Followers

Wednesday, July 21, 2010

Pesta Ramadhan ?

kurang jelas klik pada gambar.

Ada sembahyang terawih?
Ada majlis berbuka puasa?
Ada tadarus Al Quran ?
Ada tazkirah ?

Tuesday, July 20, 2010

Pantai Batu Hitam

Orang orang belah Beserah memang kenal betul dengan Pantai Batu Hitam. Mereka menggelornya Pantai " Black Stone" . Letaknya tidak jauh dari Bandar Kuantan , menghala ke Trengganu iaitu diantara Kg. Beserah dengan Kampung Sungai Karang. Mungkin nama Batu Hitam ini di beri oleh orang dulu kerana terdapat banyak batu batu hitam di tepi -tepi pantai dikawasan ini.
Pantai Batu Hitam tidaklah se gah Pantai Cherating atau Pantai Teluk Chempedak. Namun begitu ianya amat sesuai untuk perkelahan keluarga atau pun untuk riadah ambil angin pada cuti hujung minggu.Kemudahan kemudahan seperti tandas awam, tempat mandi, surau, gerai gerai menjual makanan , menara pandang dan lain-lain ada disediakan.
Kalau berminat nak mandi laut pun boleh.

Nak main layang layang pun boleh.

Nak makan aiscream pun ada boleh jugak
Tidak ada masalah parking.

Sunday, July 18, 2010

Bila Bulan Syaaban

Kejam celik kejam celik, dah bulan Syaaban. Patutlah orang rumah sibuk ajak temankan ganti puasa sama. MPK pun dah mula keluarkan borang untuk usahawan bermusim. Harga gula dah pun naik, harga pulut hitam juga dah jadi RM 8.00 sekilo. Harga ikan tenggiri, ayam, bawang belum tahu lagi. Kat pasar raya Gaint dah nampak kotak kotak buah kurma dibubuh dekat dengan cashier. Bil board ini dah lima enam hari di cacak ditepi jalan. Nasib baik koi jumpa balik buku ini.

Wednesday, July 14, 2010

Mendapat Peluang

Koi bukanlah kenal sangat dengan dia ni. Tapi setiap kali koi pergi mana mana selalu terjerempak dengan dia. Pergi Kuantan Parade jumpa dia ni. Lepak kat ECM nampak jugak muka dia kat situ. Minum cendol kat Samad Cendol pun ada jugak dia minum dengan rodongnya. Kalau kat Taj cafe belakang Wisma Bola Sepak, boleh kata hari - hari dia kena teh tarik dan roti canai di situ.

Orangnya tidaklah terlalu tua dan tidak juga terlalu muda, mungkin sekitar awal lima puluhan atau lewat empat puluhan. Pakaiannya selalu kemas, kemejanya selalu masuk kedalam. Kadang kadang dia memakai topi bretta dan bercermin mata gelap. Kotak rokok dunhill 20 batang sentiasa ada di tangannya .

Koi pun tak tahu dia kerja apa. Samaada kerja kerajaan, swasta atau usahawan. Tapi lagaknya seperti seorang yang berkerjaya. Kawan kawan atau rodongnya yang bersamanya sentiasa berubah rubah. Hari ini orang lain , hari esok orang lain pulak.

Hari itu koi nampak lagi dia. Relak, bersandar di beranda kaki lima berhadapan dengan tangga naik ke Kuantan Centre point. Ketika koi lalu hampir dengannya , dia memandang sambil tersenyum. Koi pun membalas senyumnya dan mengangkat kening tanpa menyapanya.

Tiba tiba dia bersuara " Nak kemana cepat sangat?". Koi membalas sapaanya itu. " Nak beli surat khabar.. kat situ"

" Aok parking kat belakang tu ada nampak tak kereta BM rona putih ?" tanya dia lagi.
" Ntah.. tak perasan pulak" jawab koi.

Tanpa diminta dia memberitahu yang dia sedang menunggu seorang kawan. Ada hal mustahak yang hendak dibincangkan. Dah hampir sejam dia menunggu kawannya itu, tapi kawannya itu tak muncul muncul. Dia juga telah menghubungi kawannya itu , tetapi tiada jawapan.

" Beginilah..." katanya sambil menepuk bahu koi. " Mungkin dah nak jadi rezeki aok... kalau gitu jom kita cerita benda ini dikedai "

Kami kekedai mamak roti canai di Blok B , Centre Point. Setelah memesan dua gelas teh tarik dan dua keping roti canai dia pun memulakan cerita.

Mengikut ceritanya ,dia mempunyai ramai kenalan dikalangan orang besar besar, ketua ketua jabatan, dato dato dan kerabat kerabat diraja. Oleh itu dia banyak mendapat peluang, sama ada projek-projek, kawasan balak dan tanah lombong. Oleh kerana dia tak mempunyai modal, peluang peluang tersebut telah diberi kepada kawan kawanya yang mampu mengendalikannya. Ramai juga kawan kawannya yang telah menjadi kaya raya hasil dari peluang yang diberikannya itu. Tapi bila dah senang, kawan kawan yang ditolongnya itu tak ingatkan dia lagi. Usahkan komisyen belanja teh pun susah.

