Followers

Sunday, June 14, 2009

Buah Tangan

Kalau pergi melawat keluar negara, ada je buah tangan yang dibawa balik untuk anak isteri. Tak kiralah kemana, Kalau ke Medan atau Surabaya paling koman pun, kain batik jawa. Kalau pergi ke Sarawak, dah tentu ikan terubuk masin. Beli lah lebih sikit untuk mak dan mak mertua. Atau pun belilah kek lapis untuk kawan-kawan dan jiran. Bila ada mesyuarat di Langkawi dah tentu ada lah buah tangan untuk orang yang menunggu di rumah.

Tetapi di Pahang hanya ada beberapa tempat yang kita teringatkan buah tangan untuk dibawa balik. Kalau ke Cameron Highlands dah tentu cari jugalah buah strawbery atau kobis. Tak pun teh cameron. Kalau pergi balik hari ke Lepih, buat buat lupalah nak beli buah tangan tu. Tapi kalau dah masuk tiga empat hari kerja disana, elok lah beli buah tangan. Cari je gula kabung di pasar Lepih atau Pekan Sari Benta. Gula Kabung banyak diusahakan oleh orang Peruang, Tulang Padang dan Budu. Regenya sekitar RM 6.00 sebuku.

Di Jerantut ada perusahaan membuat daging salai di kampong Koi, Damak. Daging salai sedap di buat masak lemak. Beli lah dua tiga bungkus untuk dirasa oleh anak-anak.

Kalau tak de benda sangat singgahlah di gerai gerai tepi jalan sekitar Karak dan Lanchang, boleh juga beli jambu air sesekilo dua. Taklah sampai RM 20.00 pun.

Ikan patin dan ikan talapia juga boleh dijadikan buah tangan. Siang, buang perut dan bungkus elok elok kalau nak bawak jalan jauh. Kalau nak, boleh. Dari Temerloh pergilah ke jalan nak pergi Bera dekat kg. Buntut Pulau atau kg. Pangsenam. Tepi tepi sungai tu banyak amat orang yang jual ikan sungai.

Pelancung pelancung yang menaiki bas pelancungan akan disinggah di kedai ikan masin Batu 3, Kuantan untuk beli ikan masin untuk dijadikan buah tangan apabila balik ke tempat masing-masing. Tapi kita bolehlah pergi Peramu atau Tanjung Lumpur untuk beli keropok, otak-otak atau sata untuk dijadikan buah tangan apabila berkunjung ke Kuantan.

Tapi jangan lah bergurau bawak balik buah kelapa sawit pulak sebagai buah tangan apabila berkunjung ke Felda Kota Gelanggi nanti tak pasai-pasai kena baling dek buah kelapa sawit.

Wednesday, June 10, 2009

Cerita Orang Pahang

Kisah ini telah diceritakan oleh godong koi, Azahar namanya. Koi pernah jugak terbaca cerita ini dalam forum dan blog di internet. Ket nya koi taklah nak memanjangkannya, cumanya ada satu kemuskilan dikepala koi. Jadi koi cuba ceritakannya ... tapi taklah sehebat godong koi itu menceritakannya.

Kisahnya begini:

Sekitar awal tahun lapan puluhan, negeri Pahang merupakan negeri yang kaya dan makmur, Hasil utamanya ialah kayu balak. Hutannya masih banyak. Ini termasuklah hutan dara dan KSK dan kayu balaknya besar-besar. Bermacam macam jenis kayu ada seperti cengal, meranti, kempas dan resak. Oleh kerana kayu yang besar dan dari jenis yang baik-baik, makanya regenya pun bagus lah. Dek kerana itu ramailah orang orang pahang yang menjadi usahawan kayu balak di negeri Pahang.

Salah seorang usahawan balak yang berjaya ketika itu adalah seorang anak muda. Beliau mempunyai perwatakan yang baik, tegap dan menarik. Mempunyai rumah dan kereta yang besar. Bagi menguruskan perniagaanya beliau selalu berulang alik ke Kolompo . Semasa bersama sama pelanggan dan kenalannya di Kuala Lumpur anak muda ini sering bermegah dengan kehebatan pahang, kerana pahang negeri yang besar, sungai pahang sungai yang panjang dan besar serta kayu kayu balak besar-besar belaka. Bila ada orang memujinya dengan cepat dia menjawab " maklumlah kan i ni orang pahang".

