Followers

Wednesday, November 4, 2009

Ikhlas



Tarikh: 6 September 1995
Masa: 2.00 ptg
Tempat: Pudu Raya, Kuala Lumpur

Dalam ribuan manusia di Hentian Pudu Raya pada ketika itu, kelihatan seorang lelaki berumur lingkungan 50 an , sedang duduk dibangku menunggu. Dengan berkemeja batik yang agak lusuh serta bersongkok hitam yang telah pudar warnanya, lelaki tersebut kelihatan gelisah sekali. Bersama samanya sebuah beg yang memuatkan beberapa helai pakaian. Dia seolah olah menunggu sesuatu. Sesekali ia bangun, berdiri dan berjalan-jalan sekitar gerai makan dihentian itu . Agaknya dia berasa puas serta ingin membetulkan urat.

Tidak lama kemudian muncul seorang anak muda di hentian itu. Pakaiannya kemas serta berkaca mata hitam berjenama Rayben. Dia membawa sebuah beg sandang yang sederhana besarnya. Agaknya anakmuda ini hendak menaiki bas menuju kesatu distinasi yang jauh.

Tiba tiba lelaki itu tersenyum dan terus menuju ketempat anak muda tersebut sambil memberi salam.

Lelaki tersebut : " Assalamualaikum"( sambil menghulurkan tangan untuk berjabat tangan).

Anak muda: " Waalaikumussallam"

Lelaki tersebut: "Maaflah , pak cik bertanya, anak ini nak kemana ?"

Anak muda: " Nak balik kampung "

Lelaki tersebut: " Di mana kampungnya?"

Anak muda : " Kampong Lebak, Temerloh. Pak Cik"

Lelaki tersebut: " oh oo oo samalah kita ( sambil tersenyum ). Pak cik pun nak balik ke Lanchang.

Anak muda: ye?

Lelaki tersebut: "Syukur, ada juga orang sekampung.... .. Sebenarnya pak cik ni ada masalah sikit , ( muka sedih semula ) masa pak cik masuk tandas tadi, beg duit pak cik hilang. Habis semua diambiknya. Pak cik pun dah tak de duit langsung. Nak buat tambang pun tak de..Kalau boleh pakcik nak pinjam lima puluh ringgit buat beli tiket dan buah buah untuk anak anak di rumah.

Anak muda: ( Sambil membuka wallet , mengobek duit) "Pak cik.. saya , lima puluh ringgit tak delah,

...Tapi kalau dua puluh ringgit bolehlah."( Sambil menghulur 2 keping duit kertas RM 10.00)

Lelaki tersebut: Itu pun dah banyak terima kasih ( sambil mengambil duit tersebut) . Kalau anak datang ke Lanchang.. tanya je orang kat kedai tu.. mana rumah Pak Sahak Landak.. semua orang tahu.. Nanti Pak cik pulang balik.

Anak muda: "Tak pe lah pak cik... saya pun susah nak gi ke Lanchang.. saya Ikhlas je."

Lelaki tersebut: "Terima kasihlah nak"

Setelah bersalaman , lelaki itu pun beredar , dan terus menghilang dicelah-celah ribuan orang ramai di Hentian Pudu Raya. .. Agak agaknya dia hendak membeli tiket bas.

16 comments:

mazru(9m2mzr) said...

siapekah pemuda berkaca mata rayben tersebut?

AuntieYan @ Makcik Blogger said...

Salam En. Endiem,

He!..he!...kawan dah 34 tahun jadi warga kota Metropolitan ni (KL lah), itu semua tektik lama...sokmo dah jumpa apa lagi kat Pudu Raya, tempat dialah tu..silap-silap haribulan, "Pak Cik Sahak" tu akan kantoi, bila dia terminta dengan orang yang sama! :-). Kadang-kadang "Pak Cik Sahak" akan kata, dompet dia kena ragut....wallahualam.

YASSIN said...

apa-apa hal kita ke Lanchang dulu kita tengok pakcik sohok tu...sohok landok...mekala tak de sahak kita cari aje landok kat situ goner?

abu muaz said...

ha,ha,haaaaaa......minggu depan sahak kancil pula

relevan said...

Pakcik sohok beskal tua hendal panjang tu ke endiem?..

Anok muda te pakat hulur je duit tak ngira lalu yak..

cemomoi said...

sohok kancil dok cemomoi la weh

endiem said...

mazru..
tidaklah pulak diberitahu oleh pencerita akan watak anak muda berkaca mata rayben..

Auntie Yan..
Itu tektik lama.. tak sesuai lagi sekarang.

Yassin..
Lalu lalang ke KL tak teringat nak singah ke Lancang mencari salasilah Pak cik Sahak tu.. manalah tahu ada lagi anak daranya.

Abu Muaz..
minggu depan pak cik sahak tukar alamat jadi orang Kuala Ibai pulak.

Relevan..
Pak cik Sohok tu ramai anak dara ..kat Lanchang.. sebab dek RM 20.00 boleh jadi menantu.

Hashim Zabidi said...

Ikhlas! kalau iapun jangan ceritaaa, nak. Pakcikpun ikhlas cakap ni...

endiem said...

cemomoi..
kat maran pun ada leman kancil.

Pak Hashim..
sama sama ikhlas, lah gamoknya.

maiyah said...

skrg mmg byk auta tapi anak muda tu mmg berhati mulia, wlau dia tahu mungkin pakcik tu akan tipu tapi dia berfikir sebaliknya :)

endiem said...

maiyah..
Orang muda , belum tahu tipu helah manusia zaman hari ini..

izman said...

banyak kes penipuan macam ni kat stesen bas dan masjid. tapi kalau ada kemampuan dan rasa kes tu betul, ikhlaskanlah.

endiem said...

izman..
tu yg buat orang susah sukar nak dpt pertolongan.

Anonymous said...

Salam.
Jom kita sokong kempen satu sekolah untuk semua (Sekolah kebangsaan)
http://satusekolahuntuksemua.wordpress.com/
terima kasih

pakcik kordi said...

assalamualaikum....koi rase aok la pemuda yg baik hati tersebut..=)aok mmg berhAti mulia ah...pakcik tu koi hapar dia tk tipu la yak..weh..aok pahang kt mana weh?

endiem said...

pakcik kordi..
w'salam.. koi masa ni bermastautin di kuantan