Koi hanya mampu bersimpati dengan dia ni.

Kira kira 20 minit kami disitu , dia pun mengeluarkan sekeping kertas dari poket baju jeketnya.

" Ini , pelan kawasan hutan dara di Hulu Tembeling" katanya. " Kawasan ini luas 500 hektar dan telah dimohon oleh seorang kerabat...permohonannya sekarang sedang diangkat untuk MMK.... tak lama lagi luluslah" katanya lagi.

" Kerja aok mudah je..Aok cari taukeh yang nak beli kawasan ini... Harga yang dimintak oleh tuannya 60 juta. Komisyen kita berdua 2 juta. Kalau aok boleh jual lebih lagi ...lagi bagus" terangnya.

Sebelum kami berpisah pada pagi itu sempat lagi dia memberi motivasi kepada koi.

" Kita ni mesti berubah, takkanlah bisniss takat tu je, dah ada peluang tu , jangan sia siakan"

Hari itu koi membelanja teh tarik dan roti canai kawan baru koi tu. Sambil balik ke kereta koi pun mikir mana nak cari towkey balak ni.




Award dari Mazru


Terima kasih pada Mazru dari blog Koi Anak Pahang yang sudi beri Award ini pada koi. Maka dengan senang hatinya koi akan tag tiga blogger lagi untuk menerima award ini:-
1. ummzaid
2. kelompen
3. @juera
Harap dapat dema terima award dan tepaklah mana mana tempat dalam blog dema te..

Monday, July 12, 2010

Award dari Cik Shin Ju


Terima kasih kepada Cik Shin Ju dari Blog Anak2 D.J. yang telah memberikan award kepada koi. Sorilah kerana lambat respon kepada pemberian ini. Jadi untuk melayakkan koi menerima award ini , berikut adalah tindakan yang diperlukan oleh sipemberi award:-

1. anda mesti memuji si pemberi award:

Si pemberi award seorang yang komited kepada blognya. Suka menulis, banyak idea-idea. Kadang kadang penulisannya berbentuk jenaka dan boleh menghibur kome. Blognya juga sangat diminati ramai dan pengikutnya melebihi 260 orang.
Tapi yang lebih pentingnya dia adalah orang pahang jugak.

2. Sila beri award kepada 10 bloggers lain

kalau ikutkan hati nak bagi kepada semua blogger atau rodong maya . Tapi dah syarat macam tu kena ikut lah. Kali ini nak bagi blogger perempuan saja.

1. Auntie Yan

2. Shaba Areena

3. Lipislady

4. Kunang kunang

5. Sha

6. Zizou

7. pB

8. Intan RH

9. hai

10. mok de

yang lain tunggu lagilah, kot kot ada award yang lain pulak.

3. Nak beri tahu semua blogger diatas supaya ambil award ini.

4. Bagaimana anda boleh digelar sebagai blog yang best, great.

itu kena tanya pemberi award..Dia yang buat penilaian tapi, blog dia memang best.

terima kasih.


Thursday, July 1, 2010

Siapa dulu ?


Jika dilihat dari gambar diatas banyak persoalan yang timbul. Antaranya:-
  • Siapa dulu ? Papan tanda MPK atau sampah yang dibuang dikawasan ini ?.
  • Mengapa papan tanda diletakkan dikawasan ini?.
  • Mengapa orang yang membuang sampah melonggokkan sampah disini, mengapa tidak jauh sikit ( 2-3 meter dari sini )
  • Adakah orang yang membuang sampah disini tidak reti membaca ?
  • Atau mungkin orang yang mengambil gambar ini melonggokkan sampah disini?

Sunday, June 13, 2010

Keladi Kemahang

Apa pulak berbungkus dalam daun keladi.

Pagi tadi pergi ke Pasar Tani Kuantan. Nampaklah ada benda berbungkus dalam daun keladi te.
Rasa-rasa sedap kalau suruh orang rumah masak tengahhari ini. Tapi hari ini banyak sangat jemputan kenduri kahwin, jadi tangguhkanlah menu ni ke minggu depan.

Dalam daun keladi te ada sulur keladi . Keladi tersebut bukan sebarang keladi. Kalau salah keladi tak tahulah apa nak jadi. Keladi yang digunakan untuk membuat masakan ini adalah keladi kemahang. Konon kononnya keladi kemahang berasal dari kampung Kemahang, Kuala Lipis. Tentu di kampong Kemahang banyak keladi seperti ini.

Sulur keladi ini boleh dimasak asam .. sedap . Tapi kalau campur dengan tempoyak pun lagi sedap dan pekat sikit.

Masakan ini bukanlah satu perkara asing bagi orang Lepih, Raub dan Bentong.