Followers

Sunday, January 30, 2011

Zon Sifar

Dalam dua tiga hari lepas nampak tercacak papan tanda ini.

Agak agaknya, papan tanda itu di bubuh oleh MPK yang sedang menjalankan kempen zon sifar sampah di beberapa tempat di bandar Kuantan. Apa yang dimaksudkan dengan zon sifar sampah ini tidaklah dapat di fahami dengan jelas. Bagaimana pun ada ditulis " Anda Berada di Zon Sifar Sampah. " Mungkin di kawasan ini tidak boleh membuang sampah, membuat sampah atau kawasan ini tidak ada sampah. Mungkin juga menyampah..atau sampah masyarakat.

Dengan sokongan beberapa lagi papan tanda yang ada dikawasan ini dapatlah kita simpulkan bahawa:-
1. Simpan sampah sarap seperti bungkus coklat, pamper anak , tisu lepas hembus hingus, surat khabar lama , dan kopon letak kereta gores menang dalam kereta atau motor kita.

2. Sediakan bakul sampah atau tong sampah dalam kenderaan kita.

3. Sampah sampah yang boleh dikitar semula seperti tin minuman aluminium dan surat kabar lama , beteri lama , besi lama boleh dijual . Dapat juga duit bagi menampung belanja minyak.


4. Buang sampah dari kenderaan kita adalah satu kesalahan.

5. Jika tak malu atau nak kena saman buanglah sampah dari kenderaan kita.



Wednesday, January 26, 2011

Minum Pagi di Arab Corner

Ini bukan iklan Nuffnang , bukan juga promosi atau kempen kepenggunaan.

Biasanya kalau kena pergi kerja luar atau out station pagi pagi tak sempat minum dirumah. Lepas subuh dah mula stat kereta. Bini baru gosok gigi, tak sempat nak jerang air lagi....Apatah lagi nak bertanak nasi lemak atau menumis sambal ikan bilis. Jadi kenalah singgah tengah jalan untuk kena teh tarik atau roti canai.

Biasanya orang orang Kuantan yang kena kerja atau mesyuarat luar daerah menghala ke Kuala Lumpur akan singgah di restoran Zaman , dekat batu 9. Kat situ ada nasi lemak , roti canai dan kuih kuih. Kalau tak sempat singgah di situ bawak kehadap lagi. Ada banyak kedai, gerai atau restoran yang boleh singgah untuk minum. Jumpalah dua , tiga buah lagi tempat yang boleh mengalas perut, sebelum konar masuk simpang highway . Itu pun kalau lalu ikut highway. Lalu ikut highway kita akan jumpa R&R Gambang dan R&R Temerloh. Itu pun kalau perut tak berbunyi lagi. Sempatlah ke R&R Temerloh.

Ada satu lagi tempat minum pagi yang menjadi tumpuan rodong rodong yang selalu kerja luar, iaitu di Arab Corner. Arab Corner terletak sebelum sampai pekan Gambang, kira kira 1 km dari simpang masuk ke highway. Dekat jugaklah dengan masjid, menyemberang jalan je..dan jugak dekat dengan bengkel kereta.

Gerai ini di buka mulai jam 6.30 pagi dan macam macam benda makan ada, Nasi lemak, nasi dagang, nasi kerabu, pulut panggang, nasi minyak, roti canai, kuih gulung, belebat ubi, lepat pisang, karipap pusing dan macam macam lagi kot.

Koi pun taklah dapat maklumat yg banyak sebab nak pergi Bukit Gambang Resort City cepat..

Sunday, January 23, 2011

Blogger Untung 1 Juta

Dah lama tak tulis blog.
Tapi bila tengok tajuk surat khabar Berita Minggu hari, bersemangat semula.

