Followers

Wednesday, September 2, 2009

Jemput Bebuka Puasa

Masih terdengar-dengar di telinga Long Majid akan kata-kata Ustaz Salleh dalam tazkirah Ramadhan yang disampaikannya malam tadi. Memang menjadi amalan surau di tanah rancangannya itu mengadakan ceramah pendik setiap kali selepas empat rakaat solat terawih disepanjang bulan Ramadhan ini. Ramailah penceramah telah diundang untuk memberi ceramah. Malam tadi, giliran Ustaz Salleh pulak memberi ceramah.

" Kita hendaklah mengambil peluang ini, kerana ganjaran yang disediakan di bulan ini berganda-ganda." Bersemangat sungguh Ustaz Salleh memberi ceramah. " Tidak ada peluang yang sebegini pada bulan bulan lain" Tokok Ustaz Salleh lagi.

Mana-mana pendengar yang mamai dan mengantuk terjaga semula mendengar tempikan Ustaz Salleh. Sesekali, gelak ketawa bergema di surau tersebut, apabila Ustaz Salleh membuat jenaka. Banyak tip-tip untuk mendapat keberkatan dan ganjaran dalam bulan ramadhan ini telah diberikan oleh Ustaz Salleh dalam ceramah singkatnya itu.

"Aku mesti buat" tekad Long Majid semasa balik dari surau selepas selesai solat sunat terawih. Setibanya dirumah Long Majid terus meneriak isterinya, Jenab Lenggang. "Weh !,Weh .. acu kemari kejab..kawas nak bepakat dengan aok ni"

" Nak pakat apanya pulok malam malam buta gini ?" Tanya Jenab Lenggang.

" Gini.. Kawas cadang nak ajak jiran dan godong-godong bebuka pose dirumah kita petang besok" Beritahu Long Majid. " Duit jual buah derian dulu ander lagi.. boleh buat belanja ". Tambah Long Majid lagi.

Long Majid pun menerangkan secara terperinci tentang rancangannya itu kepada Jenab Lenggang. Siapa yang nak dijemput, berapa orang, apa menunya , bagaimana aturcara nya dan sebagainya. Semuanya telah dimasuk kira supaya majlis tidak ada cacat celanya.

" Ish..Ish.. Taknyer buat dek orang
gitu" Kata Jenab Lenggang, seolah olah tidak setuju.

" Beri makan orang yang berbuka puasa.. dapat pahala " Kata Long Majid . " Kawas dah dengor ceramah Ustaz Salleh tadi , kita buat ikut sunnah nabi ". Tambahnya lagi.

Esok pagi pagi lagi Long Majid ke Pekan Lanchang membeli pekakas untuk majlis berbuka yang akan diadakan belah petang nanti. Mana mana jiran dan godong yang terjerempak terus diberitahu hajatnya itu. Godong godong rapat juga dijemput melalui SMS. " Jmput ke umah buka pose ptg ini , tq". Ramai jugak yang dijemput, termasuklah Encik Azmi , pengurus rancangan , Mamud Pomen di Blok 10 dan Mat Lela di Blok 5.

Petang itu, laman rumah Long Majid penuh sesak dengan tetamu yang datang atas jemputan berbuka puasa. Ada lah kirakira 40 orang, kecik besar, tua muda. Sementara menunggunya masuk waktu maghrib pada jam 7.19 petang itu, jemputan yang datang berborak sesama mereka. Ada yang bercerita pasal kekurangan gula, ada yang bercakap tentang harga sawit dan tidak kurangnya yang bersembang pasal politik semasa.

Azan Maghrib berkumandang dari speaker tv plasma 34" menandakan masuknya waktu bebuka puasa bagi kawasan Kuala Lumpur dan kawasan kawasan yang sewaktu dengannya. Senyap seketika, menikmati rezeki yang disediakan.

Selesai berbuka, masing masing memohon diri dengan tuan rumah untuk bersolat maghrib. Ada yang ke masjid, ada yang balik terus kerumah dan ramai yang berkejor ke gerai makan Mat Kedah di simpang masuk.

" Kalau koi tahulah Long Majid jamu korma dengan air sejuk, taknye nak koi datang tadi" Kata Saleh buncit sambil menghirup kuah maggi yang masih panas. "Ye..lah, Kawan pun taklah pergi kepasar ramadhan , ingatkan ada nasi ayam, puding raja, tapi korma dengan air sejuk" Tokok Sudin koperal.

Yang pastinya Long Majid telah membuat kebajikan dengan memberi makan orang yang berbuka puasa dan mengambil sunah berbuka dengan korma dan air sejuk. Tapi yang dah pasti kurus puasanya ialah jemputan jemputan yang mengumpat Long Majid.

p.s. Catatan kisah tersebut dipadankan dengan ceramah tazkirah Ustaz Badrul di surau tempat koi pada malam jumaat lepas. Ianya rekaan koi semata-mata tak dok kena mengena dengan orang yang hidup atau yang mati.

15 comments:

Webmaster@Echam said...

Hahahha... Baler aok.. Jamu mende pun tak kesoh janji ikhlas. Yang mengumpat tu naya ler dapat dosa free...

ima shhs said...

adushh...tu saper yg harus disalahkan tuh...;p

hai said...

hahaha....yang tak ngumpat tapi bercakap dalam hati je..kira goner???

pB said...

memang ikut sunnah sungguh lerrr

relevan said...

Datang buka rumoh kwn..besket meri dgn kopi o` jer..deras lah wok me weh..he2

a kl citizen said...

kalau saya yang di jemput tu, harus saya pun mengata gak...
camanalah nak buang tebiat tak bersyukur ni kan

Hashim Zabidi said...

More di masjid.
Bilal azan menandakan "on your mark, get set go".
Azan selesai, Bilal pun sampai, tengok semua makanan sapan, habis licin. Bilal ternganga.
Bilal bersungat dalam hati...Apa macam pose dia..?

endiem said...

Ecam, ima , hai, pB, a kl citizen...
Pendapat koi:- Sebenar apa yang dibuat oleh Long majid tu tak berapa betul. Kalau dia nak bersedekah dengan memberi makan orang yang berbuka puasa, tak perlulah menjemput godong-godong, memedailah dengan menghantar korma dan air gau ke masjid. Sesiapa saja boleh makan, dapat pahala jugak. Long Majid boleh berbuka mengikut sunah dengan berbuka 3 biji korma dan air sejuk. Tapi nak paksa orang lain mengikut sunah tak bolehlah. Itu hak individu itu sendiri.
ustaz endiem.

endiem said...

relevan..
biskut meri cicah kopi o..

endiem said...

Pak Hashim..
salam.. Pak bilal boleh qada masa sahur..ha ha

Fadh said...

kuikuikui...yg penting jamu org yang berpuasa berbuka...xkira laa walau sebiji kurma ajer.

endiem said...

Fadh..
betul.. nanti lepas raya maaf balik.

maiyah said...

salam.. selamat berpuasa

mazru(9m2mzr) said...

hahha..kire berbuka sudoh ler yek..dgn buah kurme ngan air sejuk pun jadi si majid ni wehh..

hebat jln citer,ringkas n padat.

endiem said...

mauyah,,
selamat berpuasa

mazru.
selamat berpuasa.