Followers

Saturday, October 24, 2009

Terima Pingat

Tahniah di ucapkan kepada penerima penerima pingat dan bintang kebesaran Negeri Pahang sempena dengan Hari Keputeraan KDYMM Sultan Pahang pada 24 Oktober 2009.

Setiap tahun sempena dengan memuliakan hari keputeraan ini, Kebawah Duli Tuanku telah berkenan mengurniakan pingat pingat dan bintang bintang kebesaraan kepada mereka mereka yang telah berjasa kepada negara dan negeri Pahang khasnya. Ada yang mendapat DSAP., DIMP., dan SIMP yang membawa gelaran Dato Seri dan Dato'. Ramai juga yang mendapat bintang SMP., AAP., AMP., PKC., PKT dan PJK.

Apabila terpilih sebagai penerima pingat, surat tawaran dari pihak SUK Pahang diterima dan perlu dijawab dengan segera. Rait je lah .. pada petak"Ya" pada borang jawapan yang disediakan itu. Pada hari itu juga bolehlah terus pergi kekedai jahit untuk menempah pakaian yang sesuai untuk upacara tersebut.

Beberapa siri latihan untuk cara-cara mengambil bintang telah dibuat di istana. Pada masa latihan itu diajar bagaimana cara mengangkat sembah , cara cara berjalan, cara cara berdiri dan cara cara duduk di istana. Latihan ini diadakan supaya upacara pengurniaan bintang dan pingat ini dapat berjalan dengan lancarnya.

Adalah lebih molek jika pada pagi hari pengurniaan bintang tersebut bangun awal. Seelok eloknya pada kokok ayam yang pertama. Mandi dan solat subuh. Kemudian jangan lengah lagi terus bersiap siap dengan memakai baju melayu yang ditempah, samping , tanjak, keris dan aksesori lain. Setelah ok semuanya bolehlah terus bertolak ke Istana Raja di Pekan. Di pertengahan jalan bolehlah singah di merata-rata gerai atau restoran untuk mengalas perut dengan roti canai atau teh tarik. Janganlah makan yang berat-berat nanti kalau ada apa apa hal susah pulak.

Di perkarangan istana telah ramai tetamu , jemputan dan VIP berderun derun masuk ke dewan balai rong Seri. Dalam balai rong seri carilah tempat duduk yang dikhaskan untuk penerima pingat. Tempat duduk juga disediakan untuk orang rumah yang ikut sama. Suasana dalam balai rong seri senyap sepi. Hanya bunyi nafas , batuk dan dehem dehem saja yang kedengaran. Tidaklah ada kedengaran borak borak, hilai ketawa dan cerita cerita biasa sebagaimana di Restoran Tawakal Bentong atau mana-mana kopitiam.

Apabila pengacara majlis memulakan acara dengan " Mengumumkan Keberangkatan tiba kebawah Duli Yang Maha Mulia, Sultan Pahang" maka semua orang besar dan orang kecik dalam dewan tersebut berdiri dan Lagu Negeri Pahang akan dimainkan. Pengurniaan pingat dan
bintang kebesaran bermula mengikut hairaki iaitu dengan pingat yang membawa gelaran Dato' Seri, Dato dahulu dan seterusnya yang tidak membawa gelaran apa apa.

Bila nama dipanggil, janganlah lengah lagi terus kedepan. Janganlah pulak rasa nak ketandas atau rasa sakit perut pulak. Terus je berjalan sebagaimana yang diajar semasa latihan 2 hari lepas. Bila tiba masa angkat sembah , angkat sembah. Apabila tiba depan Tuanku punyalah pucat lesi dan berdebar debar. Kenalah kontrol sikit supaya tidak pengsan pulak.

Ada pingat yang diberi dengan meyelempang kebahu dan ada pingat yang cuma di semat pada baju didada. Janganlah pulak takut tercucuk kedada pulak. Sakat ini tak pernah terjadi lagi. Setelah menerima pingat tersebut undur beberapa langkah dan angkat sembah. Kemudian itu barulah terasa lega dan boleh duduk semula sehingga upacara tersebut habis.

Apabila acara tamat bolehlah bergambar gambar di sekitar didalam balai rong seri. Tapi tidak dibenarkan duduk dan bergambar di atas singahsana Tuanku.



4 comments:

maiyah said...

tahniah.. moga akan lebih menyerlah :)

relevan said...

Aok dapat gelaran Datuk ke Endiem..?..

Nampok aok kat balai rong seri ni..

AuntieYan @ Makcik Blogger said...

Salam En.Endiem,

Cara cerita tu macam anda sendiri yang dapat. Tahniah le. Godong saya (suami) ada jugak dicalonkan....tarak rezeki nampaknya..he!..he!...tak cukup bakti untuk negeri PAHANG rasanya, sebab lebih lama bertugas di Wilayah Persekutuan.

endiem said...

maiyah..
terima kasihlah.. tapi bukan koi yg dapat pingat tu.. koi tulis je...

relevan..
rasa koi nantilah 10 tahun lagi bila anak koi dah nikah dan dapat anak boleh lah dapat gelaran datok.

AuntieYan..
Koi tunggu jugak posmen.. kot kot dapat surat tawaran.. tapi sampai hari ni posmen tak singah jugak.. kena tunggu tahun depanlah pulak.