Penulis blog kreatif raih pulangan lumayan:
Kuala Lumpur: Pengendali atau penulis blog kini mampu meraih keuntungan sehingga RM 1 juta setahun.
Beginilah fenomena penggunaan blog yang dulunya berfungsi sebagai pengantara politik, peribadi dan komuniti , kini beralih kepada perniagaan sehingga ada pengendali atau penulis mampu meraih keuntungan beratus ratus ribu hingga berjuta juta ringgit setahun..
lihat muka 10.

Baru lepas semak akaun Nuffnang baru ada RM 10.47 sen...Lepas ni , malas cakaplah...

Agak agak adalah rodong rodong yang dah capai tahap jejariruncing .blogspot.com

Thursday, January 13, 2011

Barang Lama - Lampu Cempeni

Pernah tak kita berjumpa barang ini ?. Satu ketika dulu barang ini amat popular dikalangan budak budak yang bercita cita tinggi. Ia digunakan pada waktu maghrib hingga lewat malam.
Nama: Lampu cempeni.

Nama Saintifik: Tidak diketahui.

Fungsi: Seperti juga pelita catuk, lampu cempeni digunakan untuk menerangkan ruang rumah pada waktu malam malam khasnya pada budak budak yang nak ambik periksa untuk studi hingga lewat malam.

Komponen: Lampu cempeni ini lebih cangih berbanding dengan pelita catuk , kerana ianya dilengkapi dengan ciri ciri keselamatan kepada penggunanya. Komponennya terdiri dari tangki minyak yang diperbuat dari kaca , sumbu dari kain, alat laras kecik besar nyalaan api bagi tujuan cerah dan malap. Penutup keselamatan atau cempeni yg berfungsi menghadang tiupan angin supaya api tidak padam tiba tiba. Penyangkut yang akan disangkut pada paku didinding rumah serta piring yang ada gambar amoi bagi tujuan mengelap pada bahagian bahagian tertentu.

Bahan Bakar: Ia dihidupkan menggunakan minyak gas.

Bagaimana menggunakannya: Untuk menggunakan lampu cempeni ini, taklah susah sangat. Mula mula pastikan tangkinya ada minyak. Untuk tujuan ini, kita boleh intai sahaja tangkinya kerana ia boleh dilihat tanpa membukak tudung tangki. Jika tak ada minyak , dinasihatkan supaya menuang minyak kedalam tangki ini. Tapi hati hati jangan dibubuh mengumbu kerana ia akan merbahayakan pengguna. Kemudian buka cempeninya dan cucuh api pada sumbunya. Setelah api menyala tutup semula dengan cempeni tadi. Laraskan nyalaan lampu ini mengikut kesesuaian cerahnya. Lampu ini bolehlah disangkut pada paku yang disediakan di dinding rumah.

Untuk menghentikan nya lagi mudah. Tiup atau hembuskan sahaja pada hujung cempeninya sehingga nyalaan api tadi padam.

Nota: Cempeni perlu dibersihkan setiap hari menggunakan kain coton yang kering. Semasa mencuci perlu berhati hati supaya ianya tidak jatuh atau terlucut dari tangan. Kalau terhempas besar kemungkinan cempeni tersebut akan pecah dan kita akan dimarah oleh emak.

Ada gambar amoi pada piring yang dilekat pada pemidang penyangkut. ( Dalam gambar diatas tidak nampak kerana piring tersebut telah karat dan tak ada sparepart untuk diganti.) Gambar amoi ini boleh menjadi inspirasi dan motivasi kepada pengguna lampu ini apabila mengantuk dan hilang idea semasa mentelaah pelajaran.

Wednesday, January 12, 2011

Mengumpul Barang Lama - Pelita


Mengumpul serta menyimpan barang barang lama atau barang barang antik, merupakan satu hobi yang diminati ramai. Ramai rodong rodong yang sanggup berabeh kerana melayan hobi seumpama ini, malahan mereka sanggup pergi keceruk rantau mencari barang antik dan barang lama untuk dijadikan koleksi mereka. Rumah rumah mereka pun dah jadi macam muzium Sultan Abu Bakar di Pekan, macam macam ada.

