Followers

Monday, October 26, 2009

Rezeki kawan-kawan.

Baru baru ni, koi terima satu e-mail dari seorang godong. Namanya Mr. Hassan Haruna. Koi pun tak ingat lagi sapa Hassan ini. Samaada ianya godong masa kecik, masa tadika atau masa sekolah dulu. Tapi tak pelah, agaknya dia perasan ke koi, tapi koi je tak ingat ke dia.

Rupa rupa Mr. Hassan Haruna ni dah bekerja sebagai PA kepada Pengurus cawangan Bank Pembangunan Africa (ADB) di Ouagadougou, Bukina Faso. Dimana tempat tu pun koi tak tahu. Yang pasti ia bukan lah di Negeri pahang kita ni.

Dalam e-mailnya itu , Hassan Haruna mintak koi menolongnya mengendalikan satu kes melibatkan satu akaun yang tidak dituntut di bank tersebut. Jumlah duit yang ada dalam akaun tersebut adalah USD 3.3 juta ( Kalau dalam ringgit malaysia tentulah banyak lagi) . Pemilik akaun tersebut telah meninggal dunia akibat kemalangan udara pada tahun 2000 di Kenya bersama sama dengan keluarganya.

Mr. Hassan mintak benar koi mengaku sedara kepada si mati tersebut , supaya duit tersebut dapat dipindahkan ke akaun koi. Jika ini berjaya duit tersebut akan dibahagi tiga. Untuk koi 40 %, 10 % untuk urusan pengurusan dan 50 % untuk Mr. Hassan .

Entahlah..

22 comments:

INTAN RH said...

Memang byk email gitu tp just ignore. Derang nak songlap duit kita dlm akaun...becareful.

pB said...

jangan ambil peduli

itu email yang nak men'jahanam'kan diri kita jer tu

hai said...

mr.hassan haruna....koi rasa mungkin dia yang akan mengharukan hidup aok!!!

suhaila-ab said...

boleh...bg email..kalau ambik kat situ(blog)..quality dia lagi teruk...sebab saya ambik guna henpun aje..

a kl citizen said...

assalammualaikum

janganlah percaya...
umpan je...nampak berjuta kita nak dapat...
nanti dia mintak no akaun kita, duit kita yang hilang...putih mata

Webmaster@Echam said...

Rodong,
Koi pernoh jugek dapat email camtu... Koi kenal budok Hassan tu. Koi balas email dia. Koi kabor kalo nok makan selipar hantarlah lagi sekali email camtu.

Fadh said...

soh percaye weh...mempedooh belake te.

relevan said...

Endiem..aok bg kawan 10% pun dah kira ok yak..

abu muaz said...

kaya, kayalah engkau nanti.Aku cuma nak makan patin buah je .

endiem said...

intan ..
terpikir juga koi napalah si hassan ni baik hati sangat nak hadiah duit ke koi.

endiem said...

pB..
betul ..

endiem said...

hai..
haruna dengan harubiru lebih kurang samaje..

endiem said...

suhaila..
e-mail koi : endiem2000@yahoo.com

endiem said...

a klcitizen..
tak lah gelap mata lagi

endiem said...

Echam..
Aok pun kenal si hassan putar alam ni. nanti lah koi jawab e mail dan maki dia.

endiem said...

Fadh..
mempedooh belaka..

endiem said...

relevan..
nantilah bila dapat ki gi africa selatan berdua..

endiem said...

abu muaz ..
kalau tak kaya , kayap jadinya., nak belanja ikan patin helo je, tak yah tunggu duit te.

AuntieYan @ Makcik Blogger said...

Salam En.Endiem,

Auntie dah banyak kali dapat e-mail gitu...kalau betulll, harus dah lama jadi billionair... :-)

mazru(9m2mzr) said...

kah kah kah..kelakor,koi pun besa dapat email gini weh

endiem said...

auntieyan, mazru..
yelah ..bukan nya senang nak kaya..

LIPISLADY said...

Sallam, keh selalu met dapat email gini weh, tapi keh terus bagi no akaun je, keh terus suruh masuk duit hok bahagian keh tu kedalam akaun, menyumpoh deme tu ke keh...