Followers

Thursday, July 16, 2009

Hari Keluarga

Saban tahun banyak hari untuk disambut. Selain dari hari raya puasa dan hari raya haji, ada hari2 lain seperti hari ibu,hari bapa,hari pengguna, hari pekerja dan hari guru. Tan Sri Jins Shamsuddin telah membawa cadangan supaya satu tarikh dijadikan hari seniman. Semua hari hari tersebut mempunyai tarikhnya yang tersendiri. Hari pekerja jatuh pada 1 mei setiap tahun, manakala 16 mei pula merupakan sambutan bagi hari guru.

Namun ada juga hari yang tidak mempunyai tarikh tertentu pada setiap tahun. Tarikh tarikhnya akan berubah - rubah mengikut kesesuaian dan keadaan. Kekadang tidak ada langsung pada tahun itu. Itulah keistimewaan hari tersebut iaitu hari keluarga.

Biasanya hari keluarga akan diadakan oleh organisasi seperti agensi2 kerajaan, majlis majlis daerah, kilang kilang dan juga syarikat2 swasta. Kilang membuat mi kuning pun boleh menjalankan hari keluarga ini. Tujuan utamanya adalah untuk mengiratkan silaturrahim diantara kakitangan kakitangan serta keluarga masing masing dalam organisasi tersebut. Kelab kebajikan dan sukan agensi tersebut akan mengurus dan mengendalikan hari keluarga agensinya.

Pada hari keluarga semua kakitangan dan keluarga masing akan berhimpun ditempat yang ditentukan bagi menjalankan berbagai aktiviti. Pemilihan tempat banyak bergantung kepada keadaan kewangan kelab kebajikannya. Kalau kewangan kukuh bolehlah buat hari keluarga di PD, Cameron Highlands atau Tioman. Atau pun boleh buat di Pantai Sepat atau Pusat Rekriasi Air Balok. Tapi kalau bajet kurang buat je di padang depan pejabat atau tok sah buat langsung.

Pengisian hari kelurga juga bermacam macam. Yang biasanya ceramah motivasi, treasure hunt, sukaneka dewasa, remaja dan kanak2, jamuan makan malam, cabutan bertuah dan macam2 lagi mengikut kreativiti penganjur. Pada masa inilah kakitangan atau ahli keluarganya boleh menunjukan skil memasing dalam beberapa hal. Jika banyak menang dan banyak dapat hadiah serta cabutan bertuah terasa amat seronok.

Sekarang ini telah ada hari keluarga taman -taman perumahan, flat-flat, blok blok rancangan Felda dan kampung kampung tradisional. Penduduk serta keluarga dikawasan tersebut akan membuat aktiviti hari keluarga di kawasan masing2. Antara sukaneka yang amat digemari pada hari keluarga ini ialah mengayam ketupat, kukur nyor, lari dalam guni, terompah gergasi dan rebut kerusi atau bola beracun. Kadangkala ada juga boling buah nyor komeng. Dulunya aktiviti sukaneka seumpama ini diadakan semasa sukan sekolah2 iaitu bagi acara ibu bapa atau terbuka, tetapi sekarang dah tak de.

Satu lagi hari keluarga yang patut diadakan iaitu hari keluarga rumpun keluarga itu sendiri. Hari keluarga semacam ini amat kurang dijalankan dalam masyarakat kita di Pahang. Ada tu , adalah ketnya taklah banyak lagi. Hujah kuat untuk mengadakan hari keluarga rumpun keluarga ini amat banyak.

Nantilah koi akan sambung pada entri akan datang.


Tuesday, July 14, 2009

Tok Empat

Pedoah sangatlah kalau tak kenal tok empat. Orang yang selalu sibuk2 dan acap kali buat sibuk itulah tok empat. Tok empat ada dimana-mana . Di Tanjung Gahai ander tok empat, di Merchong ada tok empat, di Tanjung Medang juga ada tok empat malahan di Sg. Isap pun ada tok empat. Terdapat lebih dari 500 tok empat yang ada di negeri Pahang. Ada Tok empat Mat Lazim, ada tok empat Seleman, ada tok empat Manap, tok empat Chong dan macam2 lagi. Tapi tak pernah lagi dengar tok empat nama David Becham atau tok empat Ronaldo di Malaysia ini. Di Negera lain tak tahulah pulok.