Hobi mengumpul barang lama merupakan satu dari hobi yang bagus, kerana kalau sesak sesak kita boleh jual atau gadai barang barang yang ada dengan harga yang baik. Di beberapa bandar di negara kita telah ada pasar atau pekan sari yang khas menjual barang barang lama ini. Seperti di Ipoh, pekan sari barang barang lama dibuka pada setiap pagi Ahad dari 7.00 pagi hingga 1.00 tengahhari.

Ada juga peminat peminat barang lama ini menyediakan blog blog khusus untuk hobi sebegini. Ada bermacam macam benda yang dikumpulkan dan ditunjukan dalam blog mereka seperti botol , duit, basikal , perkakas letrik, radio, acu putu kacang dan pinggan mangkuk.

Koi ada juga barang barang lama , nak buang sayang , nak kumpul jadikan hobi pun taklah juga.

Untuk entri ini , inilah barangnya:-

Nama: Pelita

Nama saintifik: Pelita Catuk

Fungsi: Menerangi rumah pada belah malam jika tiada bekalan letrik, atau terputus bekalan letrik samada disebabkan oleh pihak LLN ataupun terlewat membayar bil. Ada juga yang menggunakan pelita ini di pondok durian pada masa durian mulai gugur.

Komponen: Ia terdiri dari beberapa komponen seperti badan , kaki, tapak dan sumbu. Badan , kaki dan tapak diperbuat dari zing , manakala sumbu di perbuat dari tali guni atau baju singlet yang telah koyak dan tidak digunakan lagi. Badan pelita ini boleh mengisi lebih kurang 200 ml minyak tanah.

Bahan bakar: Minyak tanah atau juga dikenali sebagai minyak gas. Harga minyak gassekarang dah naik. Untuk botol setengah kati harga pasaran sekarang RM 2.50 sen. Pelita ini tidak kuat makan minyak . Untuk semalaman keperluan minyak gasnya lebih kurang 100 ml sahaja.

Bagaimana mengunakannya: Senang saja. Pastikan pelita ini ada minyak. Kalau tak de minyak tuang minyak kedalam tangkinya supaya seperuh penuh. Jangan penuh sangat nanti menyengau pulak . Kemudian ambik pancih api, dan cucuh api pada sumbunya. Sumbunya boleh dilaras laras untuk cerah dan malap mengikut kesesuaian kita.

Harga pasaran: agak agak lebih kurang USD 400 ( Tapi takmoh jual )

Wednesday, January 5, 2011

Bawang pulak naik

Harga bawang naik mendadak

TEMERLOH – Selain santan segar, harga bawang yang dijual di daerah ini juga turut naik secara mendadak sejak beberapa bulan lalu.

Tinjauan Sinar Harian ke Pasar Besar Temerloh pagi semalam mendapati orang ramai mula merungut mengenai harga beberapa barang antaranya produk berasaskan kelapa dan bawang yang meningkat lebih lima kali ganda.


Pah paleh weh.. bawang putih, bawang besar dan bawang merah dah naik rega. Kalau tak dak bawang tak boleh juga.. kena beli. Bayangkan kalau roti telur tak isi bawang , tentu tak sedak. Lauk pauk , gulai ikan kembung masak merah dan sambal tumis kena banyak pakai bawang. Tentu rega nasik lemak kat warung Tanjung Lumpur pun naik rega, kerana sambal ikan bilis banyak bubuh bawang.

Tuesday, January 4, 2011

Rega nyor dah naik

Nampak gayanya lepas minyak sawit tak de, rega santan nyor pulak naik rega. Pagi tadi baca Sinar Harian harga santan dan mencecah RM 12.00 sekilo dan nyor bijik dah naik kepada RM 2.50 sebiji.
Berikut adalah harga kelapa dan santan di Pasar Besar Jerantut:-
  • Santan - RM 12.00 /Kg
  • Kelapa Parut - RM 8.00 /Kg
  • Kerisik - RM 14.00 /Kg
  • Kelapa biji - RM 2.50 /Kg
  • Kelapa biji - RM 2.50/Kg siap di mesin

Untunglah orang yang ada kebun nyor. Orang ubai, orang kg. semangat, orang serandu tentu boleh buat duit, macam orang ada kebun getah jugak. Kalau tak de santan susahlah nak makan pengat keledek petang petang.

