Followers

Sunday, December 20, 2009

Ubi Kayu


Gambar diatas telah dirakamkan di salah sebuah gerai di Pasar Tani Kuantan , pada pagi Ahad 20.12.2009.

Dalam keadaan cuaca yang tidak menentu sekarang, dimana hujan turun di seseparuh tempat, kadang kala renyai dan kadang kala lebat, aktiviti pasar tani mega berjalan seperti sekala .

Apa yang nampak dijual di gerai ini ialah ubi kayu. Di musim musim hujan begini harga pasaran ubi kayu telah melambung akibat permintaan yang tinggi. Rata rata harga ubi di beberapa gerai di pasar tani kuantan, mencecah sehingga RM 2.00 sekilo.

Antara produk yang boleh dihasilkan oleh ubi kayu ialah:-

1. Ubi Rebus - Lawannya nyor kukur campur gula pasir atau garam. Ada juga orang yang makan ubi rebus dengan ikan masin. Ia nya sedap juga jika dimakan dengan gula kabung. Jika ingin lebih uummp makan dengan sambal belacan.
Kalau ada kopi o lagi bagus.

2. Ubi Bakar - Biasanya menu ubi bakar disediakan , apabila waktu kekebun sama ada untuk membersih atau memerun , oleh kerana terlupa bawak bekal , dan perut pun dah lapar.

3. Belebat Ubi. - Biasa juga dipanggil dengan nama lepat ubi. Ubi yang telah di parut di campur dengan gula kabung dan dibungkus dengan daun pisang serta di kukus. Sedap jugak pada perentan hujan begini.

4. Bingka Ubi: - Ubi yang telah diparut di kukus dalam loyang. Ini pun sedap juga.

5. Kerepek Ubi :- Ubi di hiris nipis nipis ( prosesnya tak tahulah koi ). Di makan ketika sedang menengok bola.

6. Tapai Ubi. Tapai ubi jangan dimakan dengan panadol atau ubat , nanti mabuk pulak.


Bahan bahan lain dari tanaman ubi:

1. Pucuk Ubi :- Celor untuk dijadikan ulam di makan dengan sambal belacan , budu atau cencalok. Pucuk ubi juga boleh di buat sayur lemak , ikan masin. Sedap makan dikala tengahari.

2. Batang Ubi: - Pun banyak gunanya , seperti buat galah untuk mengait jambu biawas, menghalau lembu masuk kebun dan berguna juga kepada tok guru yang mengajar mengaji.

Masih belum ada, Jus Ubi, Pil ubi kayu.



Wednesday, December 16, 2009

Selamat Tahun Baru

Entri ke 100

Selamat Tahun Baru 2010 M ( Jumaat )

Selamat Tahun Baru 1431 H ( Jumaat )

Monday, December 14, 2009

Kenduri Kahwin di Dewan

Sekarang ini semakin banyak majlis kenduri kahwin diadakan di dewan. Tak kira lah dewan apa, sama ada dewan serba guna, dewan serba tak guna, dewan majlis bandaran dan dewan badminton. Tapi bukanlah dewan negara, dewan rakyat atau dewan perniagaan. Macam di Kuantan , banyak dewan yang boleh disewa bagi tujuan tersebut seperti Dewan Konvensyen di jalan telok sisik ( jalan menghala ke TC), Dewan wisma Belia Inderamahkota dan Dewan JAIP ( Dekat masjid Sultan Ahmad 1). Begitu juga dengan tempat tempat lain seperti Dewan Orang Ramai Karak Setia acap kali dijadikan tempat untuk majlis kenduri kahwin.

Kebiasaannya jika kenduri diadakan di dewan, jamuan makan akan dibuat serentak atau sekali harung. Oleh itu kenalah datang cepat sikit. Kalau jemputannya jam 1.00 ptg. kita kenalah datang jam 12.30. Barulah sedap sikit. Takut juga , mana tahu tak cukup tempat duduk. Nanti susah juga bersibai kat depan dewan. Macam nak ambik duit bantuan banjir je.

Masuk je dalam dewan , intai intai atau hendap hendaplah kalau kalau ada godong yang datang sama. Kalau ada kerusi kosong dimeja godong godong sedaplah sikit nak berborak borak. Biasanya satu meja bulat untuk 10 orang. Kalau kena dengan gu yang molek goge sakanlah dewan tersebut, mengalahkan kedai majid (kedai majid di ketapang pekan)

Jam menunjukkan pukul 1.30 ptg, tapi tak de gaya nak makan lagi. Perut pun dah mengelodak. Borak pun dah tak serancak mula tadi. Masing masing pun lapar jugak , agaknya. Tapi janganlah pandai pandai bubuh bubuh nasi dalam pinggan. Malu lah kat orang lain.

Rupa rupa dema tu tunggu pengantin. Mengikut aturcara, pengantin sepatutnya tiba 1.15 ptg. Agaknya mak andam tersilap make up, nak betulkan balik pun mengambil masa jugak. Bila MC/DJ mengumumkan ketibaan pengantin, tetamu akan bangun memberi hormat. MC/ DJ dijemput khas untuk menacarakan majlis ini telah siap sedia dengan pantun dan madah. Tak tidur malamlah si Khairuddin menyiapkan skripnya.

Pengantin terus ke pelamin yang di adakan dipentas utama untuk majlis merenjis air mawar. Mula mula dijemput tetamu kehormat dulu. Biasanya Tan Sri, Dato Seri, Dato-dato, dan saudara mara kedua dua belah pihak. Biodata kedua dua pengantin akan dibacakan oleh MC pada masa ini. Renjis je lebih kurang kerana dah lapar ni. Selepas habis aturcara tersebut, doa dibacakan. Biasanya tok imam akan baca doa. Tok imam pun belum sembahyang zohor lagi.

Kemudiannya barulah pengantin dijemput untuk ke meja makan yang disedia khas di sebelah sisi dalam dewan. Bila MC menyebut " dijemput YB, Tan Sri, Dato' Seri, Dato-Dato , dif dif jemputan dan para tetamu, menjamu selera" barulah kita terkam kepada seduk dan nasi , lauk opor, dalca, acar, yang telah lama terhidang. Lagu lagu seperti selamat pengantin baru dan gambus jodoh akan kedengaran ketika ini bagi menghiburkan pengantin dan juga tetamu yang datang. Kedengaran juga bunyi dari sudu dan garfu yang sama naik dengan lagu nyanyian saloma itu.

Selesai makan jamah sikitlah pudding raja yang disediakan. Pudding raja jarang dapat. Orang rumah pun tak pandai nak buat. Bila dah senyap semua , ramai yang mengelising nak balik. Bila sorang dah mula tembar balik, kita pun bolehlah mula meninggalkan meja. Di depan pintu dewan tuan rumah, telah sedia menunggu untuk bersalaman dengan tetamu ( salam kokut). Hulurkan tangan kepada tuan rumah serta hulur jugalah sarung surat yang berisi itu kepada tuan rumah dan ucapkan terima kasih. Nanti tuan rumah akan berilah jabir berisi bunga, telur rebus, kek, kerepek ubi, sudu dan garfu kecik, sapu tangan dan lain lain dalam jabir tadi.



Friday, December 11, 2009

Macam macam Mesyuarat

Menjelang tahun baru ni banyak sangat mesyuarat. Boleh dikatakan bilang hari ada je surat panggilan mesyuarat. Ada mesyuarat bajetlah, ada mesyuarat 5S lah , ada mesyuarat kelab lah, ada mesyuarat pagilah, mesyuarat petang, mesyuarat malam, dan berbagai jenis mesyuarat. Tapi panggilan mesyuarat yang ini agak pelik sikit.

kepada:,
Semua Ketua Bahagian, Ketua Unit, Ketua Seksion.

MESYUARAT MEMBINCANGKAN CADANGAN MESYUARAT TAHUNAN KETUA BAHAGIAN/UNIT/SEKSION.

Sukacita dimaklumkan bahawa mesyuarat seperti diatas akan diadakan sebagaimana berikut:-

Tarikh: 14 Disember 2009
Masa: 10.00 pagi
Tempat: Bilik Mesyuarat

Agenda:
Ucapan Pengerusi
Penetapan tarikh dan tempat mesyuarat
Cadangan Agenda Mesyuarat.

Sekian , harap tidak diuzurkan, terima kasih

Saya yang benar


PENGURUS BESAR

Patutlah banyak mesyuarat..

Thursday, December 10, 2009

DIY - Ketapak Refleksiologi.


Ini adalah gambar " ketapak refleksiologi" . Ianya biasa diletakkan di laman rumah untuk beberapa tujuan. Pertamanya ia merupakan sebahagian dari lanskap kejur yang akan mencantikkan kawasan laman kita. Disamping itu ia merupakan satu kaedah terapi untuk kesihatan badan.

Untuk melakukan terapi refleksiologi ini , mudah amat. Bukak kasut atau dengan berkaki ayam , terus berjalan diatas ketapak tersebut lima nam kali pusing. Sakit tu memanglah sakit , tapi ia amat baik untuk kesihatan kita. Lakukan dua kali sehari , belah pagi lepas sembahyang subuh dan belah petang selepas asar. Insyaallah kita akan sihat selalu. Dengan adanya ketapak refleksiologi dilaman rumah , tak perlulah kita pergi ketaman taman rekriasi seperti Taman Gelora untuk memijak batu batu refleksiologi ini.

Ketapak refleksiologi ini boleh dibeli dari neseri bunga dan kedai kedai landskap yang ada ditempat kita. Regenya pun sekitar RM 20.00 satu. Untuk satu satu laman sekurang kurangnya kita perlukan lima atau enam tongkah ketapak ini. Untuk menjimatkan duit kita boleh buat sendiri. Tak payah pun, dan kosnya tidaklah banyak.

Berikut adalah cara menyediakan ketapak refleksiologi.

Bahan:
1. Simen ( atau semen cakap orang Lepih )
2. Pasir lombong atau pasir sungai
3. air
4. batu batu kasar ( sekasar ibu jari ) kalau tajam lagi baik.
5. Kertas surat khabar.
6. Nyaring reban ayam ( BRC ) sais 1" x 2"

Peralatan:
1. Acuan ( Nak senang, pinjam sahaja loyang ayan yang digunakan oleh orang rumah kita untuk mengukus kuih kasui atau bingka ubi)
2. Sudip simen ( kalau tak ada pinjam je sudip goring ikan di dapur: tapi pasti dibasuh bersih setelah menggunakannya, kalau tidak lain kali susah nak dapat pinjam)


Cara-cara:

1. Acuan di alas dengan surat khabar serata permukaannya. Ini bertujuan, apabila simen yang telah keras dalam acuan ini mudah longkah apabila ditengkuh kelak.
2. Bancuh simen dengan pasir atas kadar 3:1 ( 3 pasir dan 1 simen)
3. Tuangkan simen tadi kedalam acuan kira kira separuh acuan.
4. Masukan nyaring ( BRC) yang telah dipotong mengikut keluasan acuan itu. Ini bertujuan supaya ia menjadi tulang dan menguatkan ketapak tersebut dan tidah mudah patah.
5. Tambah simen sehingga memenuhi acuan.
6. Biarkan selama lebih kurang 2 jam.
7. Aturkan batu batu diatas simen .
8. Jemur dan biarkan selama 2 hari.
9. Apabila simen telah keras sepenuhnya, bolehlah ditengkuh untuk mengeluarkan ketapak ini dari acuan tadi.
10. Ketapak yang telah siap bolehlah diatur di depan laman rumah

mudahkan... selamat mencuba.

Tuesday, December 8, 2009

Petua Tak Mudah Lupa

Petua ini telah diceduk dari salah sebuah buku pakar motivasi yang di minati ramai iaitu Dato' Dr. Mohd Fadzilah Kamsah.

