
Selain dari Kuantan, Pekan dan Bera , Bandar Tanah Rata, Cameron Highlands juga ada jam besar yang menunjukkan Cameron Highlands mempunyai waktu yang tersendiri. Jam besar ini dilekatkan pada satu menara di tengah tengah pekan Tanah Rata. Waktu yang ditunjukkan pada jam besar ini sama sahaja dengan waktu waktu di tempat tempat lain dalam Malaysia.
Orang orang Pahang yang ingin melihat jam ini bolehlah berkunjung ke Cameron Highlands. Kalau dulu dulu untuk pergi ke Cameron Highlands kita kena lalu ikut Kuala Lumpur ke utara hingga sampai ke Tapah dan kemudian barulah naik ke Cameron Highlands. Ianya memakan masanya lama dan belanja banyak untuk minyak dan tol. Silap gaya muntah hijau kita dibuatnya. Tapi sekarang rodong rodong boleh pergi balik hari melalui Sungai Koyan , ke Pos Betau dan terus tembus ke Bertam Valley dekat dengan Ringlet untuk naik ke Tanah Rata.
Dari Sungai Koyan mengambil masa kira kira satu jam untuk tiba ke Cameron Hinghlands dalam keadaan pemanduan yang biasa. Dengan panorama flora dan fauna di sepanjang perjalanan ini membuatkan kita rasa tenang , tetapi sesekali rasa cuak juga takut takut ada gajah yang melintas.