Dengan memiliki apa yang ada pada anak muda ini senanglah beliau mengorat gadis gadis di Ibu kota. Dalam ramai- ramai perempuan yang dioratnya, beliau tertarik dengan seorang gadis anak kepada seorang pegawai poleh yang bertugas di Bukit Aman. Maka berkenalanlah kedua-duanya dengan lebih dekat lagi. Bila gadis tersebut bertanya keretanya " Besar kereta abang ni" dia pun menjawab " Kan I ni orang Pahang". " Besarnya rumah abang" ... " ooo..kan I orang Pahang".

Setelah beberapa bulan berkenalan maka mereka bersetuju untuk berkahwin. Majlis dan kenduri kahwin diadakan di rumah sewa bapak pengantin perempuan di Gombak. Sedara mara dan sahabat handai ramai yang datang. Setelah berkahwin barulah anak muda itu tahu.. rupa rupanya isterinya Orang Pahang jugak. " eh.. oak orang pahang jugak ke?" . Isterinya hanya tersenyum.

Begitulah kisahnya..

Hari ini pahang tidak boleh lagi bermegah megah dengan kayu balaknya yang besar-besar. Hasil khazanah alam semula jadi itu telah hampir pupus. Hutan- hutannya tidak lagi dara. Dek kerana berebut balak .. hingga sanggup saman menyaman. Tekih jugak Dato' Nan menyelesaikan masalah balak ini.

Walaupun sumber balak telah hampir habis, orang orang pahang tidak perlu berputus asa. Rezeki Tuhan memang banyak dan datangnya dari berbagai sumber. Sumber terbaru adalah dari khazanah alam juga iaitu dari haiwan berterbangan. Perusahaan burung walit telah mendapat sambutan yang menggalakan di negeri Pahang. Burung walit seakan akan burung layang-layang dan membuat sarang digua-gua dan bangunan-bangunan. Rega sarang burung walit mahal dan dipasarkan diperingkat antarabangsa. Maka banyaklah bangunan bangunan kedai diubah suai untuk dijadikan tempat burung walit membuat sarang. Malahan ada juga pengusaha sekitar kuantan , pekan, nenasi dan merchong yang membina bangunan khusus untuk burung walit ini.

Kemuskilan koi: Agak agaknya lah .. mampu gamaknya godong koi, Azahar menceritakan kehebatan Orang Pahang masa ini.. kerana burung walit adalah burung yang kecil.. lebih kecil dari burung punai atau burung terkukur.

Moral: Jangan megah dengan apa yang kita ada.. bersyukurlah..

Tuesday, June 9, 2009

Siapakah Kita.

Dalam sesabuah keluarga, terdapat nama-nama panggilan mengikut hairaki seperti yang sulong dipanggil Along, yang nombor 2 dipanggil Anggah dan seterusnya yang lain-lain seperti Da atau Uda, Alang, Andak dan Acu ( Busu). Jika besar keluarga itu banyak lagilah panggilan ini yang patut ditambah seperti Cik dan lain-lain.

Perasan tak kita, ada lagi nama panggilan yang lain selain dari yang diatas tadi. Nama nama ini diberikan oleh orang tua kita atas spesialnya kita. Dek spesialnya, itu adik beradik yang lain tidak mendapat anugerah ini. Nama itu juga melambangkan sifat, perwatakan dan harapan ibu bapa kepada kita. Walaupun nama tersebut di anugerahkan kepada kita semasa kita kecik lagi namun ianya kadangkala berkekalan hingga ke besar.

Bagi lelaki anugerah yang biasa diberi:
  1. Awang - anak lelaki harapan ayah dan emak
  2. Atan kadangkala dipanggil Tan atau Jantan - boleh diharap tetapi manja skit
  3. Boy anak kesayangan ayah
  4. Boboy
Bagi perempuan pulak
  1. Buntat - selalunya diberi pada anak yang sulung
  2. Wok
  3. Tine atau nine
  4. Kecik
  5. Alus
  6. Tik
  7. Manja - dah tentu mengikut nama
  8. Lebar - ada kot
  9. Girl
Mungkin banyak lagi?..