Pokok nyor yang ada sepokok depan rumah , kena jaga betul. ... kot kot esok dah tak de dipokok.

Monday, January 3, 2011

Naik, naik !! bas nak jalan..

Nak kemana ni weh, ramai ramai...
Ada yang bawak beg besar..
Nak balik kampung ke? ,
Raya lambat lagi..

Gambar ini di rakamkan pada pagi tadi di perkarangan Stadium Darul makmur , Kuantan. Ramainya orang yang datang belah pagi ke stadium untuk kejar bas. Masing masing datang bukan nak naik bas tapi menghantar anak anak masuk PLKN yang akan bermula pada 3.1.2011 ini. Habis semua mak ayah , adik kakak , abang , tok dan wan datang menghantar Manja masuk PLKN.

Salah satu tempat berkumpul adalah di perkarangan Stadium Darul makmur Kuantan , bagi peserta peserta dari kawasan kawasan sekitar kuantan, sg.lembing dan Beserah. Di Negeri Pahang sebanyak 8 Kem PLKN yang di sediakan untuk budak budak jaras yg. berumur 17 tahun yang telah terpilih menjalani latihan di kem kem tersebut.

Macam macam kelaku yang dapat kita tengok pagi ini. Ada yang belum mandi, ada yang belum tulis borang - borang yang patut, ada yang belum periksa doktor lagi. Macam macam.

Baguslah budak budak ini pergi PLKN.. pada duduk sesaja menunggu keputusan SPM lebih baik buat perkara berpaedah sikit.



Sunday, January 2, 2011

Iringan Selamat Tahun Baru

Sempena dengan tahun baru ini, mungkin banyak lagi ucapan selamat yang perlu diberi kepada rodong-rodong , sedara mara dan adik kakak di merata tempat. Antaranya ialah:-

Selamat Pengantin Baru -
ucapan selamat ini ditujukan kepada pasangan pasangan yang mengambil sempana tarikh 1.1.11 untuk melangsungkan perkahwinan mereka.

Selamat Masuk Sekolah -
Untuk budak budak yang baru masuk darjah 1 pada 3.1.11 di ucapkan selamat menempuh alam persekolahan dengan harapan mak ayah " jangan buat onar disekolah "
Selamat Bertugas ditempat yg baru.
Bagi rodong rodong yang ditukarkan ke tempat yg.baru ucapan selamat ini ditujukan khas pada aok me.

Selamat menjalani kursus atau latihan.
Ada juga rodong rodong dan adik adik yang akan menjalani latihan di PLKN pada 3.1.11 ini diucapkan selamat jugak. Begitu juga dengan rodong yang diarahkan berkursus, diucapkan selamat berkursus.

Selamat bertugas dengan Boss baru.
Bagi yang akan menerima bos baru pada tahun 2011 ini, koi ucapkan selamat mendapat bos baru dengan ucapan "pandai pandailah bodek bos baru ini".

Selamat berpindah rumah.
Sempena dengan tahun baru ada jugak orang orang yang berpindah rumah, samaada rumah baru atau rumah sewa. Dengan ucapan " kata orang tua tua tujuh kali pindah papa"

Selamat mula bertugas.
Ucapan selamat ini di tujukan kepada orang orang yang baru nak mula masuk kerja pada hari isnin ini setelah tamat belajar.

Selamat Bersara.
Bagi yang akan berpencen pada awal tahun ini , diucapkan selamat berpencen.

Semoga tahun 2011 membawa kejayaan yang diharapkan.