Followers

Friday, February 19, 2010

Apa ada dalam Jabir

Pada cuti tahun baru cina yang lepas , banyak majlis dan kenduri kahwin telah diadakan dimerata rata ceruk rantau di seluruh negara. Kebanyakan kenduri kahwin ini dibuat di rumah rumah pengantin , dewan dan hotel hotel. Kalau ada jemputan, eloklah kita pergi, kerana ianya juga merupakan satu kewajipan kepada kita, kecuali kalau ada aral dan ianya bertindih dengan kenduri yang satu lagi. Biasanya kita akan kata " Tak pergi , tak kena". Sekurang kurangnya dapat menampakkan diri pun jadilah.

Setelah makan kenduri semasa nak balik kena lah jumpa tuan rumah. Bersalam dahulu dengan tuan rumah. Kata dek orang belah sini salam kukut. Tuan rumah atau wakilnya akan memberi jabir kertas sebagai satu cenderahati dari kedua mempelai . Banyak benda yang diisi dalam jabir ini. Biasa yang pernah kita jumpa dalam jabir ini ialah:

1. Bunga telur dan telur
2. sapu tangan
3. sudu dan garpu kecik
4. buahulu
5. dodol
6. limau
7. potpuri
8. gula gula
9. kerepek
10. dadih atau puding
11. coklat
12. sebotol air mineral di cop dengan gambar dan nama pengantin.
13. buah epal.

Yang belum pernah diisi dalam jabir ini.
1. pisau lipat
2. pengat atau bubur kacang
3. gunting
4. calculator
5. ubat lampu
6. mentol lampu

Jabir ini bagus juga disimpan sebagai salah satu hobi.


Wednesday, February 17, 2010

Pemahaman - Bahasa Pahang

Merujuk kepada entri yang lepas, berikut adalah makna serta contoh ayat menggunakan perkataan yang berasal dari negeri Pahang.

1. Galir : perkataan ini selalu digunakan oleh orang orang belah Pekan terutamanya dari kg. Langgar, Pahang tua, Lamir ( sebutan pekan Lami). Ia membawa maksud rosak atau punah , los dan biasanya kepada benda benda yang kecil seperti kunci.

contoh ayat: Aok jangan pulas beria sangat, habih galir pulak kunci te.

2.Tak Kelulu: perkataan ini juga banyak digunakan oleh orang belah Pekan. Ianya membawa maksud tabiat atau perbuatan yang tidak semengah, atau kurang displin.

contoh ayat: Tak kelulu sungguh budak te, habis tumpah air depan hidang tok empat.

3. Pelangkor: Membawa maksud kilat dan ribut petir . Perkataan ini biasa digunakan oleh orang orang belah Lepih, Benta dan Jerangsang.

contoh ayat: Maaf tok penghulu, kas tak dapat keluar malam tadi, pelangkor kuat sangat.

4.Membung: membawa maksud kembang atau penuh.

contoh ayat: Poh.. membungnya kocek dema dengan buah langsat.

5.Merumbu: Maksudnya terlalu penuh hinggakan hampir melimpah.

contoh ayat:Aok isi minyak dalam tong tu jangan sampai merumbu, karang tumpah pulak.

6. Jangkapior: Kelangkabut.

Contoh ayat: Weh.. jangkapior betul kat balai raya tadi.

7. Mengkarap: ( bukan mengkarak ) membawa maksud rosak atau punah. Perkataan ini sangat porpular di Pekan dan Kuantan.

contoh ayat: "Aok jangan godam basikal kawan te.. habis mengkarap pulak" atau " Mengkarap kita kalau tok empat tahu".

8.Mungkung: maksudnya bentuk yang seakan akan pinggan.

Contoh ayat: Aok terap pinggan yang mungkung saja, yang leper tu tos dulu.

9.Lenggek: Maksudnya kena langgar atau kena lenyek.

Contoh ayat: Padi yang kawan jemur kat jalan tu habis kena lenggek dek lori.

10. Kerayan: Perkataan ini biasa digunakan di belah Lepih, Padang Tengku, Benta. Ia membawa maksud terkejut dan panik serta takut.

Contoh ayat: Kerayan kas tadi, ingat beruang atas pokok te.