Saturday, June 6, 2009

Bunga Manggar


Bunga manggar biasanya digunakan dalam sesuatu majlis. Ianya dibawak oleh gadis-gadis cantik untuk mengiringi tetamu utama sama ada orang besar, YB, menteri atau raja. Bunga manggar juga di bawa untuk mengiringi pengantin lelaki yang akan naik pelamin pada hari perkahwinan. Bunga manggar mendapat nama kerana ianya seakan-akan manggar yang keluar dari seludang nyior. Ia dibuat dari beberapa batang lidi yang dibalut dengan kertas mengelip dan seterusnya dicucuk-cucukkan pada buah betik muda. Kendian carilah kayu yang lesoh lesoh agak-agak panjang sedepa dan cucukkan kepada buah betik tadi untuk dijadikan pemengang atau batangnya.

Selain dari mengiringi tetamu dan pengantin bunga manggar juga berfungsi sebagai tanda atau penunjuk arah bagi majlis kenduri kahwin. Ianya dicacak dimerata-rata simpang dimana jalan masuk kerumah kenduri kahwin tersebut. Kadangkala ianya dilekatkan pada tiang lampu isyarat atau sign board JKR. Pada setiap bunga manggar ini dilekatkan nama pengantin dan tarikh nikahnya, supaya senang tetamu percam dimana arah rumahnya. Sekarang ni banyak majlis kenduri kahwin ini menggunakan banting yang ada gambar pengantin lelaki dan perempuan serta maklumat majlis supaya lebih mudah dan jelas lagi.

Pada musim cuti kali ini banyak kenduri kahwin dimerata kampung dan taman-taman perumahan. Jadi banyaklah bunga manggar yang dipancang merata simpang dan muka jalan. Dek terlalu banyak bunga manggar mulalah tetamu ca ca ( confius ) mana satu tala rumah yang menjemput. Yang menjemputnya ayah pengantin tetapi nama pada bunga manggar nama pengantin. Nak pulak kad jemput lupa bawok. Tak ke raban dibuatnya?.

Oleh kerana dah sampai , teruskanlah jugak niat tu. Mulalah tanya sana, tanya sini. Yang kena tanya pun tak tahu juga. " Entah" katanya. Dia pun macam kita juga.. dari jauh. Jadi apa macam?.. redah jugaklah. Nampak kanopi dan ramai orang bederun-derun tala kesitu. Ini lah agaknya?. Parking kereta dan ambik hadiah untuk pengantin dan sama-sama dengan orang ramai ke khemah jamuan. Intai intai jugak kot kot ada bapak pengantin. Tak nampok pun?. Penyambut tetamu sibuk suruh makan " jemput makan .. sila sila " sambil ambil hadiah yang kita bawak.

Bila nak balik jumpa semula penyambut tetamu tadi , bersalam dan kata kepadanya " kirim salam jelah kat Pak Derih ". Dia pun jawab " Insyallah ". Bila nak keluar , payah nak berpaling balik kerana dah sesak dengan kereta yang datang, jadi teruslah keluar ikut lorong satu lagi. Nampak lagi kanopi kenduri kahwin jugak. Dari jauh dah nampak Pak Deris dengan baju melayu birunya melayan tetamu yang datang dan yang nak balik. Lah..dah salah rumah lah tadi.

Kalau dah macam itu .. nak salahkan sapa?. Tak kan nak salahkan bunga manggar pulak.


Wednesday, June 3, 2009

Laksa Pahang

Kalau pergi ke pekan sari atau mana-mana pasar malam, kita akan selalu jumpa laksa penang. Jarang benar kita terjerempak dengan orang yang menjual laksa pahang. Sedangkan kita di negeri Pahang , laksa pahang payah nak jumpa, tapi laksa penang dimerata ceruk ada. Dimana agak silapnya. Atau memang takdak resipi laksa yang diberi nama laksa pahang.

