Followers

Sunday, July 31, 2011

Tengok Anak Bulan

Pada petang ini, orang akan menengok anak bulan bagi menentukan tarikh mula berpuasa bagi umat Islam di seluruh Malaysia. Bagi tujuan tersebut beberapa tempat dan lokasi telah ditetapkan termasuklah di Teluk Kemang. Di Pahang pula tempat melihat anak bulan adalah di Bukit Tanjung Batu Nenasi, Bukit Pelindung, Kuantan dan Gunung Berincang, Cameron Highlands. Pemegang mohor besar raja raja akan mengistiharkan tarikh mula memegang puasa pada malam ini samaada pada hari isnin 1.8.2011 atau hari Selasa 2.8.2011.
Kita jangan terpengaruh dengan gambar diatas. Ianya tidak kena mengena dengan membekal anak bulan kepada Pemegang Mohor Besar Raja Raja dalam menentukan tarikh mula berpuasa. Syarikat Pembekal Anak Bulan adalah merupakan satu kedai runcit yang membekalkan keperluan dapur kepada penduduk penduduk di sekitar bandar Bentong.

Thursday, July 21, 2011

Musim Durian Kembali Lagi

Musim durian kembali lagi. Kita dapat tengok merata rata tepi jalan banyak orang menjual durian. Begitu juga dengan pekan sari, pasar tani dan pasar pasar malam , ada sahaja penjual durian yang menawarkan harga yang baik untuk pengemar tegar durian. Harga durian pun dah kira ok juga.

Selalunya penjual durian akan kempen habis habisan untuk orang yang datang membeli. Yang pertama kita dengar ialah nama tempat yang mengeluar durian itu. " Ini durian bagus. " Durian Raub, Durian Sungai Lembing , Durian Ulu Sungai, Durian Pulau Tawar, Durian Beserah dan macam macam lagi nama tempat yang disebut bagi mengambarkan kualiti durian yang dijual itu. Ada juga yang kempen berdasarkan klon durian , contohnya durian kampung, D 24, D 21 dan terbaru Musang King.

Sejak dua tiga tahun kebelakangan ini musim durian bertembung dengan bulan puasa. Banyak dusun dan kebun yang menjadi kali ini dan buah pun dah stat gugur. Mungkin bila bulan puasa buah buah durian dah banyak dan perlu dijual. Nak makan pun susah juga sebab puasa..dan orang yang nak beli pun kurang pada bulan puasa ini.

Nak menunggu dikebun durian pun satu hal juga , nanti mis pulak terawih.

Jadi apa kelakar kita.

Thursday, July 7, 2011

Dekat Dah Nak Puasa

Keluh kelih, keluh kelih ..dah bulan Syakban rupanya.