Followers

Monday, December 31, 2012

Selamat Tahun Baru 2013

Hari ini merupakan hari terakhir tahun 2012. Tak lama lagi kita akan menyambut tahun baru 2013. Pertamanya bila menyambut tahun baru kita mungkin memperbaharui azam kita. Sama ada meneruskan azam lama dengan memperbaharuinya atau pun membuat azam baru. Yang keduanya kita mengharapkan tahun baru ini akan memberi semangat baru kepada kita supaya dapat berubah. Dan yang ketiganya kita mengharapkan tahun baru ini akan mengubah kepada yang lebih baik.

Kepada rodong Koi Orang Pahang , Koi mengambil kesempatan ini mengucapkan  SELAMAT TAHUN BARU 2013

Sunday, December 30, 2012

Durian Crepe


Musim durian dah mengujung. Di Kuantan hanya beberapa pondok tepi jalan sahaja yang tinggal menjual durian. Yang lain kebanyakannya telah berpindah menjual cempedak pulak. Begitu juga dengan pekan pekan sari dan pasar pasar tani. Dah kurang.  Tak tahulah kalau kat Ulu Sungai atau kat Bentong kot kot banyak lagi.Durian pun dah mula ada rega balik.

Pada masa durian tengah banyak, ramai orang selak membuat crepe durian. . Di merata rata tempat ramai juga orang menjual crepe durian. Rega nya pun pah paleh mahalnya. Enam ketul dijual dengan harga RM 10.00. Dah tentu sedap. Kalau anak ramai kenalah tiga empat puluh untuk merasa crepe durian ini saja.

Untuk jimat duit, lebih baik cuba cuba buat sendiri. Resipi membuat crepe durian ini bolehlah tanya pada Pak Cik Google. Tapi kalau tak menjadi juga, buat asam tempoyak jelah..


Wednesday, October 24, 2012

HARI JADI RAJA

Hari ini 24 Oktober merupakan Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang. Hari ini juga merupakan hari cuti umum bagi Negeri Pahang. Pada hari ini KDYMM Tuanku berkenan menyampaikan pingat dan bintang kebesaran Negeri Pahang kepada orang dan individu yang berjasa kepada rakyat dan kerajaan.  Tentulah ramai  yang tersenyum gembira mendapat gelaran Dato dan Dato Seri. Tak nampak lagi nama koi dalam  leh  nama penerima pingat tu pada tahun ini . Mungkin tahun depan lah tu kot.

DAULAT TUANKU..

Tuesday, October 16, 2012

Pintu Gerbang - Kuantan


Rasa rasanya di Pahang ni tentu banyak pintu gerbang didirikan. Di Kuantan contohnya,  ada pintu gerbang. Nak masuk ke Sungai Lembing ada pintu gerbang, begitu juga kita akan jumpa pintu gerbang kalau nak pergi ke Pekan, Nak masuk felda Kota Gelanggi  kita juga nampak ada satu pintu gerbang didirikan di muka jalan.

Pintu gerbang selalunya didirikan di muka jalan masuk ke satu satu tempat seperti bandar, kota, tanah rancangan, sekolah, kilang elektronik ,  pejabat atau rumah tok empat. Tidak dapat dipastikan, ada ke pintu gerbang dibuat untuk masuk ke ladang sawit, kebun getah atau  kandang kambing. Ada juga pintu gerbang didirikan di pesta pesta ria, funfair atau serkas.  Pintu Gerbang berperanan sebagai  tanda arah, menentukan sesuatu wilayah dan mengalu alukan pelawat atau pengunjung  kesatu satu tempat. Di majlis majlis nikah kawin pun ada pintu gerbang, tapi ianya kecik saja. Ianya disediakan oleh mak andam.

Pada pertengahan tahun 2012 , pintu gerbang baru Kuantan telah didirikan bagi mengantikan pintu gerbang yang lama. Ia juga di dirikan sempena dengan SUKMA 2012 yang telah diadakan di Pahang, khasnya di Kuantan, Kalau kita datang dari Gambang  atau dari Pekan kita akan lalu  dibawah pintu gerbang ini yang terletak selepas jambatan Tanah Putih, Kuantan. Pada pintu gerbang ini tertulis Selamat Datang ke Kuantan.

Friday, August 17, 2012

Monday, February 13, 2012

Tanda Air Bentong

Sejak kebelakangan ini banyak PBT di Pahang yang meletak " tanda air" bagi mempromosikan bandar dan daerah memasing. Bermula dengan tanda air Kuantan, di ikuti dengan tanda air Pekan Bandar Diraja seterusnya, Temerloh , Bera dan terbaru Bentong. Koi namakan ia "tanda air" sebab ianya dicacak dibirai air di sungai berdekatan dan kalau sesak sesak ianya boleh digunakan untuk menyukat paras air.

Tanda air Bentong juga terletak di tepi tebing sungai. Sungai tersebut ialah Sungai Bentong di satu kawasan yang dinamakan Kg. Sungai Marung. Ianya dapat dilihat dengan mata kasar apabila kita masuk sama ada dari Kuantan atau Kuala Lumpur ke Bandar Bentong.

Dengan adanya "Tanda Air " ini Bentong adalah setaraf dengan Kuantan, Pekan, Temerloh dan Bera yang akan menjadi kemegahan 101,533 orang penduduk Daerah Bentong.

Sunday, January 1, 2012

SELAMAT TAHUN BARU 2012

Blog Koi Orang Pahang ingin mengucapkan selamat tahun baru 2012 kepada rodong-rodong semua.

Prestasi blog Koi Orang Pahang sejak tahun 2009 ( mula ditubuhkan ) hingga 2011 adalah seperti berikut:-

Bilangan Entri - 214 ( tahun 2009 - 101, 2010 -82 , 2011 - 31)
Bilangan follower - 171
Bil. Komen - 2,386
Hasil pengiklanan - RM 28.71

Harapan:

Semoga tahun baru 2012 Blog Koi Orang Pahang akan terus kekal dan berjaya emncapai matlamat.