Followers

Friday, May 6, 2011

Waktu Cameron Highlands

Selain dari Kuantan, Pekan dan Bera , Bandar Tanah Rata, Cameron Highlands juga ada jam besar yang menunjukkan Cameron Highlands mempunyai waktu yang tersendiri. Jam besar ini dilekatkan pada satu menara di tengah tengah pekan Tanah Rata. Waktu yang ditunjukkan pada jam besar ini sama sahaja dengan waktu waktu di tempat tempat lain dalam Malaysia.

Orang orang Pahang yang ingin melihat jam ini bolehlah berkunjung ke Cameron Highlands. Kalau dulu dulu untuk pergi ke Cameron Highlands kita kena lalu ikut Kuala Lumpur ke utara hingga sampai ke Tapah dan kemudian barulah naik ke Cameron Highlands. Ianya memakan masanya lama dan belanja banyak untuk minyak dan tol. Silap gaya muntah hijau kita dibuatnya. Tapi sekarang rodong rodong boleh pergi balik hari melalui Sungai Koyan , ke Pos Betau dan terus tembus ke Bertam Valley dekat dengan Ringlet untuk naik ke Tanah Rata.

Dari Sungai Koyan mengambil masa kira kira satu jam untuk tiba ke Cameron Hinghlands dalam keadaan pemanduan yang biasa. Dengan panorama flora dan fauna di sepanjang perjalanan ini membuatkan kita rasa tenang , tetapi sesekali rasa cuak juga takut takut ada gajah yang melintas.

Sunday, May 1, 2011

100 Entri dari Koi Orang Pahang

" 100 Entri dari blog KOI ORANG PAHANG" merupakan kompilasi 100 entri yang terpilih dari blog Koi Orang Pahang. Blog Koi Orang Pahang telah di wujudkan pada April 2009 melalui URL. http://orangpahang.blogspot.com. Sehingga kini blog tersebut telah mengeluarkan hampir 200 entri mengenai adat, makanan, tempat dan budaya orang-orang Pahang. Penulisannya bersahaja dan santai, tidaklah serius namun ianya mempunyai masej-masej yang tersendiri.

Tema blog Koi Orang Pahang adalah mencari identiti. Dalam percakapan harian orang -orang Pahang membahasakan saya atau aku sebagai koi, kas, kawas, kome atau kawan ( ka'in). Penggunaannya bergantung kepada tempat, kawasan dan daerah tertentu dalam Negeri Pahang. Kalau 'kas' digunakan oleh orang orang Lipis, Benta, ' kawas" bagi orang belah Raub dan 'koi' untuk orang Temerloh dan Chenor. Manakala orang orang belah Pekan lebih serasi menyebut 'kawan' bagi ganti nama sendiri. Payah mencari identiti orang Pahang. Kita ambil contoh makanan , apa identiti Pahang sebenarnya?. Ikan patin masak tempoyak ke atau asam rom atau opor daging ?.

Dalam prakata buku 100 Entri dari blog KOI ORANG PAHANG penulis merakamkan terima kasih kepada rakan maya , rakan rakan bloggers yang sentiasa memberi komen komen yang membina serta pengikut ( followers) yang sudi menjegah blognya.

100 Entri dari blog KOI ORANG PAHANG tidak disunting, tata bahasa dan ejaannya tunggang langgang kerana penyedian menggunakan kaedah "tekap tepek" ( copy paste). Ianya mengandungi sebanyak 100 tajuk dengan 211 halaman berukuran 8.25" x 11.25" ( A4) dan dihiasi dengan gambar gambar warna warni yang menarik.

"100 Entri dari blog KOI ORANG PAHANG" tidak dijual oleh mana mana kedai buku dan sehingga ini masih tidak ada mana mana penerbit yang ingit menerbitkan buku ini.

Ianya merupakan Edisi Terhad.


Friday, April 15, 2011

Tolong Topap

Hari ini, pagi pagi lagi Along dah buat hal.. Jam 8.30 Koi terima sms . Mula mula ingatkan "celcom offer" nak bagi bonus sms jika topap RM 10 sebanyak 4 kali. Tapi ternyata bukan. Sms tersebut datangnya dari nombor yang tak de dalam directory sim kad. " Sapa pulak ini.... ada masej apa pagi pagi ni... salah nombor ke?".

"AYH TOLNG TOP UP ..RM 10 . KE NO INI. ALONG ADA DI BALAI POLIS SKRAG.. ADA MASALAH SIKIT. INI NO. BARU ALONG".