1. Jangan Makan Kepala Ikan.
Kepala ikan seperti tenggiri , patin, kelah, talapia, baung tak elok dimakan. Kalau ada pun sedekah kepada kucing. Tapi takut juga jika kucing jadi pelupa.

2. Jangan minum air atau makanan yang dimasuk serangga.
Jika terasa haus janganlah terus gogok air dalam botol. Tengok dulu mana tahu ada semut atau serangga yang berbisa seperti lebah , tebuan atau lipas dalam botol air kita. Begitu juga dengan makanan seperti kuih -muih.

3. Jangan makan organ dalam .
Perkakas dalam seperti hati, lempung, kura , jantung dan perut , eloklah jangan dimakan bagi mengelakkan penyakit lupa. Tapi kalau nak makan juga kenalah baca doa.

4. Makan apabila lapar dan berhenti apabila kenyang.
Maknanya apabila dah kenyang "kebuntur", Janganlah nak makan lagi. Itu mentekedarah namanya.

5.Makan awal.
Masuk je maghrib boleh terus je makan. Tapi ini bukan bererti kita makan dulu pada orang lain.

Sunday, December 6, 2009

Kelendar Tahun Baru

Seorang rodong beritahu bahawa dia dah dapat kelendar tahun 2010. Semalam dia beli tikar getah baru di bandar dia diberi kelendar oleh towkey kedai tersebut.

Hari ini koi cadang nak round seluruh bandar Kuantan cari kelendar. Nak buat koleksi kelendar 2010. Antara kelendar yang akan dibuat koleksi :

1. Kelendar kuda.( siat sebulan sekali )
2. Kelendar hari bulan ( kena siat setiap hari )
3. Kelendar sehelai setahun
4. kelendar 3 bulan sekali
5. Kelendar meja.

Kena banyak keluar belanja nak dapat kelendar.

Friday, December 4, 2009

Azam Tahun Baru

Sempena dengan tahun baru 2010 , molek benarlah jika hendak membuat azam baru. Sebagaimana pada akhir tahun 2008 dulupun kita membuat azam untuk tahun 2009. Ace semak balik azam kita bagi tahun 2009, guane gayanya?. Berapa peratus kejayaan yang dicapai. Kalau 100%, Alham dulillah. Tapi kalau kurang dari 50 % kita kena semak dan ubah suai dan renew balik bagi tahun 2010 nanti.

Dibawah ini disenaraikan azam yang menjadi kegemaran ramai menjelang tahun baru.

1. Berhenti Merokok
Rege rokok sentiasa naik setiap tahun disebabkan bajet tahunan menaikkan cukai tembakau. Rokok juga dikatakan boleh mendatangkan banyak penyakit kronik. Jadi mulai 1 Januari 2010 bolehlah mula berhenti merokok. Untuk menghilangkan terus tabiat ini memang payah. Oleh itu carilah satu alternatif mengantikan tabiat ini tapi janganlah pulak menghisap paip atau cerut mengantikan tabiat merokok.

2. Menabung.
Rata rata ramai orang berazam untuk menyimpan duit atau menabung. Menyimpan duit memang baik. Menyimpan duit boleh dibuat dalam bank bank ditempat kita , bawah bantal atau dalam tabung. Jadi mulai sekarang bolehlah tebang buluh betong untuk dijadikan tabung, buatlah 2 atau 3 buah tabung. Mulai 1 Januari 2010 masukkan semua duit sekeleng yang lebih kedalam tabung kita tadi. Mungkin pada akhir tahun kesemua tabung itu akan penuh.

3. Berjimat.
Salah satu dari azam yang diperbaharui setiap tahun adalah berjimat cermat. Amalan berjimat memang bagus. Hendak pulak sekarang harga barang barang semuanya naik. Gula , beras , minyak , ikan , ayam, minyak masak dan lain lain akan naik mulai tahun depan. Oleh itu kenalah berjimat sikit. . Mungkin juga teh tarik kat restoran Taj dan roti canai juga akan naik. Jadi cuba cubalah bawak bekal pergi kerja.

4. Membayakkan Amal Ibadat.
Hendaklah diniatkan serta diazamkan supaya kita banyak membuat amal dan juga ibadat. Sembahyang, puasa, zakat hendaklah diberi tumpuan. Kena rajin ke surau dan masjid mendengar orang berkitab. Sedekah kena kerap.

5. Rajin Belajar.
Bagi budak budak tadika, sekolah rendah, sekolah menengah dan IPTA yang akan mengambil peperiksaan tentulah target untuk lulus periksa dengan cemerlang. Oleh itu tanamkan azam untuk belajar bersungguh sungguh, kurangkan bermain dan berangan angan dan selalu ulangkaji. Orang orang yang kerja kerajaan pun kena belajar juga supaya boleh lulus PTK.

6. Meninggalkan tabiaat yang buruk.
Bagus juga jika ada azam sebegini dibuat . Tabiat tabiat buruk seperti boros, selalu marah, iri hati , kuat mengumpat dan lain lain tabiat negatif haruslah dihindarkan sepanjang masa.

Mungkin banyak lagi azam bagi setiap orang itu ,seperti nak menambah cawangan baru, hendak membesarkan perniagaan dan lain lain. Semuanya merupakan satu kebaikan kepada individu tersebut dan harap ianya akan tercapai pada penghujung tahun 2010 nanti.

Wednesday, December 2, 2009

Promosi Kembali Ke Sekolah

Pejam celik, pejam celik dah masuk bulan dua belas. Dah penghujung tahun pun. Tahun 2009 dah copir sangat. Tak sampai sebulan lagi masuklah tahun baru 2010. Mangkanya bila masuk je tahun baru ni banyaklah perkara yang perlu difikirkan. Satu dari perkara yang menjadi isu pihak Cuepac yang mendapat sokongan 100 % orang orang kerajaan ialah belanja anak ke sekolah.

Di bandar bandar seperti Kuantan, Pekan, Jerantut , Raub dan Temerloh , banyak nampaknya sepanduk yang bergayut pada tiang tiang api memberitahu jualan dan promosi "kembali ke sekolah". Supermarket, hypermarket, kedai pakaian, kedai runcit , kedai koperasi dan warung warung tepi jalan kebanyakannya membuat promosi atau jualan" Kembali Ke Sekolah". Mungkin jugak kedai Mak Su di Simpang Badang, Batu Talam pun membuat promosi yang sama.

Mereka yang ada anak yang akan bersekolah pada tahun 2010, bolehlah berkira-kira membeli pakaian sekolah mulai sekarang. Jangan tunggu las minit, nanti tak dan . Yang nak masuk darjah satu, kena beli semua set baru. Baju, seluar , tali pinggang, stoken, kasut putih , baju panas, seluar dalam semuanya mesti baru. Sais kena betul, jangan tak padan pulak, atau gedobos ( terlalu besar). Kalau boleh bawak budak kekedai sekali, senang sikit boleh ukur. Budak perempuan lain pulak pakaiannya. Baju kurung, kain dan tudung.

Bagi yang ramai anak bersekolah mungkin jugak terasa perit berbelanja membeli pakaian sekolah ini. Kadang kala seluar budak sekolah tingkatan 3 lebih mahal dari seluar kerja pejabat ayah dia. Baju pun mahu juga dua puluh hinggit sehelai. Sekurangnya mesti beli dua pasang seorang. Kalau beli kasut Converse , poh palih, sepasang dah terduduk dibuatnya. Beli jelah kasut Bata , Jazz, Worrior atau Fung Kiong.

Income pun susah sikit musim hujan ni. Tak boleh menoreh. Hendak tak hendak kena kobeklah duit kat Tabung Haji dulu.

Sunday, November 29, 2009

Daging Korban

Banyak juga masjid dan surau mengadakan korban pada hari raya yang pertama. Oleh kerana hari itu hari jumaat dan kesuntukan masa untuk menunaikan fardu Jumaat , maka korban juga dibuat dijalankan pada hari sabtu iaitu hari raya yang kedua.

Di merata rata tempat, ceruk rantau di tempat kita banyak dijalankan sembelihan ternakan untuk korban. Ada yang menyembelih seekor dan ada seseparuh masjid menyembelih sehingga 15 ekor lembu.

Daging daging lembu dan kerbau yang telah di sembelih itu akan dibahagi-bahagikan kepada orang orang miskin, fakir dan juga orang orang yang tinggal dalam kampung, taman atau rancangan. Pembahagian daging tersebut bergantung kepada keadaan. Biasanya sekilo bagi satu bungkusan. Menakala tulang dan perkakas dalam akan disedekahkan kepada pekerja yang membantu dalam kerja-kerja berkorban itu.

Kalau terlalu banyak orang berkorban dalam sesuatu taman perumahan atau kampung itu, maka banyaklah daging korban yang diterima. Kadang kadang tak muat peti ais dibuatnya.

Teringat juga akan pesan ustaz mengenai korban ini supaya jangan tamak.

Thursday, November 26, 2009

Hari Raya Haji

Hari raya haji atau lebih dikenali sebagai hari raya korban, jatuh pada 10 haribulan Zulhijjah setiap tahun. Pada tahun ini hari raya haji atau juga lebih dikenali sebagai Hari Raya Aidil Adha jatuh pada hari jumaat 27 November 2009. Bersempana dengan hari raya haji ini ramai umat Islam diseluruh dunia akan mengadakan Ibadah Korban.

Ibadah korban, bermaksud menjalankan ibadah dengan menyembelih binatang seperti lembu, kerbau, unta , kambing dan bebiri yang telah cukup umurnya. Di Negeri Pahang ibadah korban banyak dijalankan di masjid-masjid, surau dan kawasan rumah di kampung kampung. Ada juga penyembelihan binatang bagi tujuan korban ini dibuat di Rumah Sembelih kerajaan.

Penyembelihan binatang ternakan seperti kerbau , lembu, kambing dan bebiri yang dibuat di Rumah Sembelih adalah lebih terjamin kebersihannya berbanding dengan penyembelihan dibawah pokok atau ditepi paya. Ianya dijalankan oleh pekerja yang mahir dengan menggunakan peralatan yang morden supaya daging yang dihasilkan itu bersih dan tidak tercemar.

Monday, November 23, 2009

Majlis Berkhatan

Sekolah dah mula cuti panjang. Bagi emak bapak yang mempunyai anak lelaki yang masih belum bersunat, prentan inilah amat sesuai untuk menyunatkan mereka. Biasanya budak budak yang berumur 8 hingga 10 tahun sesuai untuk dikhatankan. Di separuh tempat di Negeri Pahang diadakan satu majlis khusus untuk budak budak yang hendak berkhatan ini. Selain dari satu adat budaya, majlis berkhatan bertujuan meraikan mereka mereka yang hendak bersunat.

Walaupun tak semeriah majlis berkahwin, majlis berkhatan juga tak kurang hebatnya. Perancangan majlis ini dibuat dengan teliti. Ianya mungkin dianjurkan dengan pakatan diantara dua tiga keluarga yang rapat atau dibuat secara beramai ramai dalam sebuah taman perumahan.

Aturcara majlis berkhatan juga menarik. Antara acara yang biasa dibuat ialah dengan dimulai marhaban dan berdikir. Pasukan marhaban kampung atau taman tersebut dijemput bagi memeriahkan majlis. Kemudiannya bebudak ini akan di arak beramai-ramai dengan menjulangnya untuk ke pelamin. Orang orang yang tegap akan menjulang budak budak ini. Paluan kompang akan kedengaran seakan akan berbunyi .." potong..potong.. potong".

