Followers

Monday, May 25, 2009

Dari Mana Weh?


Mudah amat Tok, Aki, Wan dan Nenek Moyang dulu-dulu memberi nama tempat . Ianya dengan mengambilkira beberapa perkara. Diantaranya ialah dengan mengaitkan bentuk muka bumi dikawasan tersebut seperti kuala, bukit, sungai, pulau, paya, tanjung, alur, pematang dan sebagainya. Juga ianya merujuk kepada tumbuhan, tanaman serta hidupan yang ada di tempat itu , seperti keladi, durian, rambutan, rumput, buluh, medang, rusa, ular dan banyak lagi.

Di antara tempat-tempat yang diberi nama menggunakan kaedah ini ialah:-
  • Kuala Medang - di Lepih,
  • Tanjung Medang -di Pekan ( medang adalah nama sejenis tumbuhan hutan)
  • Pulau Tawar - di Jerantut tetapi apabila hilir ke Pekan menjadi manis dan dinamakan Pulau Manis. Lain -lain pulau ialah Pulau Rusa, Pulau Jawa, Pulau Keladi, Pulau Injin dsbnya
  • Paya banyak terdapat di Temerloh seperti Paya Luas, Paya Pulai, Paya Pasir dan lain-lain. Paya Besar, Paya Rambutan dan Paya Bungor di daerah Kuantan
  • Permatang Badak- di Kuantan , Permatang Manggis- di Pekan.
  • Alur Akar, Alur Ara
  • Sungai Karang, Sungai Isap, Sungai Lembing, Sungai Jin ( agaknya tentu banyak jin disitu) dll.
  • Bukit Koman ( Kuman ke ? atau Koman = kodi )
Selalunya nama-nama tempat digambarkan dengan sifat-sifat yang positif seperti :-
  • Gunung Senyum, ( tak delah pulak Gunung Masam),
  • Paya Rajin di Jerantut ( Bukannya Paya Malas),
  • Jalan Tegak di Pekan ( Bukannya Jalan Condong ) ,
  • Gali Lurus tak delah Gali Bengkok pulak
  • Karak Setia ( mana ada Karak Belot, tapi Lurah Belot adalah )
  • Juara di Tioman dan bukannya kalah lengit dan mungkin ada lagi gamaknya.
Ada juga nama tempat diberi dengan merujuk kepada peristiwa yang berlaku dikala itu atau orang yang memberi nama tersebut sahaja yang mengetahuinya. Contoh:-
  • Chenor - Konon nya mengambil sempena nama seorang gadis yang bernama Nor dan digelar Che Nor tinggal disitu. ( ia betul atau tidak tak tahulah koi)
  • Janda Baik - sempena tempat tinggal seorang janda yang sangat baik hati pada masa dulu-dulu.
  • Temerloh - Sempena dengan sifat penduduk disitu yang kuat tidor. ( agaknye lah)
  • Jerantut - sempena nama Jeram dimana seorang tok batin mati tenggelam oleh arus deras.
  • Tioman - Burung tiong peliharaan si Man.
Nama nama tempat sekarang di beri dengan lebih mudah lagi Mungkin merujuk kepada budak budak sekolah tadika. Contoh.
  • Jengka 1, Jengka 2, Jengka 3 dan seterusnya
  • Keratong 1, Keratong 2 hinggalah keratong sepuluh.
  • Selancar 1, Selancar 2 dan bukannya Se Lancar, Dua Lancar, Tiga Lancar.
Untuk sedap lagi kitame telah membuboh nama yang mengambarkan suasana tempat itu.
  • Taman Desa Mesra, Taman Uda Murni, Kota Damansara, Perkampungan Sungai Isap Damai, Sungai Isap Perdana, Sg. Isap jaya, Perkampungan Cenderawasih, Balok Maju dan sebagainya.


Saturday, May 23, 2009

Sapa Nak Di Makan

Posting koi kali ni pelik sikit. Sebetul benarnya nak melengkapkan cara 4 W + 1H. Kalau dulu "apa nak makan" kendian " Mana nak Makan" tapi kali ni "Sapa nak di makan".

