Followers

Wednesday, November 16, 2011

Promosi kembali ke sekolah


Hari Khamis 17.11.2011 keputusan peksa UPSR akan keluar. Berdebar juga adik adik yang ambik peksa tahun ini. Mak ayah lagi berdebar -debar.

Hari Sabtu 19.11. 2011 sekolah mula cuti akhir tahun.

Tapi pelik juga yek... mengapa banyak pasaraya dan kedai kedai di Kuantan sibuk mempromosikan supaya budak budak ini ke sekolah semula padahal lagi dua hari nak cuti.

Thursday, September 15, 2011

Dua Puluh Hari Lepas Puasa

Dah puas Talib menunggu rodong rodong di Warung Pak Jabit untuk mengetea pagi itu. Sejak dari bulan puasa, raya hinggalah melarat ke puasa nam, baru kali inilah dia dapat luang bersama sama Jusoh Angin, Mat Lela, Rani Puyu dan Angah duduk semeja membincangkan masalah semasa di meja persidangan Warung Pak Jabit di tanah rancangan mereka. Namun harapannya untuk mengalahkan Mat Lela bermain dam aji kali ini musnah. Kelibat juara Dam Aji dan juara bahas kampung A masih tak kelihatan.

Kebiasaannya terlalu banyak topik yang hendak di bahas serta dibincangkan dan kadang kala bukan setakat minum teh dan makan kueh rempeyek sahaja, forum tersebut memerlukan mereka mengasah minda dengan bermain dam aji. Kadangkala riuh rendah kehadamatmengalahkan pelelong barang barang plastik di Pekan Sari Benta setiap pagi Ahad. Jika tidak mendapat keputusan, perbincangan tersebut harus disambung pada esok, lusa dan hari hari seterusnya.

Mana perginya Angah ? . Mana perginya Mat Lela?. Kalau Angah dan Mat Lela tak ada, takkan Rani Puyu pun hilang sama. Mungkin juga dema dema tu pergi ke ladang lepas bulan puasa ni. Maklum sajalah banyak belanja keluar untuk sambut hari raya dulu.

Pergi ladang buat apa?. Bukankah kerja kerja ladang telah diswastakan kepada pihak Felda?

Dengan rasa kecewa Talib meninggalkan duit RM 1.00 diatas meja serta memberi isyarat kepada Teh anak dara Pak Jabit atas bayaran teh tarik yang masih berbaki separuh gelas itu.

Deras deras Talib menyetat motor Honda EX5 menuju hala simpang masuk kampung A. Dia rasa tak puas hati dan rasa ada se suatu yang tak kena pada rodong-rodongnya itu. Semasa melintas gerai Ngah Senah, Talib nampak kelibat Rani Puyu tergayang-gayang di dalam gerai Ngah Senah.

Dia membrek motornya dan menongkatkannya dibawah pokok ketapang diseberang jalan. Talib terus menuju ke arah Rani Puyu dan beberapa orang yang duduk di beberapa buah meja. Rupa rupanya rodong rodong lain pun ada disitu. Usahkan Angah, Jusoh Angin, Mat Lela yang kaki dam aji malahan Pak Ayub, Samad Lintah , Padeli pun ada.

Apa istimewanya gerai Ngah Senah hinggakan Jusoh Angin dan Mat Lela beralih mengetea di situ. Tak mungkin Ngah Senah menyediakan papan dam untuk pengetea tegar Kampung A, kerana selama ini Ngah Senah memang tidak suka suasana bising bangat menganggu pelanggan lain di gerainya.

Perlahan lahan Talib mendekati dan terus menyapa Mat Lela.

" Puas keh cari aok, sini rupanya"

Tiada jawapan dari Mat Lela , tetapi memberi isyarat tangan supaya menunggu sebentar.

Talib berpaling ke arah Angah. Angah juga tekun mengadap laptop seolah olah tidak menyedari kehadirannya disitu. Begitu juga dengan rodong rodong yang lain. Mereka dengan dunia masing-masing. Ada yang melayani facebook, Ada yang menulis di blog, ada yang melayari Youtube. Senyap sepi dari hilai ketawa di Gerai Ngah Senah.

Gerai Ngah Senah dah maju sejak lepas puasa ni. Gerainya telah ada Wi Fi bagi kemudahan pelanggan.

