Followers

Tuesday, August 18, 2009

Resipi

Kalau kita pergi jangah ke kedai buku sekarang ni berlambak lambak buku mengenai resepi lauk pauk, kueh mueh dan berbagai bagai jenis masakan. Selain dari itu, majalah 2 bulanan yang biasa memuatkan resipi masakan sebagai salah satu isi kandunganya, telah menambah muka surat bagi membolehkan berbagai bagai resipi ditulis di majalah berkenaan.

TV juga telah menwarwarkan program masakan yang akan keudara tidak lama lagi. Banyaklah Chef yang dijemput untuk menjadi host kepada program berkenaan. Godong godong dipejabat pun mula "search" laman web yang terdapat resipi resipi yang bagus-bagus dan menjadikan ianya sebagai " favorites" .

Di rumah pulak, buku resipi yang lama nampaknya telah mula keluar dari kotak, rak buku dan almari. Buku ini mula di belek belek dan mana yang ngam akan diasingkan dan diletak diatas peti ais di dapur.

Macam macam masakan yang ingin dicuba. Bubor lambok, ikan kerapu tiga rasa, gulai asarom, gulai tempoyak masak petai, ikan tenggiri singang dan macam macam lagi. Bagi yang minat kueh mueh banyak resipi yang telah disediakan seperti, pengat pisang, pulut panggang, tepung pelita, lepat ubi, lepat pisang, puteri mandi, puding raja dan apam bardat.

Tapi jangan lupa , carik jugalah " buku resipi yang mengandungi 30 juzuk" untuk kita "tengok - tengok" dalam bulan puasa ini.

Friday, August 14, 2009

Usahawan Bermusim

Masih belum terlewat untuk menjadi "usahawan bermusim" . Tak perlu kelayakan sangat, tak perlu kelulusan apa apa dan tak kira umur samaada tua atau muda semuanya layak. Yang penting semangat dan keazaman yang tinggi.

Dengar ceritanya ramai juga godong-godong yang berkira kira nak menjadi usahawan di bulan puasa ini. Katanya banyak peluang meniaga tak kira dimana , sama ada di kampung, bandar dan kawasan rancangan felda tidak lama lagi. Bagi yang berminat, siap siaplah perancangan serta modal. Modal tak perlu besar sangat.

Prinsip penting dalam perniagaan adalah 4P.

P yang pertama ialah Product atau Barangan.

Apa yang nak jual?.
1. makanan dan minuman untuk berbuka;
Bagi yang tak boleh menyediakan juadah untuk berbuka boleh saja membeli makanan dan minuman seperti martabak, nasi minyak, kue keria, karipap, nasi tomato, nasi briani, air tebu, air soya, air mata air dan sebagainya.
2. Kueh Raya
Belum pun puasa, sampel kueh kueh raya telah diedarkan untuk diorder oleh pelanggan2. Amat porpular adalah kueh tat, putu, bangkit, batang buruk, cornflake, kek dan tah apa2 lagi tak kenal koi, tapi makan bolehlah.
3. Korma
Korma pun laku dijual pada bulan puasa. Sunat berbuka mula makan tamar.
4. Perkhidmatan menjahit baju dan langsir.
Upah jahit baju melayu sepasang RM 80.00 dan baju kurung perempuan RM 40.00. Tapi kalau lambat hantar tak merasalah pakai baju melayu atau baju kurung tahun ini.
5. Mercun dan Bunga Api.
Kalau berani boleh lah jual mercun. Tapi kalau kena tangkap dek poleh koi tak nak jamin.

P yang kedua ialah Place atau tempat.

Tempat juga satu faktor penting dalam perniagaan. Banyak bazar bazar ramadhan didirikan dimerata tempat sekarang. Bandar, taman perumahan serta di kampung telah banyak gerai sementara bagi tujuan ini. Untuk menjual kueh berbuka boleh lah.

P yang ketiga ialah Price atau harga.

Harga barang yang kita jual hendaklah murah dan berpatutan , barulah laku dan ramai orang beli. Kalau jual kueh apam 5 hinggit sebuku , sapa nak beli. Sekarang ni karipap pun 3 biji sehinggit.

P yang keempat ialah Promosi.