Sebenarnya Laksa Pahang memang ada, kalau tak silap koi KDYTM Tengku Puan Pahang ada jugak mempromosikan Laksa Pahang. Laksa pahang ini hanya boleh jumpa bila ada jamuan dan kenduri-kenduri dikawasan -kawasan Pekan dan Kuantan.

Pakage laksa pahang terdiri dari laksa, kuah, ulam dan sambal. Laksa dibuat menggunakan tepung yang di uli dan dimasukan kedalam gebuk ( acu dia lah) untuk dikeluarkan laksanya dan terus direbus . Satu gebuk boleh dapat 4 hingga 5 cap laksa . Cap adalah ukuran laksa yang sesuai dimakan. Biasanya sekali makan 1 atau dua cap. Tapi ada juga godong yang makan lebih pada 5 cap.

Kuah laksa pahang bukan lah macam kuah laksa penang. Kuah laksa penang cair dan dibuboh bunga kantan. Kuah laksa pahang juga bukan macam kuah laksang atau laksa trengganu yang kuahnya kuah lemak putih. Kuah laksa pahang pekat, lemak dan berwarna kekuningan. Bahan-bahannya terdiri dari ikan tenggiri, santan, kerisek dan lain-lain. Ulamnya dibuat dari daun-daun seperti daun kaduk, daun selasih, mentimun dan taugeh. Sambal lada dan sedikit belacan. Bagi yang berminat bolehlah buat sendiri kerana nak beli susah sikitlah nak jumpa. Resipinya bolehlah didapati dari site:http://www.mdpekan.gov.my/web/guest/111

Agak-agaklah, laksa pahang ni kurang sambutan atau kurang promosi.

Saturday, May 30, 2009

Salam Kokut

Bila cuti sekolah, banyaklah kad jemputan diterima. Sedara mara dan kawan-kawan yang nak menikahkan anak, serta menyambut menantu. Ada juga sedara yang dekat menjemput mulut. Dah terlampau banyak itu, maka adalah jemputan bertindih tarikh. Jadi pakat-pakatlah mana satu yang nak pergi. Kalau dekat bolehlah pergi makan jamu untuk dua atau tiga buah rumah. Bukannya apa supaya sedara dan kawan-kawan yang menjemput tak terasa hati.

Lepas makan jamu berkira-kiralah nak balik cepat sebab nak pergi ke kenduri kawan yang satu lagi tu. Semasa bersalam dengan tuan rumah, hulur jugalah sekeping dua. Tuan rumah dengan senyum mengucapkan terima kasih sambil mengokut tangan kita dan terus masukan kedalam kocek baju melayu. Tak tenggok pun apa yang dikokut samaada duit atau kertas tisu. Baju melayu pulak dipakai keluar kain samping.

Bila minggu ini dah pergi empat buah rumah, mulalah terpikir nak pergi ke tak nak pergi pada minggu depan? . " Tak pergi tak kena.... tapi bila pergi .. dah tentu kena"

Budaya Salam Kokut ini mula menjadi amalan dalam masyarakat kita apabila banyak kerja-kerja penyediaan sebelum dan semasa kenduri itu diambil oleh swasta. Sebagai sedara atau kawan-kawan yang tidak dapat sama memberi kederat maka digantikanlah dengan RM semasa bersalam.

Apabila kenduri dah selesai, tetamu dah tak datang lagi, tuan rumah mulalah kira berapa koleksen yang dapat. Kalau hari tak hujan, ( macam menoreh getah jugak ) tetamu ramai datang , koleksen salam kokut boleh mencecah tiga hingga empat ribu ringgit. Tak lah pening sangat tuan rumah. Dah terbayang nak bayar duit kanopi, duit DJ , duit mak andam dan pelamin. Kalau ada lebih bolehlah buat membayar catar bas untuk pergi bertandang menyambut menantu minggu depan.