Peranan tok empat amat penting dan mustahak kepada masyarakat kita dimerata rata tempat di Negeri Pahang. Maju mundurnya sesuatu kampung atau tanah rancangan itu banyak bergantung kepada usaha, kreativiti dan inovasi tok empat kampung tersebut. Tok empat adalah merupakan wakil penduduk kampung untuk berurusan dengan pihak kerajaan. Begitu jugalah sebaliknya jika Pegawai kerajaan yang hendak berurusan dengan penduduk akan melalui tok empat. Apabila ada projek2 kerajaan yang hendak diadakan dikampung tersebut, tok empat jugaklah yang diajak berbincang dan menentukan lokasi projek, peserta projek dan pelaksanaan projek. Habis jugak lah sesepuloh hinggit duit tok empat bekwah pegawai2 kerajaan tersebut.

Tok empat akan membuat lis nama anak anak buahnya yang ampuh bah. Lis tersebut kendiannya akan dihantar kepada pegawai di pejabat welfare untuk tindakan orang atas. Kalau ander rezeki adalah bantuan beras ke, sardin ke atau pun duit ringgit. Tok empat juga boleh menyokong permohonan untuk mendapatkan lembu pawah kerajaan. Sain je pada borang dimana tempat yang dikhaskan untuk sokongan, melintang sainnya, cop dan hantarlah kepejabat veterina. Dapat tak dapat bukan kuasa dia, itu kuasa orang atas.

Tok empat juga merupakan sumber rujukan kampongnya. Semua maklumat dan data mengenai kampungnya ada dalam memori hard disk kepala tok empat. Tok empat akan tahu berapa orang ibu tunggal dikampungnya, berapa ekor kambing yang dipelihara oleh Pak latip, Berapa luas sawit Encik Osman dan banyak lagilah.

Tok empat hendaklah ada ciri ciri pemimpin yang dinamik. Tok empat kena menjadi pengerusi mesyuarat JKKK atau JKKR. Bercakap kena pandai , kelentong pun kena pandai jugaklah sikit sikit. Sekali sekala tok empat akan jadi MC untuk majlis majlis atau dailog yang diadakan di kampungnya. Kalau ada majlis kenduri kahwin, tok empat selalu dijemput untuk menitik inai. Kalau tok imam tak datang ke kenduri arwah, selesailah tok empat disuroh menjadi imam dan membawak tahlil. Ada juga penduduk kampung yang manja dan selalu mengharapkan tok empat menolongnya. Kambing lekat beranak pun jumpa tok empat, Itik serati hilang pun lapur pada tok empat dan kalau sesak duit, pinjam dengan tok empat.

Tok empat jugak akan bertanggung jawab kepada keselamatan kawasan jajahannya. Kampungnya mestilah sentiasa aman dan damai. Tak ada kes kes kecurian, kes ragut atau kes orang minyak. Tok empat sentiasa ada senarai orang luar yang menyewa dikampungnya. Berapa orang Bangla, berapa orang Indon dan berapa orang vietnam. Senarai tersebut kalau terdesak akan diserah kepada poleh. Dan tok empat akan menjadi saksi penting bagi kes2 tangkap khalwat.

Pejabat tok empat adalah dirumahnya sendiri atau kadangkala di balai raya. PA tok empat adalah anaknya sendiri. Atan lah yang selalu jadi mangsa di suroh oleh abah menaip surat 2 panggilan mesyuarat. Tak ada komputer yang dibekalkan oleh kerajaan untuk tok empat. Untuk mendapat maklumat melalui internet terpaksalah tok empat pergi ke CC yang berhampiran. Tidak dinafikan bahawa ada sesetengah kampong telah maju dari segi IT. Tok empat yang kreatif menyediakan website kampongnya sendiri. Ada blog sendiri dan email sendiri. Kerajaan patut membekalkan laptop dan broadband kepada tok empat yang macam ini.

Kadang kala ada jugalah suara suara sumbang yang tidak mahu mengakui kredibiliti tok empat. Tok empat berat sebelah, tok empat tak adil, tok empat ada kronilah, tok empat dah tualah , tok empat tak hensemlah dan bermacam macam lagi. Tok empat pulak janganlah bengkeng sangat. Pantang dicabar. Biarlah dema tu. Kalau kita benar dan ikhlas adalah pahala dikendian hari.

Koi tabek pada tok empat. Bertugas lah dengan ikhlas.

Monday, July 13, 2009

Mandi Laut

Dah lama tak mandi laut. Sebut saja nak mandi laut bersorak. Kekanak suka sangat mandi laut. Di sepanjang pantai Laut Cina selatan di negeri Pahang bermula dari pantai Chendor hinggalah ke Tanjung Gemok banyak tempat tempat yang sesuai untuk berkelah dan mandi laut. Kalau rajin boleh jugak pergi hingga sampai kepulau Tioman. Antara pantai laut yang biasa dikunjungi oleh orang ramai untuk berkelah dan mandi manda ialah Pantai Cherating, Balok, Batu Hitam, teluk Cempedak, Pantai sepat, Air Leleh, Pantai Lagenda, Sg. Miang dan Leban Chondong.

