Followers

Friday, December 4, 2009

Azam Tahun Baru

Sempena dengan tahun baru 2010 , molek benarlah jika hendak membuat azam baru. Sebagaimana pada akhir tahun 2008 dulupun kita membuat azam untuk tahun 2009. Ace semak balik azam kita bagi tahun 2009, guane gayanya?. Berapa peratus kejayaan yang dicapai. Kalau 100%, Alham dulillah. Tapi kalau kurang dari 50 % kita kena semak dan ubah suai dan renew balik bagi tahun 2010 nanti.

Dibawah ini disenaraikan azam yang menjadi kegemaran ramai menjelang tahun baru.

1. Berhenti Merokok
Rege rokok sentiasa naik setiap tahun disebabkan bajet tahunan menaikkan cukai tembakau. Rokok juga dikatakan boleh mendatangkan banyak penyakit kronik. Jadi mulai 1 Januari 2010 bolehlah mula berhenti merokok. Untuk menghilangkan terus tabiat ini memang payah. Oleh itu carilah satu alternatif mengantikan tabiat ini tapi janganlah pulak menghisap paip atau cerut mengantikan tabiat merokok.

2. Menabung.
Rata rata ramai orang berazam untuk menyimpan duit atau menabung. Menyimpan duit memang baik. Menyimpan duit boleh dibuat dalam bank bank ditempat kita , bawah bantal atau dalam tabung. Jadi mulai sekarang bolehlah tebang buluh betong untuk dijadikan tabung, buatlah 2 atau 3 buah tabung. Mulai 1 Januari 2010 masukkan semua duit sekeleng yang lebih kedalam tabung kita tadi. Mungkin pada akhir tahun kesemua tabung itu akan penuh.

3. Berjimat.
Salah satu dari azam yang diperbaharui setiap tahun adalah berjimat cermat. Amalan berjimat memang bagus. Hendak pulak sekarang harga barang barang semuanya naik. Gula , beras , minyak , ikan , ayam, minyak masak dan lain lain akan naik mulai tahun depan. Oleh itu kenalah berjimat sikit. . Mungkin juga teh tarik kat restoran Taj dan roti canai juga akan naik. Jadi cuba cubalah bawak bekal pergi kerja.

4. Membayakkan Amal Ibadat.
Hendaklah diniatkan serta diazamkan supaya kita banyak membuat amal dan juga ibadat. Sembahyang, puasa, zakat hendaklah diberi tumpuan. Kena rajin ke surau dan masjid mendengar orang berkitab. Sedekah kena kerap.

5. Rajin Belajar.
Bagi budak budak tadika, sekolah rendah, sekolah menengah dan IPTA yang akan mengambil peperiksaan tentulah target untuk lulus periksa dengan cemerlang. Oleh itu tanamkan azam untuk belajar bersungguh sungguh, kurangkan bermain dan berangan angan dan selalu ulangkaji. Orang orang yang kerja kerajaan pun kena belajar juga supaya boleh lulus PTK.

6. Meninggalkan tabiaat yang buruk.
Bagus juga jika ada azam sebegini dibuat . Tabiat tabiat buruk seperti boros, selalu marah, iri hati , kuat mengumpat dan lain lain tabiat negatif haruslah dihindarkan sepanjang masa.

Mungkin banyak lagi azam bagi setiap orang itu ,seperti nak menambah cawangan baru, hendak membesarkan perniagaan dan lain lain. Semuanya merupakan satu kebaikan kepada individu tersebut dan harap ianya akan tercapai pada penghujung tahun 2010 nanti.

11 comments:

relevan said...

Ada orang berazam nak berhenti merokok pada bilang tahun..

endiem said...

relevan..
Koi dah lama berenti merokok, takat tak delah nak berazam hisap balik.

maiyah said...

berazam nk merempit ngan my krusi roda heeee

Webmaster@Echam said...

Koi azam nak tuko keje... dah menyampoh dok kat kompeni ni....

YASSIN said...

Kawan malas ngat nok berazam bimbang arap sokmo hehehe....

Hashim Zabidi said...

Kawan milang taun berazam nak benti merokok. Rasanya kalu tak silap ada dah 50 X. Dok benti jugok.

Kawan tak menghisap rokok tetapi kawan merokok, hu hu hu...

endiem said...

maiyah..
jangan dibuat ye..

Echam..
molek lah tu..kita bukak kompeni lain

Yassin..
awal tahun mmg boleh kot tapi bila nak masuk tengah tahun ..kantoi

Pak Hashim..
tukarlah azam lain pulok.

hai said...

koi x kuasa nak berazam...kalo rasa nak buat mende2 hok elok tu,buat je la terus..mempedooh je nyimpan azam ni...sudohnya tah kemana2!!

mazru said...

azam koi tahun ni nak jumpe azam kat kuantan..

endiem said...

hai..
betul , setiap masa buat azam, lagi bagus.

mazru..
Aok nak cari azam mana? Azam sani ke azam zakaria

LIPISLADY said...

Assalamualaikum,
Molek mat aok ingat mengingati sesama kita nih, bio kita berazam dari sekarang nok beruboh, kala tak dapat uboh semua separuh pun kira dah berjayalah tuh...Terima kasih yee..