Followers

Wednesday, January 13, 2010

Misteri Seorang Penulis Blog

Dah lama dia tidak menulis dalam blognya. Rasa rasanya dah hampir sebulan. Dia juga tidak mengunjungi blog rodong-rodong mayanya. Begitu juga dengan blog maya karin. Tidak ada komen komen yang diberikan selama tempuh tersebut. Dia tahu, kalau ia berkerja di syarikat penerbitan dah lama dia diberi surat notis berhenti atau paling tidak pun surat tunjuk sebab.

Malam itu dia kelihatan mengelising sekali. Buat itu tak kena, buat ini tak kena. Dia rindukan dunia mayanya. Dia rindukan maya karinnya. Dia ingin kembali kedunia mayanya semula. Dengan penuh semangat ia mengadap semula laptop nya yang selama beberapa minggu ini cuma untuk bermain solitare sahaja.

Suasana dalam rumahnya telah senyap sepi. Siaran tv dari ruang rehat rumahnya telah tidak kedengaran lagi. Anak dan isterinya telah pun nyenyak tidur dan dibuai mimpi. Diluar rumah hujan turun renyai-renyai. Kesunyian dan kedinginan malam itu membuatkan dia merasa selesa mendapat idea untuk entri pertama di tahun baru ini. Dia melihat kembali entri entrinya yang terdahulu. Sejak April 2009 , dia telah menulis lebih dari 100 tajuk.

" Oh.. apa yang hendak aku tulis kali ini". Dia berfikir. " Tak de idea ..?" Dia melengung panjang. "Betul betul dia tak de idea kali ini."

Dia pergi ke blog rodong mayanya. Rancak dan meriah sekali. Bermacam macam isu yang dibincangkan. Dia telah ketinggalan jauh. Relevan dan Yassin dengan wajah barunya. Begitu juga dengan blog Cik gu Haji Jang, Echam , Pak Hashim , hai , lipis lady, fadh, mazru dan lain lain telah banyak entri baru.

Sedang dia membaca entri blog blog rodongnya , tiba tiba kedengaran bunyi tiupan wisel. " Wisel apa pulak malam malam buta begini? ... Nak kata budak budak main bola, tak mungkin., rumah nya jauh dari Stadium ..Mungkin petugas petugas malam SRS, taman perumahannya meniup wisel itu. .. mungkin ada pencuri atau orang orang asing berhampiran dengan rumahnya".

Dia meneliti dari arah mana datangnya bunyi wisel tersebut. Dia pasti bunyi tersebut datangnya dari bahagian dapur rumahnya. Dia mulai gugup dan berdebar debar. Perlahan lahan dia melangkah kearah ruang dapur rumahnya untuk mengendap apakah yang sedang berlaku di luar sana. Dia menjenguk ke dapur.

"Ooooooh".....dia menarik nafas lega..Bunyi yang disangka tiupan wisel petugas SRS itu , rupa rupanya datang dari cerek air yang sedang mengelegak diatas dapur gas di rumahnya. Baru lah dia ingat , sebelum dia membuka laptop tadi dia telah menjerang air. Memang dia bercadang untuk membuat air milo bagi menghilangkan rasa mengantuk.

Dia kembali semula mengadap laptopnya bersama sama secangkir besar air milo. Dia memulakan dengan sign in dan klik pada new post. Title apa? ... tak de idea lagi..Dia menghirup air milo yang masih panas, mana tahu kot kot datang idea.. Tiba tiba kedengaran seperti bunyi orang bercakap.

" Mustahil ada orang lain dirumahnya, ..anak dan isterinya telah lama tidur. " Suara tersebut kedengaran dari arah biliknya. Dia cepat cepat pergi kebiliknya. Kelihatan isterinya sedang tidur.
Dia membuka suis lampu..Isterinya sedang bercakap seorang..entah apa yang dicakapnya..Dia mengerak isterinya.." Bangun..bangun" . Isterinya bangun .. terbelingas terbelingas. "Aok mengigaulah tadi ."katanya kepada isterinya.

Matanya mula rasa mengantuk. Tajuk entri kali ini pun belum dapat. Mengapa susah benar pulak kali ini?. Dia menguap. Menghirup air milo yang telah tinggal separuh cangkir.

Malam semakin larut. Di luar hujan masih renyai. Dia mula terasa sejuk. Sekali lagi dia dikejutkan oleh satu suara. Kali ini dia betul betul gelabah dan panik . Dia mendengar suara tangisan bayi. " Anak siapa pulak menangis malam malam begini.?. ". Di rumahnya , tak ada budak kecik . Anak nya dah darjah lima , tak kan menangis lagi. Mungkin anak jiran nya..tapi jirannya .. masih tak ada anak lagi. Kot kot ada orang yang buang bayi depan rumahnya?..atau ada hantu yang hendak menyakatnya.. Bulu romanya mula meremang.