Di atas pelamin upacara merenjis air mawar diadakan. Selepas itu mereka semua dibawa untuk makan. Masa inilah mereka dijamu dengan berbagai bagai makanan yang sedap seperti ayam golek, KFC, Chicken Chop, Lamp Chop, ikan kelah , budu, cencalok dan macam macam lagi atas niat ibu bapak. Bila dah siap makan budak budak ini akan dimandikan. Ada yang memanggil pihak Bomba untuk memancut air kepada budak budak ini. Emak ayah pun juga boleh menumpang mandi bersama anak anak mereka.

Yang paling mencabar anak anak ini apabila dibawa masuk kedalam bilik untuk berjumpa dengan doktor. Emak ayah pun berdebar jugak.

Friday, November 20, 2009

Tahniah

Tahniah kepada anak anak yang mendapat kecemerlangan dalam peperiksaan UPSR 2009.

Kepada si kembar yang mendapat 5 A dan 4A 1B,

Kamil yang mendapat 4A 1B

dan semua yang berjaya.

kepada yang tek berjaya dengan cemerlang , jangan putus asa .. adalagi pereksa PMR

Thursday, November 19, 2009

Tertidur ( bahagian akhir )

Fahmi Hafiz melihat jam pada screen handphonenya. Tertera waktu pada masa itu menunjukan pukul 1.25 pagi. " Huh..!! Lambat nya... ," terkeluar suara dari mulutnya yang sedang menguap sambil meregangkan kedua dua tangan keatas.

Lima enam orang penumpang kelihatan turun ke kawasan rehat di simpang Jalan Segamat Kuantan. Ada yang ke bilik air untuk membasuh muka dan ada yang terus ke gerai makan bagi membasah tekak sambil menikmati roti canai . Tinggallah penumpang penumpang yang merekoit dibuai mimpi. Agaknya mereka sedang bermain ski di pergunungan Alps. Untuk menghilangkan kebosanan, Fahmi Hafiz ikut turun bersama sama dengan kumpulan penumpang penumpang tadi.

Perjalanan bagi separuh masa kedua diteruskan. Semua penumpang telah ada di tempat duduk masing masing. Kali ini pemandu gantian mengambil alih tugas memandu bas ke distinasi seterusnya. Jalan dari Segamat menghala ke Kuantan agak sunyi. Lebih lebih lagi ketika itu telah lewat malam, hanya terdapat beberapa buah kereta dan lori trailer yang berselisih menghala ke selatan. Suasana dalam bas juga tenang. VCD cerita hindustan yang dua kali diulang tayang itu juga telah di offkan . Cuma kedengaran bunyi dengkuran motor air cond mengelodak bagaikan tak pernah di servis.

Fahmi Hafiz berhasrat untuk terus berjaga hingga sampai ke Kuantan. Apabila tiba disana, sekitar 4.oo pagi , dia bercadang untuk tidur sekejap di surau yang terletak ditingkat atas Terminal Makmur. Bas Rahmat Alam yang berulang alik ke kawasan perumahannya di Cenderawasih mula beroperasi seawal jam 7.00 pagi. Bagi menghilang rasa mengantuk, dia memasang angan angan.

Bas Transnasional dengan kelajuan 90 km/jam itu , terus meredah kegelapan malam dengan satu matlamat. Untuk selamat sampai ke destinasi tepat pada waktunya. Lepas Muadzam Shah, Gambang , Batu 9 dan terus mengikut sebagaimana jalan yang biasa dilaluinya.

Bunyi dari handphonenya, mengejutkan Fahmi Hafiz dari lamunan. Tanpa melihat melihat siapa pemanggil di screen handphonenya, Fahmi Hafiz terus menjawab panggilan pertama di pagi itu.

Belum pun sempat ia menjawab , kedengaran suara lembut dan halus dari sipemanggil nya." Hello, Fahmi ... U sebenarnya nak ke mana ni ? "

" Nak ke Kuantanlah..eh.. eh... aok ni sapa?" jawab Fahmi secara sepontan.

Tak ada jawapan. Ternyata panggilan tadi telah terputus.

Fahmi Hafiz melihat keluar. Dari kilauan cahaya lampu kenderaan yang lalu lalang, dia dapat melihat satu keadaan yang agak asing baginya. "Dimana aku sekarang" fikirnya. Dia mengamati lagi. Akhirnya dalam kesamaran malam itu, dia dapat melihat satu papantanda yang terus mengembalikan ingatan kepadanya.

Tanpa berfikir lagi , Fahmi Hafiz terus memicit loceng berdekatan dengan tempat duduknya. Belum pun bas berhenti dia meluru ke hadapan.

" Ngapa Pak Cik tak berhenti di Kuantan ? " tanyanya kepada pemandu bas.

" Mu nak gi mane ?... tadi kang dah berenti.. nape tak turung " Jawab pemandu bas dalam lorat Trengganu.

" Pak cik.. tolong saya.. hantar saya balik ke kuantan, ... saya tak sedar tadi" rayu Fahmi Hafiz.

" Tak leh lah.. mu turung di Kemamang kejap lagi.. eh" balas pemandu bas sambil memberi signal untuk meneruskan perjalanan.

" Eh.. eh pak cik, saya turun sinilah" beritahu Fahmi Hafiz sambil melangkah turun.

Bas Espress Transnasional dari Johor Bahru ke Dungun itu terus bergerak meninggalkan Fahmi Hafiz kesaorangan di hadapan Klinik Desa Sg. Ular itu. Di screen handphonenya menunjukkan pukul 4.18 pagi.


@@@@@@@@

Tertidur

Perjalanan dengan bas dari Johor Bahru Ke Kuantan mengambil masa lebih kurang 6 jam. Bas ekspress yang menghala ke utara pantai timur seperti Kuantan, Kemaman, Dungun, Kuala Trengganu dan Kota Bharu biasanya akan melalui dua laluan, sama ada melalui Rompin atau MuadzamShah. Pihak syarikat syarikat bas ekspress telah mengatur jadual perjalanan mulai dari 8.30 pagi hinggalah ke lewat malam setiap hari. Mungkin pada musim musim perayaan bilangan bas akan ditambah bagi memenuhi keperluan semasa.

Fahmi Hafiz, penuntut Diploma Kejuruteraan Awam, Universiti Tun Hussein On, Batu Pahat merupakan salah seorang dari penumpang bas ekspress Transnasional yang akan ke Pantai Timur pada malam itu. Lepas saja kuliah Pn. Anisah, petang tadi, dia terus berkejar ke stesyen teksi Batu pahat untuk ke JB. Setibanya di Terminal Bas Larkin, dia membeli tiket bas ke Kuantan. Tambang bas dari Johor Bahru ke Kuantan ialah RM 26.40. Dia hanya sempat mendapatkan trip perjalanan pada pukul 10.00 malam dengan menaiki bas JB - Dungun melalui Kuantan.

Sementara menunggu bas bertolak Fahmi Hafiz sempat juga mengalas perut di gerai makan di sebelah belakang terminal tersebut. Perutnya telah mengelodak dan mintak diisi . Pada ingatannya, dia hanya bersarapan bersama "Sin Chan", Jong dan Rafi di cafe kolejnya pada sebelah pagi tadi. Selepas itu tak delah satu habuk pun yang masuk kedalam rongga kerongkongnya kecuali air lior sahaja.

Fahmi Hafiz memesan segelas fresh oren dan nasi ayam goreng. Awek rambut perang, berbaju t warna pink yang mengambil order dari nya, tersenyum melihat telatah Fahmi Hafiz yang mengongkang ayam goreng madu itu dengan bersemangat sekali. Setelah melangsaikan bayaran makanan kepada cashier di gerai tersebut, Fahmi Hafis terus meninggalkan gerai awek rambut perang itu untuk ke terminal.

Bas Ekspres Transnasional ke Dungun meninggalkan Terminal Bas Larkin Johor Bahru tepat jam 10.05 malam. Hanya terdapat kira-kira 20 orang penumpang dalam bas tersebut. Kesejukan malam ditambah dengan pula air cond bas menjadikan suhu dalam bas tersebut sekitar 18 darjah celcius. Fahmi Hafiz mengeluarkan jaket dari beg galas 'shoei' nya. Jaket hitamnya itu adalah hadiah dari Kak Longnya kerana dia berjaya mendapat 5 A dalam peperiksaan SPM yang lepas.

Sepanjang perjalanan, Fahmi Hafiz hanya mampu berangan angan dan mengelamun sahaja. VCD cerita Hindustan yang dipasang oleh pemandu bas langsung tidak menarik minatnya. Tah apa apa. Kalau ada awek di sebelahnya alangkah bagusnya, boleh berbual bual, boleh berkenalan dan boleh bertukar tukar pendapat, fikirnya. Tapi seat disebelah nya kosong. Tak de orang.

Lepas satu bandar satu bandar dilewatinya, begitu juga dengan pekan pekan kecil . Air Hitam, Yong Peng, dan Labis , semuanya telah di tempuh. Di Segamat bas berhenti kira kira 20 minit untuk memberi peluang kepada penumpang-penumpang yang telah penuh tangkinya kebilik air dan yang ingin menyegarkan mata pekena tongkat ali atau kopi radix.

bersambung lah pulak..


Tuesday, November 17, 2009

Tetuang

Gambar diatas adalah sejenis alat muzik yang dimainkan oleh pemuzik pemuzik pada satu zaman dahulu.

Maklumat lanjut mengenai alat ini boleh dilihat di sini, Pada masa ini alat tetuang ini, tidaklah begitu penting dalam sesebuah kumpulan muzik atau orkestra. Ianya mungkin digunakan untuk sesuatu tujuan yang lain seperti gimik perasmian, untuk majlis pelancaran dan sebagainya.

Untuk meniup alat tetuang ini payah jugak. Ia bukanlah mudah ditiup seperti seksefon yang dimainkan oleh kassim selamat dalam cerita ibu mertua ku. Silap gaya ia tak berbunyi, dan mungkin keluar bersembur air lior dihujung corong depannya. Tempias kepada orang sebelah. Dua tiga orang rodong koi seperti Haris, Jo dan Fazlizan serenda nak meniupnya. Orang yang mempunyai nafas yang panjang sahaja boleh meniupnya dengan molek. Biasanya orang yang perut buncit. Itu pun kena banyak buat latihan. Kalau nak jadikan ia sebagai bermelodi lagi lah payahnya.

Mengikut maklumat, alat ini dibuat dari tanduk kerbau. Untuk membuatnya bukanlah susah sangat. Cari je tanduk kerbau yang panjang agak- agak seseta ( hasta) . Tanduk kerbau boleh di dapati dari merata rata rumah sembelih kerbau dan lembu atau mana mana kerbau yang disembelih untuk Korban di Hari Raya Korban pada 27 dan 28 November ini. Cuci molek molek, sebaik baiknya basuh dengan klorok, supaya hilang baunya. Kendian pancas di bahagian hujung yang tajam supaya nampak lubangnya. Pada bahagian lubang inilah tempat untuk di tiup. Kita tak perlu buat lidah dan lubang lubang macam seruling. Kalau rajin bubuhlah tali renda ikat langsir ( seperti gambar) supaya nampak lawar sikit.


Monday, November 16, 2009

Jawapan Ujian IQ

Ramai rodong yang berminat kepada Ujian IQ dan masalah yang dikemukakan. Koi mintak maaflah kerana lambat kabar jawab. Dua tiga hari ni koi out station keluar ke Ipoh dan N9. Jawapan sebenarnya memang ada, tak tipu punya.

Mazru tak sabar , sampai ajak relevan cari koi di kuantan. Kalau Aok berdua datang ke kuantan , mana koi nak nyorok. Hai banyak mendapat maklumat tambahan dan tak lama lagi mesti dapat jawabnya.

