Followers

Tuesday, March 30, 2010

T.C

Telok Chempedak atau singkatannya TC bukanlah satu benda yang asing bagi orang orang Pahang. Malahan ianya juga dikenali oleh orang orang dari negeri lain. Orang orang yang datang dari luar Pahang akan terasa meskil jika tidak dapat datang ke TC bila berkunjung ke Kuantan. TC menjadi tumpuan orang ramai terutama pada hujung minggu, untuk berkelah, mandi manda dan mencuci mata.

Pada hari hari biasa TC tidaklah semeriah hari Sabtu , Ahad dan Cuti cuti umum yang lain. Hanya kelihatan beberapa orang sahaja yang mundar mandir di kawasan ini. Kadang kala kita terjerempak dengan pegawai pegawai dari Jabatan Agama Islam Pahang yang saja saja datang mengambil angin disini.

Bagi orang orang Kuantan sendiri, TC bukanlah satu tempat yang acapkali di kunjungi. Kadang kala ia menjangkau sehingga setahun dan mungkin lebih lama lagi.

Berikut adalah gambar gambar yang sempat dirakamkan dikalaTC kesunyian tanpa hiruk pikuk pengunjungnya.

Tapi tak tahulah di sebalik semak semak dan batu batu disitu.. kot kot ada orang.

Thursday, March 25, 2010

Waktu Bera

Untuk menyahut seruan piewahid supaya di tulis tentang menara jam di Negeri Pahang atau di Malaysia, setakat ini koi baru merakamkan 3 buah menara jam di negeri Pahang. Insyaallah akan koi usahakan yang lainnya kelak.

Sebagai mana Kuantan dan juga Pekan, Bera jugak mempunyai waktunya yang sendiri. Waktu Bera boleh ditengok dengan jelas dari jauh, sejauh 50 rantai melalui jam yang terpampang pada menara di bangunan pejabat Majlis Daerah Bera di Bandar Bera. Waktunya tepat dan serupa dengan waktu jam tangan kebanyakan orang-orang di Malaysia.

Waktu Bera yang dipampangkan melalui jam besar ini, menunjukkan keperihatinan orang orang Bera seperti, Mazru, Fadh, Cikgu Haji Jang , Al Mankaraqi dan rodong-rodong yang lain kepada kepentingan masa. Semoga orang orang Bera akan terus maju dengan simbol jamnya yang besar itu.

Tapi bila ada orang Kedah yang menyebut perkataan Bera kenalah hati hati sikit. Mungkin sebutannya bra itu akan disalah ertikan oleh orang orang perempuan disini , sebagai anak baju pulak.

Monday, March 22, 2010

Statistik Penduduk Negeri Pahang

Ramai juga orang di Negeri Pahang. Mengikut Buku Data Asas Pahang 2008 yang baru diterbitkan oleh Bahagian Perancang Ekonomi Negeri, bilangan penduduk Negeri Pahang pada tahun 2008 ialah seramai 1.51 juta orang. Itu termasuklah kecik besar, tua muda.

Pecahannya mengikut daerah adalah:-

Kuantan - 429,100
Temerloh - 153,900
Rompin - 137,400
Maran - 135,700
Pekan - 127,300
Bentong - 116,800
Jerantut - 96,600
Bera - 95,700
Raub - 93,700
Lipis - 90,600
C/Highlands- 36,400

Pecahan mengikut etnik pulak:

Bumiputera - 73.79%
Cina - 15.82 %
India - 4.58%
Lain lain - 0.71 %
Bukan warga negara - 5.10% ( mungkinlah pekerja , indon, bangla, vietnam, myamar )



Friday, March 19, 2010

Si Budak Kecil - 3

Kemudian terjadilah,
Si budak kecil dan keluarganya,
Berpindah ke bandar,
Dan si budak kecil terpaksa pergi ke sekolah yang lain.

