Followers

Friday, October 9, 2009

Derma

Entri ini bukanlah untuk memohon derma dari godong-godong semua. Ianya cuma sekadar nak ceritakan halnya aje.

Sebut je derma, ramai orang semua orang tahu. Ianya merupakan pemberian apa yang kita ada kepada yang mereka memerlukannya. Tak kira apa dia, samaada duit ringgit, pakaian terpakai, ( tentunya yang boleh pakai dan bukannya kain buruk ) darah, organ atau perkakas dalam serta lain lain benda yang boleh digunakan bagi sesuatu tujuan.

Bila berlaku bencana, seperti gempa bumi, banjir, kebakaran dan lain lain musibah seperti peperangan, maka adalah pihak pihak yang datang mengutip derma untuk disalurkan kepada mangsa yang ditimpa kecelakaan tersebut. Begitu jugalah jika ada orang orang yang sakit yang memerlukan perkakas dalam seperti buah pinggang , hati , telinga, darah dan sebagainya , atau pun untuk membaiyai kos perubatan pun perlu mendapat derma bagi meringankan sakitnya itu.

Ada juga derma yang diperlukan bagi melaksanakan sesuatu program atau projek. Contohnya untuk membuat masjid atau surau dan untuk membeli kelengkapan dewan di sesabuah kampung.

Dah banyak kaedah yang digunakan untuk mengutip derma ini. Kadang kala kita nampak dekat mesin ATM di bank bank banyak orang menunggu disitu bagi mendapatkan penderma penderma yang bermurah hati. Kadang kala kita boleh membeli bendera untuk menderma. Boleh juga menderma dengan memasukan duit ke akaun akaun tertentu. Ada juga cara menderma melalui SMS . Taip RM 1. bagi satu ringgit atau taip RM5 bagi RM5. dan hantar ke nombor yang ditetapkan.

Ada juga orang yang takut bila disebut derma, seperti Haji Bakhir dalam cerita Labu Labi.


7 comments:

relevan said...

Tak mboh org derma apa apa ke kat kita ni yak..derma time sesok lepas2 raya gini..

maiyah said...

ekeke.. mintak derma senyum bleh :D

eL said...

derma sms pernah buat, melalui ATM tak pernah buat lagi.

mazru(9m2mzr) said...

koi derma sms ander la cube,derma daroh,derma buah pinggang belum cube lagi...

ngape bila cerite pasai derma ni koi teringatkan GANODERRMA,hmmmm...

endiem said...

Relevan..
Mintak YB derma ke kita.

Maiyah..
Senyum pun derma juga kot.

eL..
derma melalui e banking.

mazru..
Aok nak derma buah pinggang ?
tapi jangan derma buah hati.

LIPISLADY said...

Assalamualaikum, derma atau sedekoh ni akan menggandakan harta kita, jadi jangan lokek berderma yee..

endiem said...

Lipislady..
betul.. koi pun setuju..