Jadi sebagai yang telah dijanjikan berikut adalah jawapannya.

1. Syazwan mempunyai hobi bermain hoki
2. Adam suka minum jus oren.

huraiannya seperti berikut:-

1. Azim anak Pak Malik yang sulung, tinggal di kuantan suka bermain badminton , minuman yang digemari ialah susu dan memiliki kereta proton waja.

2. Sukri anak yang kedua, tinggal di Jerantut , suka bermain tenis, suka minum teh tarik dan memiliki kereta Gen 2.

3. Manakala anak nya yang ketiga bernama Alif , tinggal di Lipis , berminat kepada Golf , kegemarannya Tongkat Ali dan memiliki kereta Honda Civic.

4. Anaknya yang ke empat bernama Syazwan bermastautin di Bentong, berminat bermain Hoki suka kepada Kopi dan memiliki kerata Myvi.

5. Adam anak bongsunya tinggal diRaub , gemar bermain Futsal , suka jugak kepada Jus Oren dan memiliki kereta Vios.


Wednesday, November 11, 2009

Ujian IQ

Dalam satu kursus kepimpinan , satu ujian telah diberi bagi menilai tahap IQ peserta - peserta.

Pak Malik mempunyai 5 orang anak lelaki. Kelima lima anaknya itu tinggal ditempat yang berbeza dan juga mempunyai hobi yang berbeza. Disamping itu mereka juga menggunakan kereta serta gemar kepada minuman yang berbeza.

Klu yang diberikan ialah:-

1. ALIF bekerja di KUALA LIPIS.
2. Pemain FUTSAL menetap di RAUB.
3. Anaknya yang bernama SYAZWAN gemar minum KOPI
4. Orang di JERANTUT suka minum TEH TARIK
5. SYAZWAN abang kepada ADAM
6. Pemilik HONDA CIVIC setiap minggu kepadang GOLF
7. AZIM memiliki kereta PROTON WAJA
8. Anaknya yang ketiga suka minum TONGKAT ALI
9. Anak Sulungnya tinggal di KUANTAN
10. Pemilik kereta Gen2. adik kepada pemain BADMINTON
11. Pemilik kereta PROTON WAJA abang kepada pemain TENIS
12. JUS OREN suka diminum oleh pemilik kereta TOYOTA VIOS
13. Anak Pak Malek yang tinggal di KUANTAN abang kepada SYUKRI
14. Pemilk kereta MyVi bermastautin di BENTONG.

Perlu di cari.
1. Siapakah yang suka bermain HOCKEY.
2. Siapakah yang gemar minum JUS OREN

Monday, November 9, 2009

Sekali Air Bah

Masuk je bulan November membawak ke bulan Februari, merupakan musim pejur bagi negeri Pahang. Hujan akan sentiasa turun di sepanjang masa dalam tempuh tersebut. Manakala mereka yang tinggal berhampiran dengan sungai, terutamanya sungai besar hendaklah berjaga jaga dari kemungkinan kejadian banjir atau bah .

Sungai yang selalu dinaiki air , ialah Sungai Pahang, Sungai Tembeling, Sungai Jelai, Sungai Semantan dan Sungai Kuantan. Ada juga sungai lain yang menjadi tepu dan melimpah keatas darat. Mana mana tempat yang rendah akan ampuh air.

Beberapa perkara yang perlu diberi perhatian pada perentan hujan dan kemungkinan berlakunya bah.

1. Selamat kan diri sendiri dan keluarga.
Jika nampak air sungai, longkang dan alur , lain macam je dan kemungkinan naik, cepat cepatlah ambil tindakan perlu. Jangan main dalam longkang dan duduk coper dekat tebing sungai yang arus deras. Kalau kritikal dan perlu berpindah, berpindahlah ke tempat yang selamat seperti pusat pusat perpindahan banjir.

2. Selamatkan dukomen penting.
Dokumen dokumen penting seperti surat beranak, surat nikah, sijil saham, geran kereta, my kad , buku ASB dan lain-lain dokumen penting hendaklah disikan setempat, kalau boleh buboh dalam jabir atau beg dan mudah dicari. Jika berlakunya banjir atau handak berpindah cebet sajalah jabir tersebut bawak bersama sama kita. Jangan pulak jabir tersebut di letakkan berhampiran bakul sampah.

3. Selamatkan harta benda.
Kenderaan seperti kereta perlu diselamatkan dulu. Kalau tidak nanti patah kaki. Letakkan di tempat yang tinggi dan tidak ampuh air. Benda benda yang berharga juga perlu diselamatkan dari ancaman ini , kalau boleh.

4.Selamatkan binatang ternakan
Binatang ternakan dan peliharaan seperti kerbau, lembu, kambing, ayam itik dan kucing hendaklah diletak ditempat yang selamat.

5. Jaga dari serangan penyakit dan musuh.
Penyakit penyakit berjangkit mudah merebak pada masa banjir. Jaga kesihatan dan kebersihan, makan minum dan sebagainya. Tidur hendaklah pakai gebor supaya tidak sejuk dan kena gigit nyamuk atau binatang bisa. Minum air yang telah dimasak.

6.Bantuan Banjir.
Beri nama kepada tok empat bagi mendapatkan bantuan bajir, jika ada. Pastikan juga berapa lembu, kambing dan ayam yang mati akibat banjir atau berapa ekar padi yang musnah.

7. Jangan pergi menoreh.
Jika hujan lebat dan kebun getah tenggelam air, jangan pergi menoreh. Kita boleh digantikan dengan membuat kerja lain seperti menjala atau menahan jaring dipulau atau mana tempat yang dah naik air. Untuk selamat gunakan perahu atau bot fibreglass.

8. Cabut ubi.
Mana mana ada yang bertanam ubi kayu, jangan biarkan ubi ditenggelami air. Cabut segera , boleh juga dapat hasil jika dijual di pasar tani atau pekan sari.

9. Jaga budak budak.
Budak budak kecik, jangan dibiarkan bermain banjir terutama ditempat yang bahaya , bimbang lemas atau dibawak oleh arus deras.

10. Sediakan bekalan makanan yang cukup.
Bekalan makan seperti, beras, ikan sardin , ikan masin, gula, kopi dan susu hendaklah sentiasa ada dirumah dan standby disepanjang musim ini.


Sekali air bah , sekali gelabah.

Wednesday, November 4, 2009

Ikhlas



Tarikh: 6 September 1995
Masa: 2.00 ptg
Tempat: Pudu Raya, Kuala Lumpur

Dalam ribuan manusia di Hentian Pudu Raya pada ketika itu, kelihatan seorang lelaki berumur lingkungan 50 an , sedang duduk dibangku menunggu. Dengan berkemeja batik yang agak lusuh serta bersongkok hitam yang telah pudar warnanya, lelaki tersebut kelihatan gelisah sekali. Bersama samanya sebuah beg yang memuatkan beberapa helai pakaian. Dia seolah olah menunggu sesuatu. Sesekali ia bangun, berdiri dan berjalan-jalan sekitar gerai makan dihentian itu . Agaknya dia berasa puas serta ingin membetulkan urat.

Tidak lama kemudian muncul seorang anak muda di hentian itu. Pakaiannya kemas serta berkaca mata hitam berjenama Rayben. Dia membawa sebuah beg sandang yang sederhana besarnya. Agaknya anakmuda ini hendak menaiki bas menuju kesatu distinasi yang jauh.

Tiba tiba lelaki itu tersenyum dan terus menuju ketempat anak muda tersebut sambil memberi salam.

Lelaki tersebut : " Assalamualaikum"( sambil menghulurkan tangan untuk berjabat tangan).

Anak muda: " Waalaikumussallam"

Lelaki tersebut: "Maaflah , pak cik bertanya, anak ini nak kemana ?"

Anak muda: " Nak balik kampung "

Lelaki tersebut: " Di mana kampungnya?"

Anak muda : " Kampong Lebak, Temerloh. Pak Cik"

Lelaki tersebut: " oh oo oo samalah kita ( sambil tersenyum ). Pak cik pun nak balik ke Lanchang.

Anak muda: ye?

Lelaki tersebut: "Syukur, ada juga orang sekampung.... .. Sebenarnya pak cik ni ada masalah sikit , ( muka sedih semula ) masa pak cik masuk tandas tadi, beg duit pak cik hilang. Habis semua diambiknya. Pak cik pun dah tak de duit langsung. Nak buat tambang pun tak de..Kalau boleh pakcik nak pinjam lima puluh ringgit buat beli tiket dan buah buah untuk anak anak di rumah.

Anak muda: ( Sambil membuka wallet , mengobek duit) "Pak cik.. saya , lima puluh ringgit tak delah,

...Tapi kalau dua puluh ringgit bolehlah."( Sambil menghulur 2 keping duit kertas RM 10.00)

Lelaki tersebut: Itu pun dah banyak terima kasih ( sambil mengambil duit tersebut) . Kalau anak datang ke Lanchang.. tanya je orang kat kedai tu.. mana rumah Pak Sahak Landak.. semua orang tahu.. Nanti Pak cik pulang balik.

Anak muda: "Tak pe lah pak cik... saya pun susah nak gi ke Lanchang.. saya Ikhlas je."

Lelaki tersebut: "Terima kasihlah nak"

Setelah bersalaman , lelaki itu pun beredar , dan terus menghilang dicelah-celah ribuan orang ramai di Hentian Pudu Raya. .. Agak agaknya dia hendak membeli tiket bas.

Monday, November 2, 2009

Tak Perlu Ke Puspakom


Respon kepada blogs En Relevan ingin koi mencadangkan kuda sebagai kenderaan di negara kita. Kalau pihak kerajaan bersetuju, penggunaan kuda juga boleh dijadikan kenderaan seharian sebagai alternatif kepada kereta yang berumur 15 tahun keatas. Koi bukanlah anti teknologi atau ingin balik kebelakang. Kalau kita lihat Al Quran , dalam surah Yassin ayat 71 & 72 juga menyatakan Tuhan jadikan binatang ternakan yang boleh didapati darinya minuman ( susu ) dan makanan ( daging ) serta ianya berguna sebagai kenderaan kepada manusia.

Berikut adalah hujjah mengenai kuda sebagai kenderaan di Malaysia.

1. Kuda tidak perlu menggunakan minyak sama ada Ron 95, 97 atau 92. Ianya hanya menggunakan air sejuk yang boleh didapati dimana-mana sahaja di sepanjang jalan raya dan lebuh raya ditempat kita. Air paip JBA boleh, air telaga boleh, air hujan boleh dan air longkang pun boleh. Ia menjimatkan belanja pengguna minyak disamping mengurangkan tukaran wang asing mengimpot minyak.

2. Kita tidak perlu mengambil road tax. Jimat juga sikit. Namun begitu Insuran perlu ada.

3. Tak perlu risau kita tentang Puspakom. Kalau bawak ke puspakom pun tentu jenuh juga pekerja di puspakom mencari no. chasis atau no. engin. Tak payahlah check 6 bulan sekali atau setahun sekali.

4. Tak perlu tukar cluch atau lining brake , kalau perlu pun tukar ladam sahaja.

5. Kalau kuda sakit bawaklah berjumpa Dr. Zainor atau Dr. Aishah atau mana klinik veterinar . Jangan lah bawak ke workshop pulak untuk tukar timing belt. Kuda mana ada timing belt. tak perlu servis atau tukar minyak hitam setiap 50,000 km.

6. Harga kuda lebih kurang kereta jugak. kalau kuda lumba yang diimpot dari Brazil harga mungkin cecah RM 200,000. Tapi ada juga kuda yang murah seperti kuda padi atau kacukan yang boleh dibeli dengan harga RM 4,000 hingga RM 5,000 sahaja seperti yang terdapat di Kelantan.

