Followers

Saturday, September 26, 2009

Tip Berbelanja Selepas Hari Raya

Hari raya telah seminggu berlalu. Pada sambutan hari raya yang lepas, kita banyak berbelanja seperti menyediakan kuih, kek, lemang, beli daging, duit raya, tukar langsir, tukar sport ream, tukar tv, tukar kerusi makan dan bermacam macam lagi. Semuanya itu memerlukan duit. Walau pun dapat bonus, dapat duit ikhsan khas , duit jual lembu, duit jual sawit , duit getah sekerap semuanya dah langsai untuk perbelanjaan hari raya. Tak pe lah raya setahun sekali.

Jadi selepas hari raya ini kita kenalah berjimat sikit. Berikut sedikit tip untuk panduan bersama berbelanja selepas hari raya.

1. Berpuasa 6.
Berpuasa 6 hari dalam bulan Syawal adalah sunat. Oleh itu ambillah kesempatan ini untuk mendapatkan pahala disamping berjimat. Selama enam hari tak delah kita pergi mengetea kat kedai kak timah, atau restoran taj pekena roti canai. Tengahari pun tak perlulah pergi ke restoran pak Akob.

2. Bawa Bekal Ke Pejabat.
Bawa bekal ke pejabat atau tempat kerja. Suruh orang rumah masak lebih sikit belah pagi untuk kita bawak bekal ke pejabat. Isikan makanan dalam siyeor ( mangkuk tingkat ) siap dengan air kopi. Tapi kalau tak de menda jugak nak bawak bekal, bawak je kuih raya. Barangkali kuih raya pun dah habis , cuma tinggal koret je, Janganlah pulak bawak serdak kuih, itu dah kira teruk sangat.

3. Kerapkan pergi Rumah terbuka dan Jamuan Hari Raya
Sekarang ramai orang buat rumah terbuka dan banyak pejabat-pejabat mengadakan sambutan hari raya. Oleh itu jangan lepas peluang , pergi je lah. Sekurang kurangnya dapat jimat perbelanjaan minum pagi atau tengahari.

4. Jangan buat program melibatkan perjalanan jauh.
Elakkan membuat program yang melibatkan perjalanan jauh. Maklum sajalah, perjalanan jauh memerlukan perbelanjaan yang lebih. Duit minyak, makan minum, hotel dan sebagainya. Mana nak kobek duit, Kredit kad jugak yang jadi mangsa.

5. Jangan berbelanja mengikut perasaan.
Berbelanjalah mengikut patut patut. Janganlah ikutkan perasaan sebelum beraya. Nak tunggu gaji dah tentu lambat lagi.

11 comments:

al-mankaraqi said...

salam,

no.6 - jual kereta, naik motor jelar pulak.

relevan said...

No 1 paling afdal..

maiyah said...

salam.. ye yg no1 adalah afdal :)

Hashim Zabidi said...

endiem, salam raya...

Esok saya nak puasa enam. Tapi kalau esok ada rodong ajak rumah terbuka, nampaknya puasa kensel. Tahun lepas tak cukup sari, buat dek rumah terbukalah. Jangan-jangan tahun dapat 4 hari aje, ha ha ha...

mazru(9m2mzr) said...

ari ni je cemas se'eh makan di rumoh terbuke rodong koi..

endiem said...

al mankaraqi..
no. 7. beli maggi banyak2.

relevan..
setuju.

maiyah..
setuju.. pas tu buat puasa ganti pulak.

Pak Hashim..
Puasa 6 buat awal awal.

endiem said...

mazru..
Pah paleh aok.. aok balun betul yek!

hai said...

pose 6 ni pun byk dugaannya ...goner pulok anok2..???ahaks!!

endiem said...

hai..
mamang banyak dugaan.. nak pulok tengok anak anak jilat ais cream.. tos air lior dibuatnya..

eL said...

Selalu mula puasa 6 raya ke-2 tapi tahun ni kena goda melampau sangat. Baru nak start hari ni. Kalau balik Mela macam tu lah.

endiem said...

eL..
pose 6 kalau boleh stat awai lagi bagus.. tapi masa nilah paling banyak orang buat rumah terbuka, tak pergi tak kena, kalau pergi maklum sajalah..