Followers

Monday, November 2, 2009

Tak Perlu Ke Puspakom


Respon kepada blogs En Relevan ingin koi mencadangkan kuda sebagai kenderaan di negara kita. Kalau pihak kerajaan bersetuju, penggunaan kuda juga boleh dijadikan kenderaan seharian sebagai alternatif kepada kereta yang berumur 15 tahun keatas. Koi bukanlah anti teknologi atau ingin balik kebelakang. Kalau kita lihat Al Quran , dalam surah Yassin ayat 71 & 72 juga menyatakan Tuhan jadikan binatang ternakan yang boleh didapati darinya minuman ( susu ) dan makanan ( daging ) serta ianya berguna sebagai kenderaan kepada manusia.

Berikut adalah hujjah mengenai kuda sebagai kenderaan di Malaysia.

1. Kuda tidak perlu menggunakan minyak sama ada Ron 95, 97 atau 92. Ianya hanya menggunakan air sejuk yang boleh didapati dimana-mana sahaja di sepanjang jalan raya dan lebuh raya ditempat kita. Air paip JBA boleh, air telaga boleh, air hujan boleh dan air longkang pun boleh. Ia menjimatkan belanja pengguna minyak disamping mengurangkan tukaran wang asing mengimpot minyak.

2. Kita tidak perlu mengambil road tax. Jimat juga sikit. Namun begitu Insuran perlu ada.

3. Tak perlu risau kita tentang Puspakom. Kalau bawak ke puspakom pun tentu jenuh juga pekerja di puspakom mencari no. chasis atau no. engin. Tak payahlah check 6 bulan sekali atau setahun sekali.

4. Tak perlu tukar cluch atau lining brake , kalau perlu pun tukar ladam sahaja.

5. Kalau kuda sakit bawaklah berjumpa Dr. Zainor atau Dr. Aishah atau mana klinik veterinar . Jangan lah bawak ke workshop pulak untuk tukar timing belt. Kuda mana ada timing belt. tak perlu servis atau tukar minyak hitam setiap 50,000 km.

6. Harga kuda lebih kurang kereta jugak. kalau kuda lumba yang diimpot dari Brazil harga mungkin cecah RM 200,000. Tapi ada juga kuda yang murah seperti kuda padi atau kacukan yang boleh dibeli dengan harga RM 4,000 hingga RM 5,000 sahaja seperti yang terdapat di Kelantan.

7. Walau pun kuda tidak boleh untuk perjalanan jauh, untuk berulang alik dari rumah ke pejabat adalah amat sesuai.

8. Kuda lumba boleh berlari laju dan boleh menyamai kelajuan kereta mewah seperti yang diidamkan oleh Echam

9. Kuda tidak mencemarai alam dengan asap hitam. Ianya mesra alam. Jika ada pun tahi tahi kuda yang amat sesuai dijadikan baja organik untuk tanaman sawit.

10. Kuda boleh ditunggang dalam apa jua keadaan jalan pun , sama ada rata, berbukit , berlopak dan kalau air bah setakat pinggang pun mampu ia redah.

11. Jika idea ini dipakai, mungkin satu hari nanti kelihatan kuda-kuda banyak parking depan kopitiam Kuantan.

13 comments:

INTAN RH said...

Kuda mmg tak kena gi puspakom. Ketnya klu kuda sakit lutut, kita nak anto kuda2 ni ke mana? :P

ps: koi cdg nak buka klinik kuda la..hehe

Webmaster@Echam said...

Koi nok beli kuda padi.... Muroh sikit..

hai said...

weh,echam...kalo sengkat kuda padi..padan ngan anok2 je...koi x daye gitu..anok koi ramai,puas nok beli kuda sorang se...apa toknya..kalo nak bergerak tak leh naik ramai...ke goner??pandir kita!!

maiyah said...

sy dok bygkan byknya lah kuda2 kulu kilir :D

Hashim Zabidi said...

Cadangan endiem semuanya ok,tip top. Cuma satu hal je, bini koi kata:Kas ngeri ngat kalau kejo dik anjing, speed kuda jadi bertambah laju. Kalaulah jatuh, aduh! bulat macam buah nangka masak...bergulieunggg...

mazru(9m2mzr) said...

koi setuju jugek,kitnye koi membayangkan menunggang kude dari kerayong nak balik ke Raub,berpa kali la agoknye kude koi berenti minum air sbb letih..

kite pulok letih la nampal koyok kat pinggang.

endiem said...

intan..
kalau kuda sakit bawak klinik haiwan., tapi kalau tak baik jugak sembelihlah buat lauk.

Echam..
Kuda padi tak laju high speed 40 km/j

hai..
satu rumah kurang kurang kena ada 6 ekor kuda.

maiyah..
kancil dan rusa dah banyak ada kat jalanraya.

pak hashim..
kena pandai imbang tak lah jatuh.

mazru..
ya tak ye jugak..kohot weh naik kuda jalan jauh. Kuda kohot kita pun kohot.

relevan said...

Memang kelas idea aok ni endiem..dan ekor kuda juga boleh ditikam..hehe!

endiem said...

Relevan ..
kuda 3D.

AuntieYan @ Makcik Blogger said...

Salam En. Endiem,

Ye lah tu.....!

Banyak juga dia punya disadvantagesnya..

- Orang pompuan ngandung macam mana?

- takkan nak pakai baju kurung naik kuda??...tapi, takkan pulak nak berjeans berboot bagai pulak ke ofis?...ofis Swasta ok le...mengkala ofis gomen goner????
(pande dak koi cakap Pahang?...jangan marah!) :-)

endiem said...

Auntie Yan..
wsalam..
Dah lama dengan orang pahang tentulah pandai..

Kunang-Kunang said...

Kalau kereta diganti dengan kereta, jenuhlah nak melantik orang-orang yang akan menyodok dan mengangguk heemmmmmmm dia.

Buatnya dia melepas sana sini macam mana. Pencemaran pemandangan dan pembauan.

pakcik kordi said...

best jgek naik kude..bagus weh naik kuda ni..senaman..nabi pun naik kuda...hehehe...