Followers

Monday, December 14, 2009

Kenduri Kahwin di Dewan

Sekarang ini semakin banyak majlis kenduri kahwin diadakan di dewan. Tak kira lah dewan apa, sama ada dewan serba guna, dewan serba tak guna, dewan majlis bandaran dan dewan badminton. Tapi bukanlah dewan negara, dewan rakyat atau dewan perniagaan. Macam di Kuantan , banyak dewan yang boleh disewa bagi tujuan tersebut seperti Dewan Konvensyen di jalan telok sisik ( jalan menghala ke TC), Dewan wisma Belia Inderamahkota dan Dewan JAIP ( Dekat masjid Sultan Ahmad 1). Begitu juga dengan tempat tempat lain seperti Dewan Orang Ramai Karak Setia acap kali dijadikan tempat untuk majlis kenduri kahwin.

Kebiasaannya jika kenduri diadakan di dewan, jamuan makan akan dibuat serentak atau sekali harung. Oleh itu kenalah datang cepat sikit. Kalau jemputannya jam 1.00 ptg. kita kenalah datang jam 12.30. Barulah sedap sikit. Takut juga , mana tahu tak cukup tempat duduk. Nanti susah juga bersibai kat depan dewan. Macam nak ambik duit bantuan banjir je.

Masuk je dalam dewan , intai intai atau hendap hendaplah kalau kalau ada godong yang datang sama. Kalau ada kerusi kosong dimeja godong godong sedaplah sikit nak berborak borak. Biasanya satu meja bulat untuk 10 orang. Kalau kena dengan gu yang molek goge sakanlah dewan tersebut, mengalahkan kedai majid (kedai majid di ketapang pekan)

Jam menunjukkan pukul 1.30 ptg, tapi tak de gaya nak makan lagi. Perut pun dah mengelodak. Borak pun dah tak serancak mula tadi. Masing masing pun lapar jugak , agaknya. Tapi janganlah pandai pandai bubuh bubuh nasi dalam pinggan. Malu lah kat orang lain.

Rupa rupa dema tu tunggu pengantin. Mengikut aturcara, pengantin sepatutnya tiba 1.15 ptg. Agaknya mak andam tersilap make up, nak betulkan balik pun mengambil masa jugak. Bila MC/DJ mengumumkan ketibaan pengantin, tetamu akan bangun memberi hormat. MC/ DJ dijemput khas untuk menacarakan majlis ini telah siap sedia dengan pantun dan madah. Tak tidur malamlah si Khairuddin menyiapkan skripnya.

Pengantin terus ke pelamin yang di adakan dipentas utama untuk majlis merenjis air mawar. Mula mula dijemput tetamu kehormat dulu. Biasanya Tan Sri, Dato Seri, Dato-dato, dan saudara mara kedua dua belah pihak. Biodata kedua dua pengantin akan dibacakan oleh MC pada masa ini. Renjis je lebih kurang kerana dah lapar ni. Selepas habis aturcara tersebut, doa dibacakan. Biasanya tok imam akan baca doa. Tok imam pun belum sembahyang zohor lagi.

Kemudiannya barulah pengantin dijemput untuk ke meja makan yang disedia khas di sebelah sisi dalam dewan. Bila MC menyebut " dijemput YB, Tan Sri, Dato' Seri, Dato-Dato , dif dif jemputan dan para tetamu, menjamu selera" barulah kita terkam kepada seduk dan nasi , lauk opor, dalca, acar, yang telah lama terhidang. Lagu lagu seperti selamat pengantin baru dan gambus jodoh akan kedengaran ketika ini bagi menghiburkan pengantin dan juga tetamu yang datang. Kedengaran juga bunyi dari sudu dan garfu yang sama naik dengan lagu nyanyian saloma itu.

Selesai makan jamah sikitlah pudding raja yang disediakan. Pudding raja jarang dapat. Orang rumah pun tak pandai nak buat. Bila dah senyap semua , ramai yang mengelising nak balik. Bila sorang dah mula tembar balik, kita pun bolehlah mula meninggalkan meja. Di depan pintu dewan tuan rumah, telah sedia menunggu untuk bersalaman dengan tetamu ( salam kokut). Hulurkan tangan kepada tuan rumah serta hulur jugalah sarung surat yang berisi itu kepada tuan rumah dan ucapkan terima kasih. Nanti tuan rumah akan berilah jabir berisi bunga, telur rebus, kek, kerepek ubi, sudu dan garfu kecik, sapu tangan dan lain lain dalam jabir tadi.