Sekolah barunya lebih besar,
Lebih hebat dari sekolahnya yang lama,
Dan tiada pintu dari luar masuk kedalam bilik darjahnya.
Si budak kecil terpaksa menaiki tangga,
Dan berjalan melalui dewan yang panjang,
Untuk masuk ke darjahnya.

Pada hari pertamanya dia disitu,
Cikgu berkata " Hari ini kita akan melukis gambar"
"Baik ! " fikir si budak kecil.
Si budak kecil menunggu Cikgu,
Menunggu arahan cikgu.

Tetapi cik gu tidak berkata,
Cikgu hanya berjalan sekeliling kelas.
Apabila cikgu sampai kepada si budak kecil,
Cikgu bertanya " Tak tahukah kamu melukis gambar?"
"Apa yang hendak di lukis?" tanya si budak kecil.
" Cikgu tak tahu, jika kamu tak melukisnya" kata cikgu.
" Bagaimana hendak saya lukis?" tanya si budak kecil.
" Kamukan ada pensil warna, kamu ada kertas, dan lukislah apa yang kamu mahu"
" Lukis apa saja?"tanya si Budak Kecil.
"Ya lukislah apa saja" kata cikgunya.
" Warna apa saja ?" tanya si Budak Kecil.
" Ya.. warna apa saja" jawab cikgu.
" Kalau semua orang melukis gambar yang sama, menggunakan warna yang sama,
bagaimana cikgu nak tahu mana satu lukisan kamu "

" Entahlah" kata sibudak kecil,
Dia mula melukis
Gambar bunga , dengan berbagai warna yang dia suka , merah, biru , hijau jingga pun ada.

Tapi dalam hatinya..
Si budak kecil suka sekolah barunya.
Sekalipun tiada pintu dari luar
untuk masuk kedalam darjahnya.

Tamat.
di padankan dari tulisan Helen Buckley

Thursday, March 18, 2010

Si Budak Kecil -2

Pada satu hari yang lain,
Bila mana si budak kecil membuka pintu,
Masuk sendiri dari luar ke dalam,
Cikgu berkata:
" Hari ini kita akan membuat sesuatu dari tanah liat"
" Baik" kata si budak kecil
Si budak kecil sukakan tanah liat.

Tetapi cikgu berkata" Tunggu!"
"Belum masanya untuk bermula"
Dan cikgu menunggu semuanya bersedia..
"Sekarang," kata cikgu.
" Kita akan membuat mangkuk"
"Baik!" kata si budak kecil.

Tapi cikgu berkata" Tunggu"
" Cikgu akan tunjukkan"
dan cikgu mengajar semua orang
..bagaimana membuat mangkuk.

Si budak kecil melihat mangkuk gurunya
kemudian melihat mangkuknya
Si budak kecil suka mangkuk yang dibuatnya lebih dari gurunya,
Tapi si budak kecil tidak bersuara.
Si budak kecil hanya menguli tanah liatnya,
Dan membuat mangkuk serupa mangkuk gurunya,

Dan tidak lama kemudian,
Si budak kecil belajar menunggu,
dan melihat
dan membuat semuanya seperti cara cikgu.
Dan tidak lama kemudian,
Si budak kecil tidak lagi membuat caranya sendiri..

Si Budak Kecil 1

Seorang budak kecil pergi sekolah,
hebat juga budak kecil ini,
Dan hebat juga sekolahnya yang besar,
Bila dia masuk kedalam bilik darjah,
Si budak kecil gembira,
Dengan sekolahnya yang hebat itu,
Tetapi tidaklah sebesar yang disangka.

Hari itu cik gu nya berkata,
" Hari ini kita akan melukis gambar"
"Baik" kata si budak kecil,
Si budak kecil suka melukis gambar,
Si budak kecil pandai melukis gambar,
Gambar ultraman, gambar kereta lumba,
gambar kapal terbang.
Sibudak kecil mengeluarkan pencil warnanya.
Dan sibudak kecil mula melukis.

