Followers

Friday, March 12, 2010

Tanaman Laman ( 2 )

Salah satu tanaman yang menjadi hiasan bandar Kuantan ialah pokok nyior . Di bawah tajuk Tanaman Laman , koi telah menulis tentang kepentingan pokok nyior ini kepada penduduk Kuantan . Selain dari nyior terdapat juga pokok lain yang ditanam di kawasan bandar, seperti pokok manila palm, cycras dan royal palm bertujuan menghiasi bandar Kuantan. Di Sepanjang Jalan Wong Ah Jang misalnya pihak MPK telah menanam pokok kemboja . Manakala di kebanyakan tepi simpang simpang di tanam dengan pokok mengkuang.

Pokok mengkuang yang ditanam disini ialah dari mengkuang yang biasa dijumpai di tepi pantai laut. Nama botanikalnya tidaklah koi tahu. Pokok mengkuang ini asalnya hidup secara meliar di kawasan paya di tepi pantai seperti di Kampung Sungai Karang, Pantai Sepat , Balok dan Cherok Paloh.

Mengkuang ini kemudiannya diambik dari dalam semak di kampung -kampung tersebut dan dibaik pulih untuk dijadikan tanaman laman untuk bandar Kuantan. Pekerja pekerja MPK akan sentiasa menjaga pokok ini supaya nampak lawar. Daun daun yang tua dan layu akan di cantas begitu juga dengan jerumbun akan ditebas supaya tidak menjadi sarang ular sawa.

Jika ada orang orang kuantan yang berminat untuk membuat tikar, bakul atau ambung boleh mengambik daun daun mengkuang ini untuk dilayor seterusnya dianyam.

Selain dari ditanam di simpang simpang mengkuang ini juga ditanam dikawasan kawasan rekriasi dan pantai pantai seperti pantai Teluk Chempedak.

19 comments:

Cikgu Jang .. said...

kenei aok kat pokok2 tu yak....bagus buat penambahan ilmu tu...

Akuanakpahang said...

Molek juga menambah kehijauan bandor kita dok laa panas ngat yaa dak...

a kl citizen said...

barulah saya kenal pokok mengkuang ni...
terima kasih

piewahid said...

dulu kuantan dipromosi sbg bandar palma. skang cmne?

cemomoi said...

ngapa lain pulok koi nengok pokok mengkuang ter, besa hok berduri dok tepi paya ter, koi pnoh nolong mok koi meraut nok buat tiko ketnya lain rupanya

al-mankaraqi said...

salam singgoh untuk baca dan tengok gambor.

Mazru Majid said...

ngape deme tak tanam pokok derian yek?hehe

zulkbo said...

salam Endiem..
pokok mengkuang ni biasa di buat tikor je la yek..lainnya bakul..
rasanya ada lagi ke orang yang berminat nak buat seni kraf gitu lagi?

relevan said...

Susoh nak tanam pokok derian ni Mazru..nanti ramai sangat yang ngaku menanam..nak pulok bila tiba time musim..

Pak Man laksam said...

Bagus lah....ramai dah budak-budak sekarang ni yang tak kenal akan pokok-pokok tersebut.

endiem said...

Cik gu jang..
pokok mengkuang banyak terdapat tepi paya. banyak jenis pulok , ander yang boleh buat tikar.

yassin..
setuju sangat dengan aok.. patutnya banyak lagi pokok yang ditanam di bandar bandar.

endiem said...

a kl citizen..
dalam keadaan biasa, pokok mengkuang ni orang tak moh dekat, sebab banyak duri.

pie wahid..
macam tu lah jugak agaknya.. memang banyak pokok palma ditanam di kuantan. Pokok palma ni mudah maintain, sebab daun dia lambat luruh.

endiem said...

cemomoi..
ini pokok mengkuang pantai. Pokok nya besar dan banyak semak samun kalau tak dijaga.

al mankaraqi..
singgahlah..tak de kehalnya..

endiem said...

mazru..
Susah juga, kalau berbuah , gugor nanti empap kereta pulok.

zulkbo..
pihak kraftangan perlu ambik inisiatif mempromosikan perusahaan ini.

endiem said...

relevan..
betul..kalau tanam pokok derian, bila nak berbuah .. tentu ramai yang nak pajak..nak buat pondok pulok..

Pak man..
betul pak man..dema ingat pokok mengkuang macam pokok nerong.

noorlara said...

terima kasih atas maklumat tu, kalau tak salah ade gaks tempat nama mengkuang di Pahang betul tak?

Kunang-Kunang said...

Salam endiem,

Kalau tak silap akaklah pokok mengkuang ni orang panggil juga pandan pengkuang. Kalau di Dungun kampong kak ani, pokok ni banyak tumbuh di tepi-tepi pantai.

Daun dia pendek2 dan seperti daun mengkuang yang panjang dan boleh dibuat tikar.

Kalau endiem free, jemput ke blog agak yeer ambik award untuk endiem.

endiem said...

noorlara..
betul..nama tempat mengkuang ada kat daerah Bera.

endiem said...

Kunang-kunang..
betul, kak ani.. seseparuh tempat pokok pandan pengkuang ni tak digunakan orang..

Terima kasih atas award te.