Cuma nak ingatkan sahaja. Bagi tetamu, janganlah anggap salam kokut kita itu sabagai bayaran kepada makanan yang menunya nasi minyak, opor, gulai kawah dan sayur umbut bayas dan air sirap pada kenduri tersebut. Dan bagi tuan rumah pula janganlah anggap kenduri kita tu sebagai satu bisnes salam kokut pulak. Semuanya perlu keikhlasan.

Air Berani

Satu hari, koi terdengar dialog diantara dua orang budak:
  • Budak A: Kalau oak cekap, air apa yang paling berani?
  • Budak B: Air Laut?
  • Budak A: Salah.
  • Budak B: Air batu?
  • Budak A: Salah
  • Budak B: Air Milo?
  • Budak A: Salah
  • Budak B: Habis , air apa?
  • Budak A: Nak tahu? ... Air terjun lah .. sebab ia turun tak pakai tangga.
Banyak jugok air terjun di Negeri Pahang. Kebanyakan lokasi air terjun terletak di pinggir hutan, bukit dan kawasan tanah tinggi, dekat dengan alur sungai. Seseparuh tempat untuk tiba ke tempat air terjun tu terpaksalah merepau dalam semak dan hutan. Tapi kebanyakannya telah dimajukan sebagai Hutan Lipur oleh Pejabat Hutan.

Air terjun juga kadangkala dipanggil lata. Selalunya air terjun dijadikan tempat berkelah, rekriasi serta tempat rehat. Airnya sejuk, sesuai untuk mandi manda. Sebab itulah setiap cuti dan hari minggu bederun-derun orang datang kesitu.

Air terjun yang popular di Pahang ialah:
  1. Air Terjun Sungai Pandan atau juga dipanggil air terjun Panching di Kuantan. Koi selalu juga datang ke situ.
  2. Air Terjun Teladas Maran
  3. Air Terjun Pelanggi, Sungai Lembing . Koi tak pernah lantas ke sana, jauh amat dalam hutan jalan hala ke Gunung Tapis.
  4. Air Terjun Chamang, Bentong.
  5. Air Terjun Berkelah, Maran.
  6. Air Terjun Lata Jarum , Ulu Dong Raub
  7. Air Terjun Pulau Chekas , Raub.
  8. Lata Iskandar, Cameron Highlands
  9. Air Terjun Lintang, Jalan Ke Kuala Lumpur
  10. Air Terjun Jeriau Frazers Hill
  11. Air Terjun Jerangkang, Maran
  12. Lata Lembik, Ulu Sungai , Raub - Koi selalu gak gi sana
  13. Lata Berkoh, Tembeling
  14. Lata Meraung Jerantut, Jalan Benta
  15. Lata Mentagan, Maran
  16. Lata Berembun, Raub
  17. Air Terjun Betangga, Bera
  18. Gapoi karak,
  19. Latto Charuk,Janda Baik
Banyak lagi kot.
http://www.waterfallsofmalaysia.com/state.php?

Thursday, May 28, 2009

Nak Kemana tu

Kalau nak deras ikut hiway je. Cepat. Terasa haus , singgahlah kat R&R. Kalau dah masuk lohor, surau dan bilik sembahyang ada disitu. Kadang-kadang terjerempak dengan godong-godong atau wareh-wareh yang sama hala tapi lain tujuan.

Tapi kalau tak gulut, elok jugak sesekali lalu itu jalan sekala. Jimat duit tol. Banyak sebabnya.
  • Dah lama tak tengok itik serati berenang dalam kolam Pusat Ternakan Haiwan, Ulu Lepar.
  • Apa gamaknya Tasik Paya Bungor?
  • Dah boleh tuai ke padi di Paya kampong Luit.
  • Dah lepas air di Empang Paya Kerut?
  • Nak juga pekena teh dan nasi lemak Hj. Raman di Bukit Angin.
  • Ada lagi ke mak cik jual jagung di Rantau Panjang, Lanchang ?
  • Dah lama tak rasa sejuk air kolah masjid Kuala Kaung.
  • Dah lama tak jengah Mak Ngah Leha di Karak Setia.
  • Apa sedangnya air di kolam air panas di Jalan Kuala Lumpur lama.
Kata orang banyak berjalan luas pengalaman.