Begitulah tulis dalam sms tersebut.

" Apa pulak hal Along ni kat balai polis ni.. kena saman ke ? , Atau langgar orang ke? eksiden ?atau kena bungkus dengan ops rempit.?" macam macam persoalan timbul dalam kepala. Nak kata roadtx takde .. rasanya baru sangat beli motor tu. Koi beli motor tu pun nak bagi senang dia pergi kuliah. Dulu kat kolej tak perlu motor tapi sejak kena duduk rumah sewa susah kalau tak de kenderaan nak pergi kuliah. Along bukannya tak de lesen. Lesen P baru saja dapat dengan Badawi, driving skol.

Koi cuba jugalah nalipon Along.. tak de jawapan. Cuba lagi pun tak de jawapan. Dah naik kohot tangan menekan kekunci talipon nokia 3310 lama koi te. Tak mohnya jawab. Mungkin handpon dia hilang, itu sebeb dia beli nombor baru.

Baru teringat nombor pada sms te... Koi pun menalipun jugalah ke nombor te.. tapi tak de jawab.. ada ringing. Puas jugalah mencuba.

" Dah... Macam mana ni?... Nak pergi kebalai Polis Tanjung Malim bukan nya kerja"

Cepat cepat koi pergi ke kedai depan pejabat mintak top up no tadi. Mana tahu bila dah top up dia akan call koi. Kali ini topap RM 10.00, biasanya kalau dia mintak topap koi akan topap RM 5.00 saja. Mana tahu emergency sangat.

Tak senang duduk juga di pejabat mikir hal along ni. Nak talipon dah puas talipon.

Kira kira pukul 12.00 ada along nalipon. Dengan nombor lamanya. "Assalamualaikum.. Ngapa ayah nalipon along?.... ada 18 miscal ni? ".

Terlupa nak menjawab salam terus aku bertanya " Mengapa along ke Balai Polis tadi?.."

" Balai polis? mana ada... kan hari ni along ada paper.. along tak bawaklah talipon."

" Saja je ayah nak nalipon along... dah lama tak dengar suara along" kata koi perlahan.



Tuesday, March 8, 2011

Bunga Duit

( Klik pada gambar untuk tengok dengan lebih jelas)

Beginilah gamaknya kalau duit dibuat bunga. Duit singit singit atau duit sepuluh ringgit di gumpal gumpal menjadi kuntum bunga seterusnya digubah dengan bunga kertas atau bunga plastik menjadikan sejambak bunga. Tak buat dik orang bunga duit ini digunakan ke Pasaraya Gaint , Tunas Manja atau pekan sari untuk membeli barang dapur , ikan dan sayur sayuran.

Biasanya bunga duit ini dibuat untuk dijadikan mas kahwin bagi orang yang nak nikah. Orang yang nak nikah lagi pun perlu menyediakan mas kahwin jugak. Pihak lelaki akan memberi mas kahwin kepada pihak perempuan sebagai satu kewajipan pada hari pernikahan tersebut. Bermacam macam bentuk persembahan mas kahwin boleh dibuat oleh pihak lelaki , termasuklah bunga duit ini. Di Pahang mas kahwin yang ditetapkan adalah RM 22.50. Jika berhajat nak memintak orang Pahang kenalah menyediakan mas kahwin sebanyak tersebut.

Wali hakim akan menyebut nilai mas kahwin apabila merenjuh tangan pengantin lelaki ketika akad nikah dijalankan, manakala pihak pengantin lelaki akan menjawab dengan menyebut nilai mas kahwinnya sama ada tunai atau pun hutang.

Saturday, March 5, 2011

Nasi Dagang Ubai

Ini ada satu lagi gerai yang menjadi tumpuan orang ramai untuk mengisi perut pada kala pagi. Tempat ini porpular dengan nasi dagangnya. Kalah nasi dagang Trengganu. Orang orang sekitar Pekan dan Kuantan tahu amat akan kesedapan nasi dagang ubai ini.

Nasi dagang ubai dijual dibeberapa buah gerai di Kampung Ubai. Kampung Ubai terletak diantara bandar Pekan dengan Kuantan . Tidak heranlah kalau rodong rodong yang kerja luar dari Kuantan hala ke Pekan atau orang Pekan nak pergi Ibu Pejabat di Kuantan akan singgah disini untuk kena nasi dagang . Hari Sabtu atau hari minggu pun ramai orang. Kalau hari sabtu atau hari minggu selalunya akan terjerempak dengan Napi Salleh dengan Tok Penghulu Mat minum di sini.

