Followers

Friday, October 30, 2009

Hantaran Pertunangan

Bila hendak bertunang pihak lelaki perlu menyediakan hantaran. Biasanya barang hantaran dibuat sebanyak 5 atau 7 dulang yang terdiri dari berbagai perkara seperti mengkana ( telekong), kain pasang dan kueh kek . Salah satu barang yang biasa dibuat hantaran ialah cincin. Ianya dikenali dengan cincin pertunangan atau cincin belah rotan. Apabila pihak lelaki menghantar 5 dulang pihak perempuan hendaklah membalas dengan 7 dulang. Ianya mungkin terdiri dari kuih talam, songkok , sejadah atau sebagainya. Belum pernah lagi buat dek orang balasannya cincin juga.

Baru baru ini ada pihak yang kreatif menyediakan cincin pertunangan bagi kedua dua belah pihak iaitu pihak lelaki dan perempuan. Bentuk cincin tersebut adalah seperti gambar. Pihak lelaki akan menghantar cincin yang berbentuk screw manakala pihak perempuan akan membalasnya dengan cincin berbentuk nut. Tujuannya apabila pasangan ini diijabkabulkan dan naik dipelamin kelak nut dan screw dilekatkan. Ini membolehkan pasangan tersebut seolah olah berpegangan tangan.

Kaedah ini sedang dalam kajian dan percubaan, jika ianya berjaya mungkin ia akan menjadi satu adat budaya dimasa depan.

11 comments:

terokai seni said...

hoh brita baik bagi oghang yg dah kawin, kalu nak merasa cincin baru tu kena beghodong lagi sekali la

pB said...

pelik nyerrr

Relevan said...

Tu dia endiem..nanti kita bertunang sok..kita tempah cincin yang macam ni..

Hanisham Ab Halim said...

Erkkk... mane koi nok cari cincin ni. Awek dah ade ni. Mmg molek sangatlah....

Aku Anak Pahang said...

Berkenan juga nok bagi ker akaknya satu hehehehe....agok kawan dia paham amat mekala menerima cincin ini.

Tirana said...

Nut dan skrew lambang pertautan dua hati..hehehe

Hashim Zabidi said...

Nasib baik bukan bolt & nut, ha ha ha

hai said...

tak kuasa akak!!buatnya kaki hok sorang tersandung kat pelamin...tak pepasal menonggeng dua2 sekali..huh!!

Ateh Nour said...

Sallam, bete kata akak hai tu, buatnye sorang teguling kekiri, sorang teguling kekanan, mboh putus tangan dibuatnye,,heheheheh

Maiyah said...

wah.. idea baru tu, lawak gak :D

Anonymous said...

koi tgk mcm lucah pulok.. huhuhu..