7. Walau pun kuda tidak boleh untuk perjalanan jauh, untuk berulang alik dari rumah ke pejabat adalah amat sesuai.

8. Kuda lumba boleh berlari laju dan boleh menyamai kelajuan kereta mewah seperti yang diidamkan oleh Echam

9. Kuda tidak mencemarai alam dengan asap hitam. Ianya mesra alam. Jika ada pun tahi tahi kuda yang amat sesuai dijadikan baja organik untuk tanaman sawit.

10. Kuda boleh ditunggang dalam apa jua keadaan jalan pun , sama ada rata, berbukit , berlopak dan kalau air bah setakat pinggang pun mampu ia redah.

11. Jika idea ini dipakai, mungkin satu hari nanti kelihatan kuda-kuda banyak parking depan kopitiam Kuantan.

Friday, October 30, 2009

Hantaran Pertunangan

Bila hendak bertunang pihak lelaki perlu menyediakan hantaran. Biasanya barang hantaran dibuat sebanyak 5 atau 7 dulang yang terdiri dari berbagai perkara seperti mengkana ( telekong), kain pasang dan kueh kek . Salah satu barang yang biasa dibuat hantaran ialah cincin. Ianya dikenali dengan cincin pertunangan atau cincin belah rotan. Apabila pihak lelaki menghantar 5 dulang pihak perempuan hendaklah membalas dengan 7 dulang. Ianya mungkin terdiri dari kuih talam, songkok , sejadah atau sebagainya. Belum pernah lagi buat dek orang balasannya cincin juga.

Baru baru ini ada pihak yang kreatif menyediakan cincin pertunangan bagi kedua dua belah pihak iaitu pihak lelaki dan perempuan. Bentuk cincin tersebut adalah seperti gambar. Pihak lelaki akan menghantar cincin yang berbentuk screw manakala pihak perempuan akan membalasnya dengan cincin berbentuk nut. Tujuannya apabila pasangan ini diijabkabulkan dan naik dipelamin kelak nut dan screw dilekatkan. Ini membolehkan pasangan tersebut seolah olah berpegangan tangan.

Kaedah ini sedang dalam kajian dan percubaan, jika ianya berjaya mungkin ia akan menjadi satu adat budaya dimasa depan.

Wednesday, October 28, 2009

Tanda Air - Temerloh


Selain dari Kuantan dan Pekan, Temerloh juga telah ada mempunyai " tanda Air" yang tersendiri. Tanda air Temerloh terletak di seberang sungai , dapat dilihat dari Pekan Sehari Temerloh.

Gambar ini dengan ikhsan blogs sabngomel.blogspot.com

Cara-cara macamana nak menyukat paras air disini kena tanya orang temerloh lah.

Monday, October 26, 2009

Rezeki kawan-kawan.

Baru baru ni, koi terima satu e-mail dari seorang godong. Namanya Mr. Hassan Haruna. Koi pun tak ingat lagi sapa Hassan ini. Samaada ianya godong masa kecik, masa tadika atau masa sekolah dulu. Tapi tak pelah, agaknya dia perasan ke koi, tapi koi je tak ingat ke dia.

Rupa rupa Mr. Hassan Haruna ni dah bekerja sebagai PA kepada Pengurus cawangan Bank Pembangunan Africa (ADB) di Ouagadougou, Bukina Faso. Dimana tempat tu pun koi tak tahu. Yang pasti ia bukan lah di Negeri pahang kita ni.

Dalam e-mailnya itu , Hassan Haruna mintak koi menolongnya mengendalikan satu kes melibatkan satu akaun yang tidak dituntut di bank tersebut. Jumlah duit yang ada dalam akaun tersebut adalah USD 3.3 juta ( Kalau dalam ringgit malaysia tentulah banyak lagi) . Pemilik akaun tersebut telah meninggal dunia akibat kemalangan udara pada tahun 2000 di Kenya bersama sama dengan keluarganya.

Mr. Hassan mintak benar koi mengaku sedara kepada si mati tersebut , supaya duit tersebut dapat dipindahkan ke akaun koi. Jika ini berjaya duit tersebut akan dibahagi tiga. Untuk koi 40 %, 10 % untuk urusan pengurusan dan 50 % untuk Mr. Hassan .

Entahlah..

Saturday, October 24, 2009

Terima Pingat

Tahniah di ucapkan kepada penerima penerima pingat dan bintang kebesaran Negeri Pahang sempena dengan Hari Keputeraan KDYMM Sultan Pahang pada 24 Oktober 2009.

Setiap tahun sempena dengan memuliakan hari keputeraan ini, Kebawah Duli Tuanku telah berkenan mengurniakan pingat pingat dan bintang bintang kebesaraan kepada mereka mereka yang telah berjasa kepada negara dan negeri Pahang khasnya. Ada yang mendapat DSAP., DIMP., dan SIMP yang membawa gelaran Dato Seri dan Dato'. Ramai juga yang mendapat bintang SMP., AAP., AMP., PKC., PKT dan PJK.

Apabila terpilih sebagai penerima pingat, surat tawaran dari pihak SUK Pahang diterima dan perlu dijawab dengan segera. Rait je lah .. pada petak"Ya" pada borang jawapan yang disediakan itu. Pada hari itu juga bolehlah terus pergi kekedai jahit untuk menempah pakaian yang sesuai untuk upacara tersebut.

Beberapa siri latihan untuk cara-cara mengambil bintang telah dibuat di istana. Pada masa latihan itu diajar bagaimana cara mengangkat sembah , cara cara berjalan, cara cara berdiri dan cara cara duduk di istana. Latihan ini diadakan supaya upacara pengurniaan bintang dan pingat ini dapat berjalan dengan lancarnya.

Adalah lebih molek jika pada pagi hari pengurniaan bintang tersebut bangun awal. Seelok eloknya pada kokok ayam yang pertama. Mandi dan solat subuh. Kemudian jangan lengah lagi terus bersiap siap dengan memakai baju melayu yang ditempah, samping , tanjak, keris dan aksesori lain. Setelah ok semuanya bolehlah terus bertolak ke Istana Raja di Pekan. Di pertengahan jalan bolehlah singah di merata-rata gerai atau restoran untuk mengalas perut dengan roti canai atau teh tarik. Janganlah makan yang berat-berat nanti kalau ada apa apa hal susah pulak.

Di perkarangan istana telah ramai tetamu , jemputan dan VIP berderun derun masuk ke dewan balai rong Seri. Dalam balai rong seri carilah tempat duduk yang dikhaskan untuk penerima pingat. Tempat duduk juga disediakan untuk orang rumah yang ikut sama. Suasana dalam balai rong seri senyap sepi. Hanya bunyi nafas , batuk dan dehem dehem saja yang kedengaran. Tidaklah ada kedengaran borak borak, hilai ketawa dan cerita cerita biasa sebagaimana di Restoran Tawakal Bentong atau mana-mana kopitiam.

Apabila pengacara majlis memulakan acara dengan " Mengumumkan Keberangkatan tiba kebawah Duli Yang Maha Mulia, Sultan Pahang" maka semua orang besar dan orang kecik dalam dewan tersebut berdiri dan Lagu Negeri Pahang akan dimainkan. Pengurniaan pingat dan
bintang kebesaran bermula mengikut hairaki iaitu dengan pingat yang membawa gelaran Dato' Seri, Dato dahulu dan seterusnya yang tidak membawa gelaran apa apa.

Bila nama dipanggil, janganlah lengah lagi terus kedepan. Janganlah pulak rasa nak ketandas atau rasa sakit perut pulak. Terus je berjalan sebagaimana yang diajar semasa latihan 2 hari lepas. Bila tiba masa angkat sembah , angkat sembah. Apabila tiba depan Tuanku punyalah pucat lesi dan berdebar debar. Kenalah kontrol sikit supaya tidak pengsan pulak.

Ada pingat yang diberi dengan meyelempang kebahu dan ada pingat yang cuma di semat pada baju didada. Janganlah pulak takut tercucuk kedada pulak. Sakat ini tak pernah terjadi lagi. Setelah menerima pingat tersebut undur beberapa langkah dan angkat sembah. Kemudian itu barulah terasa lega dan boleh duduk semula sehingga upacara tersebut habis.

Apabila acara tamat bolehlah bergambar gambar di sekitar didalam balai rong seri. Tapi tidak dibenarkan duduk dan bergambar di atas singahsana Tuanku.



Daulat Tuanku

Daulat Tuanku..

Sempena memuliakan Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang kali ke 79 pada 24 Oktober 2009.

Daulat Tuanku..

Thursday, October 22, 2009

Tanda Air - Pekan

Kalau di Kuantan ada tanda air, kat Bandar Pekan pun ada tanda airnya jugak. Kalau dipercam betul betul , Tanda air PEKAN BANDAR DIRAJA INDAH DAN MAKMUR nampak dengan jelas di kawasan gerai makan tepi Sungai Pahang, kg. Ketapang Hilir atau di sebelah hilir bandar Pekan ( Jalan tala ke Rompin ). Tulisan tulisan tersebut dicacak di tebing sebuah pulau di sungai Pahang, tak silap namanya pulau babi.

Tanda air ini juga boleh digunakan untuk menyukat paras air di Sungai Pahang.

Cara-cara nak menyukat air, sama ada air pasang, air sebak , air timpas atau pun air bah, masih dalam kajian koi lagi.

Tuesday, October 20, 2009

Tanda Air - Kuantan


Kalau berkunjung ke Bandar Kuantan kita akan berjumpa dengan " Tanda Air " yang tertulis KUANTAN. Ini menandakan kita sekarang berada dalam Wilayah Kuantan. Tanda air ini juga jelas kelihatan dengan mata kasar di Taman Esplanade iaitu tala ke seberang sana Sungai Kuantan. Ia juga dapat dilihat dengan jelas dari Komplek Teruntum, Kawasan gerai sekitar pejabat MPK dan juga di stesyen bas tepi sungai.

Secara mudahnya tanda ini digunakan untuk menyukat paras air di Kuantan.

Jika air pasang atau air sebak tulisan KUANTAN tersebut dilihat seolah olah duduk diatas air. tapi bila air surut atau air timpas tulisan ini didapati naik sikit keatas.

Jika tulisan ini mula tenggelam , itu menandakan beberapa tempat di sebelah ulu sungai kuantan seperti, sungai lembing, sg. isap, pasir kemudi mengalami banjir.

Tapi jika ia kapus mungkin bandar kuantan juga akan tenggelam. Tapi ianya belum pernah terjadi dan mintak mintak janganlah terjadi.

Friday, October 16, 2009

Hilang

Kepada sesiapa yang menjumpai anak kucing ini harap dapat kabar kepada koi di e mail endiem2000@yahoo.com.

Maklumat lanjut mengenainya:-
1. Warna: Hitam rintik
2. Umur : 5 bulan
3. Baka : Kacukan
4. Jantina: Jantan
5. Tanda tanda lain: ekor panjang dan kembang, bulu panjang.
6. Tarikh kehilangan: 9 Oktober 2009.
7. Lain lain maklumat: manja, tidak mencukau orang, kurang mengiau.

Kalau jumpa tak janji bendalah sakat Mc.D tu boleh jugak.

Monday, October 12, 2009

Raya Lagi

Ramai yang telah habis menjalankan ibadat puasa sunat enam hari dalam bulan syawal. Kalau belum habis, kita hanya tinggal seminggu sahaja lagi untuk melaksanakannya. Berpuasa enam hari dalam bulan syawal bererti kita seolah-olah berpuasa selama setahun.

