Malay Town, Kuantan tidaklah se gah China Town di Petaling Street, Kuala Lumpur. Ianya merupakan satu lorong di dalam sebuah bangunan dicelah antara dua deretan kedai . Disebelah kiri kanannya terdapat kedai kedai besar yang dipunyai oleh berbagai kaum. Malay Town terletak dalam kawasan perdagangan Putra Square MSC Kuantan dimana ianya menempatkan sebuah komplek perniagaan yang terbesar di Kuantan, iaitu East Cost Mall, beberapa buah bangunan kedai dan pejabat. Manakala dua buah hotel dan juga sebuah dewan konvensyen sedang dalam pembinaan. Selain dari Malay Town terdapat juga ruang perniagaan untuk China Town dan Indian Town di sini.
Tempat ini dulunya dikenali dengan sebagai Transit Quarters yang mana menempatkan kuaters pegawai dan anggota kerajaan yang bertugas di Kuantan. Terletak bersebelahan dengan Stadium Darul Makmur , melalui jalan menghala ke Kampung Bukit Sekilau." Kome pernah jugak duduk di sini, satu ketika dulu"
Di sepanjang lorong Malay Town ini terdapat kira kira 80 kiosk disediakan untuk orang Melayu menjual produk produk tempatan. Antara barangan yang dijual di sini seperti biasalah, minyak urat, minyak angin , produk herba, buku-buku, pakaian wanita, tudung dan barang barang kraf.
Malay Town telah dibuka dengan rasminya pertengahan tahun lepas. Sehingga kini masih terdapat ruang ruang kosong yang belum dipenuhi. Banyak juga gerai gerai yang ditinggalkan begitu saja setelah beberapa bulan berniaga kerana menghadapi masalah tidak dijeru oleh pengunjung. Orang ramai yang berkunjung ke Pusat Perdagangan Putra Square akan "hilang " dalam East Cost Mall. Apabila keluar dari pusat membeli belah ini mereka berhasrat akan ke Malay Town pulak pada kunjungan yang akan datang.
Begitu lah agaknya.
Malay Town telah dibuka dengan rasminya pertengahan tahun lepas. Sehingga kini masih terdapat ruang ruang kosong yang belum dipenuhi. Banyak juga gerai gerai yang ditinggalkan begitu saja setelah beberapa bulan berniaga kerana menghadapi masalah tidak dijeru oleh pengunjung. Orang ramai yang berkunjung ke Pusat Perdagangan Putra Square akan "hilang " dalam East Cost Mall. Apabila keluar dari pusat membeli belah ini mereka berhasrat akan ke Malay Town pulak pada kunjungan yang akan datang.
Begitu lah agaknya.
18 comments:
Kawan rasa kawan tak lepas lagi ke area ni..nantilah jika kawan ke Kuantan..
Malay Town ada nama cam tu pun kawan dah bangga dah..jgn lenyap lalu... agok dema laa gambo Wau tu molek diletokan gambo apa? selain gambo wau tu?
mmg betui ngat ape yg demeh criter tu. kwn sniri kalu dh kohot kaki mronde dlm east coast mall tu, xdaye dh nk meronda situ. ngejor mase pun ye. syg ke peniaga mlayu. keknyer xande tmpt mkn ke situ sbb tmpat mkn mlayu kurang ngat di EC mall tu..
hmm koi pun tak pernaah smpai lg kesitu..'malay town'pun belum pernah sampai lg..
tp ECM tu ade la pergi sekali..x perasan pulok ke gerai-gerai tu,mungkin kali kedua sok koi nak singgah..mungkin...
permulaan yang baik untuk orang melayu, tapi gone tak bule idop pulok, pesennya sama cam jengka dah diberi peluang untuk orang melayu lambat tul nak naik.. kena pikir le strategi baru pulok
Relevan..
bila aok gi radio pahang fm lagi bolehlah datang ke kwsn ini.
Yassin..
Kita patut rasa bangga dengan wujudnya Malay Town ini. Tapi ngapalah dema tu adjus letak dekat komplek perniagaan yang besar tu. Tak leh bersaing secara sihat. Gambar wau tu kita gantikan dengan gambar Allahyarham Mat Kilau.
piewahid..
Orang melayu ramai yg tak mampu sewa kat ECM. sewanya aje diantara RM 7,000 hingga RM 20,000 sebulan.
Mazru..
Kalau ada masa datanglah bantu orang kita berniaga.
Cemomoi..
Orang melayu kena laju sikit. Dah jauh kebelakang. Kena speed 200 metar.
Waduh! Transit Qrs dah jadi Putra Square. Megah, megah, megah...
Sepuluh jong lalu, anjing bercawat ekor juga, ha ha ha
Kawan pernah tinggal di Tr.Qrs. tuh selama hampir 16 tahun, dari awal 1975 hingga akhir 1990 di jln Chenor dan jln Bentong.
Pak Hashim..
Kot adalah bahagian kita di putra square, bekas tapak peninggalan rumah kita dulu.
sy lagi le x pernah lagi gi.. tp tgk ni dpt gak tau sesuatu yg baru.. erk! baru ke
maiyah..
tempat ni baru bukak taun lepas
tak pernah lagi pegi satu...
hehehe
pkcik ni org pahang ke??
saya pon..haha
slm knal pkcik;)
assalammualaikum
setiap kali balik ke kuantan ke rumah mertua, nampak juga malay town ni, tapi tak sempat nak singgah
*mertua saya di tok sira
jane..
salam kenal juga.. nama blog pun dah tahu koi orang pahang.
akl citizen..
selalu selalulah balik kuantan.
kuantan doh sesok sgt.byk jln jadi jln sehale.x tau la prancangan MPK cane
setuju dengan aok pacifist
endiem
kala telus, koi kerap juge ngelupo ke bandar melayu ne, ralit juga, ketnya kadangkala koi hilang dalam terang iskkk, rabun mata, te kena pakai cermin itam..
Post a Comment