Friday, February 12, 2010

Bahasa Pahang - Pemahaman

relevan ada "10 perkataan pelik dari kampung dia" dan Aku anak Pahang ada "10 perkataan power kampung dia juga". Ramai rodong yang tak faham maknanya dan ramai jugak yang pernah dengar dan faham. Semuanya bergantung kepada daerah atau kawasan yang mereka tinggal.

Kadangkala perkataan ini telah hampir pupus dan tidak digunakan lagi. Nampaknya ramai jugak rodong -rodong yang berminat untuk mempopularkan semula perkataan tersebut. Kita patut berterima kasih kepada rodong seperti blog rodong coil (http://caklam.blogspot.com - dah tutup pun ) , kamus okperd pahang malay -english dan banyak lagi yang mengambil inisiatif menonjolkan kembali perkataan dari negeri pahang ini.

Koi pun ada juga perkataan yang jarang orang luar tahu, kecuali daerah dan kawasan kawasan yang sewaktu dengannya. Koi hanya tulis perkataan nya sahaja, maknanya cari sendirilah:

1. Galir
2. Tak kelulu
3. Pelang kor
4. membung
5. merumbu
6. janka pior
7. mengkarap
8. mungkung
9. lenggek
10. kerayan

Wednesday, February 10, 2010

Musim Limau



Musim limau di tempat kita dah bermula. Nampaknya beberapa pokok "limau bongsai " dihadapan Kuantan Parade telah masak ranum. Pokoknya rendah, tak payah guna galah untuk mengaitnya, boleh capai dengan tangan aje.Di beberapa pasaraya buah limau dijual dengan banyaknya. Begitu juga di tepi tepi lebuh , banyak gerai yang menjual limau. Reganya boleh tahan jugak. Sekotak diantara RM 9.00 hingga RM 18.00.
Agak agaknya, limau limau ini datang dari Telok Gunung.

Monday, February 8, 2010

Main Boling

Mengikut beberapa daerah di Negeri Pahang "Bolein" bermaksud terlanjang bulat atau bogel. Kadang kala disebut tanpa seurat benang. Biasa nya ia merujuk kepada budak budak berumur setahun hingga 5 tahun. Contoh ayat " Metnye aok palor budok tu bolein je, sejuk amat ..kang kembong pulak".

Agak agaknya nama sukan boling mengambil sempena dengan perkataan "bolein" . Ini disebabkan bola dan botol ( pin ) yang digunakan oleh sukan itu linyau linyau bagaikan badan budak yang terlanjang bolein itu.

Dua arena boling terdapat di Kuantan iaitu di premium lanes, dekat parkson lama dan satu lagi di Mega Lanes di Mega Mall. Ramai juga rodong-rodong yang berminat bermain boling ini. Kadang kala belum pun habis waktu kerja dah ada tercokoh kat arena boling ini. Mereka taklah berniat hendak mencabar Shazlin Zulkifli, tapi cuma sebagai satu hobi dan sukan masa lapang. Rodong rodong dari Pekan lambat dicabar , pasti datang, tak kira malam tak kira siang. Semuanya bertekat untuk menumbangkan botol botol yang linyau linyau itu.

Koi pun dah cuba cuba main, tapi kadangkala tak ubah seperti melempar kelongkong nyor dan selalunya masuk longkang.


Friday, February 5, 2010

Minum Pagi di Kuantan

Kalau belum minum pagi , mula lah mengelising tak tentu tala.Rasa rasa macam ada je yang tak kena. Rodong-rodong di Kuantan, biasanya tahu dimana tempat nak minum pagi ( mengetealah tu ). Banyak tempat tempat untuk kita minum belah pagi di Kuantan. Tetapi ada beberapa tempat yang molek mengikut keistimewaan makanan yang ada disitu.

Misalnya:
Nasi Lemak - Restoran Zaman
Nasi Minyak - Kedai kat Tanjung Api
Nasi Kerabu - Restoran ( ntah nama apa ) kat Yayasan Pahang, Peramu.
Mi Kari - Kat Semambu.


Entri ini bukanlah nak promosikan tempat-tempat ini, cuma nak beri tahu rodong-rodong yang di kuantan atau dari luar kuantan.

