Followers

Wednesday, September 29, 2010

Tanda Air - Bera


Nampaknya Daerah Bera juga telah mempunyai "Tanda Air" nya sendiri selain beberapa daerah lain di Negeri Pahang.Tanda Air Kuantan, Temerloh dan Pekan telah lama ada dan salah satu fungsinya menyukat paras air sungai dikawasan masing masing. Tanda air Bera ini nampaknya macam diatas tebing sungai sahaja dan payah ampuh. Tapi kalau banjir besar mungkin akan ampuh jugak.

Tanda Air Bera ini terletak disatu lokasi yang agak jauh dari bandar Bera, agak agak sekitar 7 atau 8 km. Kalau dari Temerloh menghala ke Bera selepas kita berjumpa tempat orang orang Temerloh menjual ikan talapia dan patin sangkar seperti kampung Pangsenam , Buntut Pulau dan Pengkalan Jaya, kita akan berjumpa dengan tanda Air Bera ini. Ianya jelas nampak di seberang Sungai Pahang menandakan kita telah masuk dalam wilayah Bera.

Kita rasa bimbang juga kalau ada budak budak nakal buat pedajal bubuh huruf 'K ' di hujung tanda air ini.

Sunday, September 26, 2010

Crossing

Satu ketika dulu keretapi merupakan pengangkutan utama yang menghubungkan beberapa tempat di Negeri Pahang. Di seseparuh kampung ada yang tidak boleh lantas dengan kereta , motosikal, perahu mahupun kapal terbang, tetapi boleh sampai dengan keretapi. Orang belah belah Lipis, Jerantut dan Bera yang selalu menggunakan perkhidmatan keretapi ini, faham perkataan atau bahasa yang selalu digunakan dalam perkhidmatan ini seperti mel, loker, rel, let, get dan crossing.

Bagi orang orang Pahang yang tinggal di belah belah Pekan, Kuantan dan Rompin pula, menaiki keretapi merupakan satu pengalaman baru samaada menyeronokkan atau sebaliknya.

****

Pagi itu Khairul bangun awal daripada sekala. Jam loceng yang dikuncinya sebelum tidur malam tadi, membingitkan telinganya tepat pukul 5.45 pagi. Deras deras dia mengerakkan kawan serumahnya, untuk menghantarnya ke stesyen keretapi. Dia perlu tiba ke Stesyen Keretapi Lipis sebelum 6.30 pagi. Dia dah berjanji dengan Encik Tan untuk sama sama menaiki keretapi pagi itu ke Kerambit.

Dari rumah sewanya di Sungai Kerpan, Khairul dihantar oleh Zainal menaiki motosikal Honda Cup lampu bulat C70. Perjalanan dari Sungai Kerpan ke bandar Lepih mengambil masa lebih kurang 10 minit sahaja. Belah pagi , kereta yang lalu lalang tak banyak lagi. Kalau ada pun bas dan van yang membawak budak sekolah dan pekerja pekerja town board yang masuk duti pagi itu.

Belumpun sempat Zainal menongkat motosikalnya, Encik Tan telah ada tercegat disebelah mereka . Tanpa memberi salam Encik Tan berkata " Ini lu punya tiket... aa. " sambil menghulurkan sekeping kertas keras sebesar kotak mancis berwarna merah kepada Khairul.

" Lu tunggu depan itu gate sana ..aaa .. saya ada had sikit... tunggu saya sana ...aaa"
. Kata Encik Tan sambil berlari menghala ke tandas awam yang tidak jauh dari mereka.

Di tepi gate masuk ke platform, Khairul memerhati gelagat orang ramai di stesyen keretapi pagi itu. Dia melihat penumpang mengunjukkan tiket kepada penjaga tiket berpakaian seragam kelabu di pintu masuk ke platform untuk dikacip sebelum menaiki keretapi. Sebentar lagi dia akan berbuat begitu juga. Dia juga akan menaiki keretapi seperti orang orang ramai tadi. Ini adalah merupakan pengalaman pertamanya sejak melaporkan diri bekerja di Lipis dua minggu yang lepas setelah tamat kursus pendawaian letrik di IKM Peramu. Pengalaman pertama menaiki keretapi ini akan diceritakan kepada emak, adik, abang dan kawan kawannya di kampungnya Paloh Hinai. Dah tentu kawan kawannya seperti Lan Bulat dan Yit Angguk akan ternganga meleleh air lior mendengar cerita dan pengalamannya menaiki keretapi. Selama ini dia, Lan Bulat dan Yit Angguk hanya berpengalaman menaiki bas MARA ke bandar Pekan.