Bila dah ada duit dan bila dah ada kuasa sikit, mula lah nak mengorang. Masa dulu belum ada jawatan , tapi sekarang dah jadi ketua cawangan, atau dah jadi ajk KRT dah mengengkeng. Eksen semacam je. Sapa sapa yang nampok nak melebihi kita, kita cantas atau kita pancas. Budaya cantas mencantas dan "sapa nak di makan" ini selalu berlaku dikalangan orang orang politik. Orang kebanyak macam koi ni, taklah sampai nak makan orang. Tak telior langsung.

Agak koi cara penyelesaian, 4W +1H ini tak leh guna pada perkara makan.

Friday, May 22, 2009

Di Mana Nak Makan

Celik je mata, selalu ingat apa nak makan. Samaada kita bole makan sedap atau sebaliknya bergantung pada kepada keadaan ekonomi masa itu. Tapi kalau ekonomi dah tegap, rega sawit dah bagus kita mulalah beranggar nak cari tempat makan yang sesuai. Kala sakat nak makan ayam kentaki dah ada besepah, kat Benta anda, kat Karak pun anda, Jerantut ke apatah lagi. Tapi kala nak rase masakan Pahang kenalah perati beto-beto tempat-tempat yang sesuai dengan selera.

Di Jerantok, nak makan ikan sungai, patin ke, baung atau ikan gahak gi je lah ke restoran Mak Anjang. Nanti jumpalah lauk asarom, masak asam ke atau goring bodo garam kunyit je. Atau pun gi ke kedai zainuddin Mela depan setesen bas Jerantut, mintak lah lauk asam tempoyak + petai + ikan patin buah.

Di Temerloh pulak, sesuai dengan tema " Temerloh Bandar Ikan Patin" makanya banyak kedai makan dan restoran yang sediakan masakan lauk ikan patin masak asam tempoyak. Ikan patin ini banyak dibela dalam sangkar di sungai Pahang. Cubalah pegi ke gerai Pak Usop, dekat dengan Pekan Sari Temerloh. Pukul 12 dah ada orang beratur nunggu nak dapatkan ikan patin tersebut. Reganya pun ok jugak.

Kala kat Kerayong, sungguh pun Bera digelar daerah mengeluarkan puyuh, payah juga nak dapatkan goreng puyuh di restoran-restoran sekitarnya. Di Maran yang terkenal dengan bandar ayam kampong telah berusaha memperkenalkan masakan berasaskan ayam kampong. Bekalan ayam ayam kampong mudah didapati di Pekan Sari Chenor. Tapi sehingga kini tak banyak restoran yang menyediakan menu ayam kampong di bandar Maran.

Di Kuantan pulak, nak makan masakan orang Pahang pegi jelah ke Restoran Pak Akop kat tepi sungai Kuantan di belakang KWSP lama. Kat situ ada macam macam lauk. Ikan Kerai, lampam dan tenggalan, lebar-lebar tapak tangan di goreng garam kunyit menjadi pilihan orang-orang Kuantan.

Di Pekan, kebesarannya ialah Opor. Tapi nak dapat restoran yang menjual opor kat bandar Pekan pun payah. Kala ada pun kat gerai makan di simpang Kampong Ubai. atau kat restoran Khatijah di Jalan Wong Ah Jang, Kuantan.

Nak rasa udang galah gi lah ke Rompin. Tempat yang menjadi tumpuan ialah digerai R&R Leban Chondong , simpang nak gi Muadzam. Pah paleh udangnya kasar-kasar.




Wednesday, May 20, 2009

Apa nak makan ?

Kalau ada orang dari luar yang datang ke Pahang, Isyaallah tak akan lapor punye. Kerane Pahang ni kaya jugak dengan makanan serta masakan yang sedap. Kalau belah-belah Lepih , Benta, Raub tu lauk yang paling best tu ialah " Ikan baung masak asarom". Bak kata orang "Pak mertua lalu pun tak nampok".

Ket nye masakan lauk asarom ni femes kat Batu Talam, Ulu Sungai, Benta dan belah Jerantut. tu kat Ulu Tembeling, Mela dan Pula Tawar. Kat Jerantut tu kala gi kat restoran Mak Anjang , bole lah dapat rasa lauk ikan baung masak asarom, tapi kena datang awei sikit nanti tak dan.