1. Restoran Zaman, Batu 9 Jln.Gambang - nasi lemak dan roti canai
2. Restoran Kamira , Batu 9 Jalan Gambang - nasi kerabu, nasi dagang, nasi minyak
3. Restoran Nasi Kerabu, Peramu, dekat Yayasan Pahang - Nasi kerabu dengan daging bakar
4. Kantin Telekom, Tanah Putih, ( kedai Teh ) - aneka makanan
5. Restoran Katijah , Jalan Wong Ah Jang , - Nasi minyak, nasi lemak
6. Anjung Selera Stadium, Stadium Darul Makmur - Nasi Kerabu
7. Gerai makan dekat pejabat MPK - Nasi kerabu, mee kari
8. Aida Food court-Centre point-Mee bakso, dan aneka makanan
9. Kedai makan- Tg. Api - Nasi Minyak
10. Gerai makanan Tg. Api ( dekat tempat orang jual ikan) - aneka pilihan
11. Restoran D Suria, Sri Dagangan - aneka makanan
12. Restoran Kampong, Sri Dagangan - aneka makanan, lempeng
13. Gerai -gerai dekat flat transit quarters.- nasi minyak, nasi lemak, nasi dagang
14.Gerai makan ( simpang masuk bukit sekilau ) - Mertabak Mengkasar/ belah petang
15. Restoran Taj. Belakang Wisma Bola Sepak - Roti canai, kari kepala ikan
16. Restoran U- turn - dekat jambatan kuantan, tanah putih - me kari
17. Restoran Siar saji - RTM Pahang,
18. Gerai sebelah Dewan orang ramai Pematang Badak - aneka nasi berasaskan ayam kampong
19. Restoran Dayana, Jalan teluk sisik sebelah bangunan Asialife - aneka makanan
20. Jelita Cafe - Dekat Am Bank - Lempeng nyor
21. Restoran Kita -Jalan Bukit Ubi - Nasi dagang, roti canai
22. Restoran Rahmat - Inderamahkota - makanan biasa biasa
23. Gerai kat Poliklinik Beserah - Nasi dagang dengan kari kambing.

mungkin banyak lagi.. kalau nak tambah senarai silakan.

Wednesday, February 3, 2010

Pondok Kawalan 1 Malaysia


Semasa berpusing pusing meronda sekitar bandar Kuantan, terjumpalah pondok kawalan didepan Balai Bomba, Jalan Bukit Ubi, Kuantan. Kelihatan 1 petugas dalam pondok kawalan ini.

Monday, February 1, 2010

Kad Jemputan Perkahwinan

Lagi dua minggu raya Cina. Adalah cuti panjang sikit. Orang orang Cina akan merayakan Tahun Baru Cina pada 14 dan 15 Februari ini. Bagi kebanyakan orang yang kita cuti tahun baru cina akan disesuaikan untuk mengadakan majlis perkahwinan. Jadi banyaklah kad kad jemputan majlis perkahwinan diterima sempena dengan cuti tahun baru cina ini.

Sekarang ini, bermacam macam jenis dan design kad jemputan kahwin ini yang ada dipasaran. Ada yang murah dan ada yang mahal. Pihak yang menjemput bolehlah memilih design kad kad yang sesuai dengan citarasa memasing. Tapi kalau merompong boleh juga buat design sendiri.

Walau bagaimanapun kad jemputan perkahwinan mestilah mengandungi perkara berikut:-

1. Nama orang yang menjemput atau pun nama tuan rumah. Ayah pengantinlah tu. Kena juga masukkan nama isteri sekali . ( suami isterilah tu).

2. Nama orang yang nak nikah te. Pengantin perempuan dan pengantin lelaki. Isikan nama betulnya. Tapi elok juga kalau dibuboh nama timangan nya seperti manja, tina dan tan, awang dsbnya.

3. Jangan pulak lupa buboh tarikh dan masa jemputan . Contohnya 14 februari 2010.

4. Aturcara majlis: Jamuan makan 12.00- 4.00 ptg.
bersanding 2.00 ptg.
potong kek 3.00 ptg
mandi sampat : 5.00 ptg

5. Tempat diadakan majlis tersebut. eg. alamat rumah, dewan, hotel , masjid dsbnya.

6. Turut menjemput: biasa nya ditulis seisi keluarga.

7. Yang Paling Penting ialah Peta. Peta kenalah lakar dengan betul , kena ada land mark , kalau tidak nyanyalah kekawan yang datang dari jauh.

8. Isi juga nombor talipon, mana tahu ada tetamu yang sesat tak jumpa rumah.