Followers

Tuesday, March 8, 2011

Bunga Duit

( Klik pada gambar untuk tengok dengan lebih jelas)

Beginilah gamaknya kalau duit dibuat bunga. Duit singit singit atau duit sepuluh ringgit di gumpal gumpal menjadi kuntum bunga seterusnya digubah dengan bunga kertas atau bunga plastik menjadikan sejambak bunga. Tak buat dik orang bunga duit ini digunakan ke Pasaraya Gaint , Tunas Manja atau pekan sari untuk membeli barang dapur , ikan dan sayur sayuran.

Biasanya bunga duit ini dibuat untuk dijadikan mas kahwin bagi orang yang nak nikah. Orang yang nak nikah lagi pun perlu menyediakan mas kahwin jugak. Pihak lelaki akan memberi mas kahwin kepada pihak perempuan sebagai satu kewajipan pada hari pernikahan tersebut. Bermacam macam bentuk persembahan mas kahwin boleh dibuat oleh pihak lelaki , termasuklah bunga duit ini. Di Pahang mas kahwin yang ditetapkan adalah RM 22.50. Jika berhajat nak memintak orang Pahang kenalah menyediakan mas kahwin sebanyak tersebut.

Wali hakim akan menyebut nilai mas kahwin apabila merenjuh tangan pengantin lelaki ketika akad nikah dijalankan, manakala pihak pengantin lelaki akan menjawab dengan menyebut nilai mas kahwinnya sama ada tunai atau pun hutang.

Saturday, March 5, 2011

Nasi Dagang Ubai

Ini ada satu lagi gerai yang menjadi tumpuan orang ramai untuk mengisi perut pada kala pagi. Tempat ini porpular dengan nasi dagangnya. Kalah nasi dagang Trengganu. Orang orang sekitar Pekan dan Kuantan tahu amat akan kesedapan nasi dagang ubai ini.

Nasi dagang ubai dijual dibeberapa buah gerai di Kampung Ubai. Kampung Ubai terletak diantara bandar Pekan dengan Kuantan . Tidak heranlah kalau rodong rodong yang kerja luar dari Kuantan hala ke Pekan atau orang Pekan nak pergi Ibu Pejabat di Kuantan akan singgah disini untuk kena nasi dagang . Hari Sabtu atau hari minggu pun ramai orang. Kalau hari sabtu atau hari minggu selalunya akan terjerempak dengan Napi Salleh dengan Tok Penghulu Mat minum di sini.

Wednesday, March 2, 2011

Sinyor

Orang Pahang panggil benda ini " Sinyor" ( sebutan kena betul ) atau dalam bahasa bakunya " mangkuk tingkat" . Sinyor atau mangkuk tingkat ini telah lama wujud dalam masyarakat kita sejak zaman berzaman dan ianya masih relevan sehingga saat ini.

Fungsinya hanya satu , iaitu untuk mengisi makanan, namun penggunaannya begitu meluas. Dulu dulu orang mengisi makanan dalam " sinyor" untuk bawak bekal ke paya, menjala ikan dan menoreh getah di estet estet. Ada juga rodong rodong yang bawak sinyor ke pejabat bila hujung hujung bulan. Selain dari membawa bekal , "sinyor" juga kadangkala digunakan untuk membawa makanan bila menziarah sedara mara , terutamanya yang terlantar di wad hospital. Pada hari raya dan bulan puasa mangkuk tingkat memain peranan penting mengiratkan silatulrahim.

Bagi orang bujang dan budak budak IPTA yang duduk diluar asrama, mangkuk tingkat merupakan satu dari alternatif untuk menjimatkan duit PTPTN. Kadang kadang satu mangkuk tingkat boleh kongsi hingga empat lima orang.

Terdapat berbagai saiz sinyor. Ada yang kecik , sedang dan ada yang besar. Biasanya ia terdiri dari empat bahagian. Bahagian bawah untuk mengisi nasi, bahagian atas atau no 2, boleh isi dengan kari ikan, bahagian atas lagi boleh isi sayur kangkung dan bahagian atas sekali bolehlah isi dengan ulam petai, jering dan sambal belacan atau tempoyak. Namun begitu susunan dan bahan yang hendak di isi terpulanglah kepada tukang masak dirumah.

Untuk masa depan dicadangkan supaya " sinyor" di gunakan oleh pengusaha katering bagi kenduri kendara , seperti kenduri kahwin. Satu sinyor boleh untuk 4 orang jemputan sehidang. Bolehlah isikan gulai kawah, opor, umbut dan acar.