Followers

Thursday, November 19, 2009

Tertidur

Perjalanan dengan bas dari Johor Bahru Ke Kuantan mengambil masa lebih kurang 6 jam. Bas ekspress yang menghala ke utara pantai timur seperti Kuantan, Kemaman, Dungun, Kuala Trengganu dan Kota Bharu biasanya akan melalui dua laluan, sama ada melalui Rompin atau MuadzamShah. Pihak syarikat syarikat bas ekspress telah mengatur jadual perjalanan mulai dari 8.30 pagi hinggalah ke lewat malam setiap hari. Mungkin pada musim musim perayaan bilangan bas akan ditambah bagi memenuhi keperluan semasa.

Fahmi Hafiz, penuntut Diploma Kejuruteraan Awam, Universiti Tun Hussein On, Batu Pahat merupakan salah seorang dari penumpang bas ekspress Transnasional yang akan ke Pantai Timur pada malam itu. Lepas saja kuliah Pn. Anisah, petang tadi, dia terus berkejar ke stesyen teksi Batu pahat untuk ke JB. Setibanya di Terminal Bas Larkin, dia membeli tiket bas ke Kuantan. Tambang bas dari Johor Bahru ke Kuantan ialah RM 26.40. Dia hanya sempat mendapatkan trip perjalanan pada pukul 10.00 malam dengan menaiki bas JB - Dungun melalui Kuantan.

Sementara menunggu bas bertolak Fahmi Hafiz sempat juga mengalas perut di gerai makan di sebelah belakang terminal tersebut. Perutnya telah mengelodak dan mintak diisi . Pada ingatannya, dia hanya bersarapan bersama "Sin Chan", Jong dan Rafi di cafe kolejnya pada sebelah pagi tadi. Selepas itu tak delah satu habuk pun yang masuk kedalam rongga kerongkongnya kecuali air lior sahaja.

Fahmi Hafiz memesan segelas fresh oren dan nasi ayam goreng. Awek rambut perang, berbaju t warna pink yang mengambil order dari nya, tersenyum melihat telatah Fahmi Hafiz yang mengongkang ayam goreng madu itu dengan bersemangat sekali. Setelah melangsaikan bayaran makanan kepada cashier di gerai tersebut, Fahmi Hafis terus meninggalkan gerai awek rambut perang itu untuk ke terminal.

Bas Ekspres Transnasional ke Dungun meninggalkan Terminal Bas Larkin Johor Bahru tepat jam 10.05 malam. Hanya terdapat kira-kira 20 orang penumpang dalam bas tersebut. Kesejukan malam ditambah dengan pula air cond bas menjadikan suhu dalam bas tersebut sekitar 18 darjah celcius. Fahmi Hafiz mengeluarkan jaket dari beg galas 'shoei' nya. Jaket hitamnya itu adalah hadiah dari Kak Longnya kerana dia berjaya mendapat 5 A dalam peperiksaan SPM yang lepas.

Sepanjang perjalanan, Fahmi Hafiz hanya mampu berangan angan dan mengelamun sahaja. VCD cerita Hindustan yang dipasang oleh pemandu bas langsung tidak menarik minatnya. Tah apa apa. Kalau ada awek di sebelahnya alangkah bagusnya, boleh berbual bual, boleh berkenalan dan boleh bertukar tukar pendapat, fikirnya. Tapi seat disebelah nya kosong. Tak de orang.

Lepas satu bandar satu bandar dilewatinya, begitu juga dengan pekan pekan kecil . Air Hitam, Yong Peng, dan Labis , semuanya telah di tempuh. Di Segamat bas berhenti kira kira 20 minit untuk memberi peluang kepada penumpang-penumpang yang telah penuh tangkinya kebilik air dan yang ingin menyegarkan mata pekena tongkat ali atau kopi radix.

bersambung lah pulak..


14 comments:

Relevan said...

Sambung cepat wehh..nak tau apa jadi pada Fahmi Hafiz..

Hanisham Ab Halim said...

huk olohhhhh.. semua jenis buat drama swasta ni. Lain kali buatlah filem wehhhh...

endiem said...

relevan..
tunggu sambung .. esok.

Echam..
Kalau cerita cina atau korea banyak siri..Ini dua siri je. Aok tanya Mazru , dia yang ajar buat cerita bersambung sambung..

Mak Su said...

maksu pernah tgk tetuang... rasanya ada kat rumah masa kecik2 dulu, entah siapa yang punya, arwah ayah ker abang2 yang punya... seronot gaks

Maiyah said...

fahmi trtinggal bas gak nya sbb dah tersangkut ngan awekz hehe :D

Hashim Zabidi said...

koi bimbang amet cerita ni tak bersambung, kalau tanyangpun jauh malam. orang dah tidurrr...

mazru said...

laa...abis siaran jugek ke..hehhee,koi tungguuuuu

endiem said...

mak su..
Tetuang ni kalau di buat ukiran dan disimpan sebagai perhiasan molek jugak.

endiem said...

maiyah..
jeng jeng jeng .. ikutilah sambungannya.

endiem said...

Pak hashim...
nama Tajuk nya pun tertidur..sapa yang tertidur ..ikutilah sambungannya.

mazru..
macam cerita hantu jugaklah weh..

Ateh Nour said...

Assalamualaikum, deme seme pakat buat drama swasta yek..buat saspen orang jek..sambong yee jangan tak sambong endiemm..

terokai seni said...

haik tak sambung lagik, udah potong jangan lupa sambung

endiem said...

Lipislady..cemomoi
Dah tulis .. tapi cuaca lembab broadband susah dapat.

endiem said...

cemomoi..
ok dah sambung..