Perlahan lahan Talib meninggalkan mereka di Gerai Ngah Senah. Dia mencongak congak berapa agaknya baki elaun sawit bulan depan.

Monday, September 12, 2011

UPSR

Budak budak tahun enam akan menduduki peperiksaan UPSR mulai hari esok, 13.9.2011. Rata-rata, masing masing telah pun bersedia untuk menduduki peperiksaan ini sejak dari awal lagi , lebih lebih lagi lepas Hari Raya Puasa ini. Di saat akhir ini, ada yang tak tidur malam membaca dan membuat latihan yang patut.

Masa ini pun mak ayah juga telah bersedia dan meletakkan harapan yang tinggi kepada budak budak itu. Budak budak itu kena di jaga dari segi mental dan fizikalnya supaya tidak ada sebarang ganguan selama tiga hari ini. Jangan sakit perut, jangan pening kepala dan jangan patah riuk jatuh basikal. Masa ini jangan banyak sangat suruh anak anak buat itu ini, bagi mereka rehat. Jangan marah marah mereka. Berikan motivasi. Kalau boleh cuti cutilah dalam masa tiga hari ini.

Macam macam janji telah dibuat jika pencapaian cemerlang.

PSP, Laptop, Handphone, KFC dan macam macam lagi.

Semoga mereka tenang menjawab soalan yang diberikan.

Sunday, August 28, 2011

Selamat Hari Raya

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua kenalan , rakan rakan , blogger dan rakan rakan maya serta maya karin , dengan ucapan maaf zahir batin.

Wednesday, August 10, 2011

Wordless Wednesday # 1






Impian di siang hari:-

Sunday, July 31, 2011

Tengok Anak Bulan

Pada petang ini, orang akan menengok anak bulan bagi menentukan tarikh mula berpuasa bagi umat Islam di seluruh Malaysia. Bagi tujuan tersebut beberapa tempat dan lokasi telah ditetapkan termasuklah di Teluk Kemang. Di Pahang pula tempat melihat anak bulan adalah di Bukit Tanjung Batu Nenasi, Bukit Pelindung, Kuantan dan Gunung Berincang, Cameron Highlands. Pemegang mohor besar raja raja akan mengistiharkan tarikh mula memegang puasa pada malam ini samaada pada hari isnin 1.8.2011 atau hari Selasa 2.8.2011.
Kita jangan terpengaruh dengan gambar diatas. Ianya tidak kena mengena dengan membekal anak bulan kepada Pemegang Mohor Besar Raja Raja dalam menentukan tarikh mula berpuasa. Syarikat Pembekal Anak Bulan adalah merupakan satu kedai runcit yang membekalkan keperluan dapur kepada penduduk penduduk di sekitar bandar Bentong.

Thursday, July 21, 2011

Musim Durian Kembali Lagi

Musim durian kembali lagi. Kita dapat tengok merata rata tepi jalan banyak orang menjual durian. Begitu juga dengan pekan sari, pasar tani dan pasar pasar malam , ada sahaja penjual durian yang menawarkan harga yang baik untuk pengemar tegar durian. Harga durian pun dah kira ok juga.

Selalunya penjual durian akan kempen habis habisan untuk orang yang datang membeli. Yang pertama kita dengar ialah nama tempat yang mengeluar durian itu. " Ini durian bagus. " Durian Raub, Durian Sungai Lembing , Durian Ulu Sungai, Durian Pulau Tawar, Durian Beserah dan macam macam lagi nama tempat yang disebut bagi mengambarkan kualiti durian yang dijual itu. Ada juga yang kempen berdasarkan klon durian , contohnya durian kampung, D 24, D 21 dan terbaru Musang King.

Sejak dua tiga tahun kebelakangan ini musim durian bertembung dengan bulan puasa. Banyak dusun dan kebun yang menjadi kali ini dan buah pun dah stat gugur. Mungkin bila bulan puasa buah buah durian dah banyak dan perlu dijual. Nak makan pun susah juga sebab puasa..dan orang yang nak beli pun kurang pada bulan puasa ini.

Nak menunggu dikebun durian pun satu hal juga , nanti mis pulak terawih.

Jadi apa kelakar kita.

Thursday, July 7, 2011

Dekat Dah Nak Puasa

Keluh kelih, keluh kelih ..dah bulan Syakban rupanya.