Tetapi Cik gu berkata" Tunggu"
"Belum masanya untuk kamu bermula"
Dan cik gu menunggu semua pelajar bersedia.
" Sekarang " kata cik gu.
" Kita akan melukis gambar bunga"
"Baik" kata sibudak kecil.
Si budak kecil juga suka melukis bunga.
Si budak kecil mula melukis bunga dengan cantik.
Dengan pensil warnanya yang biru, jingga dan merah jambu.

Tapi cik gu berkata" Tunggu"
" Dan Cikgu akan tunjukkan"
Dan cikgu melukis bunga diatas papan hitam.
Bunganya merah, batangnya hijau.
" Nah" kata cikgu ". Semua boleh mulakan"

Si budak kecil melihat bunga gurunya,
Kemudian melihat pulak bunganya.
Si budak kecil suka bunga yang dilukisnya,
Tapi si budak kecil tidak bersuara,
Si budak kecil hanya memalingkan kertas lukisannya,
dan melukis gambar bunga yang serupa dengan bunga cik gu,
Merah bunganya dan hijau batangnya.

Monday, March 15, 2010

Menziarah Pesakit

Pada masa cuaca yang tak menentu sekarang ini, ramai rodong-rodong dan sedara mara yang sakit. Mereka pergi ke hospital untuk mendapat rawatan. Ada yang mendapat rawatan sebagai pesakit luar dan tidak kurang juga yang telah dimasukkan ke wad untuk rawatan lanjut.

Semasa berkunjung ke Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan untuk menziarah sedara yang sakit, koi terjumpa satu risalah" Panduan Menziarahi Pesakit ( Muslim)" yang dikeluarkan oleh pihak HTAA dengan kerja sama Jabatan Agama Islam Pahang.

Bagus Risalah ini..

Berikut koi catitkan ( secara ringkas ) isi kandungan nya untuk panduan kita semasa kita menziarahi Pesakit ( sama ada di wad atau di rumah )

1. ZIARAH

Menziarahi pesakit juga merupakan salah satu dari rawatan kepada orang yang sakit, lebih lebih lagi ianya adalah orang yang dikasihinya. Ianya dituntut dalam Islam. Salah satu hadis Nabi tentang perkara ini ialah:-

Rasulullah bersabda:
" Ada lima hak (kewajipan) yang perlu ditunaikan oleh seorang muslim kepada seorang muslim yang lain, ia itu menjawab salam, menziarahi pesakit, mengiringi jenazah ke perkuburan, menghadiri undangan dan mendoakan yarhamukallah" kepada orang yang berkata "alhamdulillah" selepas bersin.
hadis riwayat Bukhari dan Muslim.

2. BERDOA

Berdoa untuk kesembuhan pesakit elok dibaca disisi pesakit.

Aisyah r.a berkata" Semasa Nabi Muhammad menziarahi salah seorang ahli keluarganya yang sedang sakit baginda menggosok perlahan lahan pada anggota yang sakit dengan tangan kanan sambil berdoa " Ya Allah ya Tuhan sekalian manusia, hilangkan segala penyakit . Sembuhkanlah, hanya engkau yang dapat menyembuhkan. Tidak akan sembuh sesuatu penyakit , kecuali dengan kesembuhan daripada Mu. Sembuhkanlah sehingga tidak kena penyakit lagi".

3. MEMBERI NASIHAT

Berikan nasihat supaya bersabar atas kesakitan yang dialaminya. Nasihatkan pesakit supaya makan ubat seperti yang disyorkan oleh doktor.

4. BERTANYA KHABAR

Kita digalakkan bertanya khabar, termasuk juga bagi orang yang sedang sakit. Para Sahabat pernah bertanya Saiyidina Ali bin Abi Talib mengenai keadaan Rasulullah s.a.w. yang sedang sakit . Kata mereka "Wahai Abu Hassan (Ali) bagaimana keadaan Rusulullah sekarang?" Saiyidina Ali menjawab" Pagi ini alhamdulillah, agak baik"

Friday, March 12, 2010

Tanaman Laman ( 2 )

Salah satu tanaman yang menjadi hiasan bandar Kuantan ialah pokok nyior . Di bawah tajuk Tanaman Laman , koi telah menulis tentang kepentingan pokok nyior ini kepada penduduk Kuantan . Selain dari nyior terdapat juga pokok lain yang ditanam di kawasan bandar, seperti pokok manila palm, cycras dan royal palm bertujuan menghiasi bandar Kuantan. Di Sepanjang Jalan Wong Ah Jang misalnya pihak MPK telah menanam pokok kemboja . Manakala di kebanyakan tepi simpang simpang di tanam dengan pokok mengkuang.