Banyak pendapat mengatakan bahawa mandi laut boleh mengubat penyakit kulit. Kalau ada panau ruam , kurap boleh lah cuba2 mandi laut. Sama ada betul atau tidak taklah koi pastikan sahihnya. Yang pasti kalau lama sangat mandi kulit akan mengelupas.

Mandi laut ada juga bahayanya. Kalau musim pejor dan ombak kuat jangan tebing, nanti hanyut dek air atau pun lemas. Kalau pergi ke tengah sangat takut takut ada ikan jaws. Ynag bagusnya mandi je di tepi pantai.

Thursday, July 9, 2009

Mandi Sungai

Kepentingan sungai kepada kehidupan manusia tidak boleh dinafikan lagi. Sungai menjadi punca sumber air untuk minuman bagi benda hidup seperti manusia, haiwan dan tumbuhan. Pada masa dulu, sungai dijadikan laluan bagi menghubungkan dari satu tempat kesatu tempat. Orang-orang dari Kg. Ganchong akan hilir ke Bandar Pekan membawa hasil tanaman seperti pisang, getah dan jagung dengan perahu atau motorbot melalui Sungai Pahang. Begitu jugalah godong-godong di Kampung Bantal akan menghilir dengan bot sangkut melalui Sungai Tembeling ke Kuala Tahan dan seterusnya ke Kuala Tembeling untuk ke Jerantut. Satu lagi kepentingan sungai pada ketika itu ialah tempat untuk mencuci pakaian, kekotoran dan mandi manda.

Sekarang ini orang tidak lagi menggunakan sungai untuk tujuan tersebut kerana di kebanyakan tempat telah ada jalan raya.Kampung2 dan desa2 juga telah ada kemudahan air paip JBA. Walau pun kadangkala air selalu tak keluar dari kepala paip orang-orang pahang telah pun melupakan peranan sungai. Tapi kalau dah dua tiga hari tak mandi barulah teringatkan nak cari sungai. Ada juga godong-godong yang memang menjadi hobi mandi sungai. Bila nampak je sungai mula nak terjun. Mungkin juga tak de kemudahan kolam renang ditempatnya.

Mandi sungai , seronok. Airnya sejuk hendak pulak dikawasan kawasan hulu, jeram dan dikawasan air terjun. Sungai -sungai yang besar seperti Sg.Pahang, Sg. Semantan, Sg. Tembeling dan Sg. Kuantan bolehlah menjadi pilihan untuk mandi. Tapi awas, mungkin sungai ini dalam. Beberapa tahun yang lepas 3 orang budak sekolah telah mati lemas di Sungai Pahang semasa mandi manda. Mereka telah pergi ke olak liring. Kadang kala ada jugak pasir jerlus yang amat merbahaya kepada orang orang yang tidak biasa dengan sungai. Kalau nak lebih selamat pergi ke Jeram Besu, Sungai Salan, Jerantut dan di Pulau Cekas, Dong. Walaupun airnya nampak deras tetapi toho dan selamat untuk membawa budak budak kecik.

Oleh kerana terlalu gairah untuk mandi sungai, janganlah pulak pergi ke sungai kecil. Mungkin sungai tersebut telah tercemar disebelah hulunya. Kang nanti mengerutu badan buat deknya.

Tuesday, July 7, 2009

Haiwan Kesayangan

Hubungan manusia dengan manusia dan hubungan manusia dengan Allah telah dinyatakan dalam Al Quran. Namun sebagai hamba, kita juga tidak lepas lari dari mempunyai hubungan dengan ciptaan-ciptaan Nya yang lain di alam ini seperti bumi, bukit bukau, tumbuhan dan haiwan. Hubungan manusia dengan haiwan telah bermula sejak zaman dahulu lagi. Samaada sebagai sumber makanan, minuman atau juga pengangkutan, kepentingan haiwan kepada manusia tidak dapat dinafikan dan ianya juga telah dinyatakan juga dalam Al Quran.

Memiliki haiwan kesayangan atau "Pet" juga merupakan hubungan manusia dengan ciptaan Tuhan. Binatang seperti kucing, ikan, arnab, ayam serama dan burung adalah merupakan haiwan kesayangan bagi orang-orang Melayu. Bagi orang bukan Islam, selain dari binatang tersebut, anjing juga merupakan haiwan kesayangan buat mereka. Ada juga haiwan lain seperti hamster, iguana ( binatang seperti mengkarung), tikus , monyet dan kongkang dijadikan haiwan kesayangan.

