Followers

Wednesday, September 23, 2009

Hari Raya Keempat

Hari raya aidil fitri 1430 telah disambut dengan meriah sekali. Walaupun dikatakan banyak halangan dan cabaran seperti H1N1, kegawatan ekonomi dan ketiadaan bonus raya bagi sesetengah orang bukanlah satu faktor penghalang bagi kemeriahan sambutan aidil fitri kali ini. Dalam kutbah pagi raya juga diingatkan oleh tok khatib tentang perkara tersebut, hingga tersasul juga tok khatib di seseparuh masjidmenye but tentang H, one, N, one di sebut sebagai H.I.N.I. atau H, se , N, se.

Kita bersyukur kerana pada tahun ini kurangnya berlaku nahas jalanraya yang teruk dan dahsyat yang mengakibatkan banyak kemalangan jiwa. Hanya kematian kerbau, lembu , kambing dan ayam akibat sembelihan sebelum hari raya masih banyak sebagaimana tahun tahun sebelumnya.

Kampung telah mulai lenggang kembali. Warga warga kota yang pulang ke kampung telah mula balik ke bandar untuk menyambung tugas. Perniagaan dan kedai kedai telah mula menjalankan operasinya semula. Orang orang pejabat telah mula bertugas seperti biasa, cuma jika nak adakan mesyuarat masih tak cukup korum. Seseparuh restoran dan warung teh tarik masih belum bukak lagi. Payah sikitlah nak pekena teh tarik hanya kat restoran mamak saja lah kena roti canai.

Di dapur pulak, lemang toksak cakaplah. Dah habis. Rendang apatah lagi. Tapi biskut raya, putu, kuih batang buruk masih ada lagi.

Tapi akan ada lagi, sate, lemang, ketupat, dan rendang..

Kita tunggu rumah terbuka sambutan hari raya..

11 comments:

relevan said...

Salam endiem..
Kuih batang buruk sedap walau pun tinggal serdak..tuntung jer molo ( balang ) kemulut kepat2 serdak dan telan..

Nak mgetea sukar lagi ni..kebanyakan restoran belum dibuka sepenuhnye..

Cikgu Jang .. said...

Lepas ni pakat pegi umah terbuka pulak lah....

izman said...

datang raye ni, mane kuihnya?

endiem said...

relevan..
kah3x sedapnya aok cakap nak tuntong molo kuih batang buruk terus alam mulut.. kot nanti jadi pak abu.. meninggal.

cik gu jang...
tak lama lagi adalah rumah terbuka..duit raya pun dapat singgit je..dema cakap satu malaysia.. jadi satu hinggit lah dalam sampul.

izman..
acu aok bukak e mail tu adalah kuih raya..

maiyah said...

haa.. bab batang buruk tu peberet ler plak.. umah kita dah solosai bukan tetamu yg makan tapi tuan umah hehe :D

Hashim Zabidi said...

Koi dulu. Dulu tak dulu lah, tahun lepas je, tengah-tengah pose 6, ada orang ajak pergi rumah terbuka, tinggal pose. Nak menghabiskan enam hari tu, cemas lucut syawal, ha ha ha...

~0~ said...

selamat hari raya

bila open house bang??

endiem said...

maiyah..
koret kuih..lastnya batang buruk.Yang lain tu dah lama habis..

Pak hashim..
kome pose 6 tak buat lagi..tunggu habis rumah terbuka..

zaidi..
selamat hari raya., tahun ini takde open house kot..

noorlara said...

Salam Syawal,
memang syukur sebab kureng kemalangan jiwa tapi yg geram tu bebodak kite yg ilang jari nampaknye tak kurang, bilele nak serik...raye setahun sekali tapi kesannye seumur hidup

endiem said...

noorlara..
jangan main mercun

eL said...

Errr...koi tak tau pun apa yang ada kat dapur tu hehehehe