Kena pulok sayur, pisang muda masak lemak ke, pucuk paku atau pucuk ubi masak lemak ikan masin grenti jilat siku punye. Tapi kalau dapat keladi kemahang elok gak.

Lawan pulak dengan sambai itam belimbing buluh.. nanti grenti carik mak mertua orang sana.

Friday, May 15, 2009

Cak Ki

Tahu tak apa itu "Cak Ki"?. Perkataan " Cak Ki " ini acap digunakan olei orang orang belah Pekan. Daerah daerah lain tak tau lah pulak. Mungkin jugek generasi sekarang dah tak gunakan lagi. Di Pekan sendiri pun penggunaan perkataan "Cak Ki" telah kurang atau pun tidak diamalkan lagi.

Kalau " Tok Ki" membawa maksud datuk, aki, grandpa dan lain-lain tapi "Cak Ki" membawa maksud dan panggilan untuk ayah, abah, papa, daddy, walid atau abi.

Tak taulah koi asai usul perkataan ini, samaada ianya dari perkataan Pahang ori atau sebaliknya. Koi taklah membuat kajian yang mendalam mengenainya. Nak kata dari jepun atau korea mungkin jugek.

Di Pekan masih ada lagi orang yang menggunakan perkataan ini. Anak-anak kepada Tok Balai Khalid masih memanggil beliau " Cak Ki".

Tuesday, May 12, 2009

Nama Panggilan Tidak Rasmi

Bila ramai sangat orang yang sama nama dalam sebuah komuniti itu , makanya wujudlah "nama nama panggilan tidak rasmi" bagi membezakan antara individu-individu tersebut. Pemberian nama panggilan ini bukanlah diberi oleh mak ayahnya atau jauh sekali oleh tuan punya diri tetapi diberi oleh ghodong yang rapat dengannya.

Pemberian nama tidak rasmi ini selalunya dibuat dengan mengambil perhatian kepada perkara yang dimiliki oleh individu tersebut. Diantaranya ialah asal usul orang itu. Contohnya katakan dalam sebuah pejabat terdapat dua orang bernama Zakaria. Jadi wujudlah dua nama panggilan untuk Zakaria iatu "Zakaria Lepih" dan"Zakaria Bebar". "Zakaria mana? .... Zakaria Lepih"

Ada juga nama panggilan tidak rasmi ini wujud dengan mengambil kira sifat sifat fizikal sesaorang. Seperti gemuk, kurus , panjang, pendek dan sebagainya. Contohnya... Osman. Osman Kering, Osman Kurus, Osman Botak, dan sebagainya.

Terdapat juga panggilan nama tidak rasmi ini dengan merujuk kepada nama suami atau isteri individu tersebut. Contohnya "Lan Selamah", Maknanya individu tersebut ialah Roslan suami kepada Selamah. Lain-lain contoh ialah Din Besah, Kiah Jalil dan lain-lain.

Satu lagi kaedah yang digunakan untuk memberi nama panggilan tak rasmi ini ialah dengan melihat kepada perilaku dan perangai sesaorang seperti nama nama berikut :- Dollah Kusut, Dollah Serabut, Dollah Lelah dan sebagainya.

Lebih dahsyat lagi nama tersebut dikaitkan dengan haiwan atau sifat sifat yang buruk seperti Mail Kerba, Man Todi, Lan Lanun, Dolah Ibleh, Mat Beruk dsnya.

Samaada nama panggilan tidak rasmi ini di setujui atau tidak oleh tuan punya diri , ianya akan tetap digunakan bagi tujuan - tujuan yang tersendiri.

Antara ghodong koi yang mempunyai nama panggilan tidak rasmi ini:
Dolah serabut, Dolah Kusut, Din Bobak, Man Botak, Husin Pendik, Bakar Ayam, Din Lipat, Rahim Bangau dan ramai lagi.



Friday, May 8, 2009

MENINGKATKAN PENGGUNAAN BAHASA PAHANG

Dalam perbualan dan percakapan seharian orang orang di Pahang, terdapat 2 perkara yang dilihat sebagai unik. Pertamanya, slang atau lograt ( seperti slang Kelantan, Trengganu , Kedah dan beberapa negeri). Orang Pahang mempunyai lograt yang tersediri mengikut kawasan atau daerah di negeri itu. Ianya dapat dihayati dan dibezakan dengan lebih jelas melalui pendengaran.

