Followers

Saturday, September 12, 2009

Dendang Perantau

Terasa amat sayu berada diperantauan pada masa ini. Lebih lebih lagi ketika mendengar lagu-lagu raya yang dimainkan oleh DJ radio. Lagu Dendang Perantau nyanyian Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, sangat mengusik perasaan disamping lagu lagu raya nyanyian Dato Siti, Aishah, Dato Sudirman dan lain lain. Mulalah teringatkan emak, teringatkan ayah, teringatkan adik-adik dan teringatkan godong godong lama di kampung. Sesekali teringat jugak anak dara Mak Teh Jah kat seberang gertak lama menghala ke dusun derian.

Semangat nak balik kampung mula terasa. Persediaan untuk menyambut hari raya telah dibuat sejak awal puasa lagi.Baju, seluar dan kasut raya dah beli. Begitu jugak buah tangan untuk emak, ayah dan adik adik telah siap berbungkus rapi dengan kertas balut hadiah. Cuti pun telah ambik. Dua hari sebelum raya dan dua hari selepas raya. Cuma tiket bas saja yang belum ambik. Dulu nak ambik sebelum puasa , katanya belum jual lagi. Tiket hala ke Kuantan mula jual pada pertengah puasa.

Tersedar dari lamunan. Rasa rasanya hari ini dah 20 hari berpuasa. Timbul pulak bebagai bagai persoalan yang memerlukan jawapan segera. " Dah jual ke tiket bas? Ada lagi ke atau dah habis ?. Kalau dah habis macamana ?" Tiada jawapan menyebabkan mata payah nak lelap malam itu. Godong godong sebilik , Din Perlih dan Wareh Beranang telah lama hanyut dibuai mimpi diatas lantai beralaskan toto nipis.

Pagi pagi lagi selepas punch kad, dah ada tercokoh di kaunter Transnasional, terminal bas espress. Kalau datang awal tak perlu beratur dan menunggu lama. Buka je kaunter tiket menjadikan ia orang pertama pagi itu.

Tanpa memberi salam dia terus bertanya kepada petugas kaunter tiket pagi itu." Tiket ke Kuantan , pada tujuh belas haribulan ada lagi ke? "

" Sebentar ye dik ... nanti akak semak" jawab kakak di kaunter tiket.

Mintak mintak adalah tiket. Kalau dapat bas tengahari, nanti tibanya malam, terpaksalah mintak Ayah jemput di bandar Kuantan. Malam malam tak de bas hala ke Sungai Lembing. Ah.. tak pe..janji ada tiket, tak kira pagi , petang atau malam.

" Nasib adik baik..hanya ada satu tiket pada 9.00 pagi" Suara kakak petugas kaunter menyedarkan dia dari lamunan.

Petang itu, sementara menunggu waktu berbuka dia dan Din Perlih ke pasar ramadhan. Ketika balik sempat juga meronda ronda sekitar kawasan perumahannya itu dengan motor LC baru Wareh Beranang. Seperti biasa, Wareh Beranang mementingkan tidur dari bersiar siar atau ke pasar ramadhan. " Kau belikan aku nasi ayam dan air tebu" kata Wareh Beranang sambil mengheret bantal dari dalam biliknya.

Lepas berbuka, ia mencari sesuatu. "Mana baju kerja aku tadi?"

" Oh.. semua kain baju kotor kau aku tolong basuh.." Kata Wareh Beranang. " Tu dalam washing machine .. ko cuma jemur je" Katanya lagi.

Wareh Beranang yang dulu tidur je kerjanya, tiba tiba menjadi rajin. Dia tak tahu ada sesuatu dalam kocek baju kerja godongnya itu.

Sayup kedengaran lagi lagu Dendang Perantau dari rumah sebelah.


13 comments:

Nizam Awang Brahim said...

Omboih rase nok balik kampung cepat la pulok...

Relevan said...

Jgn buat cerita sedih endiem..kwn raya ke2 dah kerja..balik kg semlm jer kwn..

Hanisham Ab Halim said...

Lor... Abeh gone tiket bas aok???

endiem said...

Jejaka Desa..
Sabo, sabo tak lari gunung dikejor.

relevan..
Aok .. kalau tak kerja ..letih lah orang jerantut lepas raya pulok..kulit buluh lemang nak lempar mana?

Echam..
Tiket bas dah jadi sagun..Naik bas genggam dalam tangan..

Hafiz Hamid said...

semoga selamat sampai ke destinasi

Hashim Zabidi said...

endiem,

Orang merantau mana ada balik. Cuma lagu saja yang berkumandang. Bagai bangau terbang tinggi kalau singgahpun cari belakang kerbau, hahaha...

mazru said...

raye sok dtg la keumoh weh..

endiem said...

hafiz hamid...
kempen keselamatan jalanraya..jgn kena speed trap.. udah.

Pah hashim..
Salam ..kalau balik naik kerbau tahun depan baru sampai. hahaha . selamat hari raya.

mazru..
selamat hari raya..

Maiyah said...

salam.. korang balik kampung tinggal ler aku sorang2 huhu:(

Mother of Two said...

kalau demer nok ke dong kaih buleh tumpangkan..:)~

selamat hari raya

endiem said...

mother..
dak lah weh..hari raya kedualah kot.

eL said...

Jadi macam saya, tertinggal tiket bas bawah comforter...balik rumah menangis hahahaha!!!

endiem said...

eL..
naik teksilah.