Followers

Friday, May 4, 2018

selamat mengundi pada 9 mei 2018

Sunday, December 31, 2017

SELAMAT TAHUN BARU 2018

Selamat tahun baru 2018. Semoga tahun baru ini akan lebih cemerlang dan dapat mencapai matlamat

Saturday, December 31, 2016

Selamat tahun baru.

Selamat tahun baru 2017. Semoga tahun 2017 ini akan membawa kejayaan kepada kita semua .

Thursday, December 31, 2015

Selamat Tahun Baru 2016

Koi Orang Pahang ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2016. Semoga tahun baru 2016 akan membawa kita kemajuan dan  perubahan yang diharapkan.

Wednesday, July 15, 2015

Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1436 H, Maaf Zahir Batin

Monday, December 31, 2012

Selamat Tahun Baru 2013

Hari ini merupakan hari terakhir tahun 2012. Tak lama lagi kita akan menyambut tahun baru 2013. Pertamanya bila menyambut tahun baru kita mungkin memperbaharui azam kita. Sama ada meneruskan azam lama dengan memperbaharuinya atau pun membuat azam baru. Yang keduanya kita mengharapkan tahun baru ini akan memberi semangat baru kepada kita supaya dapat berubah. Dan yang ketiganya kita mengharapkan tahun baru ini akan mengubah kepada yang lebih baik.

Kepada rodong Koi Orang Pahang , Koi mengambil kesempatan ini mengucapkan  SELAMAT TAHUN BARU 2013

Sunday, December 30, 2012

Durian Crepe


Musim durian dah mengujung. Di Kuantan hanya beberapa pondok tepi jalan sahaja yang tinggal menjual durian. Yang lain kebanyakannya telah berpindah menjual cempedak pulak. Begitu juga dengan pekan pekan sari dan pasar pasar tani. Dah kurang.  Tak tahulah kalau kat Ulu Sungai atau kat Bentong kot kot banyak lagi.Durian pun dah mula ada rega balik.

Pada masa durian tengah banyak, ramai orang selak membuat crepe durian. . Di merata rata tempat ramai juga orang menjual crepe durian. Rega nya pun pah paleh mahalnya. Enam ketul dijual dengan harga RM 10.00. Dah tentu sedap. Kalau anak ramai kenalah tiga empat puluh untuk merasa crepe durian ini saja.

Untuk jimat duit, lebih baik cuba cuba buat sendiri. Resipi membuat crepe durian ini bolehlah tanya pada Pak Cik Google. Tapi kalau tak menjadi juga, buat asam tempoyak jelah..


Wednesday, October 24, 2012

HARI JADI RAJA

Hari ini 24 Oktober merupakan Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang. Hari ini juga merupakan hari cuti umum bagi Negeri Pahang. Pada hari ini KDYMM Tuanku berkenan menyampaikan pingat dan bintang kebesaran Negeri Pahang kepada orang dan individu yang berjasa kepada rakyat dan kerajaan.  Tentulah ramai  yang tersenyum gembira mendapat gelaran Dato dan Dato Seri. Tak nampak lagi nama koi dalam  leh  nama penerima pingat tu pada tahun ini . Mungkin tahun depan lah tu kot.

DAULAT TUANKU..