Followers

Monday, March 15, 2010

Menziarah Pesakit

Pada masa cuaca yang tak menentu sekarang ini, ramai rodong-rodong dan sedara mara yang sakit. Mereka pergi ke hospital untuk mendapat rawatan. Ada yang mendapat rawatan sebagai pesakit luar dan tidak kurang juga yang telah dimasukkan ke wad untuk rawatan lanjut.

Semasa berkunjung ke Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan untuk menziarah sedara yang sakit, koi terjumpa satu risalah" Panduan Menziarahi Pesakit ( Muslim)" yang dikeluarkan oleh pihak HTAA dengan kerja sama Jabatan Agama Islam Pahang.

Bagus Risalah ini..

Berikut koi catitkan ( secara ringkas ) isi kandungan nya untuk panduan kita semasa kita menziarahi Pesakit ( sama ada di wad atau di rumah )

1. ZIARAH

Menziarahi pesakit juga merupakan salah satu dari rawatan kepada orang yang sakit, lebih lebih lagi ianya adalah orang yang dikasihinya. Ianya dituntut dalam Islam. Salah satu hadis Nabi tentang perkara ini ialah:-

Rasulullah bersabda:
" Ada lima hak (kewajipan) yang perlu ditunaikan oleh seorang muslim kepada seorang muslim yang lain, ia itu menjawab salam, menziarahi pesakit, mengiringi jenazah ke perkuburan, menghadiri undangan dan mendoakan yarhamukallah" kepada orang yang berkata "alhamdulillah" selepas bersin.
hadis riwayat Bukhari dan Muslim.

2. BERDOA

Berdoa untuk kesembuhan pesakit elok dibaca disisi pesakit.

Aisyah r.a berkata" Semasa Nabi Muhammad menziarahi salah seorang ahli keluarganya yang sedang sakit baginda menggosok perlahan lahan pada anggota yang sakit dengan tangan kanan sambil berdoa " Ya Allah ya Tuhan sekalian manusia, hilangkan segala penyakit . Sembuhkanlah, hanya engkau yang dapat menyembuhkan. Tidak akan sembuh sesuatu penyakit , kecuali dengan kesembuhan daripada Mu. Sembuhkanlah sehingga tidak kena penyakit lagi".

3. MEMBERI NASIHAT

Berikan nasihat supaya bersabar atas kesakitan yang dialaminya. Nasihatkan pesakit supaya makan ubat seperti yang disyorkan oleh doktor.

4. BERTANYA KHABAR

Kita digalakkan bertanya khabar, termasuk juga bagi orang yang sedang sakit. Para Sahabat pernah bertanya Saiyidina Ali bin Abi Talib mengenai keadaan Rasulullah s.a.w. yang sedang sakit . Kata mereka "Wahai Abu Hassan (Ali) bagaimana keadaan Rusulullah sekarang?" Saiyidina Ali menjawab" Pagi ini alhamdulillah, agak baik"

20 comments:

relevan said...

Ada juga jenis orang yang hanya datang menengok sahaja orang yang sakit itu..tak reti nak buat apa..tengook saja..

zulkbo said...

salam ENDIEM..
bagus enrti aok nie
berguna untuk masa depan..

piewahid said...

1. jgn melawat terlalu lama hingga mengganngu pesakit utk berehat.
2. sentuh pesakit jika sesama muhrim dan jika penyakit tsebut tidak bjangkit.

Mimie.Candy Cane said...

koi pernah masuk sepital kena denggi berdarah.lepas tu ade org kampung koi datang melawat.dia cakap dengan mak koi..

"denggi ni makcik,kalo bintik2 merah tu pecoh,memang maut la jawab nye"

mak koi genggam tgn koi.mengalir air mate koi..dah la masa tu badan koi dah berbintik2 merah..tak agak2 tol pakcik tu cakap mcm tu.

alhamdulillah,panjang umo lagi..

Mimie.Candy Cane said...

ermm..koi slalu tertukar blog ni dengan blog encik mazru..

al-mankaraqi said...

salam,

terima kasih berkongsi maklumat....

Finaz said...

bagus jugak risalah nih..kekadang disebabkan terlalu takut dgn situasi semasa spt wabak H1N1 ramai yg amik kputusan utk tidak berziarah saudara yg sakit di hsptl.. (termasuk diri saya sendiri..)

Mazru Majid said...

salam..

Thanks share..aih koi rase lain benor la pulok masuk blog deme nih,bau template baru te tak ilang lagi yak...heheh menarik.

Jejaka Desa said...

Kadang2 ande yang malas membace kat spito weh.Letok kat sini dapat juge rodong2 kongsi...

cemomoi said...

ander jugak hok tulung perabih makanan pesakit... maklum le orang sakit tak ander selera makan, dia kabo nabi kata jangan membazirrr

INTAN RH said...

klu gi ICU pstu gelak2...mmg nak kena hempas kan?

endiem said...

relevan..
tengok saja tu kira ziarah jugaklah..dapat juga pahala.

zulkbo..
untuk di kongsi sama..

endiem said...

piewahid..
betul.. janganlah menganggu pesakit dan janganlah pegang-pegang jika bukan muhrim.

mimie..
kalau cakap macam tu bukan kira dapat pahala, dapat dosa puloklah agaknya.

Hashim Zabidi said...

masuk sepital ada bagusnya ( tak kira lah kuat ke tidak ) dapat kenal sdra mara, dapat hadiah buah limau, apal, anggur dan kekadang dapat duit pulak.

endiem said...

al-mankaraqi..
sama sama.

Finaz..
Pakai topenglah masa melawat orang sakit.. tapi janganlah pulok pakai topeng tak nampak muka pulak.. hehe

endiem said...

mazru..
masih bau kedai lagi.. template baru.

jejaka desa..
betul jugak .. untuk kita kongsi.

endiem said...

cemomoi..
pesakit tak dak selera nak makan makanan hospital, tapi orang sihat pulok berselera nak makan makanan pesakit.

intan..
kalau melawat kat icu , rasa kadar kediri.

endiem said...

Pak hashim..
orang sakit kat hospital, mana ada selera nak makan buah buah, piza, KFC, maka yang itulah selalu dibawak oleh sedara mara. Kalau nak bawak makanan gitu bawak lah masa sihat..tak emboh pulok.

qaseh masyitah said...

Salam Endiem
terima aksih sudi berkongsi artikel itu di sini.adab2 semasa menziarahi orang sakit memang perlu kita hayati. kerna orang sakit ini sedia dah lemah, kalau tak kena gaya, akan bertambah sakit jika penziarah wat tak kena gaya.terima kasih atas keprihatinan saudara menziarahi rodong2 yang sedang dorawat itu

dmx said...

salam...
ziarah...
dri rodong2...
hehehe........