Followers

Sunday, September 6, 2009

Berbuka Puasa Dekat Masjid


Gambar diatas dirakamkan pada jam 6.30 petang 5 september 2009 ( 15 Ramadhan 1430 ) di Padang MPK , berhampiran dengan Masjid Sultan Ahmad 1 , Kuantan.

Fenomena ini biasa dilihat sepanjang bulan puasa di Kuantan. Yang duduk ramai ramai tu bukanlah sedang menyaksikan pertandingan bola sepak, tapi menunggu waktu berbuka. Lambat lagi tu. Orang ramai masih datang berduyun- duyun untuk memenuhi ruang yang masih kosong.

Apabila hampir waktu berbuka, kawasan padang ini akan penuh dengan orang ramai yang datang entah dari mana. Sebahgian daripada nya adalah penjual penjual dipasar ramadhan yang berhampiran. Ada juga dilihat remaja yang berpasangan membawa tunang atau girlfriend berbuka disini kerana bajet ciput. Kelihatan juga budak budak IPTA , seperti UIA, Polisas dan Shahputra kerana jauh untuk berbuka bersama orang tua dikampung. Mungkin jugak ada godong godong yang ketinggalan bas nak balik ke Chenor. Tapi ada jugak yang saja datang berbuka dekat masjid disini.

Untuk berbuka disini tak susah. Bawak saja surat khabar untuk alas duduk. Kalau rajin bawak tikar. Beli kuih dan nasi briani dari pasar ramadhan yang berhampiran. Jangan lupa beli sekali air tebu atau air cincau. Tunggu sebentar sehingga bang atau azan dari Masjid Sultan Haji Ahamd 1 yang berhampiran. Pastikan azan maghrib dan bukannya azan asar. Kalau azan asar koi tak tanggung jawab. Baca doa dan berbukalah. Disini tok sah risau gelap kerana pihak MPK ada pasang sportlight. Lepas berbuka buang segala kertas dan plastik bungkusan kedalam tong sampah yang disediakan. Tong sampah pada mulanya kosong kini telah penuh dan melimpah. Harap dapat En Relevan hantarkan tong yang lebih besar.

Lepas itu boleh terus untuk sembahyang maghrib berjemaah dimasjid.


Ini gambar selepas solat maghrib. Dah pun kurang orang disini. Mungkin ramai yang dah balik untuk terawih dan bersiap siap untuk datang semula bersahur pada pukul 4.30 pagi nanti.

11 comments:

Webmaster@Echam said...

Dengar tu En Relevan. Lain kali aok anto lah bekas sampoh besor sikit.

Endiem,
Seronok jugek yek berbuke kat sini. MERTABAK PEKAN satu!!!!!! SIAP!!!!!

relevan said...

Yer endiem..sila hubungi kwn segera..kwn akn ngantor armro..tong yg paling besar dlm sejarah tong sampoh..he he

Nanti yer Echam kita buat lawatan ke tapak tong tersebut di Jarantut ..

endiem said...

Echam..
Seronoklah.. tapi puasa dah tentu kurus sikit kerana banyak cabaran dan godaan menanti.

relevan..
Aok sukalah nak ngantornya .. sebab tak lama lagi nak dapat bonus raya..

Mokde said...

...rasanya tempat lain tak de kot?

Anonymous said...

malam tadi ada keluar hal ini di berita tv9..

Hashim Zabidi said...

Kalau semua yang berbuka pose disitu berjemaah solat maghrib, alangkah kembang hati Tok Imam.

INTAN RH said...

Klu lepas ujan, tak yah la bebuka posa kat ctu...hehe

endiem said...

Mokde..
Entahlah nape dema tu minat sangat kat sini, padahal hotel dan restoran mamak bersepah di kuantan ni.

Anonymous..
mungkin gak..

Pak Hashim..
Tak jugak masa jemaah sama imam adalah 4 saf, ramai yang masuk masbuk kendian..

Intan..
kalau lepas hujan.. tak yah lah, bimbang ada pacat.

Anonymous said...

Betul kata endiem tu Intan..lepas hujan takut ada pacat pulak. Dah la gelap sikit. Kang pacat merayap dalam Mi Goreng..tak ke naya..

eL said...

Encik Endiem, mekasih la buat comment box gini gaye. Baru saya bule komen gini. Dah lama sangat teringin nak komen posting hok ni.

Beh nye la bukak pose gini. Ayoh sedara dok Kontan tak penoh kabor ada bukak pose gini gaye. Ada kawan saya pegi sana, ternampak rame org kat padang, dia pun ambik kesempatan bukak pose sama kat padang tu.

endiem said...

eL..
Lor aok nya tadi..ingat ke saper.bebuka pose gi baru mula tahun lepas tapi koi tak sempat nak jenguk. Baru tahun ni dapat perginya.