Bermacam macam godaan dan dugaan dalam menjalankan ibadat puasa nam ini. Maklum sajalah, kita berpuasa , orang lain tak berpuasa. Jemputan kerumah terbuka pun acap kali diterima. Godong godong yang mengajak mengeteh pun ramai. Kadang kadang kita tengok budak-budak tengah mengepat ice cream tengahari buta pun tergoda jugak kita. Tos air lior dibuatnya. Tapi hendakkan pahala puasa sunat tersebut kita dayakan jugaklah.

Berpuasa sunat enam hari dalam bulan Syawal boleh di ajus juga, mengikut kesesuaian. Kadang kadang ada sedara sedara rapat yang buat kenduri, menikah anak, kena adjus juga kehari esoknya tak kan nak puasa juga. Pejabat buat sambutan Jamuan Hari Raya , adjus lagi. Godong-godong ajak cari ikan, kita ajus lagi. Las las, tengok kelendar dah 29 syawal, tapi puasa baru dapat buat 3 hari.

Kita akan merasa lega jika telah dapat menghabiskan puasa nam tersebut. Jadi selepas habisnya puasa nam ini beraya lagi lah kita. Pagi pagi lagi orang rumah dah sediakan minum pagi dengan macam macam makanan, ada laksa, ada sate, ada lemang ( beli kat pekan sari ) ada rendang dan macam2 lagi. Cuma pagi itu tak delah nak pergi sembahyang raya.

Ada jugak godong yang ajus raya puasa nam dengan raya deepavali.

Friday, October 9, 2009

Derma

Entri ini bukanlah untuk memohon derma dari godong-godong semua. Ianya cuma sekadar nak ceritakan halnya aje.

Sebut je derma, ramai orang semua orang tahu. Ianya merupakan pemberian apa yang kita ada kepada yang mereka memerlukannya. Tak kira apa dia, samaada duit ringgit, pakaian terpakai, ( tentunya yang boleh pakai dan bukannya kain buruk ) darah, organ atau perkakas dalam serta lain lain benda yang boleh digunakan bagi sesuatu tujuan.

Bila berlaku bencana, seperti gempa bumi, banjir, kebakaran dan lain lain musibah seperti peperangan, maka adalah pihak pihak yang datang mengutip derma untuk disalurkan kepada mangsa yang ditimpa kecelakaan tersebut. Begitu jugalah jika ada orang orang yang sakit yang memerlukan perkakas dalam seperti buah pinggang , hati , telinga, darah dan sebagainya , atau pun untuk membaiyai kos perubatan pun perlu mendapat derma bagi meringankan sakitnya itu.

Ada juga derma yang diperlukan bagi melaksanakan sesuatu program atau projek. Contohnya untuk membuat masjid atau surau dan untuk membeli kelengkapan dewan di sesabuah kampung.

Dah banyak kaedah yang digunakan untuk mengutip derma ini. Kadang kala kita nampak dekat mesin ATM di bank bank banyak orang menunggu disitu bagi mendapatkan penderma penderma yang bermurah hati. Kadang kala kita boleh membeli bendera untuk menderma. Boleh juga menderma dengan memasukan duit ke akaun akaun tertentu. Ada juga cara menderma melalui SMS . Taip RM 1. bagi satu ringgit atau taip RM5 bagi RM5. dan hantar ke nombor yang ditetapkan.

Ada juga orang yang takut bila disebut derma, seperti Haji Bakhir dalam cerita Labu Labi.


Wednesday, October 7, 2009

Periksa PMR

Ramai diantara anak-anak dan adik adik kita yang mengambil peperiksaan PMR bermula pada hari ini. Kita doakan semoga mereka dapat menjawab soalan peperiksaan tersebut dengan berambi dan tenang. Kita mahukan anak kita berjaya menjawab semua soalan yang diberikan dan seterusnya mendapat kejayaan cemerlang dalam peperiksaan tersebut.

Ramai juga ibu bapa yang bercuti disepanjang peperiksaan ini, walaupun baru sahaja bercuti sempena dengan Hari Raya Aidil Fitri yang baru lalu. Itu menandakan ibu bapa amat perihatin dalam menentukan kejayaan anak anak. Di sepanjang musim peperiksaan ini janganlah kita memarahi anak. Berikan semangat kepada mereka, kalau boleh pujuklah selalu. Nak apa je masa ini, pasti akan ditunaikan oleh ibu bapa. Nak KFC atau Pizza , itu dah tentu boleh.

Ibu bapa hendaklah memastikan anak anak mereka tidak terlewat sampai ke dewan peperiksaan. Kalau yang biasanya naik van atau bas, pada hari pereksa ini cubalah hantar. Manalah tahu van atau bas sekolah rosak.

Namun begitu ada juga ibu bapa yang sanggup menunggu anak disepanjang peperiksaan berlangsung. Kalau boleh mereka hendak duduk disebelah meja anaknya bagi memastikan anaknya menjawab dengan betul. Begitulah perasaan ibu bapa bagi anak anak yang mengambil periksa.

Wednesday, September 30, 2009

Aktiviti Sekala - mengeteh

Aidilfitri 1430H telah tinggal kenangan. Walau pun ramai godong-godong yang sedang berpuasa nam, dan banyak jemputan untuk ke rumah terbuka diterima, aktiviti sekala sebelum ramadhan nampaknya telah mula mengambil tempat. Lebih sebulan aktiviti ini dilupakan, tapi hari ini ramai yang mengelising macam ada je yang tak kena. Bila dah bertemu balik godong-godong se pejabat, godong godong sama-sama ke ladang, godong godong sama-sama ke laut, maka elok amatlah kita jalankan aktiviti sekala. Ye.. aktiviti sebelum bulan puasa dulu.

Yang dimaksudkan sebagai aktiviti sekala tu ialah mengeteh, atau pergi minum bersama. Sambil minum bolehlah borak-borak, sembang sembang dan cerita cerita hal hal semasa. Cerita hal hal politik , bagan pinang, batang pinang, upih pinang dan lain-lain. Kalau tak minat politik kita borak borak pasal bola. Semalam Pahang kena dengan Perlis. Kalau tak pun , cerita lah apa aje yang semua ahli korum minum pagi tu boleh ambik bahagian dan faham topik borak kita.

Sekarang ni banyak warung, gerai dan restoran telah kembali beroperasi. Kedai Kak Timah dah bukak, Restoran nasi kerabu tanjung lumpur pun dah bukak, restoran mamak taj pun dah mula tebar roti canai dan roti tempayan dan Restoran Zaman dekat batu 9 pun dah pun berniaga nasi lemak macam sekala.

Kalau ada godong-godong dari luar datang untuk bermesyuarat bolehlah ajak mengeteh sama. Nak ajak kerumah beraya, kueh raya dah tinggal koret. Serdak batang buruk adalah. Jadi sebagai meraikan hari raya bawaklah godong godong beraya ke kopitiam. Di kopitiam masing masing pun orderlah makanan dan minuman mengikut selera memasing. Ada yang order kopi brazil, ada yang mintak kopi veitnam, ada yang mintak kopi argentina dan macamlagi yang ada pada kertas menu. Begitu juga dengan makanan, sepakat mintak roti bakar.

" Aok wahid , nok ordar apa?" Tanya Encik Azmi pada Wahid, Ulu Atok.

" kawas ikut Aok jugak lah" Jawab wahid. " Aok mintak apa?"

" Kawan ordar , kopi veitnam" kata Encik Azmi.

" Kawas pun sama, kopi vietnam" beritahu wahid kepada awek pelayan kopitiam.

Lapan minit kemudian , minuman pun sampai. Roti bakar 10 set tak sampai lagi. Sementara menunggu roti bakar, masing masing pun menghirup minuman.

" Poh paleh aok, kopi ni !!..tak bergula langsung " jerit Wahid..

Rupa rupa kopi yang diorder oleh wahid tak sama dengan kopi di warung Simpang Kallang.

p.s. Sori - Wahid.


Monday, September 28, 2009

Petua Melembutkan Daging

Hari raya baru saja berlalu. Sekarang ini ramai godong godong membuat rumah terbuka atau open house. Bagus benar buat rumah terbuka ini, kerana kita dapat merancang untuk melayan tetamu yang datang. Kawan-kawan yang tak berkesempatan datang pada hari raya, boleh datang pada rumah terbuka ini. Taklah datang secara runcit-runcit, dan kita boleh menyediakan makan minum untuk tetamu kita itu secara sekali gus.

Biasanya , jika buat rumah terbuka, banyak menu yang berasaskan daging, seperti sate, rendang, dendeng, gulai kawah, opor, kurmak. Kalau memasak gulai kita perlulah berhati-hati supaya daging yang yang dimasak tersebut menjadi lembut dan empuk. Barulah sedap dimakan. Daging yang tidak dimasak dengan sempurna akan menjadi keracunan makanan dan kalau tidakpun ia akan menjadi keras, liat macam getah sekerap.

Kebanyakan orang tua tua dulu menggunakan petua petua untuk menjadikan daging yang rebus atau masak akan menjadi empuk dan lembut. Antara petua petua yang didapati berkesan ialah:-

1. Buboh daun betik,
2. Buboh daun nangka
3. Buboh Panadol
4. Buboh tempurung kelapa.

Janganlah pulok mencuba petua-petua baru yang tak pernah buat dek orang seperti buboh air bateri, buboh 2 titik minyak 2T atau ubat batuk dan sebagainya.

Tapi koi tak naklah menjawab, jika ada godong godong yang bertanya petua bagaimana pulok nak keraskan daging.



Saturday, September 26, 2009

Tip Berbelanja Selepas Hari Raya

Hari raya telah seminggu berlalu. Pada sambutan hari raya yang lepas, kita banyak berbelanja seperti menyediakan kuih, kek, lemang, beli daging, duit raya, tukar langsir, tukar sport ream, tukar tv, tukar kerusi makan dan bermacam macam lagi. Semuanya itu memerlukan duit. Walau pun dapat bonus, dapat duit ikhsan khas , duit jual lembu, duit jual sawit , duit getah sekerap semuanya dah langsai untuk perbelanjaan hari raya. Tak pe lah raya setahun sekali.

Jadi selepas hari raya ini kita kenalah berjimat sikit. Berikut sedikit tip untuk panduan bersama berbelanja selepas hari raya.

1. Berpuasa 6.
Berpuasa 6 hari dalam bulan Syawal adalah sunat. Oleh itu ambillah kesempatan ini untuk mendapatkan pahala disamping berjimat. Selama enam hari tak delah kita pergi mengetea kat kedai kak timah, atau restoran taj pekena roti canai. Tengahari pun tak perlulah pergi ke restoran pak Akob.

2. Bawa Bekal Ke Pejabat.
Bawa bekal ke pejabat atau tempat kerja. Suruh orang rumah masak lebih sikit belah pagi untuk kita bawak bekal ke pejabat. Isikan makanan dalam siyeor ( mangkuk tingkat ) siap dengan air kopi. Tapi kalau tak de menda jugak nak bawak bekal, bawak je kuih raya. Barangkali kuih raya pun dah habis , cuma tinggal koret je, Janganlah pulak bawak serdak kuih, itu dah kira teruk sangat.

3. Kerapkan pergi Rumah terbuka dan Jamuan Hari Raya
Sekarang ramai orang buat rumah terbuka dan banyak pejabat-pejabat mengadakan sambutan hari raya. Oleh itu jangan lepas peluang , pergi je lah. Sekurang kurangnya dapat jimat perbelanjaan minum pagi atau tengahari.

4. Jangan buat program melibatkan perjalanan jauh.
Elakkan membuat program yang melibatkan perjalanan jauh. Maklum sajalah, perjalanan jauh memerlukan perbelanjaan yang lebih. Duit minyak, makan minum, hotel dan sebagainya. Mana nak kobek duit, Kredit kad jugak yang jadi mangsa.

