Followers

Wednesday, November 11, 2009

Ujian IQ

Dalam satu kursus kepimpinan , satu ujian telah diberi bagi menilai tahap IQ peserta - peserta.

Pak Malik mempunyai 5 orang anak lelaki. Kelima lima anaknya itu tinggal ditempat yang berbeza dan juga mempunyai hobi yang berbeza. Disamping itu mereka juga menggunakan kereta serta gemar kepada minuman yang berbeza.

Klu yang diberikan ialah:-

1. ALIF bekerja di KUALA LIPIS.
2. Pemain FUTSAL menetap di RAUB.
3. Anaknya yang bernama SYAZWAN gemar minum KOPI
4. Orang di JERANTUT suka minum TEH TARIK
5. SYAZWAN abang kepada ADAM
6. Pemilik HONDA CIVIC setiap minggu kepadang GOLF
7. AZIM memiliki kereta PROTON WAJA
8. Anaknya yang ketiga suka minum TONGKAT ALI
9. Anak Sulungnya tinggal di KUANTAN
10. Pemilik kereta Gen2. adik kepada pemain BADMINTON
11. Pemilik kereta PROTON WAJA abang kepada pemain TENIS
12. JUS OREN suka diminum oleh pemilik kereta TOYOTA VIOS
13. Anak Pak Malek yang tinggal di KUANTAN abang kepada SYUKRI
14. Pemilk kereta MyVi bermastautin di BENTONG.

Perlu di cari.
1. Siapakah yang suka bermain HOCKEY.
2. Siapakah yang gemar minum JUS OREN

15 comments:

a kl citizen said...

assalammualaikum

nak pecah kepala memikirnya...

maiyah said...

tuan punya blog kot :)

Teratak Murniku said...

Assalamualaikum,

Saya masa sekolah dulu suka main hockey.

Sekarang saya suka minum jus oren..

Jawapannya ialah SAYA

mazru said...

antara adam dgn syukri la agoknye...hentohlah..sakit kepala

AuntieYan @ Makcik Blogger said...

Salam En.Endiem,

Wah! bagus le Ujian IQ ni....

pening makcik di buatnya...tak pe...makcik akan pikir-pikir jugak..kasi otak berjalan...:-)

hai said...

jawapannya Aliff...

endiem said...

esok koi bagi jawapan..tekalah.. kena buat kiraan sikitlah.

relevan said...

Kala orang Jerantut yang suka minum tea tarik tu adalah Echam..

cemomoi said...

ander nampok oghang main hoki sambil minum oren? koi tak tergamok, sakit perut...

mazru said...

la endiem..mana jawapannye..janji arini..kekekkee

endiem said...

mazru dan rodong rodong..
koi pun pening jugak.. dah lupa formula, mintak tempoh lagi.

relevan said...

Kome nok jawapan juge endiem..kala tidok kome serang aok..gayut kat seberang sg Kuantan..betul2 atas huruf K yang besor tu..

mazru said...

betui-betu-betui...nak jawapan...

koi pakat ngan relevan turun kontan kala esok aok tak bg jawapan lg..

hai said...

yg pastinya anak sulong dia nama azim,guna proton waja..dok kuantan...abang pada yg main tenis...jadinya yg no 2 namanya syukri...
anak dia azim,shukri...syazwan(kopi)
syazwan abg adam...jadinya syazwan bukan anak ke3...sebab anak ke3 suka minum tongkat ali..
kemungkinan alif anak ke 3..yg suka minum tongkat ali..ke 4 syazwan dan yg ke 5 adam...nanti koi pikir lagi la...

DaddYcooL said...

jawapannya adalah...PAK MALIK!