Followers

Monday, July 13, 2009

Mandi Laut

Dah lama tak mandi laut. Sebut saja nak mandi laut bersorak. Kekanak suka sangat mandi laut. Di sepanjang pantai Laut Cina selatan di negeri Pahang bermula dari pantai Chendor hinggalah ke Tanjung Gemok banyak tempat tempat yang sesuai untuk berkelah dan mandi laut. Kalau rajin boleh jugak pergi hingga sampai kepulau Tioman. Antara pantai laut yang biasa dikunjungi oleh orang ramai untuk berkelah dan mandi manda ialah Pantai Cherating, Balok, Batu Hitam, teluk Cempedak, Pantai sepat, Air Leleh, Pantai Lagenda, Sg. Miang dan Leban Chondong.

Banyak pendapat mengatakan bahawa mandi laut boleh mengubat penyakit kulit. Kalau ada panau ruam , kurap boleh lah cuba2 mandi laut. Sama ada betul atau tidak taklah koi pastikan sahihnya. Yang pasti kalau lama sangat mandi kulit akan mengelupas.

Mandi laut ada juga bahayanya. Kalau musim pejor dan ombak kuat jangan tebing, nanti hanyut dek air atau pun lemas. Kalau pergi ke tengah sangat takut takut ada ikan jaws. Ynag bagusnya mandi je di tepi pantai.

Thursday, July 9, 2009

Mandi Sungai

Kepentingan sungai kepada kehidupan manusia tidak boleh dinafikan lagi. Sungai menjadi punca sumber air untuk minuman bagi benda hidup seperti manusia, haiwan dan tumbuhan. Pada masa dulu, sungai dijadikan laluan bagi menghubungkan dari satu tempat kesatu tempat. Orang-orang dari Kg. Ganchong akan hilir ke Bandar Pekan membawa hasil tanaman seperti pisang, getah dan jagung dengan perahu atau motorbot melalui Sungai Pahang. Begitu jugalah godong-godong di Kampung Bantal akan menghilir dengan bot sangkut melalui Sungai Tembeling ke Kuala Tahan dan seterusnya ke Kuala Tembeling untuk ke Jerantut. Satu lagi kepentingan sungai pada ketika itu ialah tempat untuk mencuci pakaian, kekotoran dan mandi manda.

Sekarang ini orang tidak lagi menggunakan sungai untuk tujuan tersebut kerana di kebanyakan tempat telah ada jalan raya.Kampung2 dan desa2 juga telah ada kemudahan air paip JBA. Walau pun kadangkala air selalu tak keluar dari kepala paip orang-orang pahang telah pun melupakan peranan sungai. Tapi kalau dah dua tiga hari tak mandi barulah teringatkan nak cari sungai. Ada juga godong-godong yang memang menjadi hobi mandi sungai. Bila nampak je sungai mula nak terjun. Mungkin juga tak de kemudahan kolam renang ditempatnya.

Mandi sungai , seronok. Airnya sejuk hendak pulak dikawasan kawasan hulu, jeram dan dikawasan air terjun. Sungai -sungai yang besar seperti Sg.Pahang, Sg. Semantan, Sg. Tembeling dan Sg. Kuantan bolehlah menjadi pilihan untuk mandi. Tapi awas, mungkin sungai ini dalam. Beberapa tahun yang lepas 3 orang budak sekolah telah mati lemas di Sungai Pahang semasa mandi manda. Mereka telah pergi ke olak liring. Kadang kala ada jugak pasir jerlus yang amat merbahaya kepada orang orang yang tidak biasa dengan sungai. Kalau nak lebih selamat pergi ke Jeram Besu, Sungai Salan, Jerantut dan di Pulau Cekas, Dong. Walaupun airnya nampak deras tetapi toho dan selamat untuk membawa budak budak kecik.

Oleh kerana terlalu gairah untuk mandi sungai, janganlah pulak pergi ke sungai kecil. Mungkin sungai tersebut telah tercemar disebelah hulunya. Kang nanti mengerutu badan buat deknya.

Tuesday, July 7, 2009

Haiwan Kesayangan

Hubungan manusia dengan manusia dan hubungan manusia dengan Allah telah dinyatakan dalam Al Quran. Namun sebagai hamba, kita juga tidak lepas lari dari mempunyai hubungan dengan ciptaan-ciptaan Nya yang lain di alam ini seperti bumi, bukit bukau, tumbuhan dan haiwan. Hubungan manusia dengan haiwan telah bermula sejak zaman dahulu lagi. Samaada sebagai sumber makanan, minuman atau juga pengangkutan, kepentingan haiwan kepada manusia tidak dapat dinafikan dan ianya juga telah dinyatakan juga dalam Al Quran.