Promosi kena ada, buat lah banner ke " Air Tebu Madu" besar-besar di simpang masuk ke bazar ramadhan tempat kita. Atau buat promosi beli kueh tepung pelita satu, percuma dua. Tapi harga seringgit satu.

Banyak lagi idea perniagaan dibulan puasa.

Tapi yang dah tentu untung dan mendapat ganjaran adalah menjadi usahawan malam di masjid dan surau.


Wednesday, August 12, 2009

Bulan Kemerdekaan

Semua orang tahu bila tarikh kemerdekaan. Usah ke orang tua, budak budak sekolah tadika pun tahu. Tapi jika ada mana mana orang yang mengatakan bulan Januari sebagai bulan kemerdekaan, maka tok sah layan sangat lah. Tak berapa betul gamoknya orang itu.

Telah 51 kali kemerdekaan disambut pada bulan ogos. Dari sejak merdeka hinggalah tahun lepas. Rasa-rasanya pada kali ke 52 ini pun, merdeka disambut pada bulan lapan jugak. Pada kebiasaannya apabila masuk je bulan ogos, banyaklah bendera malaysia dijual di kedai dan pasaraya. Mydin dan Eng Hong dipenuhi dengan bendera kecik besar, tua muda semuanya ada. Beli satu besar dan satu kecik. Yang besar ikat pada buluh, dan dirikan didepan rumah. Atau kalau malas sangat ikat je pada tiang api depan laman. Yang kecik pulok cacak je pada kereta. Tapi ada jugak orang yang bentang bendera besar atas bonet kereta. Boleh jugak. Itu lagi patriotik.

Di pejabat pulak bos sibuk mencari staf yang boleh berkawad. Satu kontingen sekurang-kurangnya 40 orang perlu, untuk membentuk satu pasukan bagi acara perbarisan. Ada yang sukarela dan ada juga yang paksa rela. Ada jugak yang tak boleh berkawad dengan berbagai sebab. Alasan yang biasa digunakan adalah penyakit gaut.

Bila nama telah ada, perlu juga dilantik ketua kontingen dan jurulatih kawat. Jurulatih mestilah orang yang kuat menjerit dan memekak dan pernah berkhidmat dalam pasukan beruniform, seperti Jaafar Sidik dan Sudin Atan. Deruahnya boleh dengar hingga 1 km. Jadual latihan kawad juga disediakan supaya kontigen kita dapat berbaris dengan lawa. Biasanya latihan diadakan disebelah pagi. Kalau nak buat tengahari pun bagus juga. Biar dema tu berjemur sikit.

Hari latihan yang ditetapkan, Juru latih lepas subuh dah tunggu depan pejabat. Lepas sorang, sorang anggota kontingen masuk barisan. Jurulatih akan memulakan tugas dengan mengatur anggota kontigen dalam empat barisan. Yang pendik di depan dan yang tinggi dibelakang. Arahan oleh juru latih " Baris !!... Baris Sediap". " prapp " bunyi kasut.

Arahan seterusnya ialah " Baris !! Baris akan menghadap ke kanan ... Kekanan pusingg!!!". Gamaknya ada lagi yang tak tahu kanan dan kiri.. Banyak lagi arahan-arahan yang diberikan pada masa latihan kawad ini seperti " Dari kiri ..cepat jalan" " padang kanann " dan sebagainya. Lepas latihan pertama jurulatih cepat cepat pergi beli " Dequadin".

Sehari sebelum Hari Merdeka ketua kontigen bawak banyak bungkusan. Ramai yang berkerumun nak tahu apa dia. Rupa rupa nya pakaian bagi kontingen kita. Pakaian tesebut di agihkan kepada anggota seramai 40 orang. " Hari esok dema semua kena pakai baju ni" kata ketua kontigen. Cantik juga bila dipakai ramai ramai pakaian itu.

Di Kuantan perbarisan menyambut kemerdekaan biasanya bermula dari padang MPK 1 ke Dataran Kemunting melalui hadapan komplek Teruntum, Hospital Tengku Ampuan Afzan dan Pejabat MPK. Jauh juga tu . Mahu dekat dekat 3 km. Kohot jugak lah.

Tidak sebagaimana kebiasaan, pada tahun ini Hari Merdeka akan disambut pada bulan puasa. Kome tak tahu lagi apa acara sambutan kali ini. Mungkin tak ada perbarisan. Kalau ada pun mungkin dibuat selepas berbuka..

