Followers

Thursday, October 22, 2009

Tanda Air - Pekan

Kalau di Kuantan ada tanda air, kat Bandar Pekan pun ada tanda airnya jugak. Kalau dipercam betul betul , Tanda air PEKAN BANDAR DIRAJA INDAH DAN MAKMUR nampak dengan jelas di kawasan gerai makan tepi Sungai Pahang, kg. Ketapang Hilir atau di sebelah hilir bandar Pekan ( Jalan tala ke Rompin ). Tulisan tulisan tersebut dicacak di tebing sebuah pulau di sungai Pahang, tak silap namanya pulau babi.

Tanda air ini juga boleh digunakan untuk menyukat paras air di Sungai Pahang.

Cara-cara nak menyukat air, sama ada air pasang, air sebak , air timpas atau pun air bah, masih dalam kajian koi lagi.

5 comments:

AuntieYan @ Makcik Blogger said...

Salam Orang Pahang,

Auntie baru terjumpa blog ini. Wah! bagus sangat. Insyaallah Auntie dalam memperbanyakan lagi perbendaharaan kata loghat Pahang ni. Auntie bersuamikan orang Pahang. Aduh!...masa mula dibawa balik bertemu sukusakat dia tercengang Auntie mendengar loghatnya.

He!...he!...orang Pekan akan menambah "...diang" kepada setiap perkataan yang berakhir dengan huruf 'n' contoh: kucing jadi kuciang, dinding, jadi dindiang!! betul tak??...mula-mula dengar dulu, lucu sungguh, Auntie gelak sampai keluo air mata!!!
Sekarang ni, walau pun dah 30 tahun bersama orang Pahang, masih banyak lagi yang perlu belajar. :-)

relevan said...

Salam endiem..nanti kwn cari tanda air ket Jerantut pulok..pes te kwn bg tau aok yak..

endiem said...

AuntieYan..
terima kasihlah aok datang lawat blogs koi ni.. koi pun dah gi tgk blogs aok tu. kalau dah 30 tahun sama orang pahang eloklah jugak tepek logo dan bendera pahang getek di blog aok tu, tak kan logo perak je.

endiem said...

relevan..
itulah koi pun tengah cari 'tanda air' kat jerantut, bera,bentong dan mana yang ada air mengalir.

Cik SHiN~JU said...

betul la tu,
nama pulau tu , pulau babi...