Followers

Sunday, December 20, 2009

Ubi Kayu


Gambar diatas telah dirakamkan di salah sebuah gerai di Pasar Tani Kuantan , pada pagi Ahad 20.12.2009.

Dalam keadaan cuaca yang tidak menentu sekarang, dimana hujan turun di seseparuh tempat, kadang kala renyai dan kadang kala lebat, aktiviti pasar tani mega berjalan seperti sekala .

Apa yang nampak dijual di gerai ini ialah ubi kayu. Di musim musim hujan begini harga pasaran ubi kayu telah melambung akibat permintaan yang tinggi. Rata rata harga ubi di beberapa gerai di pasar tani kuantan, mencecah sehingga RM 2.00 sekilo.

Antara produk yang boleh dihasilkan oleh ubi kayu ialah:-

1. Ubi Rebus - Lawannya nyor kukur campur gula pasir atau garam. Ada juga orang yang makan ubi rebus dengan ikan masin. Ia nya sedap juga jika dimakan dengan gula kabung. Jika ingin lebih uummp makan dengan sambal belacan.
Kalau ada kopi o lagi bagus.

2. Ubi Bakar - Biasanya menu ubi bakar disediakan , apabila waktu kekebun sama ada untuk membersih atau memerun , oleh kerana terlupa bawak bekal , dan perut pun dah lapar.

3. Belebat Ubi. - Biasa juga dipanggil dengan nama lepat ubi. Ubi yang telah di parut di campur dengan gula kabung dan dibungkus dengan daun pisang serta di kukus. Sedap jugak pada perentan hujan begini.

4. Bingka Ubi: - Ubi yang telah diparut di kukus dalam loyang. Ini pun sedap juga.

5. Kerepek Ubi :- Ubi di hiris nipis nipis ( prosesnya tak tahulah koi ). Di makan ketika sedang menengok bola.

6. Tapai Ubi. Tapai ubi jangan dimakan dengan panadol atau ubat , nanti mabuk pulak.


Bahan bahan lain dari tanaman ubi:

1. Pucuk Ubi :- Celor untuk dijadikan ulam di makan dengan sambal belacan , budu atau cencalok. Pucuk ubi juga boleh di buat sayur lemak , ikan masin. Sedap makan dikala tengahari.

2. Batang Ubi: - Pun banyak gunanya , seperti buat galah untuk mengait jambu biawas, menghalau lembu masuk kebun dan berguna juga kepada tok guru yang mengajar mengaji.

Masih belum ada, Jus Ubi, Pil ubi kayu.



13 comments:

mazru said...

hmm..satu masa dulu pernah jd sajian utama nenek moyang kite..makan dgn sambal gesek pun sedap weh

Fadh Rahman said...

baru2 nie sbb dek dlm cite upi ipin ada adegan makan ubi kayu...anak koi minta nk makan ubi kayu...jenuh jugak koi nok mengali...sedap kata nye.

endiem said...

Mazru..
goreng ubi pun boleh.

Fadh..
Perentan hujan lah nak gali ubi,

Hashim Zabidi said...

ubi bakar menarik perhatian. Mungkin bnyak orang tak tau cara membakarnya.
Kena tanya orang kita (asli) kalau berasa nak makan.

banyak makan ubi, boleh kena angin kus kus...jaga.

Hanisham Ab Halim said...

Sedapnyer ubi rebus time hujan2 ni.... Minum pulak dgn air kopi O panas... perghhhhh....

Anonymous said...

fries ubi kayu pernah cuba tak?ubi yg direbus, yg lebih tu, hiris halus2 memanjang dan goreng dlm minyak penuh.
di utara nun, ubi kayu rebus dimakan juga dicicah dgn sambal ikan bilis.
kalau di selangor ni (mknn jawa) ibu rebus ditumbuk(lecek) dan masukkan kelapa dan gula dan dibulatkan dicelup dlm campuran tepung dan goreng.

p.c.

Ateh Nour said...

Assalamualaikum, ubi kayu nih buleh juga buat keropok,

cara2nya. sagat ubi kayu, pas tu gaul sikit dengan garam, kukus nipis. dah masok dan sejuk toreh macam kuih talam pas tu atur dalam gadang atau talam, jangan letok kertas surat kabo nanti lekat, letok plastik buleh, jemor sampai kering.

dah kering buleh goreng.

endiem said...

Pak Hashim..
Kalau lapar jgn makan banyak nanti kembung..

Echam..
Moh gali ubi.

Tanpa nama..
Koi pernah juga makan ubi potong gitu, tapi makanan jawa tu rasanya belum pernah makan lagi.

Lipislady..
boleh cuba resipi tu.

Nizam Awang Brahim said...

Sedak makan time ujan gini la weh.Mende pemakan ni koi pantang sokmo.

terokai seni said...

koi nanam ubi abih lalu kije dak kambing, koi ingat kalau makan ubi cecoh dengan kambing ter lagi sedak

Relevan said...

Masok lemak ubi kayu kuah ledod..sedak weh..makan duduk atas pelantar..sambal poyok dgn ulam daun pegaga mesti ander..4 pinggan nasi jalan..tak caya cuba..

endiem said...

Rodong blogger...
Prentan hujan ni lapor manjang..

cemomoi..
kah kah .. kambing ape? kambing boer ke?

relevan.,
koi caya weh.. lawan dengan sayur maman..

Yes said...

Yg free tu lg sedap