Monday, August 10, 2009

Selamat Datang Ramadhan

Tak lama lagi kita akan berpuasa. Selamat Datang Ramadhan. Sifirnya mudah aje. Mula mula Rejab, kendian Sakban lepas tu Ramadhan. Atau nak mudah lagi mula Israk mijrat, kemudian nisfu sakban dan lepas tu berpuasalah.

Itu formula aki, wan dan atuk. Tapi bagi kome di Pahang ni tanda-tanda kehadiran bulan puasa adalah seperti berikut:-

1. Bila hotel-hotel lima bintang bermurah hati mengajak berbuka puasa melalui banner yang digantung dimerata2 simpang dan billboard ,
" Istimewa Buffet Ramadhan - RM 50.00 / seorang, siap dengan gesekan biola oleh Pak Mahat "

2. Bila pihak MPK mula memasang kanopi di tepi padang depan masjid besar Kuantan dan dekat stadium untuk tujuan meniaga bazar ramadhan. Majlis bandaran yang lain juga sama memasang kanopi ditempat yang sekala sekala.

3. Bila buah korma banyak berlambak lambak diletak depan kaunter Gaint, Tunas manja dan TF Value Mart.

4. Bila "orang rumah" mula berpuasa ganti..

5. Bila ada gotong royong membersih dan menebas kawasan parking dekat masjid serta menganti mana-mana gelegar dan rasuk surau yang nak patah.

6. Bila ramai orang pergi ke klinik bukan untuk pemeriksaan H1N1 tetapi untuk kompom gastrik.

7. Bila gula kabung di Pekan Sari Benta cepat laku dari hari biasa.

8. Bila gula mula tiada dalam pasaran dan harga ayam, ikan tenggiri, kembung mula naik dari sekala.

9. Bila jualan kopiah dibazar-bazar mula meningkat.

dan..

10. Bila pemegang mohor raja raja melayu mengistiharkan tarikh mula berpuasa bagi negeri2 di Malaysia pada 22 ogos 2009 . Insyaalah.



Friday, August 7, 2009

Jerubu datang lagi..

Bukak tingkap pagi ni, gelap semacam je. Tak nampok apa apa, berkabo aje. Mata rasa pedih dan tekak rasa kering. Kadang kadang rasa macam sesak nafas. Rupa rupa jerebu dah melanda kita. Mengikut IPU pada hari ini beberapa kawasan di Malaysia telah mencapai tahap tidak sihat. Bacaan di tiga kawasan di Pahang pada jam 11.00 pagi ini ialah di Balok Baru - 96, di Indera Mahkota - 70 dan di Jerantut - 53. Tapi taklah seteruk pantai barat.

Jerubu selalu dikaitkan dengan pembakaran terbuka. Pada musim panas seperti sekarang ini kenalah berambi sikit kalau nak membakar atau memerun. Kalau ada nak bukak tanah baru lepas tebas tebang, kumpul jelah dahan dan ranting pangkal tunggul dulu. Jangan bakar lagi, tunggu jerubu reda dulu.

Ada orang yang hobinya suka membakar. Pantang nampok pancis ada je menda yang nak dibakar. Pantang nampak daun daun kering garing terus nak cucoh api. Bukannya apa katanya, bila dah tanah dah terang , boleh juga tugal jagung kalau tak pun tanam labu ataupun boleh tabur maman. Tapi kalau api dah melarat tentu jadi kebakaran besar. Ada juga yang hisap rokok, puntung dibuang merata. Silap campak terbakar jugak. Jenuhlah bomba memadam api.

Selain dari sakit tekak dan sakit mata, jarak penglihatan akan menjadi dekat. Kalau bawak kereta kena jaga2 sikit takut sedar sedar dah lutu kereta di depan bila tak dan brek. Eksiden lah pulak. Kadang kadang melibatkan lima, enam buah kenderaan.

Yang pastinya jerubu datang membawa masalah.

Thursday, August 6, 2009

Gurau

Semasa minum pagi tadi di Restoran U turn bersama dengan Bakar Ayam, Sidi dan Man masuk satu sms dari godong.

