Followers

Wednesday, September 16, 2009

Checklist - Nak Beraya

Tak lama lagi nak berhari raya. Berikut adalah sedikit checklist bagi menyambut hari raya.

1. Bila Hari Raya ?:-
Pastikan tarikh yang betul untuk berhari raya. Hari raya akan jatuh pada tarikh 1 Syawal 1430. Dengar pengumuman Pemegang Mohor Besar Raja Raja Melayu pada 19 .9.2009 bila hari raya.

2. Dah ambik Cuti ?:-
Dan lagi nak ambik cuti sekarang ni. Kalau tak ambik cuti kot-kot nanti kena kerja pulak masa Hari Raya.

3. Dah Bayar Zakat Fitrah?:-
Kalau belum bayar fitrah, bolehlah membayar fitrah kepada amil amil yang dilantik. Bagi negeri Pahang bayaran fitrah adalah sebanyak RM7.00 / orang. Bayarlah sekali orang orang dibawah tanggungan kita.

4. Dah ambik Baju Raya?:-
Baju melayu untuk pakai pagi raya dah siap jahit. Begitu jugak baju kurung telah siap jahit manek dan labuci. Bolehlah diambil dari tukang jahit sekarang. Tapi jangan buat buat lupa pulak upah tukang jahit, bayarlah sekali. Tukang jahit pun nak beraya jugak.

5. Dah Sedia Duit Raya?:-
Sediakan sedikit bajet untuk pemberian duit raya kepada anak buah dan budak budak yang datang beraya ke rumah. Isikan dalam sampul duit taklah nampak berapa kita bagi. Kalau mampu bagilah RM 100 seorang, atau RM 50, RM 10, RM 5 , RM 2, dan RM 1.00. Nak bagi 0.50 sen boleh juga bagi kepada budak budak yang baru berjalan jatuh. Tak de komplen.

6. Kasut Raya macamana?:-
Boleh pakai kasut tahun lepas, kalau dah lupa beli.

7. Kueh Raya?:-
Pastikan kueh kueh dan biskut yang ditempah akan tiba dengan pos laju dalam masa sehari dua ni.

8. Bila Nak Cari Buluh Lemang ?.
Paling lewat pun hari jumaat ini, selepas sembahyang jumaat. Carilah banyak sikit.

9. Bila Nak Anyam Ketupat ?
Kalau dah ada daun nyor bolehlah mula anyam sekarang.

10. Bila nak sembelih ayam?:
Tangkaplah yang besar-besar, kurungkan serta asahlah pisau tajam tajam sekarang. Hari sabtu petang boleh kasi sembelih.

11. Bila nak Cat Rumah?:-
Tak payah catlah.. dah memang tak sempatnyer. Tahun depanlah pulak.

12. Bila nak kacau Dodol?:-
Sempat lagi ke?. Kalau tak sempat beli jerlah kat pasar tani mega hari sabtu esok.

13. Bila nak gi tebas kawasan kubur.
Ah.. ingat pun. Pergilah bila bila masa dari sekarang.

16 comments:

eL said...

"butang baju melayu abang mana pah" <--- ayat p. ramlee nak pegi menikah tapi janganlah guna pagi raya. takut ada yang makan BULUH lemang.

Unknown said...

Salam

Selamat Hari Raya

Maaf Zahir Batin

ima shhs said...

selamat hari raya utk aok...

Anonymous said...

Koi beli jek dodol, tak daya nak ngacau dah... :)

endiem said...

eL..
Tak eh.. Tok imam pergi masjid , tak ndak dia menikoh ke orang hari raya..

zaidi..
salam.. selamat hari raya datang lah umah..

ima shhs..
sesamalah.. selamat hari raya jugak lah..kirim salam kat orang umah aok..

intan...
osah ke dodol lemang pun boleh beli..

noorlara said...

baik punye check list... dah siap ke baju rayer tu? Selamat menyambut Syawal semoga meriah dan gembira

Relevan said...

Kwn gaji sampai ke hari ni belum dapat lg endiem...sedih ni sedih..

So..checklist raya dah ada ni..Vehicle checklist kene buat juga..safety first..

Maiyah said...

salam.. wah meriah nyer.. kawan pon nak servis kete roda gak ler :D

Hashim Zabidi said...

Mana-mana yang belum bayar fitrah tu, ke pakcik ni boleh juga, ha ha ha

Anonymous said...

dalam byk2 list tuh, satu jeh aku ngah pk.. byr zakat.. yang lain tak de perasaan pun.. hahha... slm jenguk2...

endiem said...

Relevan,,
gaji aok tu pagi adalah..

noorlara..
baju melayu dah ada tapi songkok lupa pulak..

maiyah..
setahun sekali ,, hari raya..kete kena service dulu.

Pak hashim..
selamat hari raya, ha ha aha

duwenk..
salam.. kalau tak nak bayar dengan duit boleh bayar dengan beras..

hai said...

tang yang kubur tu..last sekali yek!!tu kalo ingat...ada jugak yang tak ingat kubur yang mana satu???

endiem said...

hai..
kubur kena terangkan .. setahun sekali. itu pun terbabas, tebasnya kawasan kubur orang lain..Bila hari raya tengok orang lain yang zairah kubur tu.

Fadh Rahman said...

selamat hari raya maaf zahir batin

saharul said...

Endiem...Selamat hari raya dari koi yek....gone cheklist awok tu dah selesai semuanya ?

endiem said...

Fadh..
Sama-sama, Selamat hari raya, maaf zahir batin.

Cikgu Jang..
Selamat Hari Raya, maaf zahir batin.. checklist hari sabtu baru selesai.