Memiliki haiwan kesayangan atau "Pet" juga merupakan hubungan manusia dengan ciptaan Tuhan. Binatang seperti kucing, ikan, arnab, ayam serama dan burung adalah merupakan haiwan kesayangan bagi orang-orang Melayu. Bagi orang bukan Islam, selain dari binatang tersebut, anjing juga merupakan haiwan kesayangan buat mereka. Ada juga haiwan lain seperti hamster, iguana ( binatang seperti mengkarung), tikus , monyet dan kongkang dijadikan haiwan kesayangan.

Ada gogong-godong yang sanggup berabeh duit beribu-ribu ringgit cuma untuk haiwan kesayangan. Ikan kelisa, kucing parsi , ayam serama dan iguana adalah diantara haiwan yang mahai reganya. Kadang kala peralatan dan penyenggaraan haiwan sebegini memerlukan kos yang tinggi. Sama ada kita berbelanja lebih ataupun tidak, yang pentingnya kita memberi keselesaan kepada haiwan itu dan kita menyayanginya.

Bagi peminat peminat ikan hiasan, mereka terpegun dengan telatah ikan kelisanya. Setiap kali balik kerja akan terus ke depan akuarium mengadap ikan tersebut samaada memberi makan atau mengira sisiknya. Ada pendapat yang mengatakan jika kepala kita berkecamuk kita akan menjadi tenang jika kita melihat ikan sedang berenang.

Pemilik pemilik burung pula akan mengagah burung terkukur atau burung merbok peliharaannya. Bunyi haiwan tersebut merupakan satu hiburan buat mereka. Burung tiong mas dikatakan boleh meniru suara manusia jika diajar bercakap. Ayam serama pula dilihat dari gaya dan kecantekannya. Beberapa tahun dulu sering di adakan pertandingan ayam serama tetapi sekarang ini tak de lagi.

Kucing pulak amat popular dimiliki bagi kebanyakan orang. Budak2 sangat sukakan kucing. Macam macam nama diberi. Dodo, bobo, ciki, coreng dan putih adalah contoh nama-nama kucing. Memelihara haiwan seperti kucing dikatakan boleh menjadi terapi bagi merawat berbagai jenis penyakit manusia. Bagi aki dan wan di kampung, kucinglah yang sangat disayangi oleh mereka. Selain dari cekas menangkap tikus, ia sentiasa menemani mereka siang dan malam. Jika anak cucu balik kampung, kucing ini akan memeper lari menyembunyikan diri.

Pernah satu ketika Pak Long koi membawa balik kucing dari Kolompo, tapi bila tiba di Pekan ia nya berbunyi lain. Bukan kucing tetapi kucieng.

Sunday, July 5, 2009

Binatang Berkelayar

Binatang ternakan seperti lembu, kerba dan kambing yang didapati berkelayar di setengah setengah tempat bukanlah perkara baru di negeri Pahang. Fenomena ini telah wujud sejak zaman tak kala Adam dulu. Sama ada binatang tersebut ada tuan atau pun tidak bukanlah soalnya tetapi ianya banyak menimbulkan masalah kepada orang ramai dan masyarakat setempat. Kadang kala tuannya tahu kambingnya makan pokok bunga orang tapi dia buat tak cakne aje.

Di kampung-kampung tradisional, tanah tanah rancangan dan juga pekan pekan kecil seperti Mela, Lami ( Lamir sebutan orang belah Pekan) dan Beserah memang selalu terdapat binatang yang berkelayar. Tapi sehingga kini tak de lagi koi dengar ada binatang berkelayar di tengah bandar Kuantan, Temerloh mahu pun Bentong. Di tempat tempat peranginan yang selalu menjadi tumpuan orang ramai berkelah seperti Pantai Sepat, Pantai Sungai Ular dan Air leleh juga tidak ketinggalan dikunjungi oleh binatang binatang ini.

Bintang berkelayar ini akan memburukan imej sesuatu tempat. Tempat tempat awam seperti masjid, stesen bas, surau, sekolah dan padang permainan akan kelihatan tercemar jika ada nya binatang berkelayar ini. Ianya bukan sahaja mengotorkan kawasan tersebut dengan tahinya malahan kadangkala memakan tanaman hiasan, pokok bunga dan menyelongkar tong-tong sampah. Lembu dan kerba yang tidak dijaga ini boleh juga memusnahkan anak- anak getah, anak sawit godong-godong sekampung yang kadangkala menimbulkan perselisihan sehinggakan hendak berparang- parang.

