Sekolah dah mula cuti panjang. Bagi emak bapak yang mempunyai anak lelaki yang masih belum bersunat, prentan inilah amat sesuai untuk menyunatkan mereka. Biasanya budak budak yang berumur 8 hingga 10 tahun sesuai untuk dikhatankan. Di separuh tempat di Negeri Pahang diadakan satu majlis khusus untuk budak budak yang hendak berkhatan ini. Selain dari satu adat budaya, majlis berkhatan bertujuan meraikan mereka mereka yang hendak bersunat.
Walaupun tak semeriah majlis berkahwin, majlis berkhatan juga tak kurang hebatnya. Perancangan majlis ini dibuat dengan teliti. Ianya mungkin dianjurkan dengan pakatan diantara dua tiga keluarga yang rapat atau dibuat secara beramai ramai dalam sebuah taman perumahan.
Aturcara majlis berkhatan juga menarik. Antara acara yang biasa dibuat ialah dengan dimulai marhaban dan berdikir. Pasukan marhaban kampung atau taman tersebut dijemput bagi memeriahkan majlis. Kemudiannya bebudak ini akan di arak beramai-ramai dengan menjulangnya untuk ke pelamin. Orang orang yang tegap akan menjulang budak budak ini. Paluan kompang akan kedengaran seakan akan berbunyi .." potong..potong.. potong".
Di atas pelamin upacara merenjis air mawar diadakan. Selepas itu mereka semua dibawa untuk makan. Masa inilah mereka dijamu dengan berbagai bagai makanan yang sedap seperti ayam golek, KFC, Chicken Chop, Lamp Chop, ikan kelah , budu, cencalok dan macam macam lagi atas niat ibu bapak. Bila dah siap makan budak budak ini akan dimandikan. Ada yang memanggil pihak Bomba untuk memancut air kepada budak budak ini. Emak ayah pun juga boleh menumpang mandi bersama anak anak mereka.
Yang paling mencabar anak anak ini apabila dibawa masuk kedalam bilik untuk berjumpa dengan doktor. Emak ayah pun berdebar jugak.

18 comments:
pahang nk banjir ni... anak aok yg kecik 2 dah khantan blom...?
Selamat berkhatan yak..air dah naik juga kat Jerantut ni..
Hehehehe...mcm penah dgr je iklan potong potong potong tu.
dah sampai musimnya, anak sedara sy pun tahun ni tak bleh lari lagi :D
beza amat dengan jaman kas dulu,
berendan dalam air kalau tidak dlm perahu.
batang pisang sorang satu,
menggeletar dagu,
clang-calang pegang terjun tak ikut pintu.
bukan potong potong potong
kerat dengan sembilu,
aduuuuuuuuuh!!!
koi arite mengalir jugek air mate...
tak kan merasa semua ni
sebab
pB tak ada anak laki2.
tapi zaman sekarang dah kurang majlis2 sebegini...ramai orang bawak anak2 terus ke klinik..balik dok diam2 kat rumah!!
Tanpa nama..
syukri akan bersunat pada 30 haribulan ni.
relevan..
Air naik pun, khatan jalan jugak.
eL..
yang tepok kompang pun belum potong.
maiyah..
dah sampai masa ye.. apa nak buat.
Pak Hashim..
yang kecik kena kerat dulu..
yang besar mulalah alah malu..
tak boleh buat tak kelulu,
nanti tak mudim tak balik ke ulu.
mazru..
biasalah macam kena gigit semut api.
pB..
ramai anak perempuan , cepat dapat menantu..
hai..
nak menganjurkan majlis, malas tapi kalau ada penganjur boleh tumpang sekali.
armouris..
terima kasih..banyak info berguna.
Semoga semuanya selamat, insyaAllah.
Ni baru betul potong.
kala dulu ye...bapok le sakitnya, tp skrg ni dah ade ubat tahan sakit...takde benda ke takutnya..
ahaks,mesti saspen giler dengar lagu potong potong potong
abu muaz..
mintak mintak biar semua selamat
Cik gu jang..
bukan takut tapi serun..
Mak su..
lagu potong tu patut kena ban.
argh ye awok, sebut tang khatan ni ander hok kabo kena potong guna gergaji maunya tok lari mengkala jumpa mudim... mujo mudim pon dah tak ander... sunat jumpa doktor macam gi bawok mintok ubat deman je
cemomoi..
mudim kata.. sapa tak menangis dapat jadi menantu dia.
Wah macam pengantinlah. Comel-comel. Semoga selamat semuanya.
Post a Comment