"Org Mysia x tkut H1N1 tapi tkut B1N1 "

Lalu koi unjuk sms tu ke Sidi.

" Jawab-jawab " gelor Sidi.

" Nak jawab apa?"

" Kome bukannya takut Bini tapi Bini yang tak takut kome." gelor Sidi lagi

Biar padan muka dema tu !

Tuesday, August 4, 2009

Moh Kita ke festa !

Banyak juga pesta yang diadakan di Negeri Pahang. Ada yang menjadi acara tahunan dan ada juga yang datang sekali sekala. Rompin Fest, Pekan Fest dan Karnival Lipis adalah diantara pesta yang menjadi acara tahunan di daerah yang berkenaan. Manakala pesta yang datang sesekali sekala seperti Jom Heboh, Sambutan Hari Pengguna, Hari Peladang, penternak dan nelayan dan lain-lain. Ada juga pesta pesta kecik seperti funfair dan PC fair.

Pengisian kebanyakan pesta ini adalah sama saja seperti jualan , promosi, sukan, sukaneka , sukanrakyat dan hiburan. Berderun derun orang tempatan datang ke pesta yang diadakan sama ada untuk membeli belah dan meramaikan orang. Bagi peniaga peniaga yang meniaga di tapak festa , inilah masanya untuk mendapat duit lebih sikit.

Banyak lagi pesta yang akan diadakan sebelum datangnya bulan puasa seperti Golden Fiesta Sungai Lembing pada 7-9 ogos dan Pekan Fest yang akan berlangsung pada minggu ini. Tapi Karnival KIPSAS dibatalkan pulok.

Musim musim H1N1 ni tok sahlah cari penyakit.

Sunday, August 2, 2009

Mari Berjoging

Hari minggu janganlah nak mereloh sehingga meninggi hari. Selepas solat subuh eloklah buat riadah supaya badan segar. Tak lah perut memboroi tak tentu hala. Bersenam ke atau lagi baik berjoging. Berjoging amat baik kepada kesihatan. Katanya bila selalu berjoging, aliran darah dan jantung akan berfungsi dengan baik.

Nak berjoging ke mana?. Pergi je lah ke taman taman rekriasi di bandar bandar. Macam di Kuantan ni, ramai orang berjoging di Taman Teruntum dan Taman Bandar di Inderamahkota. Awal awal pagi dah menderu orang tiba di Taman Teruntum untuk mula berlari. Agak nya ada yang tak sembahyang subuh. Ada lelaki dan ada orang perempuan tak kira apa peringkat umur pun. Dari sekecik kecik baru berjalan jatuh hinggalah kepada orang tua bertongkat dan berpapah. Dema tu bergaya sungguh siap lengkap berpakaian sukan dan berkasut. Taknye aderlah orang yang datang berjoging itu berkain pelekat atau berkain batik dan berkaki ayam.

Mana mana yang masih segar tu, berlari laju. Mana mana yang tak rot berjalan je lah. Tapi ramai juga orang yang banyak berjalan dari berlari, saja suka tengok orang. Bila dah dua round pusing trek, peluh pun dah banyak keluar, bolehlah rehat tepi tasik. Badan dah panas , rasa nak terjun je dalam tasik, mandi, tapi malu pulok ke orang ramai disitu.

Dalam ramai ramai yang datang ada jugak kelompok yang buat senam robik. Ada Ci kGu memberi arahan didepan. " Gerak kaki kiri kedepan dan tangan kanan kebelakang.. kita mula .. satu , dan dua, dan tiga ,dan empat . .. empat lagi..satu, dan dua , dan tiga dan empat... tukar". Ramai pengikutnya mengayakan apa yang cik gu buat di depan. Siap dengan muzik dan lagunya.
Kalau nak mudah, ikut je lah kumpulan ini.

Bagi yang tak boleh datang ke taman rekriasi, boleh juga berjoging dikawasan sekitar taman perumahan. Atau pergi je ke padang bola, lari lah dua tiga kali pusing. Mana mana yang tinggal di kampung tradisional boleh juga berjoging keliling kampung. Ajak lah tok empat, Pak uda Rafar dan Long Bedah berjoging sekali, tentu seronok. Tapi kalau ada cadangan nak gi menoreh.. baiklah pergi menoreh daripada berjoging.