Followers

Wednesday, December 2, 2009

Promosi Kembali Ke Sekolah

Pejam celik, pejam celik dah masuk bulan dua belas. Dah penghujung tahun pun. Tahun 2009 dah copir sangat. Tak sampai sebulan lagi masuklah tahun baru 2010. Mangkanya bila masuk je tahun baru ni banyaklah perkara yang perlu difikirkan. Satu dari perkara yang menjadi isu pihak Cuepac yang mendapat sokongan 100 % orang orang kerajaan ialah belanja anak ke sekolah.

Di bandar bandar seperti Kuantan, Pekan, Jerantut , Raub dan Temerloh , banyak nampaknya sepanduk yang bergayut pada tiang tiang api memberitahu jualan dan promosi "kembali ke sekolah". Supermarket, hypermarket, kedai pakaian, kedai runcit , kedai koperasi dan warung warung tepi jalan kebanyakannya membuat promosi atau jualan" Kembali Ke Sekolah". Mungkin jugak kedai Mak Su di Simpang Badang, Batu Talam pun membuat promosi yang sama.

Mereka yang ada anak yang akan bersekolah pada tahun 2010, bolehlah berkira-kira membeli pakaian sekolah mulai sekarang. Jangan tunggu las minit, nanti tak dan . Yang nak masuk darjah satu, kena beli semua set baru. Baju, seluar , tali pinggang, stoken, kasut putih , baju panas, seluar dalam semuanya mesti baru. Sais kena betul, jangan tak padan pulak, atau gedobos ( terlalu besar). Kalau boleh bawak budak kekedai sekali, senang sikit boleh ukur. Budak perempuan lain pulak pakaiannya. Baju kurung, kain dan tudung.

Bagi yang ramai anak bersekolah mungkin jugak terasa perit berbelanja membeli pakaian sekolah ini. Kadang kala seluar budak sekolah tingkatan 3 lebih mahal dari seluar kerja pejabat ayah dia. Baju pun mahu juga dua puluh hinggit sehelai. Sekurangnya mesti beli dua pasang seorang. Kalau beli kasut Converse , poh palih, sepasang dah terduduk dibuatnya. Beli jelah kasut Bata , Jazz, Worrior atau Fung Kiong.

Income pun susah sikit musim hujan ni. Tak boleh menoreh. Hendak tak hendak kena kobeklah duit kat Tabung Haji dulu.

12 comments:

mazru said...

nak ngarap duit getoh ujan manjang...takpe la bole korek duit tabung aji..koi nak korek mana...

maiyah said...

tu le yg wat penin kan, nasib baik anak sy adik bedik byk bntu

YASSIN said...

maru mekala kawan nok pikir bender gitu me..nasib kawan anak 3 aje keknya berat ttp sama kawan rasa mekala nok diambil kira berlake drp pakian,kasut beg sekolah, buku, yuran dan macam lagi ada RM 2000.00 baru ok..mana nok gagar? sakit.... lambat lagi laa kawan nok ke mekoh asyik korek sokmo Tabung haji.

hai said...

huh!memang terduduk jugak bila nak bukak sekolah ni...anak koi 5 orang masih sekolah,mujur 2 dah lepas...yang pastinya duit yuran dan buku2 saja mencecah 1000...belum termasuk pakaian...

@juera said...

ambe yg x kawen lg ni pon tiap2 bln korek tbg aji jgk..ngeri jgk tgk perbelanjaan bila ade anak nti..huh!kna prepare awl2 neh..hurm

LIPISLADY said...

Assalamualaikum, anok keh taun lepas tak ganti pakaian sekoloh, taun nih mesti gantilah, kesian ke dia, tapi tabong aji dah kosong, tabong buluh dah kosong, tabung gajoh, tabong ayam pon semua dah kosong...mana nok korek lagi nih....

endiem said...

mazru..
koreklah mana2, asal keluar duit..

maiyah..
Baguslah jika ada orang nolongnye.

En. yassin..
Agok agok lepas dema tu sekolah barulah tabung haji tu penuh sikit. Masa ni gagaulah mane mana pun.

endiem said...

hai..
letih jugak mikir nak gagau duit sekolah. Mana mana baju tahun lepas yag molek boleh pakai lagi.

@juera..
baguslah aok ingat awai awai.. simpan dulu banyak banyak , nanti bila ada anak senang sikit.

lipislady..
Dah habis tabung kena korek, ace korek pulak asb

relevan said...

Kome dulu sempat pakai kasot robor..bila koyok ujung.. setokin pulok dah tembus nampok kuku..
kena tercabut tapak baru lah dapat ganti baru..

endiem said...

relevan..
kasur robor kena kapor tiap tiap minggu, baru nampak putih.

Hashim Zabidi said...

KAH KAH KAH KAH...
Kawan dah lepas dah mende-mende gini.
Cucu-cucu kawan lantak demelah. Mok ayohnya ade, ha ha ha...

endiem said...

Pak hasihm..
Aok boleh sukalah..