Sedang Khairul mengelamun, tiba tiba dia dikejutkan dengan bunyi yang kuat. Bunyi seakan akan hon lori yang banyak berulang alik mengangkut tanah merah melalui kampungnya. Serentak dengan itu juga kedengaran bunyi loceng menandakan keretapi akan bergerak tidak lama lagi meninggalkan stesyen Lipis. Khairul melihat keretapi mula bergerak perlahan lahan.

Sedar tak sedar Khairul telah ada dalam gerabak keretapi tersebut. Dia tak tahu macam mana dia dah melepasi penjaga tiket di pintu masuk ke platform itu dengan tidak mengacit tiketnya. Dia menyelia-menyelia kalau kalau ternampak Encik Tan dalam gerabak yang sama dengannya. "Tak ada .." Hatinya mula risau." Ah sudah.. Mana pulak Encik Tan ini ?" Dia memerhati keluar tingkap , kot kot Encik Tan masih berada di stesyen lagi. Keretapi bergerak semakin laju meninggalkan Lipis.

Fikiran Khairul semakin kacau. Banyak sangat soalan yang timbul ketika ini yang tak dapat dijawab. Dah tentu soalan pertama " Mana dia Encik Tan ?". " Dimana nak turun ? Kerambit, ? di mana Kerambit? Bila ? "Dia perlu mencari Encik Tan, kerana soalan soalan lain akan sattle jika dia bertemu Encik Tan.

Dalam pada itu Khairul memerhati beberapa orang yang lalu melintasi gerabaknya untuk ke gerabak yang satu lagi. Khairul bangun dari kerusi yang didudukinya dan mengikut orang orang tadi ke gerabak yang satu lagi. Matlamat utamanya mencari Encik Tan. " Tak ada ". Dari satu gerabak kesatu gerabak Khairul membuat pencarian.

Tiba tiba bahunya di pegang dari belakang. Dia terkanjat, bagaimanapun hatinya lega semula. " Rupanya Encik Tan juga sedang mencarinya." Cepat cepat dia menoleh ke belakang sambil melemparkan senyum. Sangkaannya meleset. Seorang India dengan pakaian seragam kelabu memandangnya dengan serius. " Tiket !!" katanya.

Khairul mengeluarkan tiket yang diberi oleh Encik Tan pagi tadi dari dalam kocek baju kemejanya dan memberikannya kepada orang tersebut. Pegawai pemeriksa tiket keretapi itu hendak mengacip tiketnya tetapi terhenti tiba tiba. Ia memandang Khairul dan juga tiketnya berulang ulang kali.

" Nanti bila sampai Padang Tengku awak turun ah.." Kata India Pemeriksa Tiket kepada Khairul.

" Tapi Encik ... saya mahu pergi Kerambit ... itu tiket pergi Kerambit " Kata Khairul menegakkan haknya.

" Ya..lah.. Awak boleh turun Padang Tengku, tunggu keretapi dari Gua Musang pukul 10.20 pergi Kerambit. .. Ini keretapi mahu pergi Merapoh" Kata India itu lagi.

Khairul tercengang dan masih tak faham.

" Hei ... awak patut naik keretapi satu lagi masa crossing kat Lipis tadi" Kata India Pemeriksa Tiket meninggalkan Khairul untuk memeriksa tiket penumpang penumpang lain.

Khairul duduk semula. Hatinya dah tawar untuk bercerita pengalaman ini kepada Lan Bulat dan Yit Angguk di kampung.







Monday, September 6, 2010

Selamat Hari Raya


Tak lama lagi hari raya . Jadi untuk rodong rodong semua di ucapkan selamat Hari Raya Idil Fitri. Maaf Zahir Batin.

Saturday, September 4, 2010

Kad Raya


Koi ada terima kad raya dari maiyah. Terima kasih maiyah sekeluarga.