Di lebuh-lebuh dan jalan jalan raya jangan biarkan ada lembu , kerba dan kambing berkeliaran. Ini amat berbahaya. Ianya boleh mengundang kemalangan atau eksiden. Kereta dan moto yang mencuat laju tak sempat brek jika lembu melintas. Banyak yang telah menjadi arwah akibat terlanggar lembu. Bila malam, hendak pulak baru lepas hujan kerba selalu tido di tepi lebuh bagi mendapat hawa hangat jalan. Jika mengantuk dan mata tengah kemamar tak nampak kerba yang hitam bermesyuarat lima nam ekor, jika terlanggar rabak jugalah tiga empat ribu membela kereta.

Sepatutnya kerba, lembu dan kambing duduk dalam pagar, biarlah rumah di luar pagar sebab kerba, lembu dan kambing boleh bergerak tapi rumah tak bergerak.

Friday, July 3, 2009

Lain Hulu Lain Parang

Parang amat signifikan kepada masyarakat melayu. Dulu dulu parang digunakan sebagai senjata. Parang adalah alat yang mustahak dalam kehidupan seharian. Terdapat beberapa jenis parang.

Parang Lading: Biasanya parang ini digunakan untuk menebas dikebun, laman atau menebang anak-anak kayu dan pokok pisang yang masak. Panjang parang lading kira-kira 3 kaki dan perlu diasah selalu. Gunakan batu asah kalau nak tajam. Kalau tak tajam jugak menandakan besinya dah lemah. Ia dinamakan majai.

Parang Puting: Parang yang tak de ulu dinamakan parang puting. Parang puting selalunya tumpul dan digunakan untuk tujuan yang bukan bukan seperti menggali tanah, mengupas nyor dan menakek tulang kerbau.

Parang Bangkung: Parang yang kecik selalu digunakan oleh orang dirumah untuk mengopek derian dan mencincang apa-apa yang patut.

Parang Sarung: Parang jenis ini merupakan parang yang disayangi oleh pemiliknya. Parang yang bagus matanya dibuat dari besi sepering kereta atau papan chainsaw. Manakala hulu dan sarungnya dibuat dari kayu terpilih. Kayu kayu seperti teras nangka, ciku , kemuning dan petai belalang. Godong koi, Bakri di Bukit Setongkol pandai buat sarung parang. Kalau pergi berjalan ikat parang sarung dipinggang barulah nampak segak dan tegak. Parang sarung berguna untuk menyembelih binatang seperti lembu, kerba dan kambing. Kadangkala kita gunakan untuk melapah daging semasa menolong sedara yang menyembelih lembu menikah anak.

Lain lain kegunaan parang ialah untuk merancung buluh, bertukang kayu dan dalam persembahan silat semasa pengantin tiba. Tapi kalau marah pun janganlah sebut" Oak jangan main dengan kawas, kang kawas parang oak". Godong koi, Kama di Jerangsang sebut " Ambik paraeng, tebaeng bataeng pisaeng"

Thursday, July 2, 2009

Cenderahati

Kalau Bos nak tukar, kenalah beri cenderahati. Kalau bos baik kenalah beli cenderahati yang mahal sikit, tapi kalau bos macam singa betina beli jelah cenderahati kat kedai dua hinggit pun tak pe. Begitu jugak lah kalau ada pembesar-pembesar yang datang merasmikan mesyuarat, seminar atau apa-apa lagi kenalah cari peruntukan nak beli cenderahati. Bos yang nak pencen pun kena juga beri cenderahati bagi mengenangkan jasanya.

Di tempat kita, Pahang, ada jugak barang yang boleh dibuat cenderahati untuk tujuan ini.Yang paling porpular ialah kain tenun Pahang. Kain tenun boleh didapati di Pulau Keladi Pekan atau Pusat Pembangunan tenunan Pahang Kampong Soi, Kuantan. Kain tenun Pahang mamang lawar dan ekslusif tapi regenya jugak lawa iaitu diantara RM 180 hingga RM 800.00 Rega tersebut mengikut ragi dan coraknya. Macam macam corak ada seperti anak lebah, batang pinang dan lain lain. Kain tenun Pahang sesuai untuk di buat kain samping bagi orang lelaki untuk dipakai dengan baju melayu pada Hari Raya atau bagi yang nak kawin lagi.