Dia pergi semula kebilik tidur untuk mengejut isterinya. Perlahan lahan ia mengejut isterinya. " Bangun .. bangun .. aok ada dengar tak bunyi budak kecik menangis?"

" Eh .. aok ni.. kan tu bunyi ringtone masej hanphone saya?" kata isterinya. " Saya dah tukar ringtone bunyi budak menangis.. sedap sikit, sebab kita pun dah lama tak dengar bunyi budak kecik menangis" kata isterinya tanpa di minta memberi penjelasan.

Tawar hatinya untuk menulis malam itu. "Tak pelah... malam esoklah aku menulis semula". Banyak sangat godaan menjadi penulis blog ini rupanya.

Dia terus menutup lap topnya untuk tidur.

23 comments:

LIPISLADY said...

Assalamualaikum, endiem, aok ke penulis blog yang mistri tuh??hehehe..

hai said...

adakalanya idea mencurah2 tapi x de mood nak menaip....bila dtg semangat,citer plak hilang..tah mana2...untuk mengingatkan nya semula perlu lebih bertenang,sambil baring2 dan akhirnya hanya peta je yang terhasil...hehehe...

cemomoi said...

tu le sebabnya jangan asik bebeno beblog.. bini ngigo suruh tido le tu, buat tak paham la pulakkkk

Kunang-Kunang said...

Salam endiem,

Wah suspen cerita.

YASSIN SULAIMAN said...

Kawan kena meteleoh dulu entri nei...sebab misteri ngat nei ...

Fadh said...

hahaaha...bkn senang nk jadi penulis nie...sama laa mcm koi...curi2 masa nengok blog rodong2...tgh2 sedap layan blog...anak plak menangis...hehehe

YASSIN SULAIMAN said...
This comment has been removed by the author.
YASSIN SULAIMAN said...

Rupanya Entri nie mengisohkan ke penulisnya hok hilang punca dan klu dimalam itu. kawan rasa kut dia mikir bender ke lain hehehe...

Rodong Blogger said...

Popaleh awoh.Misteri amat weh

a kl citizen said...

assalammualaikum

memang misteri ...
ke mana perginya idea ya?

maiyah said...

hehe sronok baca

Mazru Majid said...

hehe..dalam pade xde idea tu siap jugek sati posting..koi respek la ke aok endiem...tabikk!

selamat kembali,rindu amat ke komen aok te..

relevan said...

Ha ha ha Welekam back endiem..kome rindu pada penulis blog misteri ini..

endiem said...

Lipislady..
w/salam, Koi tukang tulis je..

hai.
memang pun.. idea ini kadang datang banyak, kadang kadang langsung tak datang.

cemomoi..
Aok ni macam tahu tahu je.. masalah kome ni..

endiem said...

Kunang-kunang..
w/salam.. suspen dengan background muzik seram..

Yassin..
Dah tengah malam, nak pikir apa lagilah.

Fadh..
Nak mengadap pc belah siang banyak gat kerja lain..

endiem said...

Rodong blogger..
Tu lah yg takut berjaga belah malam..

a klcitizen..
en3 akan datang "idea yang hilang"

maiyah..
salam.. aok selalu berjaga malam..

mazru..
Aok tak balik raub?

endiem said...

Relevan..
Ralat betul koi tak dapat dengar aok kat pahang fm hari tu.. sbb koi dah lama tak berblog..

abu muaz said...

pandainya......

al-lavendari said...

benar seperti kata lipislady tu. awak memang misteri. saya pun tengah tak ada idea ni, lalu saya sorot followers saya dan terjumpa 3 lembaga hitam. lalu saya buka satu persatu hinggalah sampai ke blog ini. selama ini saya tak sedar pun awak follower saya. awak pun tak pernah komen blog saya.

rupanya tak ada idea ni ada hikmahnya juga.

hans said...

aok ker orang yg dimaksudkan dalam entry nih>?

hans said...

aok ker orang yg dimaksudkan dalam entry nih>?

relevan said...

Lor yak..kwn makan nasik tepi sungai hok ander tulis seberangnye K U A N T A N ..bas stand lama tu macam nak dirobohkan jer betul dak?..sempat juga kwn ngetea dengan jejakadesaonline.blogspot.com

endiem said...

al-lavendari..
saya selalu mengikut blog saudara, blog saudara bagus.

hans
mungkin jugak

relevan..
lain kali je bila aok datang kuantan kita ngetea sama.