17 comments:

Webmaster@Echam said...

Lapo plak koi aok cite pasal kenduri kawen.. hahaha

endiem said...

Echam,
Aok ingat sedap ke ?, hari tu dekat pkul 2.30 baru dapat makan. Banyak sgt protokolnya.

relevan said...

Selamat Pengantin baru endiem..

endiem said...

Relevan..
Kita ni pergi je kenduri kahwin. tapi kita bila lagi?

fatini said...

salam..jenuh gak yeh nk g kenduri kahwin kt dewan ni..amboi dh round sume dewan kt phg ke?

fatini said...
This comment has been removed by the author.
Mybabah said...

Assalamualaikum. Dengan segala hormatnya anda dijemput berkunjung ke blog saya http://www.mybabah.blogspot.com dan isteri saya http://www.teacherrahila.blospot.com. Di sana anda terdapat mutiara yang selama ini anda cari.

LIPISLADY said...

Assalamualaikum, kadang-kadang tu yek dek kerana terlalu lapo menunggu dijemput makan, bila makan aja terus mati selera, agoknya dah kenyang sebab lama sangat kena hidu bau..hehehe

a kl citizen said...

assalammualaikum

banyak sangat protokol, susah jugak ya

Hashim Zabidi said...

Kawan nak cite sikit bak kahwin di dewan ni.
Sepasang mempelai telah mengeluarkan kad jemputan untuk meraiikan perkahwinannya pada sekian-sekian haribulan, di dewan Pahang Kelab K.Lipis. Bila sampai masanya dif-dif pun samapi, dewan Pahang kelab gelap gelita. Sekor antu pun takdak.
Mempelai meminta ampun maaf dan berjanji akan mengadakannya semula.
Ketika jemputan kali kedua, semua persiapan telah siap dan beres. Tunggu punya tunggu sekor antu pun tak datang.
Akhirnya pengantin lelaki setelah setahun kemudian jatuh sakit dan gila.

Cikgu Jang .. said...

orang kaya2 bole lah buat kat dewan...takpun rumah yg takde laman...

ibutasha said...

tahniah ....

endiem said...

fatini..
salam.. sesekali adalah jemputan tu ..pergi jugaklah.

Mybabah..
terima kasih .. blog saudara sangat bagus.

Lipislady..
Lain kali bawak bekal ., bubur lior.. hehehe

a klcitizen..
rimas jugak..

Pak hashim..
dema tu buat ikut dan je.. baru padan muka..

Cik gu jang..
lain orang lain pandangan.. kat dewan , tuan rumah boleh relaks sikit. habis kenduri, habis kerja.

ibutasha..
salam.. t.kasih.

Mak Su said...

buat kat dewan senang ek...tak yah letih2 kemas rumah :)

endiem said...

betul mak su, taklah kena cuci periuk,

AuntieYan @ Makcik Blogger said...

Salam En. Endiem,

He!...he!...lain pulak gayanya kami di ibu kota ni...kalau majlis dibuat di dewan yang biasa-biasa saja tetamu sampai terus saja ambil makanan dan makan sesuka hati, tak payah nak tunggu semua dah penuh dewan....lainlah kalau majlis tu di buat di hotel-hotel yang jemputannya telah memaklumkan kehadiran masing-masing kepada host majlis kenduri.

Saya memang berat sangat rasanya nak hadir kenduri kawin di hotel ni...jemu kita menunggu. Selalunya, makan sikit dulu kat rumah...kalau tidak, alamat perut berkeroncong lahhh....

endiem said...

w.salam Auntie Yan..
Semuanya itu bergantung kepada tuan rumah iaitu.. tuan punya kenduri. Apa yang koi maksudkan ianya seakan akan dihotel hotel, tapi ada juga kenduri yang buat didewan sama saja dengan buat dirumah, makannya tak serentak.