Sejak kebelakangan ini telefon awam semacam tidak diperlukan lagi. Maklumlah orang orang dah ada telefon bimbit. Ada telefon bimbit senang, mudah dibawak kemana-mana, lebih banyak kegunaan lain. Selain dari bercakap , boleh sms, boleh mms, boleh ambik gambar, boleh tangkap vedio dan berbagai bagai guna lagi. Bukan setakat orang tua sahaja ada telefon bimbit, budak sekolah rendah , budak sekolah tadika pun dah ada telefon ini. Kalau cik gu garang ambik je vedio dengan telefon bimbit , kemudian upload dalam you tube.
Namun begitu masih adalagi orang yang memerlukan telefon awam. Orang orang musafir , orang orang yang telefon bimbitnya tak cukup kredit, orang orang yang kehabisan beteri telefonnya masih mencari cari telefon awam.

Selain dari menggunakan telefonnya, ianya juga boleh digunakan bagi tujuan yang lain. Antaranya kalau hujan turun dengan lebat , cepat cepat lari cari pondok telefon . Boleh juga berlindung. Kadang kala kalau terjerempak dengan orang yang tak hendak kita jumpa pada masa itu , cepat cepat cari telefon awam kita boleh menyorok dalam pondok telefon. Kalau tidak pun kita boleh tepek poster bersais A4 yang menyatakan aktiviti perniagaan kita , seperti tukang paip, menjual kambing aqikah , membeli emas dan surat pajak gadai dan lain lain pada dinding pondok telefon ini. Iklan di pondok telefon tak kena apa bayaran. Lain lah kalau buat iklan di bil board yang besar dilebuh lebuh raya.
Tapi sekarang syarikat yang mengendalikan telefon awam dah pandai meniaga jugak .
Namun begitu masih adalagi orang yang memerlukan telefon awam. Orang orang musafir , orang orang yang telefon bimbitnya tak cukup kredit, orang orang yang kehabisan beteri telefonnya masih mencari cari telefon awam.