Pokok mengkuang yang ditanam disini ialah dari mengkuang yang biasa dijumpai di tepi pantai laut. Nama botanikalnya tidaklah koi tahu. Pokok mengkuang ini asalnya hidup secara meliar di kawasan paya di tepi pantai seperti di Kampung Sungai Karang, Pantai Sepat , Balok dan Cherok Paloh.

Mengkuang ini kemudiannya diambik dari dalam semak di kampung -kampung tersebut dan dibaik pulih untuk dijadikan tanaman laman untuk bandar Kuantan. Pekerja pekerja MPK akan sentiasa menjaga pokok ini supaya nampak lawar. Daun daun yang tua dan layu akan di cantas begitu juga dengan jerumbun akan ditebas supaya tidak menjadi sarang ular sawa.

Jika ada orang orang kuantan yang berminat untuk membuat tikar, bakul atau ambung boleh mengambik daun daun mengkuang ini untuk dilayor seterusnya dianyam.

Selain dari ditanam di simpang simpang mengkuang ini juga ditanam dikawasan kawasan rekriasi dan pantai pantai seperti pantai Teluk Chempedak.

Tuesday, March 9, 2010

Menghilir dan mudik Sungai Kuantan

Feri yang boleh memuatkan 20 orang satu perjalanan

Kalau ada masa lapang, kita boleh menghilir dan mudik Sungai Kuantan menggunakan " Kuantan River Cruise" . Kuantan River Cruise beroperasi setiap hari membawa orang ramai yang suka bermain air, terutamanya rodong -rodong yang suka menikmati keindahan alam.

Sebuah feri tersebut boleh memuatkan seramai 20 orang dengan bayaran sebanyak RM 16.00. seorang dewasa bagi satu perjalanan. Ianya akan mengambil masa kira-kira 1 jam 30 minit. Perjalanan feri ini bermula dari pengkalan dekat Pejabat MPK dan dibawa menghilir sungai Kuantan hingga ke kuala sungai iaitu dekat Tg. Api. Kemudian ianya patah balik mudik sehingga ke jambatan Sungai Kuantan di Tanah Putih.

Disepanjang perjalanan ini, kita akan dapat melihat dari view yang berbeza dari sekala. Antaranya ialah :

1. Bandar Kuantan dari sungai.
2. Bawah Jambatan Tanjung Lumpur
3. Tulisan Tanda Air KUANTAN
4. Hutan paya bakau
5. burung lang laut
6. Pengkalan LKIM Tanah Putih
7. Bot bot Nelayan Laut Dalam
8. Nelayan sedang menebar jala

Semasa perjalanan ini kita tak bolehlah nak memancing, menebar jala atau melabuh jaring, cuma kita hanya boleh tangkap gambar sahaja.


Pengkalan: tempat penumpang naik.
Benteng : tempat lepak dan melempar batu pancing.menjala siakap
HTAAbot laut dalamKomplek TeruntumTanda Air Kuantan

Monday, March 8, 2010

Tebing Sungai - Pekan

Masih lagi di Pekan.

Pada Entri yang lepas koi ander menulis tentang (Waktu Pekan ) . Sehingga entri ini ditulis waktu yang di dipaparkan pada jam besar yang teletak di Dataran Pekan itu tak sama dengan kebanyakan jam yang ada pada tangan orang ramai di Malaysia. Jam tersebut menunjukkan waktu 2 Jam 15 minit lebih cepat dari waktu Malaysia yang sebenar. Ini bermakna jika pada masa ini pukul 10.00 pagi, jam pada Menara di Dataran Pekan menunjukkan waktu 12.15 pagi. Mintak lah tuan punya jam tersebut membela balik jamnya itu. Kalau tidak malulah orang-orang Pekan.

