pahang

Terima kasihlah En. Yassin dari Blog Aku Anak Pahang yang telah sudi memberi penghargaan kepada blog koi orang pahang. Semoga en Yassin beroleh kejayaan selamat sejahtera.

Award ini akan menjadi dorongan kepada koi untuk lebih aktif dalam dunia pemblogan.

Sunday, August 1, 2010

Hujung Minggu

Ramai yang menunggu hujung minggu. Ada yang hendak pergi berkelah ke pantai Cherating dengan keluarga. Ada yang hendak pergi kenduri kahwin anak Pak Andak Mamud di Bukit Damar. Ada juga yang dah janji membawa anak anak main air ke Bukit Gambang. Ada juga rodong rodong yang janji nak pergi menjala atau memancing ikan di sungai Lepih.

Pendek kata banyak program yang telah diatur. Sama ada oleh diri sendiri, keluarga , pejabat atau pihak lain. Pada hujung minggu ada juga pejabat-pejabat mengadakan Hari Keluarga. Buat hari Keluarga di Pantai Balok. Ada buat hari keluarga di Pantai sepat. Ada juga buat hari keluarga di Bukit Gambang Resort. Tentu nak pergi punya.

Mana mana yang tak ada program sendiri , pilih saja program program yang telah ada. Karnival kereta mini dekat parking kereta Mahkota square,. Boleh juga tengok lap top ka PC fair di Mega Mall. Atau ke pameran Kraf di ECM. Mana yang minat tengok memancing boleh joint Karnival Planet Joran di Pantai Sepat.


Semua nya nak kejar sebelum puasa.