Perkara yang kedua ialah bahasa atau istilah sesuatu perkara. Ianya mungkin tidak digunakan atau difahami oleh orang luar. Malahan budak-budak kecik jika kita gunakan bahasa tersebut ia akan ternganga. Tak paham. Kebanyakan Bahasa atau Istilah tersebut adalah bahasa yang lama yang mungkin tidak sesuai digunakan sekarang. Oleh kerana terdapatnya bahasa persuratan, generasi baru di Pahang sendiri tidak faham dan tidak menggunakan istilah ini. Mungkin dimasa depan istilah tersebut akan pupus ditelan dek zaman.

Kita boleh mengambil dan menggunakan kembali istilah tersebut sebagai penggunaan percakapan harian dengan membuat pengubah suai dimana perlu. Berikut saya berikan beberapa contoh yang saya kira boleh digunapakai dalam seharian:

Contoh 1.
" Mamat, aok gi tekap pelan nie 4 salinan" maknenya (Mamat, awak pergi photostat pelan ini 4 salinan)

Perkataan tekap mengantikan photostat

Contoh 2.
" Sukri. gi kanceng pintu kete ayah tuh" maknenya ( Syukri , pergi kunci pintu kereta ayah )

Perkataan kancing mengantikan kunci ( atau lock)

Itu adalah 2 contoh. Banyak lagi Istilah dan perkataan lain yang boleh digantikan.

Monday, May 4, 2009

MACAMANA LORAT PAHANG BERLAKU

Maka di kesahkan , basa orang Pahang adalah mengikut arus aliran sungai di negeri Pahang. Bermula dari Sungai Jelai di kawasan Ulu Jelai ( seperti Kuala Medang, Tg. Gahai, Bkt Betong, Lepih dan kwsan sewaktu dgn nya) hinggalah ke Kole Tembeling, arus sungai deras, maka cakap orang di area sana pun deras atau pun laju jugaklah. Contohnya ayat" awak nak pergi kemana?" disebut dengan deras ( laju ) " oak nak kone..teh?". Di Kole Tembeling Sungai Jelai akan bertemu dengan Sungai Tembeling. Sungai Tembeling bermula dari Ulu Tembeling seperti Kg. Bantal, Kg. Mat Daling dan Kole Tahan. Cakap orang sanun pun laju jugak tapi beza sikit dengan orang belah Lepih. Di Ulu Tembeling cakapnya lagi laju sebab arus sungai Tembeling lagi laju ( ? km/jam). Koi ta reti nak mengajuknya tapi kalau Mat Don ke atau Alwi Gani tu memang dah cakap dia. Sebab dia orang Ulu Tembeling.
Seterusnya dari Kuala Tembeling arus kedua-dua sungai tersebert mengilir ke Sungai Pahang. Air sungai tidaklah selaju kedua sungai tadi, tapi masih laju jugak. Kawasan seperti Jerantut , Jerantut Feri, Pulau Tawar dan Kelola masih bercakap deras. Apabila tiba di Temerloh satu lagi kuala akan kita berjumpa iaitu Kuala Semantan. Sungai Semantan bermula dari area Raub melintasi Lanchang, Sanggang, kerdau dan berakhir di Kuala Semantan dekat Temerloh. Cakap orang di Temerloh mula lambat sikit sebab arus air disini dah mula slow. Contoh ayat " Koi nok gi kebun nak kait mutan". Orang belah-belah Chenor pun masih mengikut slang atau lorat Temeloh jugak macam Sidi.
Seterusnya sungai Pahang akan mengilir ke Pekan. Kta akan berjumpalah kawasan seperti Lubuk Paku, Paloh Hinai ( kampong Sarit Kasim). Ganchong, Langgar, Pulau Injin dan Ketapang.
Arus Sungai di sini makin perlahan. Orang Pekan akan bercakap lewe sikit " Kawan kejor di anjingg , jatuh tebing, terguling-guling"