Followers

Wednesday, September 30, 2009

Aktiviti Sekala - mengeteh

Aidilfitri 1430H telah tinggal kenangan. Walau pun ramai godong-godong yang sedang berpuasa nam, dan banyak jemputan untuk ke rumah terbuka diterima, aktiviti sekala sebelum ramadhan nampaknya telah mula mengambil tempat. Lebih sebulan aktiviti ini dilupakan, tapi hari ini ramai yang mengelising macam ada je yang tak kena. Bila dah bertemu balik godong-godong se pejabat, godong godong sama-sama ke ladang, godong godong sama-sama ke laut, maka elok amatlah kita jalankan aktiviti sekala. Ye.. aktiviti sebelum bulan puasa dulu.

Yang dimaksudkan sebagai aktiviti sekala tu ialah mengeteh, atau pergi minum bersama. Sambil minum bolehlah borak-borak, sembang sembang dan cerita cerita hal hal semasa. Cerita hal hal politik , bagan pinang, batang pinang, upih pinang dan lain-lain. Kalau tak minat politik kita borak borak pasal bola. Semalam Pahang kena dengan Perlis. Kalau tak pun , cerita lah apa aje yang semua ahli korum minum pagi tu boleh ambik bahagian dan faham topik borak kita.

Sekarang ni banyak warung, gerai dan restoran telah kembali beroperasi. Kedai Kak Timah dah bukak, Restoran nasi kerabu tanjung lumpur pun dah bukak, restoran mamak taj pun dah mula tebar roti canai dan roti tempayan dan Restoran Zaman dekat batu 9 pun dah pun berniaga nasi lemak macam sekala.

Kalau ada godong-godong dari luar datang untuk bermesyuarat bolehlah ajak mengeteh sama. Nak ajak kerumah beraya, kueh raya dah tinggal koret. Serdak batang buruk adalah. Jadi sebagai meraikan hari raya bawaklah godong godong beraya ke kopitiam. Di kopitiam masing masing pun orderlah makanan dan minuman mengikut selera memasing. Ada yang order kopi brazil, ada yang mintak kopi veitnam, ada yang mintak kopi argentina dan macamlagi yang ada pada kertas menu. Begitu juga dengan makanan, sepakat mintak roti bakar.

" Aok wahid , nok ordar apa?" Tanya Encik Azmi pada Wahid, Ulu Atok.

" kawas ikut Aok jugak lah" Jawab wahid. " Aok mintak apa?"

" Kawan ordar , kopi veitnam" kata Encik Azmi.

" Kawas pun sama, kopi vietnam" beritahu wahid kepada awek pelayan kopitiam.

Lapan minit kemudian , minuman pun sampai. Roti bakar 10 set tak sampai lagi. Sementara menunggu roti bakar, masing masing pun menghirup minuman.

" Poh paleh aok, kopi ni !!..tak bergula langsung " jerit Wahid..

Rupa rupa kopi yang diorder oleh wahid tak sama dengan kopi di warung Simpang Kallang.

p.s. Sori - Wahid.


10 comments:

~0~ said...

heheheh....sabar je...kopi xbergula..

Webmaster@Echam said...

Rodong,
Masa koi ke Korea, orang sana minum kopi dgn teh mmg tak bergula. Bila koi tanyer kenapa diorang jawab sebab nak menikmati rase sebenor kopi dgn teh tu. Kalau letak gula dah takde rase teh ngan kopi lagi....

hai said...

kira ok la kalau kopi atau teh x dicampur gula tapi kalau kopi campur teh???.....hihihi....

relevan said...

Tadi kwn ngetea kat Kopitiam..
Oder kopi gelas beso..dibagi nye kopi blend..bantai jer..orang bayor.. :)..bapok sedap nye..

endiem said...

zaidi..
hilang ngantuk..

Webmaster@Echam..
pahit melepang weh tak terima tekak.

hai..
susoh weh nak nyebutnye..

relevan..
Moh kena teh tarik pulak dengan roti tempayan.

lipislady said...

nama pon kopitiam, kata kamus dewan tiam tu maknanya pukulan, haaa...padan pon dema kena pukulan kopi...nasib tak tenganga keto kepala..

eL said...

kekekeke...kalau kopi ada nama lain belakang dia, memang diorg tak letak gula. nak gula, kena mintak asing. takpelah..pengalaman nak merasa kopi tu.

endiem said...

Lipislady..
Biasa minum kat warung.. bila lepas raya nak juga rasa pukulan kopi kat kopitiam..

endiem said...

eL..
Tak tahu pulok jadi gitu..serik dibuatnya..

abu muaz said...

salam.jangan lupa derita saudara kita di Indonesia