5. Jangan berbelanja mengikut perasaan.
Berbelanjalah mengikut patut patut. Janganlah ikutkan perasaan sebelum beraya. Nak tunggu gaji dah tentu lambat lagi.

Wednesday, September 23, 2009

Hari Raya Keempat

Hari raya aidil fitri 1430 telah disambut dengan meriah sekali. Walaupun dikatakan banyak halangan dan cabaran seperti H1N1, kegawatan ekonomi dan ketiadaan bonus raya bagi sesetengah orang bukanlah satu faktor penghalang bagi kemeriahan sambutan aidil fitri kali ini. Dalam kutbah pagi raya juga diingatkan oleh tok khatib tentang perkara tersebut, hingga tersasul juga tok khatib di seseparuh masjidmenye but tentang H, one, N, one di sebut sebagai H.I.N.I. atau H, se , N, se.

Kita bersyukur kerana pada tahun ini kurangnya berlaku nahas jalanraya yang teruk dan dahsyat yang mengakibatkan banyak kemalangan jiwa. Hanya kematian kerbau, lembu , kambing dan ayam akibat sembelihan sebelum hari raya masih banyak sebagaimana tahun tahun sebelumnya.

Kampung telah mulai lenggang kembali. Warga warga kota yang pulang ke kampung telah mula balik ke bandar untuk menyambung tugas. Perniagaan dan kedai kedai telah mula menjalankan operasinya semula. Orang orang pejabat telah mula bertugas seperti biasa, cuma jika nak adakan mesyuarat masih tak cukup korum. Seseparuh restoran dan warung teh tarik masih belum bukak lagi. Payah sikitlah nak pekena teh tarik hanya kat restoran mamak saja lah kena roti canai.

Di dapur pulak, lemang toksak cakaplah. Dah habis. Rendang apatah lagi. Tapi biskut raya, putu, kuih batang buruk masih ada lagi.

Tapi akan ada lagi, sate, lemang, ketupat, dan rendang..

Kita tunggu rumah terbuka sambutan hari raya..

Saturday, September 19, 2009

Selamat Hari Raya

Di hari baik bulan yang baik ini, koi ucapankan selamat hari raya kepada semua umat islam tak kira dimana berada. Samaada dalam negeri Pahang, luar negeri Pahang. Dalam Malaysia atau diluar Malaysia. Selamat Hari Raya juga ditujukan kepada pelawat pelawat yang sudi melawat blogs koi ni, godong-godong maya dan maya karin yang selalu bagi komen, koi pun selalu jugak mengomen blogs dema. Begitu jugak dengan pengikut pengikut blogs koi ini, selamat hari raya, maaf zahir batin.

Janganlah tersinggung atas penulisan koi selama ini dan jugak komen komen yang telah koi buat kepada godong-godong. Jika ada koi mintak ampun dan maaf. Selamat Hari Raya . Semoga jumpa lagi.

Friday, September 18, 2009

Sesak dan Sepi

Separuh tempat sibuk, sesak.
Jalan raya, lebuh raya, pasar, pasar raya, pasar tani khas, semua penuh sesak dengan orang . Masing masing dengan tujuan masing masing.

Separuh separuh tempat mula menyepi.
Pejabat, Taman taman perumahan , asrama kolej, surau , sembahyang terawih dah tinggal 2 saf sahaja.

Wednesday, September 16, 2009

Checklist - Nak Beraya

Tak lama lagi nak berhari raya. Berikut adalah sedikit checklist bagi menyambut hari raya.

1. Bila Hari Raya ?:-
Pastikan tarikh yang betul untuk berhari raya. Hari raya akan jatuh pada tarikh 1 Syawal 1430. Dengar pengumuman Pemegang Mohor Besar Raja Raja Melayu pada 19 .9.2009 bila hari raya.

2. Dah ambik Cuti ?:-
Dan lagi nak ambik cuti sekarang ni. Kalau tak ambik cuti kot-kot nanti kena kerja pulak masa Hari Raya.

3. Dah Bayar Zakat Fitrah?:-
Kalau belum bayar fitrah, bolehlah membayar fitrah kepada amil amil yang dilantik. Bagi negeri Pahang bayaran fitrah adalah sebanyak RM7.00 / orang. Bayarlah sekali orang orang dibawah tanggungan kita.

4. Dah ambik Baju Raya?:-
Baju melayu untuk pakai pagi raya dah siap jahit. Begitu jugak baju kurung telah siap jahit manek dan labuci. Bolehlah diambil dari tukang jahit sekarang. Tapi jangan buat buat lupa pulak upah tukang jahit, bayarlah sekali. Tukang jahit pun nak beraya jugak.

5. Dah Sedia Duit Raya?:-
Sediakan sedikit bajet untuk pemberian duit raya kepada anak buah dan budak budak yang datang beraya ke rumah. Isikan dalam sampul duit taklah nampak berapa kita bagi. Kalau mampu bagilah RM 100 seorang, atau RM 50, RM 10, RM 5 , RM 2, dan RM 1.00. Nak bagi 0.50 sen boleh juga bagi kepada budak budak yang baru berjalan jatuh. Tak de komplen.

6. Kasut Raya macamana?:-
Boleh pakai kasut tahun lepas, kalau dah lupa beli.

7. Kueh Raya?:-
Pastikan kueh kueh dan biskut yang ditempah akan tiba dengan pos laju dalam masa sehari dua ni.

8. Bila Nak Cari Buluh Lemang ?.
Paling lewat pun hari jumaat ini, selepas sembahyang jumaat. Carilah banyak sikit.

9. Bila Nak Anyam Ketupat ?
Kalau dah ada daun nyor bolehlah mula anyam sekarang.

10. Bila nak sembelih ayam?:
Tangkaplah yang besar-besar, kurungkan serta asahlah pisau tajam tajam sekarang. Hari sabtu petang boleh kasi sembelih.

11. Bila nak Cat Rumah?:-
Tak payah catlah.. dah memang tak sempatnyer. Tahun depanlah pulak.

12. Bila nak kacau Dodol?:-
Sempat lagi ke?. Kalau tak sempat beli jerlah kat pasar tani mega hari sabtu esok.

13. Bila nak gi tebas kawasan kubur.
Ah.. ingat pun. Pergilah bila bila masa dari sekarang.

Monday, September 14, 2009

Semoga Selamat Sampai Ke Destinasi

Ramai godong godong yang akan balik kampung untuk berhari raya pada hari jumaat atau hari sabtu ini. Ada yang menaiki kenderaan awam seperti bas ekspres dan keretapi, ada yang menaki kapal terbang dan feri dan ramai yang menaiki kenderaan sendiri seperti kereta dan motosikal. Tak kira kemana destinasinya, sama ada jauh atau dekat, sama ada ke Kuala Medang, Chegar Perah, Batu Talam, simpang pelangai atau ke Kg. New Zealand sekalipun memerlukan masa dalam kenderaan.

Cuti hujung minggu yang lepas, adalah merupakan masa yang sesuai untuk memastikan kenderaan masing masing elok dan selamat untuk perjalanan tersebut. Maka bengkel, kedai tayar, kedai aksesori kereta dan tempat membasuh kereta telah dikunjungi oleh orang ramai yang datang membaiki kenderaan mereka. Apabila kereta sihat, kita akan yakin sampai ke kampung tetap pada masanya.

Bagaimanapun pada musim musim perayaan begini, kenderaan di atas jalan raya lebih banyak daripada sekala. Ramai yang akan balik kampung serentak. Jalan dan Lebuh raya akan penuh sesak dengan kenderaan. Bandar Raub dan Bentong dijangka akan jem teruk, kerana kenderaan orang tempatan akan bertembung dengan pengguna pengguna jalan raya dari Kuala Lumpur yang balik ke Kelantan menggunakan laluan ini. Semuanya akan melalui bandar Bentong dan Raub. Tidak ada jalan alternatif tanpa melalui kedua dua bandar tersebut.

Godong godong
di Raub dan Bentong seperti Harith, Zainal, Lan Bai dan Tazali tentu akan sakit pening memikirkan masalah ini. Jalannya mudah amat, hari tu pakai basikal aje.

Kita tak mahu masalah timbul semasa dalam perjalanan ini. Sama ada kenderaan rosak, kemalangan, kena saman speed trap atau apa apa kejadian yang tidak di ingini berlaku.

Berhati hati dijalan raya..
Biar lambat ( cepat ) asal selamat..
Semoga selamat sampai ke destinasi..

Saturday, September 12, 2009

Dendang Perantau

Terasa amat sayu berada diperantauan pada masa ini. Lebih lebih lagi ketika mendengar lagu-lagu raya yang dimainkan oleh DJ radio. Lagu Dendang Perantau nyanyian Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, sangat mengusik perasaan disamping lagu lagu raya nyanyian Dato Siti, Aishah, Dato Sudirman dan lain lain. Mulalah teringatkan emak, teringatkan ayah, teringatkan adik-adik dan teringatkan godong godong lama di kampung. Sesekali teringat jugak anak dara Mak Teh Jah kat seberang gertak lama menghala ke dusun derian.

Semangat nak balik kampung mula terasa. Persediaan untuk menyambut hari raya telah dibuat sejak awal puasa lagi.Baju, seluar dan kasut raya dah beli. Begitu jugak buah tangan untuk emak, ayah dan adik adik telah siap berbungkus rapi dengan kertas balut hadiah. Cuti pun telah ambik. Dua hari sebelum raya dan dua hari selepas raya. Cuma tiket bas saja yang belum ambik. Dulu nak ambik sebelum puasa , katanya belum jual lagi. Tiket hala ke Kuantan mula jual pada pertengah puasa.

Tersedar dari lamunan. Rasa rasanya hari ini dah 20 hari berpuasa. Timbul pulak bebagai bagai persoalan yang memerlukan jawapan segera. " Dah jual ke tiket bas? Ada lagi ke atau dah habis ?. Kalau dah habis macamana ?" Tiada jawapan menyebabkan mata payah nak lelap malam itu. Godong godong sebilik , Din Perlih dan Wareh Beranang telah lama hanyut dibuai mimpi diatas lantai beralaskan toto nipis.

Pagi pagi lagi selepas punch kad, dah ada tercokoh di kaunter Transnasional, terminal bas espress. Kalau datang awal tak perlu beratur dan menunggu lama. Buka je kaunter tiket menjadikan ia orang pertama pagi itu.

Tanpa memberi salam dia terus bertanya kepada petugas kaunter tiket pagi itu." Tiket ke Kuantan , pada tujuh belas haribulan ada lagi ke? "

" Sebentar ye dik ... nanti akak semak" jawab kakak di kaunter tiket.

Mintak mintak adalah tiket. Kalau dapat bas tengahari, nanti tibanya malam, terpaksalah mintak Ayah jemput di bandar Kuantan. Malam malam tak de bas hala ke Sungai Lembing. Ah.. tak pe..janji ada tiket, tak kira pagi , petang atau malam.

" Nasib adik baik..hanya ada satu tiket pada 9.00 pagi" Suara kakak petugas kaunter menyedarkan dia dari lamunan.

Petang itu, sementara menunggu waktu berbuka dia dan Din Perlih ke pasar ramadhan. Ketika balik sempat juga meronda ronda sekitar kawasan perumahannya itu dengan motor LC baru Wareh Beranang. Seperti biasa, Wareh Beranang mementingkan tidur dari bersiar siar atau ke pasar ramadhan. " Kau belikan aku nasi ayam dan air tebu" kata Wareh Beranang sambil mengheret bantal dari dalam biliknya.

Lepas berbuka, ia mencari sesuatu. "Mana baju kerja aku tadi?"