Selain dari itu ada jugalah menda lain seperti Kraf Temin. Pasu pasu atau tembikar temin ini dibuat dikampong Temin jerantut. Macam macam bentuk ada dan kita boleh juga membuat tempahan mengikut kehendak kita. Ada juga kraf yang berasaskan kayu. Kayu kayu yang diukir mengikut bentuk ini boleh didapati dibengkel kraftangan di Songsang temerloh.

Kalau ada menda lain seperti batik canting , lukisan dan parang sarung sesuai jugak dibuat cenderahati.

Tapi kalau susah susah sangat beli je barang barang dikedai menjuai cenderahati, bungkus molek-molek , buboh reben dan bolehlah diberi sebagai cenderahati.

Sunday, June 28, 2009

Musim Buah

Musim buah tiba lagi. Separuh separuh tempat buah duyan dah setat gugur. Banyak pondok yang menjual derian di sepanjang lebuh. Godong godong yang ada dusun sedaplah. Kalau buah menjadi, boleh lah mula menebas pangkal-pangkal pokok dan betul-betulkan pondok tunggu derian tu. Siap-siapkan lah lampu picit dan belilah ubat lampu lebih sikit. Mana mana pokok yang boleh dijangkiti tupai , salutkan batangnya dengan zing, biar tak lepas tupai naik keatas.

Dengar cerita kat Beserah, Sungai Lembing dan Kg.Pejing Chenor menjadi kali ini. Tapi kat Ulu Sungai, Batu Talam dan Ulu Atok tak tahulah. Dah lama tak kesana. Kebanyakan derian yang jual kat tepi jalan depan Taman Sepakat tu katanya dari Segamat.

Derian kampong sedap. Takat dua tiga bijik tu sekali hadap, tak pada aje. Kalau ada yang dah merekah dan lama sikit bolehlah buat asam. Kupey kulit ambik isi derian buboh dalam molo besar dan boleh simpan lama. Tempoyak sedap buat masak asam dengan timun tahun atau buat sambal garam lada. Godong godong kat Ulu Ceka dan Damak suka buat asam tempoyak, bermolo-molo.

Selain dari derian, mutan, langsat, duku dan dokong juga berbuah. Tapi tak masak lagi. Tak lama lagi lah tu. Di Maran, dekat Kg. Luit buah bidara nampoknya menjadi sangat tahun ni. Tapi buah ini suka sangat dik kelasah. Silap gaya kalau tak pagar dengan jaring habeh sepokok tak dan masak kerja dek dia.

Kome tak de dusun.. Kalau ada boleh juga ajak godong-godong.

Tuesday, June 23, 2009

Makan Angin

Ada rezeki lebih sikit bolehlah pergi makan angin. Kalau tebal .. cuba-cuba tengok iklan Air Asia. Kot-kot cukup untuk dua tiga hari di Jakarta atau Langkawi. Tapi kalau tak makan cekak cuba tengok dalam negeri Pahang je. Banyak amat tempat yang boleh pergi bercuti makan angin " Cuti-cuti Pahang lah katakan". Kadang kala tempat belakang rumoh je tak pernah lantas tapi tempat yang jauh berangan nak pergi.

Kalau nak makan angin tepi laut, banyak tempat yang ander di pahang ni.
  1. Pulau Tioman: Pergi pagi sikit ke jeti tanjong gemok.. ambik tiket feri, 3 jam sampailah. Rasa pun sama macam pergi langkawi. Banyak celet di tekek, salang dan juara. Kalau tak pun jumpa jelah tok penghulu Mat Nor tumpang tido rumah dia.
  2. Cerating: Pun kira ok jugak. Boleh mandi sama macam mat saleh.
Tanah tinggi pulak:
  1. Cameron Highlands: Kalau nak mabuk lalu ikut Tapah, jalan berpusing pusing. Tapi sekarang kalau berani boleh lalu ikut Kuala Medang.. lagi cepat.
  2. Genting Highlands: Nak kuar isi perut cuba naik roller coster.
Hutan belantara:
  1. Rimba Kenong: Koi pun tak pernah lantas, macam mana nak cerita.
  2. Taman Negara: Sekarang dah boleh pegi dengan kereta sampai ke Kuala tahan ikut Kota Gelanggi. Tapi kalau naik bot ikut Kuala Tembeling lagi sedap.
Nak lawat tempat sejarah:
  1. Sungai Lembing: Boleh melawat Muzium Bijeh, Kesan peninggalan lombong bijeh. Carilah juru pandu macam Din Lipat, dia boleh tunjukan
  2. Kuala Lipis : Banyak kesan sejarah di sana.
Tasik ?:
  1. Tasik Bera , Tasik Cini.
Dua tiga hari ni koi nak gi makan angin... tak update lah blog koi ni.