Ada gogong-godong yang sanggup berabeh duit beribu-ribu ringgit cuma untuk haiwan kesayangan. Ikan kelisa, kucing parsi , ayam serama dan iguana adalah diantara haiwan yang mahai reganya. Kadang kala peralatan dan penyenggaraan haiwan sebegini memerlukan kos yang tinggi. Sama ada kita berbelanja lebih ataupun tidak, yang pentingnya kita memberi keselesaan kepada haiwan itu dan kita menyayanginya.

Bagi peminat peminat ikan hiasan, mereka terpegun dengan telatah ikan kelisanya. Setiap kali balik kerja akan terus ke depan akuarium mengadap ikan tersebut samaada memberi makan atau mengira sisiknya. Ada pendapat yang mengatakan jika kepala kita berkecamuk kita akan menjadi tenang jika kita melihat ikan sedang berenang.

Pemilik pemilik burung pula akan mengagah burung terkukur atau burung merbok peliharaannya. Bunyi haiwan tersebut merupakan satu hiburan buat mereka. Burung tiong mas dikatakan boleh meniru suara manusia jika diajar bercakap. Ayam serama pula dilihat dari gaya dan kecantekannya. Beberapa tahun dulu sering di adakan pertandingan ayam serama tetapi sekarang ini tak de lagi.

Kucing pulak amat popular dimiliki bagi kebanyakan orang. Budak2 sangat sukakan kucing. Macam macam nama diberi. Dodo, bobo, ciki, coreng dan putih adalah contoh nama-nama kucing. Memelihara haiwan seperti kucing dikatakan boleh menjadi terapi bagi merawat berbagai jenis penyakit manusia. Bagi aki dan wan di kampung, kucinglah yang sangat disayangi oleh mereka. Selain dari cekas menangkap tikus, ia sentiasa menemani mereka siang dan malam. Jika anak cucu balik kampung, kucing ini akan memeper lari menyembunyikan diri.

Pernah satu ketika Pak Long koi membawa balik kucing dari Kolompo, tapi bila tiba di Pekan ia nya berbunyi lain. Bukan kucing tetapi kucieng.

Sunday, July 5, 2009

Binatang Berkelayar

Binatang ternakan seperti lembu, kerba dan kambing yang didapati berkelayar di setengah setengah tempat bukanlah perkara baru di negeri Pahang. Fenomena ini telah wujud sejak zaman tak kala Adam dulu. Sama ada binatang tersebut ada tuan atau pun tidak bukanlah soalnya tetapi ianya banyak menimbulkan masalah kepada orang ramai dan masyarakat setempat. Kadang kala tuannya tahu kambingnya makan pokok bunga orang tapi dia buat tak cakne aje.

Di kampung-kampung tradisional, tanah tanah rancangan dan juga pekan pekan kecil seperti Mela, Lami ( Lamir sebutan orang belah Pekan) dan Beserah memang selalu terdapat binatang yang berkelayar. Tapi sehingga kini tak de lagi koi dengar ada binatang berkelayar di tengah bandar Kuantan, Temerloh mahu pun Bentong. Di tempat tempat peranginan yang selalu menjadi tumpuan orang ramai berkelah seperti Pantai Sepat, Pantai Sungai Ular dan Air leleh juga tidak ketinggalan dikunjungi oleh binatang binatang ini.

Bintang berkelayar ini akan memburukan imej sesuatu tempat. Tempat tempat awam seperti masjid, stesen bas, surau, sekolah dan padang permainan akan kelihatan tercemar jika ada nya binatang berkelayar ini. Ianya bukan sahaja mengotorkan kawasan tersebut dengan tahinya malahan kadangkala memakan tanaman hiasan, pokok bunga dan menyelongkar tong-tong sampah. Lembu dan kerba yang tidak dijaga ini boleh juga memusnahkan anak- anak getah, anak sawit godong-godong sekampung yang kadangkala menimbulkan perselisihan sehinggakan hendak berparang- parang.

Di lebuh-lebuh dan jalan jalan raya jangan biarkan ada lembu , kerba dan kambing berkeliaran. Ini amat berbahaya. Ianya boleh mengundang kemalangan atau eksiden. Kereta dan moto yang mencuat laju tak sempat brek jika lembu melintas. Banyak yang telah menjadi arwah akibat terlanggar lembu. Bila malam, hendak pulak baru lepas hujan kerba selalu tido di tepi lebuh bagi mendapat hawa hangat jalan. Jika mengantuk dan mata tengah kemamar tak nampak kerba yang hitam bermesyuarat lima nam ekor, jika terlanggar rabak jugalah tiga empat ribu membela kereta.