" Oh.. semua kain baju kotor kau aku tolong basuh.." Kata Wareh Beranang. " Tu dalam washing machine .. ko cuma jemur je" Katanya lagi.

Wareh Beranang yang dulu tidur je kerjanya, tiba tiba menjadi rajin. Dia tak tahu ada sesuatu dalam kocek baju kerja godongnya itu.

Sayup kedengaran lagi lagu Dendang Perantau dari rumah sebelah.


Friday, September 11, 2009

kad raya


Terima kasih maiyah

Thursday, September 10, 2009

Syer Lembu

Bekalan daging untuk keperluan Hari Raya dijangka cukup. Kebiasaannya masyarakat kita mendapatkan bekalan daging untuk keperluan di musim perayaan adalah dari pasar atau pasar tani khas yang diadakan sehari sebelum hari raya. Rege daging lembu sekarang ialah RM 18.00. Di seseparuh tempat harga daging lembu atau kerbau meningkat hingga ke RM 22.00.

Nak beli sekilo untuk buat rendang , tak padan. Kurang kurang mahu 3 kilo. Kalau nak beri pada mak atau mak mertua kena tambah lagi, se kurang-kurang 2 kilo lagi, baru lah mak mertua sayang. Itu tak masuk lagi tulang untuk buat sup pada hari melemang. Mahu rabak juga duit raya dekat RM 150.00.

Untunglah godong yang ada membela lembu. Bolehlah sembelih untuk hari raya dan bolehlah jimat belanja sikit. Cubalah pakat pakat dengan godong-godong buat syer lembu untuk hari raya. Untuk seekor lembu carilah dalam 30 - 40 orang untuk menyertai syer ini. Nak cari orang yang ingin masuk syer ini tak susah. Ini bukan nya skim cepat kaya. Buat poster sais A4 dan tepek pada tiang letrik, pokok dan papan kenyataan surau atau masjid. Nyatakan harga satu syer, siapa penganjur dan no. telefon penganjur yang perlu dihubungi. Dan jangan lupa tulis juga " Hanya kepada 40 orang terawal".

Kalau tak de lembu bolehlah beli dari penternak atau peraih yang menjual lembu seperti Mail Paya Rajin atau Mat Zin , Purun. Pilih lah lembu yang jinak sikit supaya senang menguruskannya. Lembu yang bengkeng jangan ditebing, takut pulak kena senggut. Sehari sebelum hari raya lembu tersebut bolehlah diambil untuk disembelih. Ajaklah peserta syer bergotong royong sembelih dan lapah lembu tersebut. Kemudian bagilah daging sama rata sendiri. Daging daging yang molek ialah daging musir dan batang pinang. Begitu juga dengan tulang2 , Ianya boleh dilelong atau dibahagi bahagi jugak.

Kalau ada daging seronok sikitlah beraya, ada rendang, bolehlah cicah dengan ketupat atau lemang.

Wednesday, September 9, 2009

09.09.09

Selamat 09.09.09.

Tuesday, September 8, 2009

Menghadapi Peperiksaan

Hari ini bermulanya peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah ( UPSR ). Ramailah anak anak dan adik adik yang terlibat dalam peperiksaan ini. Walau pun keadaan sekarang sangat mencabar , diharap semua calun yang akan menduduki peperiksaan tersebut dapat menjawab nya dengan bersungguh.

Mana yang kena pakai topeng tu, pakailah topeng mulut dan hidung. Jangan pakai topeng ultraman pulak. Mana yang puasa tu teruskan berpuasa sehingga waktu berbuka.

Semoga kalian berjaya.

Sunday, September 6, 2009

Berbuka Puasa Dekat Masjid


Gambar diatas dirakamkan pada jam 6.30 petang 5 september 2009 ( 15 Ramadhan 1430 ) di Padang MPK , berhampiran dengan Masjid Sultan Ahmad 1 , Kuantan.

Fenomena ini biasa dilihat sepanjang bulan puasa di Kuantan. Yang duduk ramai ramai tu bukanlah sedang menyaksikan pertandingan bola sepak, tapi menunggu waktu berbuka. Lambat lagi tu. Orang ramai masih datang berduyun- duyun untuk memenuhi ruang yang masih kosong.

Apabila hampir waktu berbuka, kawasan padang ini akan penuh dengan orang ramai yang datang entah dari mana. Sebahgian daripada nya adalah penjual penjual dipasar ramadhan yang berhampiran. Ada juga dilihat remaja yang berpasangan membawa tunang atau girlfriend berbuka disini kerana bajet ciput. Kelihatan juga budak budak IPTA , seperti UIA, Polisas dan Shahputra kerana jauh untuk berbuka bersama orang tua dikampung. Mungkin jugak ada godong godong yang ketinggalan bas nak balik ke Chenor. Tapi ada jugak yang saja datang berbuka dekat masjid disini.

Untuk berbuka disini tak susah. Bawak saja surat khabar untuk alas duduk. Kalau rajin bawak tikar. Beli kuih dan nasi briani dari pasar ramadhan yang berhampiran. Jangan lupa beli sekali air tebu atau air cincau. Tunggu sebentar sehingga bang atau azan dari Masjid Sultan Haji Ahamd 1 yang berhampiran. Pastikan azan maghrib dan bukannya azan asar. Kalau azan asar koi tak tanggung jawab. Baca doa dan berbukalah. Disini tok sah risau gelap kerana pihak MPK ada pasang sportlight. Lepas berbuka buang segala kertas dan plastik bungkusan kedalam tong sampah yang disediakan. Tong sampah pada mulanya kosong kini telah penuh dan melimpah. Harap dapat En Relevan hantarkan tong yang lebih besar.

Lepas itu boleh terus untuk sembahyang maghrib berjemaah dimasjid.


Ini gambar selepas solat maghrib. Dah pun kurang orang disini. Mungkin ramai yang dah balik untuk terawih dan bersiap siap untuk datang semula bersahur pada pukul 4.30 pagi nanti.

Saturday, September 5, 2009

Menjawab Tag - Echam

Menjawab Tag Echam mengenai bag.

Macam godong-godong lain, koi pun ada bag yang selalu bawak pergi kerja.

1. Bag ini koi dapat free je. Ini pun gambor dia.









2.Apa dalam bag ini.
Dalam macam macam ada alatan yang koi gunakan atas urusan rasmi sahaja( Lihat gambor). Kadang kadang kena bawak bag iringan. Nak isi semua dalam bag ini tak muat.

3.Mengapa suka bag ini.
Tak de arah dah, bag ini je yang ada. Lagi pun ia ringan senang cebet merata2.

4. Kenangan manis bersama bag ini.
Bag ini pernah hilang selama 6 bulan, dengan perkakas dalamnya sekali. Melilau koi mencari nya. Jumpa di bawah katil. Tah sapa meletaknya disitu.

5. Nak tag godong-godong.
Nanti dululah.

Wednesday, September 2, 2009

Jemput Bebuka Puasa

Masih terdengar-dengar di telinga Long Majid akan kata-kata Ustaz Salleh dalam tazkirah Ramadhan yang disampaikannya malam tadi. Memang menjadi amalan surau di tanah rancangannya itu mengadakan ceramah pendik setiap kali selepas empat rakaat solat terawih disepanjang bulan Ramadhan ini. Ramailah penceramah telah diundang untuk memberi ceramah. Malam tadi, giliran Ustaz Salleh pulak memberi ceramah.

" Kita hendaklah mengambil peluang ini, kerana ganjaran yang disediakan di bulan ini berganda-ganda." Bersemangat sungguh Ustaz Salleh memberi ceramah. " Tidak ada peluang yang sebegini pada bulan bulan lain" Tokok Ustaz Salleh lagi.

Mana-mana pendengar yang mamai dan mengantuk terjaga semula mendengar tempikan Ustaz Salleh. Sesekali, gelak ketawa bergema di surau tersebut, apabila Ustaz Salleh membuat jenaka. Banyak tip-tip untuk mendapat keberkatan dan ganjaran dalam bulan ramadhan ini telah diberikan oleh Ustaz Salleh dalam ceramah singkatnya itu.

"Aku mesti buat" tekad Long Majid semasa balik dari surau selepas selesai solat sunat terawih. Setibanya dirumah Long Majid terus meneriak isterinya, Jenab Lenggang. "Weh !,Weh .. acu kemari kejab..kawas nak bepakat dengan aok ni"

" Nak pakat apanya pulok malam malam buta gini ?" Tanya Jenab Lenggang.

" Gini.. Kawas cadang nak ajak jiran dan godong-godong bebuka pose dirumah kita petang besok" Beritahu Long Majid. " Duit jual buah derian dulu ander lagi.. boleh buat belanja ". Tambah Long Majid lagi.

Long Majid pun menerangkan secara terperinci tentang rancangannya itu kepada Jenab Lenggang. Siapa yang nak dijemput, berapa orang, apa menunya , bagaimana aturcara nya dan sebagainya. Semuanya telah dimasuk kira supaya majlis tidak ada cacat celanya.

" Ish..Ish.. Taknyer buat dek orang
gitu" Kata Jenab Lenggang, seolah olah tidak setuju.

" Beri makan orang yang berbuka puasa.. dapat pahala " Kata Long Majid . " Kawas dah dengor ceramah Ustaz Salleh tadi , kita buat ikut sunnah nabi ". Tambahnya lagi.

Esok pagi pagi lagi Long Majid ke Pekan Lanchang membeli pekakas untuk majlis berbuka yang akan diadakan belah petang nanti. Mana mana jiran dan godong yang terjerempak terus diberitahu hajatnya itu. Godong godong rapat juga dijemput melalui SMS. " Jmput ke umah buka pose ptg ini , tq". Ramai jugak yang dijemput, termasuklah Encik Azmi , pengurus rancangan , Mamud Pomen di Blok 10 dan Mat Lela di Blok 5.

Petang itu, laman rumah Long Majid penuh sesak dengan tetamu yang datang atas jemputan berbuka puasa. Ada lah kirakira 40 orang, kecik besar, tua muda. Sementara menunggunya masuk waktu maghrib pada jam 7.19 petang itu, jemputan yang datang berborak sesama mereka. Ada yang bercerita pasal kekurangan gula, ada yang bercakap tentang harga sawit dan tidak kurangnya yang bersembang pasal politik semasa.

Azan Maghrib berkumandang dari speaker tv plasma 34" menandakan masuknya waktu bebuka puasa bagi kawasan Kuala Lumpur dan kawasan kawasan yang sewaktu dengannya. Senyap seketika, menikmati rezeki yang disediakan.

Selesai berbuka, masing masing memohon diri dengan tuan rumah untuk bersolat maghrib. Ada yang ke masjid, ada yang balik terus kerumah dan ramai yang berkejor ke gerai makan Mat Kedah di simpang masuk.

" Kalau koi tahulah Long Majid jamu korma dengan air sejuk, taknye nak koi datang tadi" Kata Saleh buncit sambil menghirup kuah maggi yang masih panas. "Ye..lah, Kawan pun taklah pergi kepasar ramadhan , ingatkan ada nasi ayam, puding raja, tapi korma dengan air sejuk" Tokok Sudin koperal.

Yang pastinya Long Majid telah membuat kebajikan dengan memberi makan orang yang berbuka puasa dan mengambil sunah berbuka dengan korma dan air sejuk. Tapi yang dah pasti kurus puasanya ialah jemputan jemputan yang mengumpat Long Majid.

p.s. Catatan kisah tersebut dipadankan dengan ceramah tazkirah Ustaz Badrul di surau tempat koi pada malam jumaat lepas. Ianya rekaan koi semata-mata tak dok kena mengena dengan orang yang hidup atau yang mati.