Satu lagi kemudahan yang disediakan oleh pihak Majlis Daerah Pekan kepada orang awam dan warga Pekan ialah Tebing Sungai - Pekan atau Pekan Riverfront. Tempatnya terletak di sebelah hilir, kira kira sesepuluh rantai dari Bandar Pekan. Tempat ini dulunya alur sungai , dan di tambun untuk dijadikan sebagai satu tempat riadah , sambil ambik angin belah petang petang .


Lamannya lawar juga dan ditanam dengan berbagai bagai jenis pokok palm, termasuklah pokok nyior dan pokok sawit ( nampak macam pokok korma). Sekali pandang nampak macam padang pasir pulak. Ada juga hiasan dan lanskap kejur pondok rehat dan lembing atau tombak yang dicacak kan di kawasan itu. Tak tahulah kalau sawit atau nyior tu berbuah esok, mungkinlah tombak dan lembing yang ada di situ boleh digunakan sebagai galah untuk mengait nyior atau jadikan cop untuk menurunkan sawit.

Ianya mengadap ke Sungai Pahang. Tak de nampaknya rodong -rodong yang datang mengail di tebing sungai ini. Tak juga rodong rodong yang melabuh jaring , atau menebar jala di sini.

Orang Pekan mengelarkan tempat ini sebagai Tebieing sungai.

Thursday, March 4, 2010

Waktu Pekan

Sebagaimana Kuantan , Pekan juga mempunyai waktu rasminya yang tersendiri. Waktu rasmi Pekan Bandar Di Raja dapat dilihat dengan jelas pada Jam Besar yang terletak pada sebuah menara. Menara ini terletak di Dataran Pekan atau dikenali juga dengan nama Padang Band oleh orang orang Pekan sendiri.

Kedudukan Padang Band ini jauh dari masjid Pekan. Bagaimanapun jam ini amat berguna kepada pengadil bola sepak dalam menentukan tempoh masa sesuatu perlawanan yang diadakan di Padang Besar Pekan yang duduknya diseberang jalan.

Wednesday, March 3, 2010

Waktu Kuantan

Bagi kemudahan orang awam di bandar Kuantan, menengok waktu, terutamanya waktu solat, waktu berbuka dan waktu sahur, pihak MPK telah menyediakan jam besar ditengah tengah bandar Kuantan. Jam besar ini dilekatkan pada satu astaka atau menara khas berhampiran dengan Masjid Sultan Ahmad 1, iaitu berdekatan dengan padang MPK 1.

Waktu yang dipaparkan pada jam besar ini adalah waktu rasmi Kuantan. Kalau ada orang orang sekitar kawasan ini, kebetulan jam nya mampus bolehlah mengunci balik jamnya mengikut waktu pada jam besar ini.

Banyak juga bandar bandar di Negeri Pahang mahupun di Malaysia atau di Dunia yang mempunyai menara jam. Tapi ada juga blogs yang meletakan menara jam sebagai pengenalan blogs seperti blogs KomenSen

Monday, March 1, 2010

Promosi makan dan minum

Semalam , masyarakat Cina menyambut perayaan Chap Goh Meng. Sempena dengan sambutan tersebut banyaklah restoran restoran yang menyediakan berbagai bagai promosi . Ini termasuklah Restoran Mexica Garden seafood di Sri Dagangan Kuantan.

Gambar ini koi tangkap pada sebelah pagi, ( Ace aok klip pada gambar te) sebelum restoran ini dibukak kepada pelanggan nya.

Orang lepih kalau minum kat sini, bila nak order air tu janganlah banyak pikir, sebut sajalah airnya tu. Jangan cuba cuba nak cakap macam ni. " nantilah bila kas nak kas seburt"