Sepatutnya kerba, lembu dan kambing duduk dalam pagar, biarlah rumah di luar pagar sebab kerba, lembu dan kambing boleh bergerak tapi rumah tak bergerak.

Friday, July 3, 2009

Lain Hulu Lain Parang

Parang amat signifikan kepada masyarakat melayu. Dulu dulu parang digunakan sebagai senjata. Parang adalah alat yang mustahak dalam kehidupan seharian. Terdapat beberapa jenis parang.

Parang Lading: Biasanya parang ini digunakan untuk menebas dikebun, laman atau menebang anak-anak kayu dan pokok pisang yang masak. Panjang parang lading kira-kira 3 kaki dan perlu diasah selalu. Gunakan batu asah kalau nak tajam. Kalau tak tajam jugak menandakan besinya dah lemah. Ia dinamakan majai.

Parang Puting: Parang yang tak de ulu dinamakan parang puting. Parang puting selalunya tumpul dan digunakan untuk tujuan yang bukan bukan seperti menggali tanah, mengupas nyor dan menakek tulang kerbau.

Parang Bangkung: Parang yang kecik selalu digunakan oleh orang dirumah untuk mengopek derian dan mencincang apa-apa yang patut.

Parang Sarung: Parang jenis ini merupakan parang yang disayangi oleh pemiliknya. Parang yang bagus matanya dibuat dari besi sepering kereta atau papan chainsaw. Manakala hulu dan sarungnya dibuat dari kayu terpilih. Kayu kayu seperti teras nangka, ciku , kemuning dan petai belalang. Godong koi, Bakri di Bukit Setongkol pandai buat sarung parang. Kalau pergi berjalan ikat parang sarung dipinggang barulah nampak segak dan tegak. Parang sarung berguna untuk menyembelih binatang seperti lembu, kerba dan kambing. Kadangkala kita gunakan untuk melapah daging semasa menolong sedara yang menyembelih lembu menikah anak.

Lain lain kegunaan parang ialah untuk merancung buluh, bertukang kayu dan dalam persembahan silat semasa pengantin tiba. Tapi kalau marah pun janganlah sebut" Oak jangan main dengan kawas, kang kawas parang oak". Godong koi, Kama di Jerangsang sebut " Ambik paraeng, tebaeng bataeng pisaeng"

Thursday, July 2, 2009

Cenderahati

Kalau Bos nak tukar, kenalah beri cenderahati. Kalau bos baik kenalah beli cenderahati yang mahal sikit, tapi kalau bos macam singa betina beli jelah cenderahati kat kedai dua hinggit pun tak pe. Begitu jugak lah kalau ada pembesar-pembesar yang datang merasmikan mesyuarat, seminar atau apa-apa lagi kenalah cari peruntukan nak beli cenderahati. Bos yang nak pencen pun kena juga beri cenderahati bagi mengenangkan jasanya.

Di tempat kita, Pahang, ada jugak barang yang boleh dibuat cenderahati untuk tujuan ini.Yang paling porpular ialah kain tenun Pahang. Kain tenun boleh didapati di Pulau Keladi Pekan atau Pusat Pembangunan tenunan Pahang Kampong Soi, Kuantan. Kain tenun Pahang mamang lawar dan ekslusif tapi regenya jugak lawa iaitu diantara RM 180 hingga RM 800.00 Rega tersebut mengikut ragi dan coraknya. Macam macam corak ada seperti anak lebah, batang pinang dan lain lain. Kain tenun Pahang sesuai untuk di buat kain samping bagi orang lelaki untuk dipakai dengan baju melayu pada Hari Raya atau bagi yang nak kawin lagi.

Selain dari itu ada jugalah menda lain seperti Kraf Temin. Pasu pasu atau tembikar temin ini dibuat dikampong Temin jerantut. Macam macam bentuk ada dan kita boleh juga membuat tempahan mengikut kehendak kita. Ada juga kraf yang berasaskan kayu. Kayu kayu yang diukir mengikut bentuk ini boleh didapati dibengkel kraftangan di Songsang temerloh.

Kalau ada menda lain seperti batik canting , lukisan dan parang sarung sesuai jugak dibuat cenderahati.

Tapi kalau susah susah sangat beli je barang barang dikedai menjuai cenderahati, bungkus molek-molek , buboh reben dan bolehlah diberi sebagai cenderahati.