Wednesday, March 2, 2011

Sinyor

Orang Pahang panggil benda ini " Sinyor" ( sebutan kena betul ) atau dalam bahasa bakunya " mangkuk tingkat" . Sinyor atau mangkuk tingkat ini telah lama wujud dalam masyarakat kita sejak zaman berzaman dan ianya masih relevan sehingga saat ini.

Fungsinya hanya satu , iaitu untuk mengisi makanan, namun penggunaannya begitu meluas. Dulu dulu orang mengisi makanan dalam " sinyor" untuk bawak bekal ke paya, menjala ikan dan menoreh getah di estet estet. Ada juga rodong rodong yang bawak sinyor ke pejabat bila hujung hujung bulan. Selain dari membawa bekal , "sinyor" juga kadangkala digunakan untuk membawa makanan bila menziarah sedara mara , terutamanya yang terlantar di wad hospital. Pada hari raya dan bulan puasa mangkuk tingkat memain peranan penting mengiratkan silatulrahim.

Bagi orang bujang dan budak budak IPTA yang duduk diluar asrama, mangkuk tingkat merupakan satu dari alternatif untuk menjimatkan duit PTPTN. Kadang kadang satu mangkuk tingkat boleh kongsi hingga empat lima orang.

Terdapat berbagai saiz sinyor. Ada yang kecik , sedang dan ada yang besar. Biasanya ia terdiri dari empat bahagian. Bahagian bawah untuk mengisi nasi, bahagian atas atau no 2, boleh isi dengan kari ikan, bahagian atas lagi boleh isi sayur kangkung dan bahagian atas sekali bolehlah isi dengan ulam petai, jering dan sambal belacan atau tempoyak. Namun begitu susunan dan bahan yang hendak di isi terpulanglah kepada tukang masak dirumah.

Untuk masa depan dicadangkan supaya " sinyor" di gunakan oleh pengusaha katering bagi kenduri kendara , seperti kenduri kahwin. Satu sinyor boleh untuk 4 orang jemputan sehidang. Bolehlah isikan gulai kawah, opor, umbut dan acar.

Tuesday, February 1, 2011

SMS pelik

Dari 63660

RM0.00 Notis Penting: Anda perlu sms ON LS dan ON LR ke 36660 SEGERA untuk kemaskini servis Content anda skrg
-
-
-
sms out to optout RD: 0322603706

Dari 63660

RM0.00 Para pelanggan, sila aktifkan servis lokasi facebook update reg percuma dgn hantar ON FA dan juga ON FB ke 33499
-
-
-
hubungi 0379666547 unt optout


Dari 66688

RM0.00 SMS/MMS content* Handphone anda perlu aktifkan semula skrg! Sila sms ON AE dan ON AF ke 33499
-
-
-
hubungi 039666547 utk optout servis.
*3gp

Benda apa ni?



Sunday, January 30, 2011

Zon Sifar

Dalam dua tiga hari lepas nampak tercacak papan tanda ini.

Agak agaknya, papan tanda itu di bubuh oleh MPK yang sedang menjalankan kempen zon sifar sampah di beberapa tempat di bandar Kuantan. Apa yang dimaksudkan dengan zon sifar sampah ini tidaklah dapat di fahami dengan jelas. Bagaimana pun ada ditulis " Anda Berada di Zon Sifar Sampah. " Mungkin di kawasan ini tidak boleh membuang sampah, membuat sampah atau kawasan ini tidak ada sampah. Mungkin juga menyampah..atau sampah masyarakat.

Dengan sokongan beberapa lagi papan tanda yang ada dikawasan ini dapatlah kita simpulkan bahawa:-
1. Simpan sampah sarap seperti bungkus coklat, pamper anak , tisu lepas hembus hingus, surat khabar lama , dan kopon letak kereta gores menang dalam kereta atau motor kita.

2. Sediakan bakul sampah atau tong sampah dalam kenderaan kita.

3. Sampah sampah yang boleh dikitar semula seperti tin minuman aluminium dan surat kabar lama , beteri lama , besi lama boleh dijual . Dapat juga duit bagi menampung belanja minyak.


4. Buang sampah dari kenderaan kita adalah satu kesalahan.

5. Jika tak malu atau nak kena saman buanglah sampah dari kenderaan kita.